Only ME Can Beat ME!

Thursday, December 30, 2010 by aiyqosim


“Exam, exam, exam! Hisy, takda kerja lain ke budak medik ni?”


Kita selalu dengar kata-kata ini keluar daripada mulut seorang pelajar jurusan perubatan atau pergigian mahupun farmasi. Pagi keluar rumah untuk ke kuliah, lewat petang baru pulang semula. Malam, disambung lagi dengan kelas tambahan atau study group. Setiap minggu ada exam. Bila pula masa nak ‘enjoy’?


“Itulah korang, siapa suruh ambil medik, kan dah takda ‘life’!”


Ini pula kata-kata sahabat-sahabat di luar bidang perubatan yang sering dilemparkan kepada pelajar jurusan perubatan. Sudah la kelas 6 hari seminggu, hujung minggu kena duduk rumah study, sebab setiap minggu ada exam. Bak kata ramai orang, study 24-7. Lagi pula, bila kerja nanti pun 24-7 juga! Hmmm…



Mitos Exam Budak Medik

Pertamanya, perlu ditanya kepada mereka yang bertanyakan soalan di atas, benarkah hanya pelajar jurusan perubatan, pergigian, dan farmasi sahaja yang sering diuji dengan peperiksaan dan ujian setiap minggu? Itu adalah mitos pertama. Tanyalah mahasiswa lain terutamanya di Malaysia. Mana universiti yang tidak menguji pelajarnya dengan peperiksaan yang kerap. Ya, hakikatnya, peperiksaan perlu dihadapi oleh semua orang yang bergelar mahasiswa. Kerana hakikat hidup ini adalah perlumbaan ke arah yang terbaik. Dan minda seorang Muslim Mukmin, adalah sentiasa menuju yang terbaik.


Firman Allah dalam Surah Al-Mulk, ayat ke-2 yang bermaksud,


(Allah) Yang menciptakan mati dan hidup untuk menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa, Maha Pengampun.



hapuskan mitos itu!


Seribu ‘Tapi…’


“Errr, tapi… bila masuk exam ni lain. Saya bukan tak study, tapi bila nak tulis atas kertas jawapan, tiba-tiba ‘blank’!”


Tapi… kalau kita belajar kerana exam, sia-sia lah. Tu yang saya biasa-biasa je dalam exam…”


Ayat di atas sering kita dengar dari mereka yang mudah berputus asa dengan usaha mereka sendiri. Tiada istilah ‘blank’ di hadapan kertas jawapan, jika kita sudah membuat persediaan yang optimum untuk menghadapinya. Jika masih lagi blank, maknanya, kita hanya ‘merasakan’ bahawa usaha kita sudah cukup, tapi hakikatnya, masih ada ruang-ruang yang perlu diperbaiki, dan masih banyak lompong-lompong yang perlu diisi.

Tiada juga istilah ‘biasa-biasa’ dalam peperiksaan. Kerana anda bukan pelajar biasa, anda adalah aset Ummat Islam! Bak kata pepatah,

“always aim for the sky, for if you fall, you’ll reach the cloud”.



Cara Belajar Sebenar

Jika anda masih mengalami masalah di atas, maka jangan pula anda gusar dan merasa rendah diri. Mari kita lihat, bagaimana seorang ilmuan agung dan penuntut ilmu sebenar belajar. Suka saya petik syarat-syarat yang ada pada seorang pelajar hakiki yang ditulis oleh Al-Imam As-Shafi’ie Rahimahullah.


1. Kebijaksanaan (الذكاء)

Ada yang berkata, saya tak bijak. Namun, logik akal mengatakan sebaliknya! Tahukah anda, di Malaysia, mengikut statistik tahun 2009 mendapati, sebanyak 9% rakyat Malaysia buta huruf. Bermakna seramai 2.52 juta orang Malaysia tak tahu membaca dan menulis. Anda pula boleh membaca, dan lebih dari itu, daripada ribuan remaja sebaya anda tidak mendapat tempat di university, anda pula yang dapat. Bukan calang-calang jurusan, perubatan pula tu! (saya hanya menggunakan istilah perubatan sebagai mewakili jurusan pergigian dan farmasi juga, harap memahami)




1. Keinginan yang tinggi (الحرص)

Kajian psikologi mendapati, jika anda benar-benar membayangkan apa yang anda mahu, anda akan mendapat perkara itu insyaALlah. Cuba bayangkan, kalau anda ke restoran dan teringin makan nasi goreng cina dengan sambal udang, anda tidak akan dapat nasi goreng cina sambal udang jika anda tidak ‘order’, atau anda ‘order’ nasi sahaja. Apa yang anda inginkan, itulah yang akan anda dapat. Visualisasikan secara spesifik, apa yang anda mahukan, dan mohonlah pertolongan dari Allah, anda akan berjaya.


2. Usaha kuat (الاءجتهاد)

Tidak ada yang dapat menafikan faktor usaha yang kuat. Bak kata pepatah Arab,

“Barangsiapa yang inginkan kejayaan, kebaikan, kemuliaan dan kemegahan, tanpa pengorbanan dan jihad(usaha yang kuat), maka sesungguhnya dia sedang bermimpi di siang hari!”


3. Bekalan (البلغة)

Bekalan di sini bermaksud buku-buku rujukan. Janganlah kedekut untuk membeli buku rujukan dan buku latihan. Ingatlah, kedekut berbelanja untuk ilmu akan membawa padah kepada masyarakat. Sedangkan kita boleh menghabiskan ribuan ringgit(atau geneh) untuk melancong atau berhibur, takkan lah dengan hanya beberapa puluh ringgit harga buku pun kita nak berkira?


4. Panduan dari guru bertauliah (ارشاد الأستاذ)

Tanyalah dari guru yang layak dan bertauliah. Tanyalah dari yang faham. Dan tanyalah dari sumber ilmu yang sebenar. Kata kuncinya mudah sahaja, hadirlah ke kelas!


5. Berterusan sepanjang masa (طول الزمان)

Kajian mendapati bahawa, belajar secara sedikit-sedikit tapi berkala, lebih efektif berbanding belajar sekali gus dengan skala yang besar. Inilah yang dinamakan istiqomah. Istiqomah dalam belajar, kerana kita belajar bukan kerana satu-satu sebab tertentu seperti bila ada peperiksaan sahaja. Tetapi kita belajar untuk memahirkan diri kita dengan ilmu tersebut, sehingga kita mampu untuk mengaplikasikan ilmu tersebut untuk berkhidmat sebagai pegawai kesihatan kelak, insyaAllah.


Maka, akhirnya, saya dan Biro Akademik PERUBATAN amat berharap agar anda semua takkan mudah putus asa. Tiada lagi alasan untuk tidak belajar. Tiada lagi alasan untuk tidak cemerlang dalam peperiksaan. Kerana andalah yang akan menentukan nasib anda sendiri, dengan izin Allah SWT. Bak kata seorang peninju popular awal 90-an, Shane Mosley,


“Only ME can beat ME!”






Jemputlah ziarah laman web Biro Akademik. Thumbs up kepada Paan & Elya sebagai moderator & Perubatan Online atas domain yang diberikan.



Sekian,

Salam Ijtihad,

Salam Imtihan,

Salam Tanafus,


Wassalam~
Posted in Labels: , , , | Comments

Harry Potter Versi Mesir

Tuesday, December 28, 2010 by aiyqosim
rumah bawwab, suasana tipikal di mesir. terpaksa membongkok di dalam rumah


Assalamu'alaykum wbt.

Alhamdulillah wassolatu wassalaamu 'ala Rasulillah SAW.


Sekadar 'update 5 minit'.


Beberapa minggu yang lalu saya kebetulan singgah di Hayyu Sabe3 dan diajak seorang sahabat, Al Fatoni Al Kelantaniy untuk singgah makan tengahari di rumahnya di akhir mahattah.


Rumah di kawasan Hayyu Sabe3 atau pun Madinah Nasr secara umumnya agak selesa berbanding di kawasan Sayedah Zainab, mungkin kerana Madinah Nasr secara relatifnya bandar baru berbanding Sayedah Zainab.


Namun, perkara tipikal di Mesir adalah, kebanyakan imarah(apartment) pasti akan ada satu rumah di bawah tangga imarah tersebut. Rumahnya kecil dan kekadang ketinggiannya sampai tahap orang kena membongkok di dalam rumah tersebut.


Gambar di atas menunjukkan rumah bawwab atau 'jaga'(tak tahu nak translate apa dalam Bahasa Malaysia). Dan rumah bawwab di atas merupakan antara yang kemas dan 'proper' untuk diduduki. Sepanjang 3 tahun setengah duduk di Mesir, pelbagai rumah bawwab saya dah tengok. Kebanyakannya memang teruk, tak sanggup nak ambil gambar. Satu bilik berkongsi satu keluarga 4-5 orang. Ruang sempit bawah tangga. Memang menginsafkan...


Cuma nak mengingatkan, susah-susah kita orang Malaysia di Mesir ni pun, tak sampai lagi yang terpaksa duduk di bawah tangga. (tak tahulah kot-kot kalau ada yang duduk bawah tangga, saya tak pernah dengar). Alhamdulillah hamdan katheera....


Cuma satu lagi, bila tengok rumah bawwab di Mesir ni, saya teringat zaman-zaman 'layan' novel Harry Potter dulu, episod satu, alamat Harry Potter adalah, The Cupboard Under The Stairs, Dursley Household, 4 Private Drive Little Whinging, London. Time tu, semua orang kesian tengok Harry Potter bernasib malang, serba tak kena, dan duduk dalam bilik bawah tangga. At least, Harry Potter duduk dalam RUMAH dua tingkat, hanya biliknya sahaja di bawah tangga. =)



harry potter


Maka, marilah lah kita pupuk sifat syukur dalam diri kita. Kalau tak syukur, maka kufurlah namanya. LINK untuk belajar bersyukur. =)


Suka saya promosikan, rentetan daripada Seminar PERUBATAN Kali Ke-3 : Profesionalisme, Februari 2011 nanti, PERUBATAN membawakan kepada anda, even better, PERUBATAN WINTER CARNIVAL (PWtC) yang merangkumi Hari Keluarga, Seminar, dan Hari Terbuka sekali gus dalam satu program!



Allahu A'lam


Wassalam

Posted in Labels: , , | Comments

Jengkal-jengkal Ilmu

Friday, December 24, 2010 by aiyqosim


Bismillahirrahmaanirraheem


Alhamdulillah, wassolatu wassalaamu 'ala Rasulillah SAW


Sempat saya curi sedikit masa saya untuk sebuah entry pendek, (after all, ramai yang komen entry saya terlalu panjang, malas nak baca. So, saya buat kali ni pendek je la insyaALlah...), bertajuk Jengkal-jengkal Ilmu.

Kadang-kala saya rasa kagum dengan kesungguhan beberapa orang sahabat saya yang tak jemu-jemu ke sana ke mari, mengeluarkan duit poket, menghabiskan tenaga, bersengkang mata, dan pelbagai lagi tanda kesungguhan mereka dalam MENUNTUT ILMU.

Tak cukup dengan kuliah perubatan nya, kelas-kelas bahasa Arab, pengajian al-Quran, talaqqi di masjid-masjid terutamanya di Masjid Al-Azhar, dan sebagainya.


Jengkal-jengkal Ilmu

Suka saya berkongsi satu kalam dari al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziy rahimahullah, yang berbunyi,


العلم ثلاثة أشبار

من دخل شبر اللأوّل تكبّر

ومن دخل شبر الثّاني تواضع

ومن دخل شبر الثّالث أحسّ بجهله


Ilmu itu mempunyai 3 jengkal(tahap)

siapa yang masuk(sampai) ke jengkal pertama, takabbur

siapa yang sampai ke jengkal kedua, tawaduk

siapa yang sampai ke jengkal ketiga, akan merasai kejahilannya



Kalam yang sangat cantik, diajar oleh guru saya Ustaz Mahmud. Ya, bagi orang yang menuntut ilmu, bila dia sampai ke tahap pertama, sewaktu baru mula berjinak-jinak dengan ilmu, dia akan berasa takabbur. Rasa besar. Rasa hebat. Rasa ilmunya banyak. Rasa alim.

Jikalau dia menuntut limu lebih dalam lagi, atau meneruskan lagi menggali ilmu, maka kelak, dia akan berasa tawaduk. Semakin banyak ilmunya, semakin dia rendah diri. Semakin 'relax', tak melenting. Semakin matang. Semakin kenal, bahawa bukan dia seorang sahaja yang ada ilmu.

Jikalau dia terus lagi belajar, dan ikhlas lagi menuntut ilmu, maka dia akan merasakan bahawa, dia tidak mempunyai apa-apa ilmu. Dialah yang paling jahil. Dia bukanlah orang yang hebat. Dia perlu menuntut lagi banyak ilmu dan lagi dalam lagi. Apa yang dia ada tidak mencukupi, walaupun hakikatnya ilmunya lebih banyak berbanding orang yang tidak menuntut ilmu atau orang di peringkat pertama.


Makin Tuntut Ilmu, Makin Bodoh?

Tahap yang ketiga ini, bukanlah menunjukkan bahawa, semakin kita menuntut ilmu, kita menjadi semakin bodoh! Tetapi, semakin dalam kita menuntut sesuatu ilmu, semakin kenal kita dengan hakikat ilmu Allah. Apakah hakikatnya?

Bahawa ilmu Allah itu sangat luas, dan begitu banyak perkara yang tidak mampu dijelaskan oleh manusia.


Kesimpulan

Maka kesimpulannya, hadirkanlah rasa rendah diri di dalam menuntut ilmu dan dalam bergaul dengan masyarakat, kerana hakikatnya, kita TAK TAHU APA-APA! Juga, bersabarlah dalam menuntut ilmu kerana ilmu itu milik Allah dan sesuatu yang mulia. Takkan lah sesuatu yang mulia itu, murah harganya, Tak gitu?


Bak kata pepatah,


ومن أراد الصلاح والمجد والعزّ بغير جهاد وتضحية , فهو حالم واهم

Barangsiapa yang inginkan kebaikan, dan kemegahan dan kemuliaan, tanpa jihad(to strive) dan pengorbanan, maka dia sedang bermimpi indah!



Sekian dahulu, semoga kita tergolong dari golongan yang cintakan ilmu dan ikhlas menuntutnya kerana Allah dan Ummat Islam. Dan ingat ya, langkah pertama menuntut ilmu adalah membaca! ;)



Jazakumullah kheir kerana sudi membaca.



Wassalam~
Posted in Labels: , , | Comments

10,000!

Tuesday, December 21, 2010 by aiyqosim



Bismillah, wassolatu wassalamu 'ala Rasulillah SAW


Alhamdulillah, sedar tak sedar, traffic blog ni dah sampai angka 10,000... yeay~


Mula dibuka secara rasmi pada Julai tahun ini, masuk bulan ni, umurnya dah mencapai 6 bulan.


Jutaan terima kasih kepada para pembaca dan pengomen. Jasamu dikenang.


Semoga blog ini bermanfaat, dan dapat menjadi saham di akhirat kelak insyaAllah.


Harapnya saya terus beristiqomah mengisi ruangan blog ini. Doa-doakan lah ya.


Ok, sekian sahaja.


Jazakumullah kheir,


Wassalam


Ahmad Ibrahim Yahaya,
Beit Syabab al-Mansyuud, Syari' Qadri, Sayeda Zeinab, Kaherah
Posted in Labels: , , | Comments

Calon Pilihan Saya

by aiyqosim
Assalamu'alaykum wbt.

Disebabkan ada orang komen, post sebelum ni panjang sangat, maka saya asingkan bahagian Calon Pilihan Saya kepada satu post lain.

Selamat membaca!


Calon Pilihan Saya

Secara peribadinya, saya mempunyai mempunyai beberapa calon pilihan. InsyaAllah semuanya akan dinyatakan relevan dan sebabnya. Tapi, buat yang tidak terpilih sebagai pilihan saya, jangan kecewa pula ya! (kenyataan paling bajet bulan ni. hehe) Anda tetap pemimpin di hati pencadang dan penyokong anda. =)


Calon Exco (LINK untuk senarai calon-calon EXCO)


1. Muhammad Nurhelmi Mohd Lukhman






Sebab pertama, saya nak tanya anda semua, siapa yang tak kenal lelaki di dalam gambar di atas, angkat tangan! Itulah sebab pertama saya. =)

Sebab kedua, siapa yang tak pernah dengar Sekolah Dato' Abdul Razak atau SDAR? Maka, cuba bayangkan, gambar yang anda lihat di atas adalah Ketua Umum SDAR tahun 2005/2006.

Seterusnya, melihat kepada track record beliau dari bangku sekolah rendah sehingga ke alam universiti. Ya, ALAM UNIVERSITI! Saya nyatakan pencapaian beliau setakat mana yang saya tahu. Saya tak tanya sahabat-sahabat rapat beliau lagi. Ini baru yang saya tahu secara umum ya.

Sekolah Rendah

Bola Sepak MSSM Peringkat Kebangsaan, wakil Selangor

Sekolah Menengah

Bola Sepak
Ragbi Kebangsaan
Olahragawan SDAR
Pelari pecut SDAR
Ketua Umum

Mahasiswa

Bermotor Honda Wave
AJK Relawan setiap program kecil dan besar PERUBATAN
AJK Pengangkutan(driver) dalam hampir semua program PERUBATAN
AJK YAHOO! At Pangsun PERUBATAN
AJK Seminar PERUBATAN Kali Ke-3
AJK Raya Korban PERUBATAN 2010
Pengarah LIFE 2009
Pengarah Jaulah Matruh Siwa PERUBATAN 2010
Pengarah Mesyuarat Tahunan Kaherah Kali Pertama
Pengarah Mesyuarat Agung Tahunan PERUBATAN


Sedikit testimoni dari saya :

"Nurhelmi aka Mentol, merupakan lelaki yang versatile dan rajin. Saya mula mengenali beliau di PSMB PERUBATAN 2007 di ARMA, satu kumpulan dengan beliau, dan beliau sangat peramah dan sentiasa tersenyum.

Ramai yang tidak tahu, terutamanya sahabat-sahabat di muhafazah, bahawa jaket PERUBATAN BiKON yang anda pakai itu dan Kalendar PERUBATAN di atas meja anda itu, siapa yang mengangkutnya dengan Avanza yang 2 kali pancit tayarnya dalam perjalanan mengharungi jalanraya Mesir di musim sejuk tahun lalu?

Siapa pula yang menguruskan urusan perpindahan rumah di Giza dan menguruskan pengurusan internet.

Program Seminar dan Roadshow PERUBATAN bulan Februari lalu. Para doktor dari Malaysia, Dr. Latiff, Dr. Amaluddin, Dr. Hatta dan isterinya pusing satu Mesir berceramah. Tahukah anda siapa yang membawa mereka pusing satu Mesir?

Program YAHOO! di Pangsun musim panas lepas, saya merupakan pengarahnya. Tapi tahukah anda siapa yang sentiasa mengiringi saya ke sana ke mari menguruskan program?

Baru-baru ni kita mendengar rumah Nur Qaseh dipecah masuk oleh tuan rumah sendiri. Tapi tahukah anda, siapa yang menguruskan urusan dengan tuan rumah dan mahkamah? Dialah Mentol.

Tapi, siapa yang pernah dengar nama beliau sebelum ini? Ya, namanya tidak kedengaran, tetapi kesan jasa baiknya dirasai seluruh ahli PERUBATAN seluruh Mesir!"


2. Mohamed Khaliq Bin Isa

Calon kedua pilihan saya adalah dari Universiti Ain Shams, tahun 4. Sahabat yang saya kenali sejakt tahun satu di ARMA. Kalau nak bercakap dengan beliau, memang saya segan. Iyalah, Ketua Umum SMKA Kuala Lumpur, lepasan Darul Quran pula tu. Tapi, sekali bercakap, insyaAllah boleh layan punya. Memang banyak terlibat dalam program PERUBATAN, termasuk menjadi Pengarah Ain Shams Family Day. Juga pernah menjadi AJKT ARMA sesi lepas. Ramai juga yang mengenali beliau di Cairo Universiti, tetapi di Ain Shams, tak perlu diperkenalkan lagi kehebatannya. InsyaAllah dapat membawa suara Ain Shams atas pengaruhnya di ARMA dan Abbasiyyah.




3. Muhammad Azizul Hakim Bin Azizul

Calon ketiga pilihan saya adalah dari Universiti Al-Azhar, tahun 3. Mungkin ramai yang tidak mengenali beliau, kerana beliau memang penyenyap orangnya. Cakap di depan pon segan-segan gamaknya. Tetapi sekali borak, pon boleh tahan ramahnya. Beliau sebelum ini sangat aktif di Rumah Johor, menjadi Multimedia Crew dan beberapa AJK lain. Itu yang tak pernah nampak, kecuali dalam beberapa program tahun ini. Beliau menjadi AJK dalam Program LIFE dan MTK PERUBATAN. Kalau ikut testimoni dari Yazid Hanzir, Al-Azhar tahun 3, "kerajinan beliau ni, sampai ketua unit program pon naik segan dengan komitmen beliau!". Kita memang memerlukan wakil dari Al-Azhar seperti beliau, ada sedikit sebanyak pengalaman dan membuktikan komitmen yang tinggi, insyaAllah.





4. Mohd Hilmi Bin Matnoh

Sahabat yang saya kenali sejak 2 tahun belakangan ini, dari Universiti Al-Azhar, tahun 3. Pergi sini, nampak muka beliau. Pergi sana, nampak lagi muka beliau. Dari dapur KLCC di Rumah Wilayah Persekutuan KL, sampailah Raya Korban PERUBATAN baru-baru ni. Namanya tidak selalu didengari, tetapi kesannya boleh dirasai. Rasanya, beliau boleh 'masuk' dengan ramai orang. Dengan suara yang agak otai serak-serak basah, ramai yang tak percaya beliau dulu sekolah di KISAS. =)




Ini adalah 4 calon pilihan saya. Ingat, saya masih ada 4 tempat lagi untuk diisi, sebab setiap ahli layak memilih 8 orang untuk calon EXCO kelak. Maka, 4 orang di atas adalah calon top 4 saya.


Satu testimoni khas buat sahabat seperjuangan saya, Khairul Farhan Bin Khairuddin, Tahun 4 Cairo University. Beliau memang berketerampilan, iya lah, budak 'RMC' lah katakan. Berani ke hadapan dan profesional. Bekerja di bawah Unit Dokumentasi(eh, kalau tak silap lah..) BPP PERUBATAN, dan banyak membantu sebagai AJK YAHOO! At Pangsun musim panas lalu. Tapi kan Paan, i really need you to manage Cairo Academic Team Website, cause i can't find anyone better than you. Seriously, i mean it! So, .... =)


Buat calon-calon lain, semuanya saya kenal, sahabat-sahabat saya, bahkan ada yang pernah dan masih bekerja di bawah saya atau bawah Biro Akademik. Ridzuan Mohd Nor, atau Chip panggilan manjanya, pernah bekerja bersama di dalam Seminar PERUBATAN Kali Ke-3 dan YAHOO! At Pangsun, dan telah menunjukkan kekemasan gerak kerja yang mengagumkan. Abd Rahim Samad pengarah LIQA PERUBATAN dan Ketua Batch Tahun 2 Cairo 2009/2009. Mohd Hilmi Mohd Hatta, bekerja bersama dalam barisan AJKT PERUBATAN sesi ini, Biro Akademik. Begitu juga Wan Ahmad Hafizi, Biro Kebajikan. Muhammad Deenie, tahun 2 Ain Shams, bekerja di bawah Biro Akademik Unit Tutorial dan merupakan wakil G2G Ain Shams, tapi baru tahun 2, masih muda. hehe. Ahmad Faiz Zaib merupakan junior saya di SMAP Labu, juga berbakat, tapi masih muda juga. hehe. Ahmad Naufal, merupakan AJK Biro Akademik di bawah Unit CAT Website, berbakat dan rajin, tapi, macam tu lah, masih muda lagi. hehe. Hamzah Marwan pula, saya kenal beliau di PSMB Ain Shams Azhar tahun 2009, tahun 2 Al-Azhar, tapi macam tu lah, masih muda. hehehe...


Buat akhirnya, seperti biasalah, saya sebagai manusia biasa, terdedah banyak kepada kesilapan dan dosa. Diharap tiada yang terasa dengan blog post saya kali ini. Ini adalah pandangan saya, dan setiap manusia mempunyai sisi pandangan masing-masing. Dan anda semua bebas membuat pilihan demi kemajuan Ummat.

InsyaAllah akan saya kongsikan juga, jika ada kelapangan, calon Presiden dan Timbalan Presiden 2 pilihan saya, tapi bukan hari ini lah...

Sekian, buatlah pilihan bijak demi masa depan PERUBATAN. Undilah 3 H, formula kehebatan dan kesatuan PERUBATAN akan datang.


Hilmi(Mentol)-Hilmi(Matnoh)-Hilmi(Hatta)!!!

Sila jenguk blog INI. Mereka cuba buat pakatan, dan saya menyokong padu 100% pakatan ini!!! =)


Allahu A'lam, jazakumullah kheir kerana sudi membaca...


Wassalam
Posted in Labels: , | Comments

Sekitar Pilihanraya AJKT PERUBATAN Pusat 2011/2012

Sunday, December 19, 2010 by aiyqosim

Bismillahirrahmanirraheem

Assalamu'alaykum wbt.

Alhamdulillahi wassolatu wassalaamu 'ala Rasulillah SAW.

12 hari belakangan ini, masa tidak mengizinkan saya menulis dan mengisi blog ini. Syukurlah dapat sedikit masa di pagi hari ni, janganlah kita mempersiakan masa kosong kita, juga kesihatan kita, kerana Nabi SAW berpesan,


عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: (نِعْمَتَانِ مَغْبُونٌ فِيهِمَا كَثِيرٌ مِنْ النَّاسِ الصِّحَّةُ وَالْفَرَاغُ) رواه البخاري

"dua nikmat yang selalu dilupakan/diabaikan kebanyakan manusia ; kesihatan dan masa lapang"- Riwayat al-Bukhari



Sekitar Pilihanraya AJKT Persatuan Pelajar-pelajar Perubatan Malaysian Mesir (PERUBATAN) bagi sesi 2011/2012 hujung minggu ini, saya rasa terpanggil untuk memberi sedikit komentar. Iyalah, sebagai AJKT yang 'dikekal'kan untuk sesi ini, saya rasa berhak untuk memberikan pendapat saya memandangkan AJKT yang bakal naik kelak akan bekerja bersama-sama saya dan AJKT kekal yang lain insyaALlah.


Ciri-ciri Kepimpinan Sebenar

Persoalan pertama, nak memilih pemimpin, kita perlu tahu dan faham, apakah ciri-ciri pemimpin sebenar. Carilah tulisan-tulisan berkaitan kepimpinan, rujuklah buku-buku 'leadership', bacalah sejarah hidup pemimpin-pemimpin hebat, anda akan menemui banyak ciri kepimpinan sebenar. Tetapi saya ingin menyenarai-pendekkan ciri-ciri mengikut pendapat saya.

Cukup saya bawakan 3 orang manusia hebat sebagai contoh untuk diekstrak ciri-ciri kepimpinan mereka.


1. Kisah Nabi Syuaib A.S

Dinukilkan di dalam Surah al-Qasas ayat ke 26 yang bermaksud,

"Salah seorang daripada keduanya berkata : wahai ayah! Ambillah dia sebagai pekerja, sesungguhnya sebaik-baik pekerja adalah yang paling kuat, lagi amanah."

Allah merakamkan peristiwa kekaguman anak-anak Nabi Syuaib AS iaitu Syafura dan Liya terhadap Nabi Musa AS dalam satu peristiwa di padang pasir Madyan. Mereka berdua terpegun dengan Musa, pemuda gagah dan berakhlak yang telah menolong mengangkat penutup sumber air untuk kambing-kambing peliharaan mereka, namun tetap menjaga akhlak dan maruah beliau. Atas pertolongan itu, akhirnya Nabi Musa AS ditawarkan kerja oleh Nabi Syuaib AS setelah si anak itu menceritakan kekuatan dan akhlak Nabi Musa AS.

al-qawiyyu dan al-amin, itulah 2 ciri yang ada pada Nabi Musa AS.


2. Kisah Iskandar Zulkarnain

Dinukilkan di dalam Surah al-Kahfi, ayat ke 83-98.

Iskandar Zulkarnain bukanlah seorang nabi mahupun rasul Allah. Tetapi kehebatannya dinukilkan di dalam al-Quran, menunjukkan ciri-ciri yang ada pada peribadi beliau adalah sangat hebat dan mulia.

Beliau merupakan seorang yang beriman, dan berketerampilan. Buktinya, bila beliau sampai di suatu kawasan di antara dua gunung, yang mana penduduknya sangat asing bagi Iskandar Zulkarnain(dari segi bahasa perbicaraan), penduduk di situ meminta tolong daripada Iskandar Zulkarnain supaya membuat dinding penghadang daripada satu kaum perosak, Yakjuj dan Makjuj.

Iskandar Zulkarnain menolong mereka dengan memberikan idea bernas dan mengatur langkah untuk diikuti oleh penduduk di situ, iaitu disuruh mendapatkan besi, dipanaskan, dan dituangkan tembaga ke atasnya(pengaloian). Beliau tidak melakukan semua kerja itu sendiri, tetapi beliau mengagihkan tugas sebagai menghargai kebolehan atau kemampuan yang ada pada penduduk tempat itu. Kemudian beliau berkata, perlindungan itu adalah daripada Rahmat Allah!

Luaran yang berketerampilan sehingga orang memberi kepercayaan kepadanya, idea yang bernas hasil daripada ilmu yang tinggi, bijak mengatur strategi dengan mengagihkan tugas kepada penduduk hasil daripada pengalaman, mempercayai kemampuan penduduk kawasan itu dengan memberikan mereka peluang bekerja hasil daripada husnuzzon, dan bertawakkal kepada ALlah hasil daripada iman yang kuat dan sifat tawaduk, itulah ciri-ciri beliau.


3. Nabi Muhammad SAW.

Rasul terakhir, diutuskan untuk sekalian alam, untuk umat baginda, iaitu kita semua. Terlalu banyak kisah menceritakan kepimpinan baginda SAW. Rujuklah buku-buku sirah Nabi Muhammad SAW. Namun, suka saya nukilkan beberapa testimoni daripada orang bukan Islam sendiri, tentang kepimpinan Nabi Muhammad SAW.

Michael H. Hart telah meletakkan Nabi Muhammad SAW sebagai orang paling berpengaruh Nombor 1 dalam sejarah dunia, dalam bukunya bertajuk, "100 : A Ranking Of The Most Influential Persons In History" diterbitkan dalam tahun awal 80-an.

"If a man like Muhammed were to assume the dictatorship of modern world, he would succeed in solving its problems that would bring it the much needed peace and happiness" - George Bernard Shaw

"Muhammed was the soul of kindness, and his influence was felt and never forgotten by those around him" - Diwan Chand Sharma, The Prophets Of The East, Calcutta 1935

"Muhammed is the most successful of all Prophets and religious personalities" - Encyclopaedia Britannica

"By a fortune absolutely unique in history, Muhammed is a threefold founder of a nation, of an empire, and of a religion" - Rev. R. Bosworth-Smith in "Mohammed and Mohammedanism 1946"

Banyak lagi testimoni lain, tetapi 5 ini sudah cukup membuktikan bahawa kepimpinan baginda SAW diakui semua orang.


Sistem Pencalonan, Satu Cabaran

Berbalik kepada pilihanraya PERUBATAN, tahun ini menyaksikan sistem pencalonan pertama kali diperkenalkan. Calon yang bertanding adalah atas dasar suka rela dengan pencadang dan penyokong masing-masing. Tiada lagi istilah 'paksa rela' di dalam AJKT PERUBATAN, (kecuali AJKT kekal??).

Maka, hasil daripada sistem ini, muncullah tempoh berkempen, dan penyokong calon masing-masing begitu hangat mempromosi calon masing-masing. Tak lupa juga kepada calon sendiri, ada juga calon yang begitu bersemangat menonjolkan diri mereka di musim-musim begini. =)

Sistem ini sangat baik dan bernas, kerana ia dapat mengetengahkan 'figure-figure' yang memang sanggup bekerja dan memimpin di peringkat AJKT Persatuan. Tiada lagi paksaan. Memang kemahuan diri sendiri. Calon yang bertanding pertamanya telah membuktikan bahawa mereka tidak segan dan mempunyai 'self-esteem' yang tinggi hanya dengan 'kesanggupan' mereka mengisi borang calon. Tahniah diucapkan!

Namun, cabaran besarnya adalah, apabila menang dan dinaikkan menjadi AJKT kelak, tanggungjawabnya jauh lebih besar berbanding AJKT yang 'ditolak' naik. Lagi pula, dalam tempoh berkempen, saya melihat, ada calon yang begitu hangat mengempen diri mereka sendiri mengalahkan calon ADUN kawasan! Ianya sesuatu yang sangat positif dari segi keyakinan dan keterampilan, namun jika berlebih-lebihan, dikhuatiri menjadi seperti kata pepatah, "cakap berdegar-degar, tahi tersangkut di gelegar!"

Tidak salah menonjolkan diri, tetapi, hendaklah kita semua lihat dan faham, apa yang bakal dihadapi di hadapan kelak bila menjadi pemimpin, baharulah boleh menonjolkan diri. Maknanya, anda menonjolkan diri anda dalam keadaan anda faham dan tahu apa yang bakal anda hadapi. Di sinilah PENGALAMAN memainkan peranan. Dalam konteks PERUBATAN, pengalaman bererti umur dan pengalaman bekerja. Ada yang suka menonjolkan diri dan mengharap orang ramai memilihnya, tetapi tidak mempunyai sedikit idea pun tentang apa yang dihadapinya kelak bila menjadi AJKT. Cabaran dari segi pengurusan masa, pengurusan tenaga, pengurusan kewangan, pengurusan komitmen, dan pengurusan kasih sayang. =)


Apa Yang Diperlukan PERUBATAN?

Saya sudah berada di dalam AJKT PERUBATAN Pusat sejak Oktober 2008 lagi. Mengikut perspektif saya, banyak lagi ruang-ruang pembaharuan di dalam PERUBATAN, yang memerlukan pemimpin yang berkaliber untuk memenuhinya. Berikut merupakan pemimpin yang dicari-cari PERUBATAN dari kaca mata saya yang hina ini.


1. Tidak hipokrit

'Pandang pertama' adalah faktor penting dalam ta'aruf dan kasih sayang. Mungkin, faktor inilah yang sering diambil kesempatan oleh ramai di kalangan manusia untuk mengaburi mata manusia lain. Hipokrit!

Di depan senyum, di belakang cebik muka. Di depan kata-kata manis, 'kalam helwah', di belakang kutuk. Bercakap dengan 'orang-orang tertentu' lain, dengan orang 'biasa' lain. Layanan kepada 'orang-orang besar' lain, kalau orang 'bawah-bawah' tak layan sangat pon ok je. Pertama kali jumpa dan berborak, ok. Kali kedua dan seterusnya, menjadi hambar dan bosan. Perkara ini, sangat biasa kita jumpa. Dan yang bagusnya, kita sebagai manusia biasa pun, sangat mudah untuk mengenalpasti siapa yang hipokrit dan siapa yang tidak.

Pemimpin sebenar adalah pemimpin di mana-mana sahaja. Sepertimana ibadah seorang yang IHSAN. Biar di hadapan manusia, mahupun di belakang, ibadahnya tetap umpama dia sedang melihat Allah. Habis baik. Terbaik. Sempurna!


2. Ikhlas bekerja kerana Allah dan kemajuan Ummat

Kita semua tahu dan arif, bahawa setiap amalan itu dimulakan dengan niat, dan dinilai berdasarkan niatnya. Di antara bukti keilkhlasan bekerja adalah, rajin, bersungguh-sungguh dan sentiasa sanggup bekerja asalkan tidak mengganggu prioriti yang lebih utama. Kata kuncinya, KOMITMEN!

Rajin dan bersungguh-sungguh bukan sahaja ketika berkempen, tetapi sebelum tempoh berkempen dan lagi penting, selepas keputusan pilihanraya diuar-uarkan. Rajin dan bersungguh-sungguh setiap masa, kerana pemimpin sebenar faham, bahawa dia bekerja kerana Allah, kerana Islam, kerana membantu Ummat, bukannya kerana jawatan atau publisiti.


3. Idea bernas & kreatif

Saya jamin, tiada seorang pon yang membantah kreativiti sebagai salah satu ciri pemimpin yang PERUBATAN mahukan. 'Think out of the box', itulah kata kuncinya.

Bak kata seorang sahabat, Huzaifah Md Nor namanya, PERUBATAN perlu lebih dinamik. Ya, bukan PERUBATAN sahaja, malah setiap organisasi yang mendukung Islam wajib bergerak dan dinamik. Untuk itulah, PERUBATAN memerlukan pemimpin yang dinamik!

Seperkara lagi, harus diingat, ramai yang tertipu dengan kepetahan berkata. "Eh, dia ni pandai cakap. Mesti banyak idenya!". "Eh dia ni macam tak reti bercakap je...Macam mana nak memimpin ni?". Dirasakan bahawa apabila petah berkata-kata, ideanya bernas dan geliga.

Kepetahan berkata-kata memang diakui sebagai salah satu faktor untuk memimpin. Namun, ia bukanlah penentu kepemimpinan seseorang. Nabi Musa AS bukanlah seorang pemidato yang hebat, namun nama dan kisah perjuangan baginda dinukil bahkan diulang-ulang di dalam al-Quran! Maka janganlah menilai seseorang pemimpin itu HANYA berdasarkan kepetahannya memberi hujah, tetapi nilailah berdasarkan kualiti kerjanya.


4. Tahu adab dalam organisasi

Faktor ini, biarpun saya letakkannya di bawah, tetapi hakikatnya, ini adalah faktor terpenting khusus untuk pemimpin dalam sebuah organisasi. Khusus dalam PERUBATAN.

Adab dalam organisasi? Ya, adab dalam organisasi bukan sekadar adab-adab peribadi yang harus ada dalam setiap individu Muslim. Ianya adab khusus apabila kita bekerja dalam sebuah organisasi. Sangat banyak adabnya jika hendak disenaraikan, tetapi ada beberapa adab yang sering diabaikan penggerak-penggerak di dalam organisasi (termasuklah saya, kadang-kadang), iaitu sistem rujukan atau 'referral system'.

Setiap gerak kerja, terutamanya perkara baru yang hendak dibawa, adabnya, hendaklah dirujuk kepada pemimpin di atas. Dan juga dibawa berbincang bersama AJK yang lain. Agar tidak berlaku 'bypass' dan supaya idea baru itu berkembang biak menjadi lebih matang. Begitu juga dengan sebarang masalah yang berlaku.

Setiap masalah atau perkara di luar bidang kuasa kita, hendaklah dirujuk kepada AJK lain yang lebih mahir dalam perkara tersebut, bukannya semuanya kita nak 'sapu'. Kata kuncinya, jangan bertindak macam 'hero'. Begitu juga dengan orang bawahan, agihkan tugas dengan baik, supaya semua orang dapat merasa pengalaman bekerja di dalam persatuan.

Dan semua ini dapat berjalan dengan baiknya dengan satu perkara, PENGALAMAN. Pengalaman bekerja. Pengalaman bergerak. Bukan sekadar di sekolah, tetapi di dalam persekitaran semasa. Pengalaman di sekolah ada peranannya, tetapi signifikannya kurang berbanding pengalaman bergerak dalam alam mahasiswa. Dalam konteks PERUBATAN, suasana di Mesir. Pengalaman 'bekerja' di Mesir.

Referral system ini penting, juga kerana ia akan menghasilkan satu organisasi yang selaras, tersusun dan sistematik. Bukan sekedar pengalaman sahaja yang diperlukan, satu faktor lagi yang diperlukan sebagai adab dalam organisasi, ialah sifat tawadhuk dan rendah diri. Terkadang, ego sesetengah pemimpin dalam menyatakan pendapat dan menyalurkan ideanya menjadikan sesuatu organisasi itu kucar-kacir. Semua nak ikut cakapnya. Yang atas disiku, yang bawah dipijak. Yang atas dilawannya dan yang bawah dibulinya. Memang diakui, sesetengah orang mempunyai idea yang terkehadapan, tetapi adab menyalurkan idea itu perlu dituruti. Hormati juga pendapat sahabat-sahabat lain, kerana bukan kita seorang sahaja yang betul, kita tetap seorang manusia yang keluarnya dari lubang kemaluan, dan akan kembali semula ke tanah.


Calon Pilihan Saya

Secara peribadinya, saya mempunyai mempunyai beberapa calon pilihan. InsyaAllah semuanya akan dinyatakan relevan dan sebabnya. Tapi, buat yang tidak terpilih sebagai pilihan saya, jangan kecewa pula ya! (kenyataan paling bajet bulan ni. hehe) Anda tetap pemimpin di hati pencadang dan penyokong anda. =)


Calon Exco (LINK untuk senarai calon-calon EXCO)


1. Muhammad Nurhelmi Mohd Lukhman






Sebab pertama, saya nak tanya anda semua, siapa yang tak kenal lelaki di dalam gambar di atas, angkat tangan! Itulah sebab pertama saya. =)

Sebab kedua, siapa yang tak pernah dengar Sekolah Dato' Abdul Razak atau SDAR? Maka, cuba bayangkan, gambar yang anda lihat di atas adalah Ketua Umum SDAR tahun 2005/2006.

Seterusnya, melihat kepada track record beliau dari bangku sekolah rendah sehingga ke alam universiti. Ya, ALAM UNIVERSITI! Saya nyatakan pencapaian beliau setakat mana yang saya tahu. Saya tak tanya sahabat-sahabat rapat beliau lagi. Ini baru yang saya tahu secara umum ya.

Sekolah Rendah

Bola Sepak MSSM Peringkat Kebangsaan, wakil Selangor

Sekolah Menengah

Bola Sepak
Ragbi Kebangsaan
Olahragawan SDAR
Pelari pecut SDAR
Ketua Umum

Mahasiswa

Bermotor Honda Wave
AJK Relawan setiap program kecil dan besar PERUBATAN
AJK Pengangkutan(driver) dalam hampir semua program PERUBATAN
AJK YAHOO! At Pangsun PERUBATAN
AJK Seminar PERUBATAN Kali Ke-3
AJK Raya Korban PERUBATAN 2010
Pengarah LIFE 2009
Pengarah Jaulah Matruh Siwa PERUBATAN 2010
Pengarah Mesyuarat Tahunan Kaherah Kali Pertama
Pengarah Mesyuarat Agung Tahunan PERUBATAN


Sedikit testimoni dari saya :

"Nurhelmi aka Mentol, merupakan lelaki yang versatile dan rajin. Saya mula mengenali beliau di PSMB PERUBATAN 2007 di ARMA, satu kumpulan dengan beliau, dan beliau sangat peramah dan sentiasa tersenyum.

Ramai yang tidak tahu, terutamanya sahabat-sahabat di muhafazah, bahawa jaket PERUBATAN BiKON yang anda pakai itu dan Kalendar PERUBATAN di atas meja anda itu, siapa yang mengangkutnya dengan Avanza yang 2 kali pancit tayarnya dalam perjalanan mengharungi jalanraya Mesir di musim sejuk tahun lalu?

Siapa pula yang menguruskan urusan perpindahan rumah di Giza dan menguruskan pengurusan internet.

Program Seminar dan Roadshow PERUBATAN bulan Februari lalu. Para doktor dari Malaysia, Dr. Latiff, Dr. Amaluddin, Dr. Hatta dan isterinya pusing satu Mesir berceramah. Tahukah anda siapa yang membawa mereka pusing satu Mesir?

Program YAHOO! di Pangsun musim panas lepas, saya merupakan pengarahnya. Tapi tahukah anda siapa yang sentiasa mengiringi saya ke sana ke mari menguruskan program?

Baru-baru ni kita mendengar rumah Nur Qaseh dipecah masuk oleh tuan rumah sendiri. Tapi tahukah anda, siapa yang menguruskan urusan dengan tuan rumah dan mahkamah? Dialah Mentol.

Tapi, siapa yang pernah dengar nama beliau sebelum ini? Ya, namanya tidak kedengaran, tetapi kesan jasa baiknya dirasai seluruh ahli PERUBATAN seluruh Mesir!"


2. Mohamed Khaliq Bin Isa

Calon kedua pilihan saya adalah dari Universiti Ain Shams, tahun 4. Sahabat yang saya kenali sejakt tahun satu di ARMA. Kalau nak bercakap dengan beliau, memang saya segan. Iyalah, Ketua Umum SMKA Kuala Lumpur, lepasan Darul Quran pula tu. Tapi, sekali bercakap, insyaAllah boleh layan punya. Memang banyak terlibat dalam program PERUBATAN, termasuk menjadi Pengarah Ain Shams Family Day. Juga pernah menjadi AJKT ARMA sesi lepas. Ramai juga yang mengenali beliau di Cairo Universiti, tetapi di Ain Shams, tak perlu diperkenalkan lagi kehebatannya. InsyaAllah dapat membawa suara Ain Shams atas pengaruhnya di ARMA dan Abbasiyyah.




3. Muhammad Azizul Hakim Bin Azizul

Calon ketiga pilihan saya adalah dari Universiti Al-Azhar, tahun 3. Mungkin ramai yang tidak mengenali beliau, kerana beliau memang penyenyap orangnya. Cakap di depan pon segan-segan gamaknya. Tetapi sekali borak, pon boleh tahan ramahnya. Beliau sebelum ini sangat aktif di Rumah Johor, menjadi Multimedia Crew dan beberapa AJK lain. Itu yang tak pernah nampak, kecuali dalam beberapa program tahun ini. Beliau menjadi AJK dalam Program LIFE dan MTK PERUBATAN. Kalau ikut testimoni dari Yazid Hanzir, Al-Azhar tahun 3, "kerajinan beliau ni, sampai ketua unit program pon naik segan dengan komitmen beliau!". Kita memang memerlukan wakil dari Al-Azhar seperti beliau, ada sedikit sebanyak pengalaman dan membuktikan komitmen yang tinggi, insyaAllah.





4. Mohd Hilmi Bin Matnoh

Sahabat yang saya kenali sejak 2 tahun belakangan ini, dari Universiti Al-Azhar, tahun 3. Pergi sini, nampak muka beliau. Pergi sana, nampak lagi muka beliau. Dari dapur KLCC di Rumah Wilayah Persekutuan KL, sampailah Raya Korban PERUBATAN baru-baru ni. Namanya tidak selalu didengari, tetapi kesannya boleh dirasai. Rasanya, beliau boleh 'masuk' dengan ramai orang. Dengan suara yang agak otai serak-serak basah, ramai yang tak percaya beliau dulu sekolah di KISAS. =)




Ini adalah 4 calon pilihan saya. Ingat, saya masih ada 4 tempat lagi untuk diisi, sebab setiap ahli layak memilih 8 orang untuk calon EXCO kelak. Maka, 4 orang di atas adalah calon top 4 saya.


Satu testimoni khas buat sahabat seperjuangan saya, Khairul Farhan Bin Khairuddin, Tahun 4 Cairo University. Beliau memang berketerampilan, iya lah, budak 'RMC' lah katakan. Berani ke hadapan dan profesional. Bekerja di bawah Unit Dokumentasi(eh, kalau tak silap lah..) BPP PERUBATAN, dan banyak membantu sebagai AJK YAHOO! At Pangsun musim panas lalu. Tapi kan Paan, i really need you to manage Cairo Academic Team Website, cause i can't find anyone better than you. Seriously, i mean it! So, .... =)


Buat calon-calon lain, semuanya saya kenal, sahabat-sahabat saya, bahkan ada yang pernah dan masih bekerja di bawah saya atau bawah Biro Akademik. Ridzuan Mohd Nor, atau Chip panggilan manjanya, pernah bekerja bersama di dalam Seminar PERUBATAN Kali Ke-3 dan YAHOO! At Pangsun, dan telah menunjukkan kekemasan gerak kerja yang mengagumkan. Abd Rahim Samad pengarah LIQA PERUBATAN dan Ketua Batch Tahun 2 Cairo 2009/2009. Mohd Hilmi Mohd Hatta, bekerja bersama dalam barisan AJKT PERUBATAN sesi ini, Biro Akademik. Begitu juga Wan Ahmad Hafizi, Biro Kebajikan. Muhammad Deenie, tahun 2 Ain Shams, bekerja di bawah Biro Akademik Unit Tutorial dan merupakan wakil G2G Ain Shams, tapi baru tahun 2, masih muda. hehe. Ahmad Faiz Zaib merupakan junior saya di SMAP Labu, juga berbakat, tapi masih muda juga. hehe. Ahmad Naufal, merupakan AJK Biro Akademik di bawah Unit CAT Website, berbakat dan rajin, tapi, macam tu lah, masih muda lagi. hehe. Hamzah Marwan pula, saya kenal beliau di PSMB Ain Shams Azhar tahun 2009, tahun 2 Al-Azhar, tapi macam tu lah, masih muda. hehehe...


Buat akhirnya, seperti biasalah, saya sebagai manusia biasa, terdedah banyak kepada kesilapan dan dosa. Diharap tiada yang terasa dengan blog post saya kali ini. Ini adalah pandangan saya, dan setiap manusia mempunyai sisi pandangan masing-masing. Dan anda semua bebas membuat pilihan demi kemajuan Ummat.

InsyaAllah akan saya kongsikan juga, jika ada kelapangan, calon Presiden dan Timbalan Presiden 2 pilihan saya, tapi bukan hari ini lah...

Sekian, buatlah pilihan bijak demi masa depan PERUBATAN. Undilah 3 H, formula kehebatan dan kesatuan PERUBATAN akan datang.


Hilmi(Mentol)-Hilmi(Matnoh)-Hilmi(Hatta)!!!

Sila jenguk blog INI. Mereka cuba buat pakatan, dan saya menyokong padu 100% pakatan ini!!! =)


Allahu A'lam, jazakumullah kheir kerana sudi membaca...


Wassalam
Posted in Labels: , , , , | Comments

Apa Ertinya Aku Menyambut Maal Hijrah?

Tuesday, December 7, 2010 by aiyqosim

Bismillahirrahmaanirraheem

Alhamdulillahi wassolaatu wassalaamu 'ala Rasulillah SAW


Tahun 1431 Hijriyyah telah meninggalkan kita. 1432 Hijriyyah pula mendatang di hadapan kita. Bersyukurlah kerana Allah masih tidak putus memberikan kita rezeki nyawa, nikmat Iman, dan kurnia Islam, Alhamdulillah.

Cuba tanyakan soalan ini kepada diri anda semua, "berapakah umur aku?"

Sudah pasti anda mampu menjawabnya. 18 tahun? 19 tahun? 20, 21, 23 tahun? Atau 30 tahun?

Dan berapa kalikah sudah kita lalui Sambutan Tahun Baru atau Sambutan Maal Hijrah? 5 kali? 10 kali? 15 kali?

Lazimnya, setiap kali sambutan Maal Hijrah, manusia biasa akan memperbaharui azam barunya untuk tahun tersebut. Atau sekurang-kurangnya berfikir untuk memperbaiki kelemahan lalu. Atau paling kurang pun, merasakan bahawa kualiti dirinya sudah meningkat sedikit berbanding tahun yang sebelumnya.

Cuba bayangkan, kalau benarlah setiap tahun kita berjaya memperbaharui azam kita, memperbaiki kualiti diri kita, meningkatkan nilai hidup kita, dan memperelok masyarakat sekitar kita, maka pada tahun ini, sudah berapa banyakkah kualiti diri kita yang berjaya ditingkatkan? Sudah berapa jauhkah kita memperbaiki nilai hidup kita? Sudah berapa elokkah masyarakat kita? Tanyakan kepada diri anda sendiri.

Bagaimana pula realitinya? Adakah kualiti diri kita kini 5 kali lebih baik daripada diri kita 5 tahun lalu? Tidak dinafikan, sedangkan iman pun ada naik dan turunnya seperti mana sabda Nabi Muhammad SAW,


الاءيمان يزيد و ينقص


Namun, ia bukanlah alasan untuk kita tidak maju ke hadapan.





Merancang, Tradisi Orang Bertaqwa


Ramai di kalangan kita mengaku bahawa dialah penuntut ilmu yang hebat. Ada pula mengatakan dialah pejuang Islam yang mantap. Ada juga yang 'berangan-angan' menjadi orang yang mampu mengubah dunia pada suatu hari nanti, tetapi lupa pada sunnatullah. Sunnatullah apa? Sunnatullah bahawa, kebatilan yang tersusun akan mengalahkan kebenaran yang tidak tersusun. Kata kuncinya adalah, PERANCANGAN!


Allah berfirman di dalam surah Al-Hasyr, ayat ke-18,


Wahai orang-orang beriman, bertaqwalah kepada ALlah, dan hendaklah setiap orang memperhatikan apa yang hendak diperbuatnya untuk hari esok (Hari Akhirat), dan bertaqwalah kepada Allah, sungguh Allah Maha Teliti terhadap apa yang kamu kerjakan.


Ya, kata kuncinya, merancang! Kalau nak tengok kehebatan seorang manusia itu, kita lihat sejauh manakah perancangannya. Dan menjadi tradisi orang bertaqwa, untuk merancang untuk Hari Akhirat, perancangan paling jauh! Maka, dalam Islam kita diajar menjadi orang yang paling hebat, kerana perancangan kita adalah yang paling jauh.

Namun, selalunya akan timbul salah faham terhadap konsep 'Akhirat'. Ramai yang gagal menemui jalan untuk merancang ke Akhirat. Jawapannya mudah sahaja, kita bayangkan sahaja jika kita hendak ke Kuala Lumpur dari Seremban. Matlamat kita adalah Kuala Lumpur, tetapi lojik akal mengatakan, kita perlu menempuh Highway PLUS Seremban-KL terlebih dahulu. Begitu juga Akhirat. Bukankah dunia itu 'Highway' Akhirat?


الدنيا مزرعة الأخرة

"Dunia itu ladang Akhirat"







Membina Azam, Sunnah Yang Selalu Diabaikan


"Alah, azam aku tahun biasa-biasa je lah..."

"Takda apa-apa azam pun, life goes on..."

"Isy, apa azam-azam ni! Banyak sangat azamnya, nanti tak buat jugak..."


Saya berasa kecewa apabila mendengar ucapan-ucapan sedemikian terbit dari mulut seorang Muslim. Jika anda salah seorang dari mereka ini, cuba tanyakan soalan ini kepada diri anda sendiri. "Apakah yang anda tahu tentang sunnah Rasulullah?"

Jawapan yang selalu keluar dari mulut ramai dalam kalangan kita adalah, menyimpan janggut, bersugi, memakai jubah, memakai kopiah, memakai celak, bahkan ada yang terus mengatakan, "poligami!"

Marilah kita renungi satu Hadith yang mahsyur, ketika Ummat Islam Madinah sedang bersiap sedia menggali parit untuk menghadapi Perang Khandak, Rasulullah SAW bersabda,


"Akan pasti dibuka kota konstantinopel itu. Maka sebaik-baik raja, itulah rajanya, dan sebaik-baik tentera, itulah tenteranya"

(al-Hadith Ahmad bin Hanbal)


Tidak semena-mena, dalam ketegangan waktu perang, di bawah panas terik padang pasir, dengan kepenatan menggali parit, Rasulullah bersabda sedemikian.

Saya bayangkan, kalaulah kita ada di waktu itu, kita akan katakan dalam bahasa kita, "Apa kejadahnya ni?" Ya lah, cuba bayangkan, Ummat Islam ketika itu hanya berapa kerat sahaja berbanding Kaum Musyrikin Mekah, kelihatan seperti itu hanya omongan kosong sahaja, tetapi lihatlah, bagaimana Rasulullah SAW mengajar Ummat Islam agar 'think big'!

Dan, dengan Rahmat Allah dan kemuliaan kata-kata Rasulullah SAW, perkara itu terjadi! Bukan di zaman Rasulullah, bukan pula di zaman Saydina Abu Bakr, atau Zaydina Umar, atau Saydina Uthman. Bukan juga di zaman Saydina Ali, tetapi 800 tahun selepas itu, ketika pemerintahan Khalifah ke-7 Kerajaan Turki Uthmaniyyah, Sultan Muhammad Al-Fatih!




Dan juga, Spethen R. Covey di dalam bukunya berjudul '7 Habits Of Higly Effective People' MENIRU konsep Sunnah Rasulullah ini, di dalam habitnya yang kedua, 'Begin with the End in Mind'. =)



Pangkal Penentu Penghujung


Setelah mempunyai visi dan matlamat yang jelas, atau dengan kata lainnya kita dah tahu 'penghujung', barulah kita dapat memulakan langkah baru. Matlamat akhir kita akan menentukan permulaan kita. Namun, begitu juga sebaliknya, langkah pertama kita, akan menentukan bagaimana keadaan penghujung kita. Langkah pertama akan menentukan momentum kita untuk bergerak.

Kesilapan ramai dalam kalangan kita adalah, setelah merancang matlamat dan visi, mereka gagal memulakan 'langkah pertama'. Antara sebab yang popular adalah, malu tak bertempat, tidak ada keyakinan diri, segan, malas, tak tahu macam mana nak mula, dan tiada semangat.


Have a vision, share the vision


Memetik satu kata hikmah,


من لم يكن في بدايته محركة, لم يكن في نهايته مشرقة

Siapa yang di permulaannya tidak bergerak, penghujungnya tidak akan bernyala(atau bercahaya/cerah/hebat)


Kata kuncinya adalah, GERAK!

momentum & GERAK!


Maka lepas ini, moga-moga tiada lagi kata-kata "tak mampulah" atau "seganlah" atau "isy, malaslah" keluar dari mulut seorang Muslim, kerana ia melanggar dan menyalahi Sunnah Rasulullah SAW.

Kalau ada lagi yang berfikiran begini, ingat pula kata-kata Imam Junid,


من طلب شيء بجدّ و صدق الاّ نال كله فاءن لم ينال كله ينال بعضه

Barangsiapa yang menuntut(mencari) sesuatu dengan sungguh-sungguh dan benar, melainkan dia akan dapat semuanya(yang dia mahu). Kalau tak dapat semuanya pun, dia akan dapat sebahagiannya.


Maka kalau niat anda ikhlas kerana Allah, dan perkara yang anda mahukan itu benar dan halal, sertakan sekali dengan kesungguhan, insyaAllah, jika anda tidak dapat kesemuanya, anda akan dapat juga sebahagiannya. Yakinlah. Kan untung begitu?


Buat akhirnya, marilah kita mula merancang strategi untuk menghadapi tahun 1432 Hijrah ini. Yakinlah dengan kemampuan diri, dan buatlah kebaikan untuk Ummat Islam. Ingat, you are the asset of the Ummah!


Sekian dahulu ucapan Maal Hijrah saya untuk tahun 1432. Semoga kita semua mendapat keampunan bagi dosa-dosa kita pada tahun lalu, dan terhindar dari dosa pada tahun mendatang.


Semoga juga kita beroleh pahala dan keredhaan di atas segala alam kita pada tahun lalu, dan diberi petunjuk dan keberkatan di atas segala amal perbuatan kita pada tahun mendatang.


Ingatlah, saya juga tidak terlepas dari gejala-gejala negatif yang saya sebutkan di atas. Semoga sama-sama kita mendapat manfaat insyaAllah.


Salam Maal Hijrah!


Wassalam~

Posted in Labels: , , , | Comments

Nak Bagi Ke... Tak Nak?

Wednesday, December 1, 2010 by aiyqosim

Bismillahirrahmanirraheem.

Alhamdulillaahi wassolaatu wassalaamu 'ala Rasulillah SAW.

Medical students Malaysia di Cairo University ditempatkan dalam kelas di bawah MOU (Memorandum Of Understanding). Satu perkara yang menarik hati kami tentang kelas ini adalah, bayaran yuran untuk MOU adalah jauh lebih tinggi berbanding yuran masuk kuliah biasa. Dan dengan yuran yang mahal tersebut, kami mendapat 'layanan yang sangat istimewa', iaitu 70 orang pelajar dalam satu kelas, disumbat dalam kelas bersaiz KECIL SEDIKIT DARIPADA BILIK DARJAH TINGKATAN LIMA saya di SMAP Labu dulu. Alhamdulillah!!! (belajarlah bersyukur, sila le LINK)


batch MediCairo Gen 7 yang terbaik! =)

Maka, setiap hari, masa dan tenaga kami di awal pagi sebelum kelas, akan dihabiskan untuk mengangkat kerusi dan menyusun kedudukan kami agar semua 70 orang dapat masuk dan duduk dalam kelas, itupun belum kira nak dapatkan posisi yang selesa dan efisyen lagi! Sampaikan ada seorang sahabat tu, dia kata, "Nak bagi semua selesa, kena 10-15 orang tak datang kelas." Seorang lagi kata, "Diorang(pengurusan university) ni, saja tak nak bagi kita datang kelas..." dan macam-macam lagi.

Namun begitu, apa yang berlaku dalam kalangan pelajar dalam kelas tu pula, ramai yang datang lebih awal dan dah siap mengambil posisi masing-masing, bilamana sahabat-sahabat yang datang kemudiannya, nak masuk tapi tak cukup ruang untuk duduk dalam kelas. Ironinya, dalam 50-60 orang yang duduk dalam kelas tu, hampir semua buat tak tahu saja. Pandang-pandang saja. Borak-borak saja. Teruskan baca-baca buku. Buat-buat tak tahu saja! Padahal, masih ada lagi ruang kosong di antara mereka, kalau dirapatkan sedikit demi sedikit, insyaALlah dapat beri ruang yang selesa kepada sahabat yang tak dapat masuk kelas tu.

Tapi, respon yang setiap hari didengari bila ditanya, "Ada ruang lagi tak kat belakang tuh??". Dengan mudah dan lajunya dijawab, "Dah, dah. Takda ruang dah. memang sempit habis dah.". Semalam, bila saya duduk di belakang, saya dapati, ruang yang dikatakan 'sempit' tu, relatifnya sangat luas berbanding ruang di depan yang selalu diduduki oleh mereka yang sedikit lewat. (note that : hanya ada satu pintu sahaja, di bahagian hadapan kelas.). hmmm...


kita kan satu team!!

Suka saya nak mengingatkan tentang satu ayat Al-Quran, daripada Surah Al-Mujadilah(58), ayat ke-11,

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا قِيلَ لَكُمْ تَفَسَّحُوا فِي الْمَجَالِسِ فَافْسَحُوا يَفْسَحِ اللَّهُ لَكُمْ وَإِذَا قِيلَ انشُزُوا فَانشُزُوا يَرْفَعِ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنكُمْ وَالَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ دَرَجَاتٍ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرٌ

Wahai orang-orang yang beriman! Apabila dikatakan kepada kamu, "berilah kelapangan di dalam majlis-majlis" maka lapangkanlah, nescaya Allah akan memberi kelapangan untukmu. Dan apabila dikatakan, "Berdirilah kamu" maka bersirilah, nescaya Alla akan mengangkat darjat orang-orang yang beriman diantara kaum dan orang-orang yang diberi ilmu beberapa darjat. Dan Allah Maha Teliti apa yang kamu kerjakan.



Teknik Islam mendidik manusia, adalah dengan sentiasa berfikir untuk kebaikan orang lain. Sentiasa bertindak untuk kebaikan bersama. Jika ada yang datang ke majlis ilmu tetapi dilihat seloah-olah tempat dah penuh, maka orang yang duduk bertanggungjawab untuk merapatkan kedudukan mereka, dan memberikan ruang kepadanya.

Samalah di dalam apa-apa keadaan sekalipun. Di dewan kuliah, di ruang menunggu, di tempat-tempat awam, di dalam masjid, di setiap aspek kehidupan.

Ironinya, ramai yang hebat dari segi ilmunya, tetapi bila masuk ke dalam kelas, pemikiran tiba-tiba berubah menjadi selfish dan 'nafsi-nafsi'.

"Aku pun nak belajar" katanya, mungkin. "Aku datang awal, siapa suruh kau datang lewat!"



Hak VS Tanggungjawab



Masa kini, ramai yang suka menuntut hak. Ramai yang suka meminta orang lain memberi kepadanya.

"Aku nak tu, aku nak ni".

"Aku taknak macam ni, aku taknak macam ni!"

Ramai juga yang sangat suka komen.

"Apasal macam ni pula?"

"Apasal tak buat macam ni?"


Ramai yang lebih mementingkan bagaimana nak mendapatkan sesuatu, berbanding memberikan sesuatu.

Sangat jarang kita jumpa orang yang suka bertanya,

"Apa yang boleh aku tolong?"

"Apa lagi yang perlu aku buat?"



Nak jadi hebat ke, biasa-biasa saja?

Sudah menjadi sunnatullah, orang yang berjaya pada tahap biasa-biasa saja adalah orang yang hanya mampu membawa dirinya berjaya, seorang diri sahaja.

Tetapi, orang yang hebat, adalah orang yang dapat membawa orang lain juga berjaya bersamanya!


No man becomes rich unless he enriches others.


Mudah sahaja, lihat saja Rasulullah SAW. Semua ahli akademik dan sejarawan mengakui kehebatan Rasulullah SAW. Lihat sahaja bagaimana Rasulullah 'menarik tangan' orang lain, hatta musuh baginda sekali, untuk menuju kejayaan bersama-sama.


Sehinggakan Rasulullah bersabda, "Tidak beriman setiap dari kamu, sehingga dia mengasihi saudaranya, sepertimana dia mengasihi dirinya sendiri"


Jika kita beriman, kita akan memberikan sepenuh khidmat dan pertolongan kepada saudara kita yang lain, sepertimana apa yang kita mahu orang lain lakukan untuk kita.



Tradisi Memberi Dalam Islam

SubhanaLlah, saya terduduk satu hari, dan terfikir. Mengapa Allah suruh kita memberi.

Cuba bayangkan, jika setiap manusia yang ada di muka bumi ini, bersikap meminta. Semua hanya menuntut hak masing-masing, dan mengharap orang lain yang memberi. Nescaya, tidak akan ada seorang manusia pun akan mendapat apa-apa. Sebaliknya, jika setiap manusia bersikap memberi, pastinya setiap manusia akan mendapat segala benda dan segala kebaikan!


Ustaz Pahrol Juoi (LINK ke blog beliau) merungkaikan dengan baik sekali dalam bukunya, Mukmin Profesional, tentang tradisi memberi dalam Islam.


1) Islam itu sendiri ertinya selamat dan memberi keselamatan. Dalam solat, kita diajar dan didisiplinkan dengan memberi pujian kepada Allah, berselawat ke atas Rasulullah, memberi salam kepada malaikat, dan mendoakan orang Islam lain.

2) Hikmah puasa pula, adalah merasai kesusahan orang miskin dan dengan itu kita terdorong untuk memberi bantuan kepada mereka. Di bulan Ramadhan pula, kita dianjurkan bersedekah dan memberikan makanan kepada orang berbuka puasa.

3) Dalam korban dan akikah, kita mengorbankan binatang, dan menjamu orang miskin. Juga dalam syariat membayar dam, kafarah, dan diat. Hukumannya adalah membebaskan hamba abdi, memberi makan fakir miskin dan lain-lain lagi. Semuanya memberi, hatta dalam hukuman sekalipun! MasyaAllah.

4) Dalam adab pergaulan, kita disunatkan memberi salam ketika bertemu, senyum, dan memberi doa untuk orang lain. Malah, bila menjawab salam, kita digalakkan menjawab dengan salam yang lebih baik lagi.



Perkongsian Ustaz Syed Abd Kadir Al Joofry

Di tahun satu dulu, waktu zaman Fustat, dalam salah satu daripada kelas pengajian kitab Bidayatul Hidayah, ustaz Syed Abd Kadir ada menyentuh perihal mereka-mereka yang aktif dalam persatuan atau jemaah. Ramai yang suka mengkritik orang yang kuat berpersatuan atau aktif dalam jemaah, sebagai orang yang 'takda life', terlalu semangat, atau membuang masa. Tetapi, dalam kebanyakan kes, orang yang aktif membantu sahabat-sahabat yang lain, dan membantu perjuangan Islam, mereka inilah yang mempunya kehidupan yang tersusun dan bermakna.

Mereka yang dikatakan 'terlalu excited' inilah yang dapat menyusun jadual belajar dengan baik, dapat menguruskan kehidupan harian dengan efisyen, dan beroleh masa kosong yang cukup untuk study dan sebagainya. Malah, orang yang rileks, duduk saja tanpa aktif dalam jemaah atau persatuan inilah yang 'tiada masa' nak basuh baju, nak memasak, nak buat urusan harian lain dengan efisyen, hatta 'tiada masa' nak study! Mereka terlalu sibuk mengata dan mengomen, sehingga 'tiada masa' untuk menyelesaikan urusan harian dan study. Rumah bersepah, dapur bersepah, baju bersepah, otak bersepah, segalanya-galanya bersepah, gara-gara kuat mengomen dan mengata belakang.


Bersama Ustaz Syed Abd Kadir Al Joofrey(dua dari kiri) di Dewan Al Khindi, Irbid, Jordan. Februari 2009


Marilah kita sama-sama bermuhasabah... Ingatlah, saya juga tidak terlepas daripada perkara-perkara di atas ini.


Buat penutupnya, saya kongsikan Hadith Nabi SAW,


خير الناس أنفعهم للناس

Sebaik-baik manusia ialah manusia yang memberi manfaat kepada orang lain

Riwayat Al-Baihaqi


Marilah sama-sama kita menjadi sebaik-baik manusia, dengan memberi apa yang kita ada, memberi khidmat, dan memberi ilmu kepada orang sekeliling kita.


Bukankah Nabi juga berpesan, "Tangan yang di atas lebih baik daripada tangan yang di bawah, dan tangan yang di atas itu pemberi dan tangan yang di bawahitu peminta."- Riwayat Al-Bukhari


Allahu A'lam
Hulurkan tangan, ringankan beban


Bersempena tarikh pembukaan Borang Pencalonan untuk Pilihanraya AJKT PERUBATAN Mesir esok, suka saya kongsikan link laman web JPP. (tiada agenda tersembunyi ya, saya AJKT kekal, naik automatik. hehe)




Barisan AJKT Kekal PERUBATAN sesi 2011/2012
Posted in Labels: , , , | Comments
Related Posts with Thumbnails

Apture