Showing posts with label Pepatah Arab. Show all posts
Showing posts with label Pepatah Arab. Show all posts

Saya Gerak Dulu Ya

Saturday, October 1, 2011 by aiyqosim

Bismillahirrahmaanirraheem,

Alhamdulillahi wassolaatu wassalaamu 'ala Rasulillah...


Tak sedar, blog post terakhir bertarikh 19 Ogos 2011. Dah sebulan 13 hari tidak mengepos di dalam blog.


Bak kata orang Arab Mesir,

الوقت بيجري

Masa berlari (time does fly)


Masa sangat cepat memintas kita. Sama ada kita yang terpotong, atau kita yang memotongnya.



Perjalanan Sebulan

Sedikit rumusan perjalanan sepanjang sebulan dua ini.


Ziarah ke MadinatunNabiy SAW

Umrah dan ziarah Makkah al-Mukarramah

Raya Aidil Fitri

Balik Malaysia berjumpa ibu ayah dan keluarga

Walimatul Urs abang kedua, Ahmad Yusuf Yahaya & pasangan Wahida Norasyikin, barakallahu lakuma...

Balik Mesir






di Jabal Rahmah ;)


Hari ini insyaALlah, hari pertama round pertama tahun 5 Kasr el-Ainy Medical School, Cairo University. Sebagai permulaan, suka diingatkan kepada diri sendiri dan sahabat-sahabat, tentang niat.



Kisah Syeikh Dengan Murid

Satu kisah, suatu masa, seorang syeikh ketika mengajar di rumahnya, pintu diketuk menandakan ada orang datang. Bangun seorang anak muridnya untuk membuka pintu.

Syeikh dengan tegas menyuruh anak murid itu duduk kembali, dan syeikh itu sendiri yang membuka pintu tersebut. Dibukanya pintu, dan masuklah seorang pelajar baru sampai.

Seusai pengajian, syeikh memberitahu kepada anak muridnya, mengapa disuruhnya budak tadi duduk dan syeikh sendiri yang membuka pintu. Sebabnya, syeikh tahu, bahawa anak murid itu ketika bangun hendak membuka pintu, dalam hatinya kosong, tiada niat atau apa-apa lintasan sekalipun.

Dan bilamana syeikh itu pergi membuka pintu, diniatkannya dia akan menjawab salam, akan menghulurkan makanan dan minuman andainya orang yang datang itu lapar dahaga, akan dilemparkan senyuman, dan akan dilayannya dengan sebaik-baik layanan mesra. Ini namanya ta'addud niat atau mempelbagaikan niat yang baik.


Si murid sekadar "tidak berniat", bukannya beniat jahat pun! Itu pun ditegur oleh syeikh. Tak lain tak bukan, niatlah yang membezakan halal dan haram, dosa dan pahala, fardu dan sunat, adat dan ibadat, sesat atau berkat.


Maka jom mulakan langkah ke kuliah dengan kalimah Allah, bismillah. Jom mulakan dengan azam mengutip segala ilmu bermanfaat dan kemahiran klinikal semaksimum mungkin, semoga menjadi seorang doktor Muslim Mukmin yang berakhlak, pakar dan profesional, insyaALlah.


Ingat, tajdid dan ta'addud niat, bukan ta'addud benda lain ya ;)


Sekian dahulu, suka saya memetik satu kata hikmah Arab,


من لم يكن في بدايته محرقة, لم يكن في نهايته مشرقة


Siapa yang di permulaannya tidak membakar, nescaya penghujungnya tidak akan menyala.



Maka, mulakan langkahmu, bergeraklah, kerana pada pergerakan itu ada barakah.


الحركة بركة



Ok, saya gerak dulu ya~


Wassalamu'alaykum warahmatullah...
Posted in Labels: , , | Comments

Ilmu, Ilmu, Dan Ilmu!

Sunday, August 14, 2011 by aiyqosim
...budak medik berlagak soleh yang stranded di mesir menunggu result...



Bismillahirrahmaanirraheem

Alhamdulillahi wassolaatu wassalaamu 'ala Rasulillah SAW,


Pengalaman menghadiri kelas pengajian Al-Banjari, oleh Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki anjuran BKAN Kedah dan Muttaqin TV (rasanya lah), bermula daripada 31 Julai sehingga 14 Ogos.

Sepanjang keberadaan di Mesir, kali pertama saya hadir ke pengajian sejak tahun 1 lagi (waktu itu di rumah Johor Hayyu Thamin), pengajian kali inilah yang paling lengkap saya hadiri. Hampir setiap kelas dihadiri, kecuali hari pertama dan hari terakhir. Alhamdulillah...

Satu perkara menarik minat saya, apabila syeikh membincangkan tentang al-ilm, ilmu.


What You Give, You Get Back

Adab terhadap ilmu amat ditekankan oleh para ulama'. Ramai yang mengeluh, "Baca buku, tapi punyalah susah nak masuk!". "Isy, apasal macam malas je nak mengaji ni".

Tetapi ramai juga yang lupa, apa yang telah mereka perlakukan terhadap ilmu. Ilmu umpama menjauhkan diri daripada mereka. Ilmu umpama merajuk dengan mereka.

Itu tak lain tak bukan, adalah kesan terhadap apa yang telah mereka perlakukan terhadap ilmu. Ya, konsep what you give, you get back diaplikasikan di sini.

Buku-buku kita abaikan. Kita campakkan dan taburkan di mana-mana sahaja. Buku disimpan di dalam rak buku, dibiarkan berhabuk. Tidak dijaga. Selagi tak sampai musim peperiksaan, selagi itulah ianya disimpan rapi. Dan jenayah terbesar terhadap ilmu adalah, tidak mengamalkan ilmu yang telah dipelajari.

Kalau begitulah sikap kita terhadap ilmu, bayangkan bagaimana perasaan ilmu terhadap kita? Merajuk lah ia. Cuba bayangkan bagaimana kalau si suami tak bercakap, tak senyum dan buat tak tahu saja pada si isteri, sedangkan dengan member lain punyalah mesra. Tak ke merajuk si isteri tu?

Begitulah perasaan ilmu apabila kita melayannya dengan layanan yang buruk. Layanan acuh tak acuh.

Tapi, kalau isteri merajuk, mesti si suami nak pujuk, tapi kalau ilmu, bagaimana? :)



Tapi, Kenapa Ilmu?

Ya, kenapa ilmu? Kenapa asyik membincangkan tentang ilmu? Hebat sangatkah ilmu itu? Tiada benda lain lagikah yang dibincangkan?

Syeikh Nuruddin membahaskan kepentingan dan kehebatan ilmu dengan ringkas dan padat. Dimulakan dengan memetik sepotong ayat dari Al-Quran Al-Kareem, Surah Az-Zumar, ayat ke-9;


قُلْ هَلْ يَسْتَوِي الَّذِينَ يَعْلَمُونَ وَالَّذِينَ لَا يَعْلَمُونَ

Katakanlah, "Adakah sama orang yang mengetahui dan orang yang tak mengetahui?"



Apa bezanya orang yang mengetahui (orang berilmu) dengan orang yang tak berilmu? Dari satu sudut, perbezaannya dari segi kedudukan mereka di sisi Allah. Dari sudut lainnya, tengok sahaja pada perwatakannya, pada akhlaknya, pada percakapannya, pada pemikirannya, pada sifat-sifatnya, pada tindakannya, dan segenap sudut kehidupannya.

Pastinya berbeza di antara orang berilmu dan orang yang tidak berilmu. Maka, semak semula dalam diri kita, adakah kita mempunyai ciri-ciri orang berilmu? Sesungguhnya, tidak sama orang yang berilmu dengan orang yang tidak berilmu. Semak semula diri kita, tergolong dalam golongan yang mana satu?



Darjat

Kemudian, syeikh memetik satu ayat dari Surah Al-Mujadilah, ayat ke-11;


يَرْفَعِ اللَّـهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنكُمْ وَالَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ دَرَجَاتٍ ۚ

...Allah mengangkat (darjat) orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang yang diberi ilmu beberapa darjat...


Apa lagi yang kita mahukan sebagai seorang manusia, selain daripada mendapat darjat yang tinggi dan mulia di sisi Allah? Jelas dinyatakan bahawa Iman dan ilmu menjanjikan darjat yang tinggi di sisi Allah.



Pewaris Khazanah

Kemudian syeikh memetik sepotong Hadith Rasulullah SAW, yang berbunyi;


وإنَّ العلماء ورثةُ الأنبياء، وإن الأنبياء لم يُورِّثوا دينارًا ولا درهمًا، وإنَّما ورَّثوا العلم


...dan sesungguhnya ulama' adalah pewaris para Nabi, dan para Nabi tidak mewariskan dinar mahupun dirham, tetapi mereka mewariskan ilmu,...



Bayangkan sahaja, kita sering berdoa agar ditempatkan bersama para Nabi 'alaihimissalam di Akhirat kelak, kerana mereka adalah manusia yang paling hampir dengan Allah. Bayangkan, khazanah yang para Nabi ini tinggalkan kepada kita, ummat akhir zaman. Khazanah yang menaikkan darjat mereka setinggi-tinggi darjat di sisi Allah. Itulah ilmu. Maka, apa lagi yang kita kejarkan di dunia ini, demi meraih kedudukan setinggi para Nabi Allah? Kejarlah khazanah warisan mereka, kejarlah ilmu!



Pewaris Saham

Bayangkan sahaja, kalau kita diumumkan sebagai pewaris saham terbesar dalam syarikat bisnes termaju dalam negara. Apa perasaan kita?

Begitulah perumpamaan orang yang berilmu dan mengajarkan ilmunya. Nabi Muhammad SAW bersabda;


إذا مات ابن آدم انقطع عمله إلا من ثلاث : صدقة جارية ، أو علم ينتفع به ، أو ولد صالح يدعو له

Pabila mati seorang anak Adam, terhentilah amalannya, kecuali 3 perkara; sedekah jariah, atau ilmu yang bermanfaat, atau anak soleh yang mendoakannya



Tempuhi Jalan Itu

Nabi SAW bersabda;


من سلك طريقا يبتغي فيه علما سهل الله له طريقا إلى الجنة


Barangsiapa yang menempuh satu jalan mencari ilmu, akan Allah permudahkan jalannya ke syurga...


Apa lagi yang kita mahukan sepanjang kehidupan kita di dunia ini, juga setelah kita mati dan menuju kehidupan kekal abadi kelak? tentunya kita mahukan kehidupan yang bahagia. Di Akhirat kelak, kehidupan yang bahagia hanya ada di syurga. Maka nikmat apakah yang dapat menandingi kehebatan nikmat dipermudahkan jalan ke syurga?

Itulah nikmat bagi mereka yang bersusah-susah menempuh pelbagai jalan dengan pelbagai cabaran demi menuntut ilmu kerana Allah. Maka tempuhilah jalan itu!



Semoga kita semua tergolong dalam kalangan mereka yang ikhlas dan bersemangat menuntut ilmu, insyaAllah.


Ingat pesan Nabi SAW, menuntut ilmu itu, من المهد الى اللهد, dari buaian sehingga ke liang lahad.



Jaga-jaga, Jangan Hancur Musnah

Buat akhirnya, suka saya memetik satu kalam dari Sayduna Abi Darda' RA salah seorang sahabat Baginda SAW;



كن عالما أو متعلّما أو محبّا أو مستمعا ولا تكن خامسا فتهلك

"Jadilah orang yang mengajar, atau yang belajar, atau yang mendengar(akan ilmu dan ulama'), atau yang mencintai(akan ilmu dan ulama'). Dan jangan kamu jadi golongan yang kelima, akan hancurlah kamu!"



Siapakah golongan yang kelima yang hancur musnah itu? Mereka adalah golongan selain daripada keempat-empat golongan yang disebutkan sebelumnya. Dengan kata lainnya, mereka adalah golongan yang sama ada tidak mengajar ilmu, atau belajar ilmu, atau sekadar mendengar, atau mencintai ilmu.


Moga-moga kita tergolong dalam kalangan yang berilmu, insyaAllah.


Salam Ramadhan dari saya, separuh dah selesai, adakah anda berpuas hati dengan kualitinya? Pecutan terakhir untuk separuh yang kedua. Ayuh!



...berapa ratus lah agaknya manusia membanjiri pengajian Syeikh Nuruddin...



Ahmad Ibrahim Yahaya,

Malam 15 Ramadhan,

Sayeda Zainab
Posted in Labels: , , , | Comments

Good Old Days : Selamat Hari Bapa

Tuesday, June 21, 2011 by aiyqosim

*amaran : entri ini ada yang agak personal. kalau nak baca, sila baca habis ya. terima kasih


Bismillahirrahmaanirraheem,

Alhamdulillah, wassolaatu wassalaamu 'ala Saydina Rasulillah SAW,


18 Jun, Hari Bapa


Pada pendapat saya, antara sebab diwujudkan Hari Bapa adalah, sebab anak-anak tend to lupa kepada bapa mereka. So, bila ada Hari Bapa, orang akan ingat, "Owh, aku ada ayah..". Sama ada 'masih' ada, maka perlulah menabur bakti kepadanya. Kalau yang suda tiada, maka tanggungjawab masih ada, supaya didoakan dan disebarkan kebaikan ayah itu.


Mungkin ada yang rasa entri ini agak personal bila baca entri ni nanti. Tapi, cuba kita bangkitkan persoalan dalam diri kita.


"Apa yang ada pada ayah dan ibu aku?"


Ada yang tidak dapat melihat, apakah yang hebat pada ayah ibunya. Walaupun penat mencari, apakah yang 'best'nya ibu dan ayahnya.

Ada yang tidak rasa beruntung dengan ibu ayah sendiri. Selalunya, gejala ini berlaku dalam kalangan budak-budak kecil. Selalu berasa iri hati dengan ibu ayah orang lain.

Kalau anda tergolong dalam golongan ini, maka anda bermasalah. Tapi selalunya, semakin kita membesar, kita semakin sedar akan hakikat.

Memang ramai, terutama dalam kalangan masyarakat hari ini, yang gagal menggunakan pancaindera mereka sepenuhnya untuk menyedari bahawa, ibu ayah kitalah yang memainkan peranan terbesar dalam menjadikan kita seperti diri kita pada hari ini.

Maka, bersyukurlah dengan nikmat ibu ayah yang Allah kurniakan pada kita, sejak sebelum kita dapat melihat dunia lagi. Allah beri kita nikmat kasih sayang ibu ayah kita, sebelum kita dilahirkan lagi.



وَوَصَّيْنَا الْإِنسَانَ بِوَالِدَيْهِ حَمَلَتْهُ أُمُّهُ وَهْنًا عَلَىٰ وَهْنٍ وَفِصَالُهُ فِي عَامَيْنِ أَنِ اشْكُرْ لِي وَلِوَالِدَيْكَ إِلَيَّ الْمَصِيرُ

"Dan kami perintahkan kepada manusia (agar berbuat baik) kepada kedua orang tuanya. Ibunya telah mengandungkannya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyusukannya selama 2 tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua orang tuamu. Hanya kepada Aku kembalimu."

Surah Luqman, ayat 14



Maka, selamat Hari Bapa diucapkan kepada ayah saya, Yahaya Bin Ibrahim.



Aidilfitri '07


Ir. Yahaya Bin Ibrahim

Tarikh lahir, 22 Ogos 1957 (seminggu lebih sebelum merdeka. heheh)

Membesar di Singapura

Sekolah Menengah di St. Victoria, Singapore

Graduate, Civil Engineering, UiTM

Kampung di Masjid Tanah, Melaka



Orang kata, setiap bapa adalah 'superhero' kepada anak-anaknya.


Maka, saya nak bercerita sedikit, kenapa saya cakap (dalam hati saya),


"Pergh! Gempak gila ayah aku!"


atau


"Wow! Hebatnya ayah aku!"


atau


"Ayah lah ayah yang paling best sekali!"


atau dengan kata lainnya, kenapa saya bangga dengan ayah saya. =)



1. Nama


Bila dinasabkan nama saya kepada ayah saya, kemudian kepada datuk saya, kemudian moyang saya, jadilah nama saya,


Ahmad Ibrahim Bin Yahaya Bin Ibrahim Bin Umar


Tak tahu significant ke tak, tapi saya rasa nama ni best. Macam arab punya style. Maka saya terfikir, "macam best je kalau nama anak aku nanti Yahya. Senang nak ingat nasab"



2. Nasihat & Tauladan


Ayah saya tak pernah kering daripada memberi nasihat dan bercerita kisah yang menaikkan semangat. Dari kecil, sampai dah besar panjang, kalau takda kata-kata nasihat yang baru, beliau akan ulang nasihat-nasihat dia yang sama. Sampai telinga ni dah lali lah.

Antara yang tak dapat dilupakan,

"Beralah tak semestinya kalah"

"Better late than never"

"There's no such thing as luck"


"Korang ni, pergi oversea guna duit JPA, tak tahu malu ke kalau pergi sana dok berpoya-poya, enjoy sana sini, guna duit orang?" nice! =)



3. Ramai member


Kalau pergi mana-mana tempat pun, ada je jumpa member dia. Macam-macam orang dia kenal. Sampai mak saya pun kekadang pelik, "Kenal mana orang tu, bang?"

Kekadang ayah jawab, "Entah!" =)

Ya lah, kenal orang tu kan, syafaat... (LINK)



4. Power math


Dulu time sekolah dulu, beliau selalu top dalam kelas subjek math. Sampai satu hari, cikgu math dia, orang Cina, mengumpat ayah saya dalam bahasa Cina, "Dia ni(ayah saya) macam kuda gila!". haha racist gila cikgu tu



5. Sangat menyayangi ibunya


Beliau sangat menyayangi ibunya, iaitu arwah nenek saya. Dan sentiasa juga pesan pada kami adik-beradik supaya menyayangi mak kami lebih dari yang lain, termasuk ayah kami. Selalu kata, "Korang nanti, bila dah besar, agak-agak boleh tak jaga mak korang nanti."

Setiap kali Solat Jumaat, adik-beradik akan dapat seorang seringgit, dan disuruh sedekah pada tabung masjid, dan minta niatkan untuk arwah nenek. Allah merahmati nenek-nenekku dan atuk-atukku semua ameen.



6. Sekolah Agama


Biarpun, ayah saya seorang yang mempunyai latar belakang Sekolah Inggeris, tapi semua anaknya disekolahkan sekolah agama. Maka beruntunglah kami adik-beradik sebab diberikan didikan agama formal, selain didikan agama di rumah. Alhamdulillah.



7. Pistol & Senapang


Perkara ni memang sangat cool. Katanya, ayah apply lesen senapang dengan pistol waktu muda-muda dulu. Ya lah, mula-mula kerja dulu, kerja dalam hutan. Kawasan pedalaman. Dulu, pernah kerja di Bukit Ibam, hutan. Bukit Pelanduk. Jurutera Daerah Sepang. Sandakan Sabah. Macam-macam tempat.

Hobi beliau pula suatu ketika dulu, memburu. Memang agak cool la. Tapi yang tak bestnya, dua-dua abang saya dapat merasa shoot shotgun & pistol tu dengan peluru hidup, tembak monyet ke apa entah, saya takda peluang, sebab 'masih kecik lagi' waktu tu.

Nak ikutkan, ayah sesiapa yang kerja polis, ada je pistol. Tapi agak cool la kalau tak kerja polis, kalau pergi jalan mana-mana, ada pistol dalam beg pinggang. Rasa protected jugak la berjalan dengan beliau.

Tapi sekarang, pistol dah takda dah. Simpan di balai, sebab dah tak guna. Tinggal senapang je. Tu pun, ayah dah tak aktif dah guna senapang.


Ingatan kepada pembaca : Nak apply lesen senjata api, bukan senang-senang suka hati je. So, don't try this at home ya...


Sandakan, Sabah, '93 bersama rusa atau 'payau' dalam dialek Sabah. Gambar tak clear, sorry...


8. KLIA


Ada kawan-kawan yang rasa teruja bila sampai KLIA. Saya pun rasa excited bila tengok ramai yang bangga bila tengok KLIA. Sebab saya dah naik menara air traffic control KLIA sebelum menara tu ada pintu lif lagi. =)

Ayah saya antara jurutera yang direkrut untuk siapkan projek KLIA. Maka setiap kali pergi KLIA, teringat pada ayah.

KLIA '97. Dalam bulatan merah, air traffic control tower yang belu ada pintu lift lagi


9. Rumahku syurgaku


Rumah yang famili saya duduki sekarang di Lot 2681, Jalan Teras Jernang, Sungai Merab, Bandar Baru Bangi adalah hasil seni ayah saya.

Sebab, arkitek, jurutera, dan kontraktor rumah tu adalah ayah saya sendiri. Jimat kos. heheh. Bebas nak buat design apa pun.

Walaupun rumah tu agak terpencil dari pusat bandar, tapi Alhamdulillah, hidup aman damai di celah hutan Sungai Merab.


Lot 2681. Walaupun terpencil, dalam hutan, kami bahagia... :)



Mungkin perkara-perkara ni tak bermakna buat orang lain. Tapi bersempena Hari Bapa, suka saya ceritakan apa yang saya rasa best tentang ayah saya.


Apa-apa hal pun, teringat pepatah Arab ni,



ليس فتى من قال أبي ولكن فتى من قال ها أنا ذاك


Tak 'jantan' lah siapa yang kata "ayah aku...(begini dan begitu)...", tapi 'jantan' lah siapa yang kata "ni aku...(begini dan begitu)...!"


Takkan kita nak biarkan ayah kita sahaja hebat. Kita, bagaimana?


Walaupun ayah tak dapat baca post ini, sekurang-kurangnya saya tahu, beliau menyayangi isteri dan anak-anaknya.

Mungkin mak atau angah ke, didi, syuhada ke, boleh lah tunjukkan post ni pada ayah.

Sekurang-kurangnya, gambar-gambar tu boleh mengembalikan memori. =)


Semoga Allah memberi kesihatan kepada ayah saya, panjangkan umurnya dalam rahmat, keberkatan dan kebahagiaan, dan dimatikan dalam iman insyaAllah.

Semoga anak-anaknya berjaya dunia akhirat, biarpun beliau tidak dapat melihat kejayaan anak-anaknya di hadapan mata seperti yang diharapnya, tapi pahalanya tetap akan dirasai insyaALlah.


Sekian, wassalam.
Posted in Labels: , , , | Comments

All Or None Law

Tuesday, April 26, 2011 by aiyqosim


Bismillahirrahmaanirraheem,

Alhamdulillahi wassolatu wassalamu 'ala Rasulillah...


Lepas lebih kurang 40 minit lecture Forensic berlangsung pagi tadi, tiba-tiba masuk seorang sahabat (yang agak macho) ke dalam kelas. Dua tiga langkah masuk dalam kelas, kebetulan doktor cakap,


"this is the last part of our lecture today."


Maka tergelaklah ramai-ramai kami di dalam kelas, dan sahabat yang baru masuk tadi pun tersengih tersipu-sipu. Agak-agaknya lah, apa perasaan sahabat yang baru masuk tadi? Seronok ke, bahagia ke, malu ke, apa ya? Hanya Allah dan tuan empunya badan sahaja yang tahu. =)


Lepas kelas jadi tenang semula, saya cakap kat Ihsan di sebelah kanan saya, "better late than never." Ya, itulah ayat yang selalu ayah saya pesan kat saya dari kecik sampai besar. Nak pergi sekolah, dipesannya, "biar kita tunggu orang, jangan orang tunggu kita." kalau nampak gaya dah terlewat nak pergi tusyen, lepas di'bahasa'nya saya, dipesan pula, "better late than never."



Kisah Husin Sahabat Saya

Satu kisah yang berlaku lebih kurang 2 minggu lepas, lebih kurang sama, saya jumpa seorang sahabat tahun 3 ni, di pintu pagar kuliah, Husin namanya(bukan nama sebenar). Rasa saya, dia sepatutnya ada kelas waktu tu, maka saya pun tanya dia,

"kenapa tak masuk kelas ni dik?"(mak aih abang penyayang sungguh aku ni!).

Husin pun menjawab, "mmm... tadi sampai universiti dah 15 minit lewat. Segan lah bang, nak ganggu kawan dalam kelas."


Saya pun terharu dengan niat baik Husin. Tapi saya kata semula kat dia, "better late than never."



Alang-alang Tak Buat Penuh...

Hari tu, Hafizudin kawan saya dari Azhar University kongsi dengan saya, kalam hikmah yang cukup popular. Berbunyi,


ما لا يدرك كل , لا يترك كل

Apa yang tak dapat buat semua, jangan tinggal semua.


Ya, dah terlewat datang kelas, tapi masih ada masa lagi sebab kelas belum habis, maka datang sahaja. Kan pada yang kecil atau sedikit tu ada barakah? Kalau tak dapat buat semua, jangan tinggal semua. Kalau nampak buku tebal sangat, terus motivasi jadi jatuh sebab rasa macam tak lojik nak habiskan baca, janganlah tak baca langsung! Bacalah sikit-sikit, berperingkat-peringkat. Kalau orang belanja makan banyak pula, tak larat nak makan, jangan tak makan langsung. Makanlah sikit, kemudian tapau lah. =)



"...better late than never..."



Teringat satu lagi kata hikmah dari Imam Junid, lebih kurang berbunyi,


من طلب شيء بجد و صدق , إلا نال كله فإن لم ينال كله , ينال بعضه

Barangsiapa yang menuntut/mencari sesuatu dengan bersungguh-sungguh dan benar, kalau dia tak dapat semuanya pun, dia akan mendapat sebahagiannya.


Ya, mana lebih untung, kosong per seratus, atau lima puluh per seratus? Tentulah 50 per seratus!



All Or None Law

Mungkin ada yang berfikir, buat apalah susah-susah, alang-alang dah lewat dan tak dapat seratus peratus, baik tak yah buat terus. Sia-sia je. Macam All Or Non Law pula, kalau tak capai tahap penuh, terus dapat kosong. maknanya, sama ada 100% atau 0%.



All Or None Law


Kita katakan kepada mereka ini, tiada yang sia-sia dalam Islam. Bukankah Allah dah kata, bahawa tidak diciptakan manusia dan alam ini sia-sia? Maka, datangnya kita ke kelas contohnya walaupun tak penuh, tidak akan jadi sia-sia, dengan satu syarat. Ikhlas niatnya kerana Allah Ta'ala. Kan Allah itu sebaik-baik Pemberi Balasan?


"... maka (syurga itulah) sebaik-baik balasan bagi orang yang beramal"

Surah Az-Zumar ayat ke 74


Untuk sahabat-sahabat yang datang awal pula, jangan pula kita biasakan gelak kepada sahabat-sahabat yang datang lewat atau salah jawab dalam kelas. Sukakah kita kalau perkara tu berlaku pada kita? Mungkin kawan yang saya sebutkan tadi macho dan sempoi orangnya dan tak kisah, tetapi jauh di sudut hatinya, siapa yang tahu kalau ada taman yang mekar mengharum? =P


Kalau tak salah saya, sesetengah group pelajar Tahun 5 sering menghadapi masalah sewaktu lecture, sebab perangai Arab yang suka masuk lambat dan sangat annoying. Maka, pesanan kepada para pembaca, kalau anda berada di situasi orang yang datang lambat, janganlah pula kita masuk dalam keadaan bising dan bermuka bangga. Jaga juga adab dengan doktor dan kawan-kawan kita yang datang awal ke kelas.


Sekian sahaja, minta maaf salah silap. Tulisan ini tak bermaksud mengaibkan sesiapa sahaja, tetapi sekadar pesanan dan memberi semangat kepada sahabat sekalian. =)


Allahu A'lam.


Wassalam

Posted in Labels: , , , , | Comments

Ilmu Dalam Poket

Wednesday, April 6, 2011 by aiyqosim


Bismillahirrahmaanerraheem,

Alhamdulillahi wassolaatu wassalaamu 'ala Rasulillah...

Dah 2 minggu blog ni tak berasap. Tak tahu kenapa tak menulis. 'Stagnant' sebentar.


Alhamdulillah baru tadi dah selesai peperiksaan akhir pusingan (end round exam) subjek Otorhinolaryngeology atau Ear Nose & Throat (ENT). Subjek menarik. Tapi macam biasalah, bila exam, macam-macam boleh jadi. Bawah ni adalah status facebook saya lepas exam tadi... :)


Pengajaran hari ni : nak pegi exam, 'memory card' bawak skali dalam otak! jangan tinggal kat rumah atau terselit dalam buku. kan dah amnesia depan kertas soalan. haha. padan muka kat dri sndiri


Sekadar mengisi ruang kosong blog ni untuk menasihati diri sendiri dan sahabat-sahabat, saya kongsikan kisah Al-Imam As-Syafi'ie rahimahullah.



Kisah Al-Imam As-Syafi'ie

Kisah yang berlaku di Iraq, di suatu ketika, Al-Imam As-Syafi'ie berjalan di tepi sungai dengan membawa sebuah beg. Sudah menjadi tabiat beliau pergi ke mana-mana membawa sebuah beg yang sarat dengan buku, maklum saja, beliau merupaka seorang yang sangat rajin menuntut ilmu.

Ditakdirkan, begnya jatuh ke dalam sungai tersebut, dan bertaburanlah buku-bukunya dalam sungai. Maka habislah ilmu yang dipelajari Al-Imam As-Syafi'ie, hanyut ke dalam sungai bersama tulisan-tulisan dalam buku-bukunya.

Semenjak kejadian itu, Al-Imam As-Syafi'ie akan menghafal segala yang dipelajarinya sampai jelas dan lancar di dalam kepala dan hatinya. Beliau berkata dalam satu syairnya;


علمي معي , حيث يممت ينفعني

صدري وعاء له , لا بطن صندوقي

ان كنت في البيت , كان العلم في البيت

ان كنت في السوق , كان العلم السوق



Ilmuku bersamaku , ke mana saja aku pergi akan memanfaatkanku,

Tempatnya di hatiku, bukan dalam perut begku,

Kalau aku berada di rumah, maka ilmuku berada di rumah,

Kalau aku berada di pasar, maka ilmuku berada di pasar.

-Al-Imam As-Syafi'ie-



Teknologi Simpan Ilmu Dalam Poket

Gejala yang berlaku pada kita, segala yang kita pelajari dicatat dan ditulis dalam buku. Segala ilmu ditaip dan disimpan. Tetapi tidak disemat dalam hati dan akal fikiran. Tidak dihafal.

Tidak dinafikan, menulis adalah salah satu daripada proses pembelajaran yang penting, tapi malangnya, proses pembelajaran kita di zaman moden serba canggih ini sering terhenti sekadar menulis sahaja.

Ya, dengan kecanggihan teknologi sekarang, segalanya di hujung jari. Kita tulis, kita taip, dan kita 'save' dalam komputer. Dalam telefon bimbit. Dalam i-Phone 4. Apa saja yang kita mahukan, ada di hujung jari, ada di dalam poket. Jadi, kenapa susah-susah nak peningkan kepala dengan bebanan memori?

Sebabnya, cuba kalau buku hilang, atau koyak? Kalau komputer 'hang' atau rosak? Kalau i-Phone 4 hilang atau jatuh longkang? Maka ilmu kita pun akan rosak, koyak, hilang, 'hang', dan jatuh longkang juga lah!


Maka, penyelesaian bagi segalanya adalah, FAHAM & HAFAL! Ilmu yang dipelajari takkan bermakna jika tak difahami seterusnya dihafal.

Logiknya mudah saja. Ilmu itu tujuannya untuk menaikkan darjat atau status seorang manusia itu di sisi manusia, malah di sisi Allah. Maka, bergunanya kewujudan kita di dunia adalah dengan ilmu. Jika ilmu itu kita letakkan di dalam buku, jika hilang buku tersebut, maka hilanglah ilmu kita. Hilangnya ilmu kita, maka apa lagi yang kita ada?


“Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?” Sesunguhnya orang yang berakallah yang dapat menerima pelajaran.

Surah Az-Zumar, ayat 9


…niscaya Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman diantaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa derajat….

Surah Al-Mujadilah, ayat 11



"Alaah, takpa, aku kaya!"


Kalau harta banyak pun, tak lama lepas tu, hilang juga harta tu semua kalau tiada ilmu.


"Alaah, takpa, anak bini dah ramai. Famili semua besar-besar dah, nothing to loose lah~"


Alaaa, sampai mana sangat anak bini tu nak temankan kita? Sampai pintu liang lahad?



Untuk Orang Berpersatuan

Ramai dalam kalangan kita bergerak dalam persatuan. Masa kosong diisi dengan aktiviti masyarakat dan membantu orang lain.

Namun, pesanan kepada saya dan anda semua, jangan sesekali kita tinggalkan tanggungjawab kita kepada diri kita sendiri. Sematkan semangat menuntut ilmu dalam diri kita, agar kita tidak ketinggalan dari segi ilmu pengetahuan daripada orang lain.

Kata kuncinya, banyakkan membaca, dan elakkan perbuatan sia-sia, insyaAllah ilmu kita akan sentiasa bertambah.

Berpersatuan itu amat penting untuk pembinaan diri dan sahsiah serta pembinaan komuniti serta kesatuan, namun, pastikan kita bergerak dengan kefahaman yang jelas, juga niat kerana Allah.



Kesimpulan


Maka, kesimpulannya, berikanlah makna terhadap apa yang anda pelajari. Berikanlah makna terhadap ilmu yang anda tuntut. Bagaimana? Dengan menghafal apa yang anda pelajari, memahaminya dan menyimpannya di dalam hati.


Malulah anda kalau mak kita demam, minta ubat, kita pula kena buka buku dulu nak cari senarai ubat demam. Tak gitu? :)


Sekian sahaja setakat ni. Semoga ilmu ini bermanfaat dan dapat diamalkan, sehingga kita menjadi dari kalangan orang yang dinaikkan darjat di sisi Allah dengan ilmu yang kita pelajari dan amalkan, insyaAllah...


Wassalam



p/s : Saya kembali 'berseorangan' setelah Motor Bajaj Pulsar 180 cc telah berjaya dicuri sewaktu kuliah. Dan tidak bercadang untuk mengisi kekosongan tempat tersebut dalam masa terdekat ni. "Biarlah luka lama sembuh dulu...". InsyaAllah ada hikmahnya, Allah akan beri nikmat yang lebih baik dari Bajaj Pulsar 180 cc, moga-moga, ameen. :)






p/s : Telah selesai jamuan & meeting muhasabah Biro Akademik PERUBATAN 2010/2012. Pengalaman berharga bekerja dengan AJK Biro yang komited, banyak yang saya pelajari dari anda semua. Terima kasih atas jasa sahabat-sahabat sekalian, dan maaf salah silap. Jazakumullah kheiral jaza'...


jejaka-jejaka Biro Akademik yang best!


Ketua-ketua Unit Biro Akademik yang komited & cemerlang... kecuali Ketua Biro. hehe
Posted in Labels: , , , | Comments

Eh Awak, Boleh Berkenalan?

Friday, March 18, 2011 by aiyqosim


Bismillahirrahmaanirraheem,

Alhamdulillahi wassolatu wassalaamu 'ala Rasulillah...


Pernah tak satu hari kita tengah duduk minum di restoran, atau tunggu bas, atau jalan-jalan, atau membeli belah, tiba-tiba ada orang pandang-pandang kita, kemudian menyapa kita,

"Eh, awak ni Sameon kan? Ingat saya lagi tak?"

Atau pun,

"Kasim, hidup lagi kau! Ingat aku tak? Alaaah, dulu kita sama-sama kat sekolah dulu, fly gi makan cendawan goreng kat warung Pak Mael tu..."

Atau pun, dia rupanya saudara mara kita,

"Weh labahau kau! Tak ingat aku ke? Ni, anak Mak Limah kampung Pisang lah. Dulu aku la yang pinangkan mak kau dulu... bla bla bla..." (nota : dia orang Melaka)


Kemudian, orang yang tegur kita tu pun belanja kita minum. Tak pun, kalau dia pegawai bank, kita pun dapat 'VIP access' bila datang bank buat urusan. Tak pun, kalau kita sesat jalan mana-mana, kebetulan jumpa dia, dia tolong bawa kembali ke 'jalan yang lurus'.


Pernah tak? Kalau tak pernah berlaku kepada anda, anggaplah ia selalu berlaku, sebab selalu kita tengok kejadian ni dalam drama Melayu. :)



Perkongsian Prof Hasan

Tahun lepas, saya ada ziarah Prof Dato' Dr Hasan Basri, Pengarah Department of Malaysian Studies (DMS) Cairo University di pejabatnya. Berborak isu mahasiswa, dan saya tertarik dengan satu kalam yang diajarkan kepada kami (saya, Izudin Tong, Fais Azli). Kalam yang merupakan kata-kata sahabat Nabi (RA). Ada sesetengah orang berpendapat bahawa ianya kalam para tabi'een. Apa-apa hal pun, maknanya sahih insyaAllah, ianya berbunyi,


أكثرو من معرفة النّاس , فاءنّه شفاعة


Perbanyakkan mengenali manusia, sesungguhnya ianya "syafa'at"


Syafa'at secara linguistik nya bermaksud penyelamat, penolong, atau pembantu. Ya, kadang-kadang kita tak sangka di satu tempat yang jauh dari tempat asal kita, tiba-tiba kita terjumpa saudara-mara kita, atau kawan sepermainan di tadika dulu, atau kawan yang dah 10 tahun tak jumpa. Dan waktu itulah, orang itu membantu kita atau sekurang-kurangnya menjadi teman berbual kita.



Prof Dato' Dr Hasan Basri



Syafa'at itu sebenarnya bermaksud, bila kita mengenali ramai manusia, maka lebih ramai yang akan mendoakan kita. Itu pun kalau kenalan kita itu soleh orangnya. Maka carilah kenalan yang baik dan membangun akhlak dan pemikiran kita.


Syafa'at itu juga bermaksud, lebih banyak kita mengenali manusia lain, bertambah luas pengalaman kita bergaul dengan manusia. Pengalaman mematangkan kita. Kita boleh kenal bagaimana perangai dan pemikiran seseorang itu bila kita mengenali ramai orang. Kan itu membantu kita untuk terus hidup di bumi penuh pancaroba ini?


Syafa'at itu juga bermaksud, lebih luas kenalan kita, lebih luas jaringan kita. Lebih mudah kita mendapatkan bantuan dalam apa sahaja bentuk. Bantuan khidmat nasihat. Bantuan kewangan. Bantuan material. Bantuan 'VIP access' dalam Ops Piramid. (oppsss!) :)


Syafa'at itu juga bermaksud, lebih ramai kenalan kita, akan menenangkan perasaan stress dan kesunyian yang kita hadapi. Tak percaya?


Ada satu kajian yang dikongsi oleh Paan, lepas dia baca tulisan John Cacciopo, seorang psychologist. Ia menyatakan bahawa, secara purata, seorang manusia akan merasa kesunyian sebanyak 48 hari setahun. Dengan mempunyai seorang kawan extra, akan mengurangkan kesunyian dan depresi. Begitu juga sebaliknya, kalau seseorang itu selalu merasa kesunyian(atau mengasingkan diri), dia akan kehilangan 8% daripada kawannya.



Maka ada benarnya pepatah Melayu mengatakan,


"Berkawan biar seribu"



Tapi jaga-jaga, ada juga fenomena kawan makan kawan! Itulah sebabnya dalam kita meramaikan kenalan, tetap perlu kita tapis dan pilih kawan yang betul. Kawan yang dapat menguntungkan kita, di dunia, lebih-lebih lagi di Akhirat.

Kan ada Hadith yang menyatakan, salah satu golongan yang mendapat naungan Allah di padang mahsyar kelak, adalah dua orang pemuda yang bertemu dan berpisah kerana Allah? Harap-harap segala pertemuan dan aktiviti kita dengan semua kenalan kita tu, tergolong dalam golongan ini insyaAllah. Taklah sia-sia kita berkawan dengan si dia.



Tapi macam mana nak kenal ramai orang?

Mudah saja. Antara caranya, murahkanlah senyuman anda, dan tegurlah manusia di sebelah anda dengan memberi salam sebagai pembuka. Atau siapa-siapa yang anda jumpa. Ringan-ringankanlah tulang membantu manusia lain, insyaAllah juga kita akan mengenali ramai orang. Buangkan sifat sombong dalam diri kita, atau hentikanlah daripada berkata, "Aku lebih bagus dari dia"

Kan Nabi SAW ada berpesan,



لا تدخلوا الجنة حتى تؤمنوا، ولا تؤمنوا حتى تحابوا. ألا أدلكم على شيء إذا فعلتموه تحاببتم؟ أفشوا السلام بينكم

رواه مسلم

Tidak masuk syurga barangsiapa yang tak beriman, dan tak beriman barangsiapa yang tak saling mengasihi. Mahukah kamu kalau aku beritahu satu perkara jika kamu buat, kamu akan saling menyayangi? Sebarkan salam antara kamu.

Hadith riwayat Muslim


Satu syarat lagi bagaimana nak mempunyai ramai kenalan, adalah dengan keluar dan bergiat dalam masyarakat. Macam mana nak ada ramai kenalan kalau kerjanya 24 jam depan komputer menonton movies, main games, dan chatting saja? Boleh saja nak ada ramai kenalan, tapi kenalan maya lah. Dalam facebook! :)

Kita sebagai remaja Muslim kan kena sentiasa bergerak. Kalau tak, jadilah kita macam darah yang tak mengalir, mengundang infeksi pelbagai kuman dan virus. Rosak!



Kenapa saya terfikir nak tulis tentang perkara ini?


Sebab dulu waktu di INTEC dulu, saya teringat satu kisah dalam bas waktu balik Kolej Cemara. Dalam sesak-sesak bas tu, tiba-tiba ada seorang hamba Allah tu sapa saya, identitinya dirahsiakan,

"Awak ni, Ahmad Ibrahim Yahaya eh?"

Reaksi saya, macam biasa lah, pandang kiri kanan, pandang belakang, "Aah, ya saya".

"Ingat lagi tak, kat Maahad Hamidiah dulu...".

"Ooo, aah ingat lagi... bla bla bla...". Ada juga orang yang ingat nama penuh. Bagus betul. :)


Kejadian kedua di Tanta, waktu program Night Of Purity, makan malam amal. Jejak kasih semula sahabat yang kali terakhir jumpa pada tahun 2000. Kami dari Malaysia, dia belajar di Jordan, tapi akhirnya jumpa di Mesir.


Dan kalau di Mesir, selalu berlaku, ramai orang yang tak saya kenali yang tengok muka saya, dan tak semena-mena menyapa, "Eh, sihat? Apa khabar?"


Dan kalau berhadapan dengan situasi ni, saya dah tahu nak buat apa. Maka awal-awal saya jawab, "Saya adik dia..." sambil senyum sengih. =)


Dari kiri : Ezainy Sallih, Ibrahim Yahaya, Shuib Yahaya, Ezairy Sallih



Ust Azam, antara yang pertama kali tegur saya dengan cara yang disebutkan di atas




Maka kesimpulannya...


"Nama saya Ahmad Ibrahim Yahaya. Dari Bangi Selangor. Belajar di Mesir, tahun 4 Cairo University. Boleh berkenalan?",

...sambil tersenyum dan menghulurkan tangan untuk bersalam...

=)



Terima kasih daun keladi kerana sudi membaca...
Posted in Labels: , , , , | Comments

Sabar Bang, Sabar...

Sunday, January 23, 2011 by aiyqosim
Bismillah,

Alhamdulillah, wassolatu wassalamu 'ala Rasulillah SAW.


Baru-baru ini, lepas selesai baca Quran dekat Ma'ahad Iqra' cawangan Sayeda Zainab, Syeikh Ahmad berpesan kepada saya,

"Kamu dah ok dah baca Quran riwayat Hafs. Lepas ni, kena ambil riwayat Warsy pula..."

Saya pun jawab,

"masyi, masyi, insyaAllah..." Maksudnya, dalam hati kata, "hmmmm tengok laaa..."


Bukan apa, saya mula membaca di Ma'ahad Iqra' sejak musim panas tahun 2009 lagi. Bulan Julai tahun 2009. Sampai sekarang, maknanya dah SETAHUN SETENGAH saya baca Quran dengan syeikh, tapi sekarang baru sampai surah An-Naml, muka surat 377! Nak katanya, baru lebih sikit daripada separuh al-Quran saya baca, dalam masa setahun setengah! Tu baru baca, bukan tasmi' hafalan. Itu pun, syeikh dah pesan awal-awal, bila habis nanti, kena ambil riwayat Warsy pula. Bila pula tu nak habis?? =)


Kebetulan, Jumaat lalu, kami(saya, moji, dan salman) ada berborak dengan Ustaz Mahmud. Ustaz berkongsi satu hadith, yang simple tapi padat dan popular. Yang berbunyi,


قال الرسول -صلى الله عليه وسلم

"أحب الأعمال إلى الله: أدومها وإن قل" أخرجه البخاري في صحيحه


Rasulullah SAW bersabda, "Amal yang paling disukai Allah ; amalan yang berterusan meskipun sedikit"

-Riwayat Al-Bukhari-



Jika dibandingkan solat sepanjang malam sebanyak 10 rakaat, tapi hanya buat sekali setahun sahaja, dengan solat 2 rakaat sebelum subuh tetapi diamalkan setiap hari, maka solat 2 rakaat itu yang lebih baik. Kerana ianya merupakan amalan yang konsisten, biarpun sedikit.


Terkadang, kita begitu bersemangat untuk beribadat, mungkin kerana baru lepas dengar ceramah, atau baru lepas kelas BPI, tapi semangat itu hanya umpama 'hangat-hangat tahi ayam', beberapa saat sahaja, kemudiannya ia menjadi sejuk dan keras, susah nak basuh. =)


Begitu juga dalam belajar. Terkadang, kita sangat bersemangat untuk 'bolot' semuanya tanpa memikirkan kemampuan kita untuk mengkoordinasi ilmu tersebut dan menyusunnya dalam sistem pemikiran kita. Kita belajar kerana ikut orang. Kita belajar kerana dipaksa. Maka, segala jenis kelas kita pergi. Segala jenis buku kita 'belasah'.


Semuanya kita nak cepat. Kalau pergi kuliah, nak suruh pensyarah cakap dan habiskan silibus cepat-cepat. kalau pergi talaqqi, tak puas hati kalau syeikh yang jenis syarah panjang-panjang benda yang kecil. Lambat katanya! kalau mengaji Quran, nak cepat habis saja.


Gejala yang berlaku ini, kemungkinan besar berlaku disebabkan kurang kefahaman dalam beribadat. Kurang kefahaman dalam konsep ibadat dan menuntut ilmu. Kita mementingkan bilangan rakaat. Kita mementingkan jumlah amal ibadat yang dilakukan. Kita mementingkan kelajuan beribadat, kelajuan baca Quran, kelajuan belajar atau baca kitab. Semuanya nak banyak, semuanya nak cepat siap!


Padahal, intipati daripada ibadat adalah kualiti. Nabi SAW berpesan dalam hadith di atas, bahawa yang lagi perlu diambil berat dalam ibadat adalah, istiqomahnya kita dalam amal ibadat tersebut. Bukannya bilangan atau banyak mana kita beribadat. Bak kata pepatah,



قليل دائم خير من كثير منقطع

Benda sedikit yang selalu(berterusan) lebih baik daripada benda yang banyak tapi terputus(tak berterusan)



Kata kuncinya, istiqomah! Konsisten dan kualiti. Macam atlitlah. Kalau pelari pecut yang berkaliber, dapat dilihat daripada konsistennya dia mengekalkan catatan masa yang singkat dan konsisten. Bukannya dapat pecut habis-habisan sekali, tapi 'habis gas' bila buat larian kedua.


Maka, sebagai penuntut ilmu dan ahli ibadah, kita kena beringat dan berpesan kepada diri sendiri. Biarlah amal perbuatan kita dalam ibadat dan menuntut limu kita itu sedikit, tapi biarlah berterusan dan istiqomah. Janganlah terlalu 'excited' sangat untuk beberapa hari sahaja, lepas tu pancit sebab dah 'habis gas'.


Tapi, apa-apa hal pun, takkan lah kita nak dapat ilmu sikit-sikit saja kan? Mesti nakkan lebih dari orang lain. kalau macam tu, pasanglah azam, dan rancanglah strategi untuk tambahkan ilmu dan kemahiran anda, tetapi jangan buat perubahan dalam diri anda secara mendadak. Buatlah secara berkala mengikut kemampuan anda. InsyaAllah Allah akan menolong kita semua jika betul niatnya untuk Allah...


Ada satu pepatah Arab yang Syeikh Redho di Fustat ajar saya waktu tahun 1 dulu. (boleh tengok gambar Syeikh Redho dalam entry INI). Saya ingat sampai sekarang, memang terkesan betul. Berbunyi,



في السرعة الندامة , و في التءنّى السلامة

Dalam kalut(terkocoh-kocoh) ada penyesalan, dalam tenang(tak terkocoh-kocoh) ada keselamatan



Semoga kita tidak tergolong dari kalangan orang yang tak sabar dalam beribadat dan menuntut ilmu.



Sekian sahaja,



Wassalam.


belajar, belajar.... saja 'test power' dengan anak Abang Izzat Pojak mansurah, Abdullah namanya.... ni waktu program Night Of Purity di Tanta hari Sabtu malam tempoh hari... (xde kerja)
Posted in Labels: , , | Comments

Isy, Tak Minat Lah! [Motivasi]

Wednesday, January 19, 2011 by aiyqosim



Bismillah

Wassolatu wassalaamu 'ala Rasulillah SAW.


Kes 1

Dulu ada seorang sahabat ni, sewaktu zaman saya tinggal di Dewan Malaysia ARMA, malas sangat hadir ke kuliah. Sampai tahap exam pun tak datang. Puas lah ustat-ustat & abang-abang di ARMA ni termasuk saya jumpa dia. Borak-borak. Consult. Nasihat. Tanya masalah. Tanya apa boleh bantu. Semuanya gagal. Kecewa betul (baru nak test power kaunseling. takde bakat rupenye...) =)

Selidik punya selidik, rupa-rupanya, sahabat ni dulu sewaktu isi borang permohonan melanjutkan pelajaran, dia nak sambung belajar di tempat lain. Negara yang lebih popular dari Mesir. Tak tahu macam mana, dihantar sampai ke Mesir, bumi padang pasir yang penuh pancaroba ni! Ye lah, siapa lah yang nak belajar di Mesir ni? Kalau anda dah sampai Mesir, baru lah dapat faham erti kalam ni. Mungkin ada dalam kalangan pembaca blog ni yang studi di Mesir menghadapi perkara yang sama... :D



Kes 2

Ada seorang mamat ni, dia ambil jurusan perubatan. Budak medik lah ni. Tapi, sepanjang tempoh pengajiannya, dia takda langsung menunjukkan minat dalam medik. Belajar pun malas. Baca buku pun malas. Baca komik boleh pula. Assignment pun tak buat. Tapi, yang ajaibnya, setiap kali exam, dia lulus je, walaupun atas-atas pagar saja!

Tapi, tu lah, dia sekadar lepas exam dan naik tahun je la. Takda dirinya menunjukkan ciri-ciri seorang pelajar atau penuntut ilmu.

Selidik punya selidik, rupa-rupanya, asal-asal dia isi borang melanjutkan pelajaran dalam jurusan medik dulu, bukan atas kehendak dia. Rupanya parents dia yang bersungguh sangat nak anaknya jadi doktor!



Suka saya kongsikan satu pepatah yang menarik. Ringkas dan padat.



اعمل ما تحبّ حتى تحبّ ما تعمل


Buat apa yang kau suka, sehingga kau suka apa yang kau buat!







Lagi-lagi dalam perkara yang melibatkan pilihan. Juga yang melibatkan bidang pekerjaan. Kerana tujuan kita bekerja adalah untuk menyumbang dan berbakti. Mungkin juga untuk mencari duit.

Apa-apa pun tujuan pekerjaan itu, kewajipan bagi pekerja adalah untuk "excel" dalam bidang pekerjaannya. Sebab apa? Sebab kajian menunjukkan, orang yang minat melakukan sesuatu perkara akan "excel" dalam pekerjaan itu.

Maka, perkara pertama, buatlah perkara yang kita minat. Jangan terlalu terikut-ikut dengan orang lain. Terikut-ikut dengan trend semasa. Apa yang orang buat, kita pun nak buat.


Kata kuncinya, MINAT dulu!


Makanya, kepada ibu bapa yang memaksa anak mereka ambil medik, bila anak tu dah jadi doktor nanti, bolehlah inta anak tu bagi sijil & stetoskop tu kepada ibu bapanya ya... =)

Kalau ada anak yang kena paksa belajar sampai jadi syeikh sedangkan anak tu takda minat, bila dah jadi syeikh nanti, pakaikan serban syeikh tu di kepala ibu bapa yang memaksa tu. Boleh ke camtu? =)






Tapi...

Tapi, tidak semua perkara dimulakan dengan minat. Macam mana pula, kalau jenis orang yang tiada minat langsung? Hidupnya kosong, takda masa depan, takda minat. Maka, kita kena buat 'adjustment' pada formula tadi.

Selalu juga berlaku, asal-asalnya kita tak suka sesuatu perkara, tapi kita merasakan perkara itu sangat penting dan perlu kita lakukannya. Kita pun mula buat pekerjaan tersebut, lama-kelamaan, sedar tak sedar, kita mula menyukai perkara tu. Kita suka sebab kita mahir dalam perkara tu. Sebab kita sesuai dengan pekerjaan tu.

(Macam mana pula kalau orang? Kadang-kadang asal-asalnya kita tak suka orang tu, tapi... sambung lah sendiri analoginya. Boleh ke camtu? hehe)


(Berbalik kepada isu asal) Contohnya, dalam dakwah. Dalam menyampaikan kebenaran dan mencegah kemungkaran. Tidak ramai yang berminat untuk bercakap atau menulis berkenaan Islam. Tetapi, itu adalah perkara yang penting. Maka, dibuat dahulu, diulang-ulang, dilatih, sampai suka, sampai minat, sampai dapat memberikan sepenuh komitmen!


Kata kuncinya, BUAT dulu!



وَقُلِ اعْمَلُوا فَسَيَرَى اللَّهُ عَمَلَكُمْ وَرَسُولُهُ وَالْمُؤْمِنُونَ وَسَتُرَدُّونَ إِلَى عَالِمِ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ فَيُنَبِّئُكُمْ بِمَا كُنْتُمْ تَعْمَلُون


Dan katakanlah, "Bekerjalah kamu, maka Allah akan melihat pekerjaanmu, begitu juga Rasul-Nya dan orang-orang Mukmin, dan kamu akan dikembalikan kepada (ALLAH) yang mengetahui yang ghaib dan nyata, lalu diberitakannya kepada kamu apa yang kamu kerjakan."


-Surah At-Taubah, ayat 105-


Ya, buat dahulu. Dan betulkan niat anda dalam melakukannya. Kerana Allah tidak memberi ganjaran berdasarkan hasil perbuatan itu, tapi berdasarkan usaha kita, dengan syarat betul niatnya, betul kaedahnya.






Kesimpulan

Sebagai kesimpulannya, saya fokuskan dalam konteks menuntut ilmu, tanamkan dahulu MINAT dalam menutut ilmu. Ceburilah jurusan yang anda MINATI. Bukan atas dasar paksaan. Bukannya menurut kemahuan orang lain semata-mata.

Namun, terkadang, kepentingan Ummat mengatasi minat kita. Terkadang tidak terlintas langsung minat kita dalam menuntut ilmu. Maka, BUAT dahulu, insyaALlah dengan niat yang ikhlas kerana Allah, akan didatangkan MINAT itu kemudian. =)


Apa-apa hal pun,



أساس العلم , محبّة


Asas ilmu adalah mahabbah, cinta, suka, dan yang sama maksud dengannya...



Sekian dahulu, suka saya nak promosi, satu Program Wacana Mahasiswa anjuran batch Gen 07 MediCairo. Nak kata forum, bukan forum, nak kata ceramah, lagi lah jauh. Wacana lah, lagi sesuai. Borak-borak, bincang-bincang.

Tajuknya, We Are Real Doctors. (personally, tajuk yang lebih sesuai saya rasa, Are We Real Doctors? hehe)


Panelis :

Tong @ Izzuddin Nadzif

Asyraf Alfaiz

Nurul Iman Dashuki

Moderator :

adelaa mamat tu...




Ok, maaf salah silap,


Wassalam

Posted in Labels: , , , | Comments

Tunisia, Mesir, Malaysia & Kita

Monday, January 17, 2011 by aiyqosim

Bismillahirrahmaanirraheem,

Alhamdulillah, wassolatu wassalamu 'ala Rasulillah SAW.


Dalam sebulan dua ni, sedar tak sedar, ada beberapa isu hangat yang berlaku sekitar Timur Tengah, iaitu di Sudan dan Tunisia.

Saya rasa tertarik untuk komen sedikit sebanyak tentang isu yang berlaku di Tunisia. Rasanya pertama kali berbicara tentang krisis politik dalam negara dalam blog ni. Tapi takpa lah, harap tulisan ini bermakna...



Overview




Yang menarik tentang isu di Tunisia ini, bahawa kerajaannya mengamalkan sistem pemerintahan 'kuku besi' sejak sekurang-kurangnya 2 dekad lalu. Naiknya presiden Zine Al Abidine Ben Ali sejak tahun 1984, beberapa tahun selepas naiknya Hosni Mubarak, tetapi hanya selepas peristiwa 17 Disember tahun lalu, barulah ada satu gerakan yang jelas dan memberi impak besar hingga ke tahap presidennya, Zine Al Abidine Ben Ali berjaya 'ditendang' keluar dari negaranya oleh rakyatnya sendiri.






Tahukah anda, untuk seorang rakyat Tunisia, ada dua orang mukhabaraat @ Special Branch @ mata-mata? Lagi teruk daripada Mesir rupanya... Maka tak hairanlah sangat susah untuk rakyatnya menentang secara besar-besaran, tidak mampu! hinggalah berlakunya peristiwa 17 Disember lalu...

Mohammad Bouazizi, seorang graduan yang menganggur berumur 26 tahun, cuba cari makan dengan cara berniaga buah-buahan, memandangkan kenaikan harga barangan asas di Tunisia baru-baru ni. Tetapi gerainya disita, dan asetnya dirampas atas alasan tiada permit. Beliau sangat kecewa, dan membakar dirinya sendiri. Tak mati 'on the spot' tapi mati beberapa hari lagi.

Lanjutan dari peristiwa itu, berlaku lagi rentetan kejadian tunjuk perasaan dan tindakan-tindakan menegakkan hak rakyat miskin. Hampir setiap beberapa hari, ada saja orang 'buat hal'... rentetannya boleh dirujuk di SINI



Kata-kata Sayyidina Ali RA



ما جاع الفقير الا من تخمة غنيّ

Tidak akan lapar orang fakir, kecuali dengan 'kenyangnya' orang kaya



Saydina Ali RA merupakan seorang ilmuan agung di zaman Rasulullah SAW, kunci dan pintu segala ilmu. Inilah yang diajar oleh beliau dalam bab ekonomi bagi membangun negara.

Ya betul, tidak akan wujud orang fakir dalam sebuah negara, kecuali dalam masa yang sama ada golongan tertentu yang terlebih 'kenyang' dengan hartanya. Kalimah (تخمة) tukhmah bermaksud 'satiety', kepuasan, atau lebih tepatnya, kalau dianalogikan tengah makan nasi, lepas perut dah penuh makan nasi, dia suap lagi nasi walaupun dah kenyang. Sampai tahap begitu sekali! Dan itulah 'exactly' yang berlaku dalam negara Tunisia, malah dalam kebanyakan negara yang bergolak pada masa kini. Contoh terdekat, MESIR sendiri.





Tak logik langsung, kalau dalam sebuah negara, ada orang yang bergaji berbilion-bilion ringgit sebulan, dalam masa yang sama ada yang bekerja siang malam tapi bergaji beberapa ringgit saja sehari.



Kedaan Di Arab Saudi


Testimoni daripada Ustaz Mahmud, rakannya dari Arab Saudi berkata, keadaan yang berlaku di Arab Saudi, orang membuang daging unta dan kambing dalam tong sampah setiap hari. Sampai satu tahap, separuh daripada seekor unta dibuang begitu sahaja ke dalam tong sampah sebab dah takda orang nak makan.

Kedaan kucing di sana pula, kucing Arab Saudi tak makan daging langsung. Hanya makan ikan sahaja. Walaupun daging dalam tong sampah dah belambak-lambak! Mewahnya kucing d Saudi. Itu baru kucing!





p/s : satu lagi perkara menarik tentang Arab Saudi, dalam pada Perancis dan Qatar serta beberapa negara jiran lain tak terima Zine Al Abidine Ben Ali, tapi Arab Saudi terima beliau masuk dengan hati terbuka. Ada apa ya dengan Arab Saudi? hehe



Keadaan Di Mesir


Bagaimana pula di Mesir? Ada beberapa penganalisa politik menjangkakan, Mesir adalah giliran seterusnya. Anda lihat dan timbang sendirilah bagaimana keadaan di Mesir. Beza tara antara golongan kaya dan miskin, agak jelas di Mesir. Itulah bukti mudah dan jelas pengamalan kerajaan kuku besi.

Moga-moga Hosni Mubarak atau mana-mana SB Mesir tak baca blog ni. =)






Keadaan Di Malaysia


Banyak isu yang berlaku dalam masa beberapa bulan ni. Antara yang berkaitan adalah naiknya lagi harga minyak menyebabkan naiknya harga barang-barang runcit lain. Contoh mudah, bawang putih sebelum ni sekilo hanya lebih kurang RM 3 sahaja, sekarang dah naik RM 6!

Beberapa bulan lalu pula, lepas diumumkan belanjawan oleh DS Najib Tun Razak, rakyat dikejutkan dengan plan membina Menara 100 tingkat bernama apa entah, Warisan Merdeka ke hape ntah.. =) Tambahan lagi, nak lancarkan Hub-Hiburan yang berbajet tinggi. Tak masuk lagi bajet untuk promosi dan peng'agenda'an Konsep 1 Malaysia. Allahu A'lam.

Agak-agaknya, ada tak fakir miskin di Malaysia? Berapa serius perhatian yang diambil untuk golongan yang miskin, tak dapat kerja, mangsa banjir dan sebagainya? Macam mana pula dengan kualiti pendidikan dalam negara? Juga isu kejatuhan akhlak dan maksiat serta kebejatan moral dalam negara, berapa jauh dan seriusnya isu ini diambil perhatian oleh kerajaan? Berapa banyakkah pula belanjawan untuk mengatasi masalah kebejatan akhlak dan moral?

Saya pun tak sempat nak kaji, maka takda fakta dan figura yang lebih detail. Hanya mampu mengutarakan isu, tu saja. =) Allahu A'lam.

Tapi, apa-apa hal pon, kadar hutang Negara kita sekarang ni dua kali ganda dari KDNK, mana tak naik harga minyak! Oh Kerajaan Malaysia ku tercinta~




Suka saya memetik satu kalam hikmah dari Ibnu 'Atoillah As-Sakandari,


اجتهادك فيما ضمنلك و تقصيرك فيما طلب منك دليل على انطماس البصيرة

"Usaha keras kamu dalam perkara yang telah dijamin untuk kamu, dan kecuaian kamu dalam perkara yang dituntut dari kamu, bukti gelapnya pandangan(hati) kamu"



Perkara yang dah dijamin adalah seperti rezeki dan jodoh. Ramai yang sangat bersungguh-sungguh memikirkan tentang macam mana nak cari makan, macam mana nak 'tackle' perempuan dengan berhias dan sebagainya, padahal perkara-perkara tu semua dah dijamin oleh Allah.

Tetapi dalam masa yang sama, bila bab menuntut ilmu, bila bab ibadah, bila bab membantu orang susah, itulah yang dia abaikan. Padahal perkara-perkara itulah yang sepatutnya diusahakan dengan bersungguh-sungguh terlebih dahulu, sebab kalau anda tak bersungguh-sungguh menuntut ilmu contohnya, ilmu itu takkan datang 'menyerah diri' kepada anda!


Kata kuncinya adalah PRIORITI!


Maka, kalau nak ambil kata hikmah ini berdasarkan konteks perbincangan kita, dapatlah dilihat prioriti kepimpinan negara kita. Perkara-perkara hiburan didahulukan, pembaziran duit diutamakan. Mana tidaknya? Bukankah fungsi utama kerajaan adalah memastikan semua rakyatnya mendapat pendidikan, cukup kebajikannya, dan elok akhlaknya? =)




Berbalik... Tindakan Kita?


So, berbalik kepada isu di asal, pemerintahan kuku besi dan sekular terbukti menghancurkan rakyat. Tunisia, Mesir, dan beberapa negara lain. Malaysia pula apa nasibnya? Ada gaya nak jadi macam negara kuku besi ni tak? Fikir-fikirkan lah ya, saya pun tak tahu nak kata macam mana... Yang penting, ada wanita 'besar' dalam negara boleh 'shopping' beratus-ratus ribu sekali shopping, tapi ada rakyat yang masih terkial-kial cari sesuap nasi untuk isi perut setiap hari... Apa kejadahnya itu semua? =))


Maka, apakah tindakan kita? Tak tahu nak cakap macam mana, tapi salah satu faktor yang menyebabkan rakyat Tunisia boleh bangkit sekarang adalah kerana, 50 % rakyatnya adalah golonga berumur 25 tahun ke bawah! Nampak tak kaitannya?? Maka penentu masa depan negara kita adalah terletak pada golongan muda-mudi seperti kita!


Maka... apa tindakan kita? Nampak dah? Tak nampak lagi? Umur anda dah sampai 21 tahun dah? Nampak dah tindakan anda? hehehe


Boleh cari fakta-fakta berkaitan Revolusi Jasmine (lupa bagitahu, revolusi yang berlaku di Tunisia sekarang dinamakan Revolusi Jasmine) di SINI...


Sekian sahaja,


Maaf salah silap


Wassalam~

Posted in Labels: , , | Comments
Related Posts with Thumbnails

Apture