Surat Untuk Bekas Pelajar SMAP Labu (bukan bekas pelajar pun boleh baca)

Sunday, August 26, 2012 by aiyqosim

Bismillahirrahmaanirraheem,

Alhamdulillahi wassolaatu wassalaamu 'ala Rasulillah...


Firman Allah dalam Al-Quran Al-Kareem ;


وَلَا يَحْسَبَنَّ الَّذِينَ يَبْخَلُونَ بِمَا آتَاهُمُ اللَّـهُ مِن فَضْلِهِ هُوَ خَيْرًا لَّهُم ۖ بَلْ هُوَ شَرٌّ لَّهُمْ ۖسَيُطَوَّقُونَ مَا بَخِلُوا بِهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ ۗ وَلِلَّـهِ مِيرَاثُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ ۗ وَاللَّـهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرٌ

"Dan jangan sekali-kali orang-orang yang yang kikir dengan apa yang diberikan Allah kepada mereka dari kurnia-Nya, mengira bahawa (kikir) itu baik bagi mereka, padahal ia adalah buruk bagi mereka. Mereka akan dikalungkan dengan apa yang mereka kikirkan itu pada hari Qiyamat. Milik Allah-lah warisan (apa yang ada) di langit dan di bumi. Allah Maha Teliti terhadap apa yang kamu kerjakan."


Bagi yang mendengar radio IKIM.fm sepanjang Ramadhan yang lalu, anda pasti dah hafal ayat Al-Quran yang dipetik dari ayat 180 Surah Ali Imraan ini.

Sesungguhnya Allah ciptakan harta benda dan mengagihkannya kepada sekalian manusia untuk menguji keimanan dan kebijaksanaan manusia menguruskan bumi Allah. Di sana terdapat sekumpulan manusia yang bijak mengurus dan melaburkan hartanya, dan ada pula yang gagal.

Mereka yang bijak, sudah pasti meletakkan sasaran paling menguntungkan dan paling berbaloi. Harta yang Allah berikan kepada mereka akan dilaburkan untuk mendapatkan hasil berlipat kali ganda dari yang asal. Sedang mereka yang rugi, akan boros dan membelanjakan harta mereka ke jalan yang sia-sia.

Pelaburan yang paling berbaloi sudah tentulah pelaburan yang memberikan pulangan berlipat kali ganda untuk jangka masa selama-lamanya. Dan perniagaan yang kekal selama-lamanya menguntungkan tentulah perniagaan dengan Yang Maha Kekal.

Salah satu daripadanya adalah sistem wakaf.



SMAP Labu & Suraunya, Suatu Hakikat




Sekolah Menengah Agama Persekutuan telah ditubuhkan pada tahun 1982 bertempat di Kelang, sebelum berpindah ke Petaling Jaya pada tahun 1984 dan akhirnya berpindah secara tetap di Kilometer 11 Jalan Labu, Negeri Sembilan pada tahun 1896. Sejak itu, ia diberi nama Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu (SMAPL).

"Iklim Deeni Teras Kecemerlangan", itulah tagline agung yang sering kedengaran di SMAPL di zaman saya dahulu.

Semenjak tahun 1986, SMAPL memiliki sebuah surau yang menjadi paksi "Iklim Deeni" yang sering disebut-sebut itu. Di sinilah tempat lahirnya ratusan malah ribuan modal insan yang kini bertebaran di seluruh negara dan luar negara. Kini, sudah lebih 25 tahun surau SMAPL berdiri tegak dengan tapak dan bangunan asal, dan ia sudah dimamah usia.

Oleh itu, satu projek untuk membina surau baru telah dilancarkan beberapa tahun dahulu. Bahkan saya masih ingat lagi ketika saya masih di tingkatan 2 sekitar tahun 2003, pelan baru surau SMAPL sudah mula dilukis. Namun, sehingga kini, projek tersebut masih di dalam fasa pengumpulan dana. Saya tertanya-tanya, mengapa pengumpulan dana projek membina surau baru ini memakan masa begitu lama?



Bekas Pelajar SMAPL, Satu Muhasabah


Saya ulang kembali persoalannya, mengapa pengumpulan dana projek membina surau baru ini memakan masa begitu lama?

Adakah ribuan modal insan keluaran SMAPL sejak puluhan tahun lalu, tidak cukup besar gajinya untuk mengumpul dana dari kalangan mereka? Adakah prioriti projek pembinaan surau baru ini diletakkan di bawah? Adakah bajet untuk membina surau baru ini mendapat sekatan dari pihak atasan? Adakah hebahan dan promosi projek ini tidak kedengaran oleh para lepasan pelajar dan ibu bapa?

Walau apapun kemungkinannya, ini bukanlah masanya untuk saling menuding jari.


Alhamdulillah, baru-baru ini saya difahamkan, telah berlaku satu perbincangan diantara 3 pihak bagi menjayakan projek pembinaan surau baru SMAPL ini. Projek pembinaan surau baru ini merupakan kerjasama 3 pihak, iaitu pihak SMAPL, pihak PIBG SMAPL, dan Persatuan Bekas Pelajar SMAPL (IKMAL). Satu jawatankuasa baru telah dilantik, dan gerak kerja baru telah diatur.

Dan salah satu yang telah diluluskan adalah, Kupon Dana Wakaf Pembinaan Surau Baru SMAPL.


Apa Itu Projek Kupon Dana Wakaf?


Sebanyak 60 set kupon berjumlah RM 150,000 telah diberikan kepada Jawatankuasa IKMAL untuk diagihkan kepada para sukarelawan dalam kalangan ahli IKMAL. Terdapat dua jenis kupon, satu bernilai RM 10 dan satu lagi RM 50. Para relawan yang memegang kupon bertanggungjawab mencari dana wakaf daripada sesiapa sahaja dermawan yang sudi untuk mewakafkan sejumlah wangnya untuk projek pembinaan surau ini. Orang yang membuat wakaf akan diberikan kupon mengikut jumlah wang yang diwakafkan.

Ringkas dan mudah!

Namun, bagi mereka yang merasakan sukar untuk berususan dengan duit tunai dan kupon, boleh juga membayar wakaf secara bank-in dan memaklumkan nama dan jumlah yang telah di'bank-in' kepada ahli jawatankuasa yang bertugas.

Lebih ringkas dan lebih mudah!

Sudah tentu, sasaran utama sebenarnya adalah dari sumbangan dari bekas pelajar sendiri. Namun, ingin saya kongsikan beberapa hakikat yang berlaku untuk muhasabah kita bersama.



Sumbangan Wakaf Surau? Tengok laah...


Setakat 7 tahun lepas, saya mendengar sudah ada bekas pelajar SMAP yang telah menjadi wakil rakyat, Pengarah MSD, CEO-CEO syarikat besar, doktor-doktor pakar, penulis terkenal, Imam Muda, artis-artis, dan tokoh-tokoh dalam bidang masing-masing. Maka saya pasti, jika hanya bergantung kepada bekas pelajar sahaja, sudah mampu mendapat sumbangan wakaf melebihi daripada sasaran yang diletakkan.

Mari kita main sedikit kira-kira. Jika secara purata, SMAPL (termasuk sejak zaman SMAWP) melahirkan 100 orang lepasan pelajar, maka hingga kini, seramai sekurang-kurangnya 3000 lepasan pelajar SMAPL telah dilahirkan. Jika setiap seorang menyumbang hanya RM 100, dana wakaf yang disumbang sudah pun mencapai RM 300,000, iaitu dua kali ganda dari jumlah sasaran!

Banyak sangat kah RM 100? Banyaaaak! Sebanyak RM 8.30 sebulan. Isy, banyak tu! Sama seperti RM 2 seminggu. Banyak nyaa! Sama macam 30 sen sehari. Harga sebiji karipap di Bangi! Sama macam jumlah duit yang akan habis jika setiap hari saya makan sebiji karipap untuk sarapan pagi.

Bayangkan berapa banyak pelajar akan beribadat, bersolat, membaca Al-Quran, berqiyamullail, mendengar kuliah-kuliah dan tazkirah, serta mengulangkaji pelajaran dengan lebih selesa. Bahkan, tidur pun akan jadi lebih selesa dengan surau yang baru. Dan manfaatnya berterusan selagimana surau itu digunakan, dan akan kekal sehingga Hari Pembalasan kelak, insyaAllah.

Namun, satu persoalan 'cliche' telah timbul, sama seperti ia timbul dalam projek-projek IKMAL yang lain, iaitu, siapakah yang sudi menjadi penggerak projek ini? Atau sekurang-kurangnya, siapakah dalam kalangan alumni SMAPL yang sudi menyumbang wang (jika tidak tenaga) untuk dana wakaf surau baru ini?

Saya pernah mendengar 'keluhan' dari seorang guru 'otai' di tingkatan 2 dulu, yang menceritakan bahawa ada seorang bekas pelajar yang sudah bekerja di sebuah syarikat besar dan bergaji besar, apabila diajak oleh si guru ni untuk menyumbang dana surau, dijawabnya, "tengok laah".

Saya juga pernah mendengar cerita kesungguhan seorang 'otai' Jawatankuasa IKMAL menggerakkan projek ini, namun kurang mendapat sambutan dari para alumni yang lain.

Dan sekarang, saya melihat kepada diri saya sendiri, "apa yang aku telah lakukan untuk sekolah tempat aku menadah ilmu dan keberkatan dahulu?"


Makanya...


Apa Yang Diperlukan Dari Anda?


Jika ada merupakan salah seorang bekas pelajar SMAPL, anda diharapkan untuk;

1. Menawarkan diri untuk menjadi salah seorang sukarelawan mengutip dana wakaf surau baru

2. Mempromosikan projek ini dan menggalakkan orang menyumbang

3. Menyumbang dalam dana wakaf


Jika anda bukan dari kalangan alumni SMAPL, anda amat dialu-alukan untuk;

1. Menyumbang dalam dana wakaf pembinaan surau baru SMAPL

2. Turut mempromosikan projek ini dan menggalakkan orang menyumbang



Bagaimana Caranya?



UNTUK MENYUMBANG ke dalam dana wakaf surau baru SMAPL, caranya sangatlah mudah. Tidak kira siapakah anda, bekas pelajar SMAPL atau pun tidak, muda mahupun tua, kaya ataupun miskin, terkenal ataupun tidak, anda berhak melabur untuk saham Akhirat, dengan syarat, sumbangan itu ikhlas kerana Allah Ta'ala. Ada dua cara untuk anda membuat sumbangan wakaf, iaitu;

1. Anda boleh membuat bayaran kepada sukarelawan yang memegang kupon dana wakaf. Siapakah mereka? Dan bagaimanakah untuk mencari mereka? Saya adalah salah seorang darinya. Dan semua exco/AJK IKMAL ada memegang kupon tersebut. Senarai exco/AJK IKMAL akan ditunjukkan di bawah nanti. Anda hanya perlu berhubung dengan mereka untuk tindakan lanjut.

2. Anda boleh juga membuat bayaran secara bank-in ke akaun IKMAL dengan jumlah wang yang anda mahu wakafkan. Kemudian, jangan lupa untuk hubungi mana-mana exco/AJK IKMAL untuk maklumkan nama dan jumlah wang yang telah anda bank-in. Walaupun kami tahu anda menyumbang dengan ikhlas kerana Allah, namun pemberitahuan ini amat penting, untuk para sukarelawan mengoyakkan kupon milik anda bagi tujuan rekod dan bukti. Berikut adalah info akaun IKMAL;


Akaun Maybank IKMAL

Nombor akaun : 564191012479



Kupon yang disediakan sah digunakan untuk potongan cukai pendapatan (income tax).

Kupon yang ditawarkan ada dua jenis, iaitu;

a. Kupon bernilai RM 10, dan

b. Kupon bernilai RM 50

Namun, jika anda mahu menyumbangkan wakaf dengan jumlah yang tidak genap sama ada dengan RM 10 atau RM 50 pun tidak mengapa. Pihak Jawatankuasa Projek tetap menerimanya sebagai sumbangan ikhlas dari anda. Bak kata pepatah Melayu, besar tapak tangan, nyiru kami tadahkan.





UNTUK MEMBANTU MEMPROMOSIKAN projek ini pula, anda boleh promosikan LINK INI. Atau gunakan apa-apa cara sekalipun mengikut kreativiti anda.




UNTUK MENAWARKAN DIRI menjadi salah seorang SUKARELAWAN mengutip dana dan memegang kupon dana pula, anda boleh menghubungi mana-mana AJK Pembinaan Surau Baru SMAPL sama ada dalam kalangan guru mahupun alumni. Info AJK IKMAL(alumni) adalah seperti berikut;


Presiden: Ahmad Zaki Ahmad Rafa'i (0192170789)
Timb Presiden: Wan Azhar Wan Ahmad (0192644496)
Naib Presiden : Hanif Hassan (0126832161)
Setiausaha Agung: Chairil Anwar (0173000394)
Bendahari: Fadhal Asri (0192628759)
Timb Bendahari: Shima Hussain
AJK:
1. Nur Syamiza Zainal
2. Faqih Sadiq (0147930197)
3. Yamin H Azman
4. Haji Mohd Najib Khairudin
5. Hazwan Hashim (0179381160)
6. Aiman Ahmad (0196435118)
7. Nor Adni Ismail
8. Nazree Yunos (0192125301)
9. Fadli Yusof




Besar Tapak Tangan, Nyiru Kami Tadahkan


Jika ada sebarang pertanyaan, komen mahupun idea bernas untuk membantu projek wakaf ini, pihak Jawatankuasa Pembinaan Surau Baru SMAPL khususnya pihak IKMAL (alumni) sangat berbesar hati untuk mendengar. Sila hubungi kami melalui nombor telefon exco/AJK IKMAL seperti yang sudah tersenarai di atas.


Semoga Allah memberkati keikhlasan anda membantu projek ini, sama ada dengan wang ringgit mahupun tenaga. Moga dengan berkat keikhlasan anda menyumbang, surau baru SMAPL akan dapat dibina dengan dana yang mencukupi, seterusnya meneruskan tradisi kelimuan Islam yang sudah lama bertapak di bumi SMAPL.


Segala jasa baik anda kami dahulukan dengan jazakumullah khairal jaza'.


Rasulullah SAW bersabda, "Sebaik-baik kamu adalah yang paling banyak memberi manfaat kepada manusia".


Moga Allah menerima amal anda dan kita semua, ameen.



"Iklim Deeni Teras Kecemerlangan"


Ahmad Ibrahim Yahaya

Pelajar tahun akhir, Fakulti Perubatan Universiti Kaherah, Mesir

SMAP Labu 2002-2006

h/p : +6017 3821348 (Malaysia), +20111 8709885 (Mesir)

p/s : Saya bukan seorang exco/AJK IKMAl, dan tidak pernah memegang apa-apa jawatan dalam IKMAL. Saya bukanlah AJK Projek Dana Wakaf yang dilantik secara rasmi. Saya hanyalah relawan membantu sedikit sebanyak projek ini, setelah diminta tolong oleh salah seorng sahabat IKMAL yang merupakan sahabat satu batch dengan saya. Moga Allah menerima amalan ini, ameen.

Posted in Labels: , | Comments
Related Posts with Thumbnails

Apture