Jom Bantu Komuniti Perubatan Di Mesir!

Thursday, September 30, 2010 by aiyqosim
Posted in Labels: , , | Comments

Serlahkan KeJANTANan Mu!

Monday, September 27, 2010 by aiyqosim

Assalamu'alaykum wbt.

AlhamduliLlah, as solaatu wa ssalamu ala RasuliLlah...


"uisy, kilang kat Bangi tu, semua bapak aku punya. Harta berjela-jela. Time kat kolej dulu, dah la dia yang paling hebat. Sekarang ni, dia lead 5 syarikat korporat, siap bukak satu rumah kebajikan lagi!" kata Kasim(bukan nama sebenar) dengan bangganya.

Kasim sering bercerita ke sana ke mari menjaja kehebatan ayahnya. Kasim juga sentiasa ke sana ke mari pakai baju Polo Sport, jam tangan Tag Heuer, seluar jeans Levi's, sunglass Ray Ban, sandal Nike, dengan i-Phone paling canggih dan sekotak rokok Dunhill. Kerjanya setiap hari, lepak kedai mamak dengan kawan-kawan, sambil borak-borak dan tengok bola. Ke sana ke mari bawa kereta Mercedes Sport kepunyaan bapanya. Kasim tidak mempunyai pekerjaan...



Saya teringat, tak lama dahulu, waktu saya baru lagi Tahun 1 di Mesir, selalu 'lepak-lepak' di ARMA, asrama Melayu di Abbasiyyah, Kaherah. Adalah seorang ustaz ni, ustaz Muqri, sembang-sembang, dia ajar satu pepatah Arab.


ليس فتى من قال أبي ولكن فتى من قال ها أنا ذاك


Tak 'jantan' lah siapa yang kata "ayah aku...(begini dan begitu)...", tapi 'jantan' lah siapa yang kata "ni aku...(begini dan begitu)...!"


Kalimah 'fata' bermaksud remaja, orang muda, orang dewasa, atau lelaki. Dalam konteks di atas, 'fata' membawa maksud 'jantan' atau lelaki budiman. Mat saleh mungkin panggil, gentleman atau 'macho man'.


Apa yang cuba diajar oleh pepatah ini adalah,


1) Kehebatan bapa : modal berbangga

Sebagai seorang manusia biasa, ayah atau keturunan kita bukanlah suatu modal untuk kita berbangga-bangga. Biarpun keturunan kita merupakan orang terpelajar, atau orang hebat, atau orang terkenal dalam masyarakat, atau orang kaya, ia tidak membawa maksud apa-apa jika diri kita sendiri tidak hebat dan rajin berusaha. Ramai anak yang bapanya kaya dan hebat tetapi malas dan tidak berusaha untuk mencipta kejayaan sendiri.


2) Keseronokan berbangga dengan kisah silam

"ayah aku" bukan sahaja bermaksud keturunan sahaja. Termasuk sekali, sejarah dan kisah-kisah lama. Kita sering berbangga dengan kisah-kisah lama dan sejarah silam. Kalau kita bercakap bagi pihak orang Melayu, kita suka katakan, "kita dulu orang Melayu menjelajah satu dunia. Lingua Franca mahsyur seluruh pelusuk alam. Semua orang nak rampas tanah kita. Darah Melayu, semangat Hang Tuah, bla bla....". Ada ramai juga yang suka mengulang-ulang kisah Ibnu Sina, Ibnu Rusyd, kisah Sultan Muhammad al-Fatih, Salahuddin al-Ayyubi, dan sebagainya, tetapi berhenti sekadar di situ saja. Sekadar seronok bercerita. Dirasakan dengan bercerita tentang kisah-kisah kegemilangan sejarah Islam sahaja sudah melepaskan tanggungjawab mereka untuk mengembalikan kegemilangannya. "alaaa, kerja aku bercerita kegemilangan Islam. Bagi semangat kat orang lain, dah la... Bab menuntut ilmu, bab menguasai kemahiran dan teknologi, bab bekerja bersungguh-sungguh, bab ekonomi dan berniaga, bagi orang lain pulak lah..."


3) Sejarah lalu : modal kejayaan masa depan

Bukanlah satu kesalahan untuk kita mengkaji sejarah, malah ianya dituntut, tetapi tujuannya untuk tidak mengulangi kesilapan orang terdahulu, dan membuat apa yang belum dibuat serta memperhebatkannya. Contohnya, kita tahu, berapa banyak kerajaan dan kuasa jatuh kerana korupsi dan rasuah. Kita tahu, setiap tamadun unggul telah jatuh disebabkan faktor 'dalaman' mereka sendiri, bukannya dijatuhkan orang lain. dan banyak contoh lagi. Tapi, kenapa perkara-perkara itu juga yang kita terus ulangi di masa kini?


4) Takabbur

Walaupun pepatah ini seperti menunjukkan kita berbangga dan berkata kepada orang lain bahawa "aku hebat", itu tidak bermaksud kita perlu berbangga-bangga pula. Pepatah ini adalah contoh supaya kita mencipta kejayaan kita sendiri, bukannya sekadar berbangga dengan kehebatan orang lain tetapi jangan sesekali kita hebohkan kehebatan kita. Sesungguhnya kayu ukur KEJAYAAN adalah keredhaan Allah dan keberkatan hidup. Dan orang yang takabbur(berbangga diri) akan dimurkai Allah. Moga-moga kita dijauhkan...


5) Sama-sama mendaki

Ramai orang beranggapan bahawa, untuk kita menjadi hebat dan berjaya, kita perlu menjatuhkan orang lain dan menggagalkannya. (in fact, inilah yang selalu berlaku di zaman ini). Kalau kita sedang berlumba mendaki bukit, kita boleh menjadi lebih tinggi dengan menjatuhkan pesaing kita, atau kita mendaki lebih laju dan menjadi lebih tinggi berbanding pesaing kita. Cara yang kedua pada saya adalah lebih 'gentleman', tak gitu?


6) Kejayaan & kegagalan : dua hala, satu konsep

Jika itu konsepnya tentang kehebatan dan kejayaan, begitu jugalah konsepnya apabila bercakap tentang kegagalan. Kegagalan masa lalu bukanlah dicipta Allah untuk kita terus gagal, tetapi supaya kita berjaya di masa hadapan. Jika anda pernah gagal, maka maknanya Allah tahu anda mampu mengubah kegagalan itu menjadi kejayaan besar kelak, insyaALlah. Bukanlah kegagalan itu untuk dihebah-hebahkan dan ditangisi, tetapi ada pengajaran yang perlu diambil.


Sekian sahaja dari saya. Marilah kita cipta kejayaan kita sendiri. Mulalah dengan mengubah diri anda menjadi lebih baik lebih hebat, kemudian anda akan mengubah dunia insyaAllah.


Jadilah lelaki(atau wanita) budiman hakiki. Atau dengan kata lain, serlahkan ke'jantan'an mu!!!


Semoga kita semua mendapat manfaat dan diampuni Allah, serta beroleh kejayaan.


Allahu A'lam


Wassalam~


...aidilfitri 2007, di Masakin Fustat, Kaherah...
Ustaz Muqri, duduk pertama dari kiri. Ahmad Ibrahim duduk dua dari kanan
Posted in Labels: , , | Comments

Ingat Kau Seorang Saja Medical Student!!

Friday, September 24, 2010 by aiyqosim
Arrogant self-centered jerk!


Sambil-sambil cuti raya, pagi-pagi selalu dengar IKIM.fm, slot tazkirah pagi. Tertarik dengan satu cerita yang disampaikan seorang ustaz tu, tak pasti namanya, Ustaz Ghazali kot...


Kisah cendekiawan dengan pendayung perahu

Di satu zaman, ada seorang cendekiawan. Di zaman itu, cendekiawan adalah seorang yang mulia dalam masyarakat dan dipandang tinggi. Satu hari, si cendekiawan hendak mengajar di satu tempat yang memerlukan dia naik perahu untuk sampai. Beliau pun menaiki mengupah seorang pendayung perahu untuk membawanya ke situ.

Sambil-sambil mendayung dalam perjalanan, si cendekiawan bertanya kepada si pendayung tadi, "Saudara, kau tahu membaca?". Si pendayung tu pun tersipu-sipu lalu menjawab, "Aku tak tahu...". Si cendekiawan berkata, "Sesungguhnya kau dah kehilangan separuh kehidupan kau.."

Masa berlalu, si cendekiawan bertanya lagi, "Saudara, kau tahu menulis?". Si pendayung menjawab, "Tak tahu..." Jawab si cendekiawan, "Sesungguhnya, kau dah kehilangan separuh lagi kehidupan kau!". Si pendayung senyap sahaja.

Masa berlalu lagi, tiba-tiba, perahu yang dinaiki mereka bocor di tengah perjalanan. Si cendekiawan tadi mula menggelabah. Maka tanya si pendayung, "Tuan, kau tahu berenang?". Jawab si cendekiawan, "Isy, saya tak pernah berenang pun seumur hidup saya!". Maka jawab si pendayung, "Sesungguhnya, kau dah kehilangan SELURUH HIDUP kau!"


Si cendekiawan tadi memang bijak pandai dan disanjung tinggi, tetapi mempunyai sifat berlagak sombong. Bahkan sebenarnya dia telah menunjukkan ke'bodoh'annya dengan menghukum si pendayung tadi sebagai 'orang yang tiada ilmu'. Mungkin si cendekiawan tadi rasa dia sudah cukup pandai, tetapi dia tidak tahu pun erti ilmu dan kehidupan sebenar! Bukankah berenang(sebagai contoh) itu pun ilmu dan kemahiran?

Mudah sahaja, memetik kata-kata Sayyidatuna Aisyah RA,

"Barangsiapa merasakan dirinya berilmu, maka bermulalah kejahilannya".


Ya benar, lagi banyak anda sebut tentang kelebihan DIRI ANDA SENDIRI kepada orang, lagi jauh diri anda daripada sifat kelebihan tersebut. Kerana orang yang pandai tidak perlu memberitahu orang lain bahawa "Saya pandai!". Orang yang dihormati takkan perlu memberitahu,"Hoi, saya ni dihormati, maka anda kena hormat saya!". Begitu juga orang yang hebat, tak perlu memberitahu orang lain, "Saya hebat!" kerana sifat dan akhlaknya yang menentukan dia hebat atau tidak.


Perkongsian Dr. Amaluddin

Saya teringat satu cerita benar hasil perkongsian pengalaman seorang doktor pakar kanak-kanak, Prof. Dr. Amaluddin Ahmad, ada seorang anak patient, berlagak macam pandai depan doktor pakar yang merawatnya. Macam-macam ditanya. Macam-macam juga dipersoalnya, "Ni apsal macam ni..." "Ni apasal tak macam ni...." dan sebagainya. Sekali doktor tu tanya satu soalan je, apa beza NS(nephrotic Syndrome) dengan AGN(Acute Glomerulo Nephritis)? Ha, tergamam budak tu, rupa-rupanya sebiji macam peribahasa Melayu, cakap berdegar-degar, tahi tersangkut di gelegar!


Dr. Amaluddin, HUSM, CUCMS, PPIM


Memang selalu kita jumpa the so called 'medical student yang kononnya bijak pandai' ni, gayanya mengalahkan doktor-doktor. Ya lah, mestilah kena 'up' sikit. In fact, pernah saya jumpa ada yang bercakap gaya macam power dah, faham-faham lah, gaya dah macam post-grad dari oversea. Rupa-rupanya baru nak fly untuk masuk tahun 1 Medicine di Egypt! Belum masuk kuliah pun lagi... Takpa, bagi can laah~ =)


Cashier pasaraya Giant & saya

Jujurnya, the triggering factor saya menulis tajuk ini adalah, bila satu hari saya membeli barang dapur di Giant, saya tengok cashier buat kerja, "Isy, kalau takda cashier ni, macam mana laa, orang-orang Bangi nak beli barang kat pasaraya..." Ya betul! Macam mana lah profesor-profesor nak beli barang? Macam manalah doktor-doktor nak beli barang? Macam manalah engineer nak beli barang? macam manalah orang-orang kaya nak beli barang? Macam manalah wakil rakyat nak beli barang?


Maka moralnya, tiada gunanya kita berlagak sombong biar apa pun profession kita, biar apa pun bidang kita. Percayalah, tiada orang di dunia ni yang suka mendengar kata-kata orang yang berlagak sombong dan suka meng'express'kan kehebatan diri sendiri, kerana saya jamin, anda yang membaca entry ini tentu meluat berhadapan dengan orang macam ni. Kalau anda tak suka, maka orang lain pun tak suka kalau anda buat begitu.

Dan ingat, saya pun tak terlepas dari gejala ini, so ampun maaflah kalau ada yang terasa.

Memetik kata-kata saya dalam entry الحر حر والبرد برد ,


Do not act to be seen superior in front of human, but do something to be seen noble in front of Allah.



Allahu A'lam


Wassalam~

nice poster~

Aku Kembali

Thursday, September 23, 2010 by aiyqosim
BismiLlah, wasSolatu wasSalamu ala RasyluLlah...


Setelah 2 minggu lebih tidak menulis apa-apa dalam blog atas sebab-sebab tertentu, even tak sempat pon nak blog-walking dalam masa 2 minggu ni, maka hari ini insyaAllah akan mula kembali ke blog.


Tak tahulah apa pandangan orang terhadap blog ni, dan juga siapa lah yang sudi baca blog ni, maklumlah, baru 3 bulan berkecimpung dalam dunia blogging & penulisan.


Masih tak dapat momentum lagi untuk tulis apa dalam blog ni. Apa genre blog, apa isi yang nak disampaikan, susunan idea, gaya bahasa, dsb... Tapi takpe, dengan petua dan nasihat daripada beberapa orang sifu blog antaranya, effy saiful (yang famous tu), dan ayu amiza, dan nasihat teknikal dari hazwan salleh, serta ramai lagi, saya akan cuba meneruskan blog ini sampai saya rasa malas atau takda idea lagi, insyaAllah.


Kuliah sudah pun bermula, jom kita mulakan langkah dengan nama Allah dan Selawat ke atas Nabi Muhammad SAW, moga-moga kita berjaya dan mendapat berkat.


Tahniah saya ucapkan kepada sahabat-sahabat yang berjaya menempuh ujian durr thani dengan jayanya, dan kepada yang kurang bernasib baik ingatlah semua itu ada hikmahnya, mungkin sudah termaktub di Luuh Mahfuuz bahawa anda memerlukan 2 tahun usaha untuk melepasi 3rd year(contohnya), tetapi anda baru usaha setahun, maka janganlah berputus asa, sebab kejayaan tiu dah ada di Luuh Mahfuuz, cuma baru separuh jalan. Maka lengkapkanlah jalan itu, insyaALlah Allah bersama kita semua...


Doakan saya, ibu ayah saya, keluarga saya, sahabat-sahabat saya, guru-guru saya, dan diri anda sendiri, semoga kita semua berjaya, JazakumuLlah...


Sekian dahulu, nantikan post seterusnya ya~


gambar : credit to Zakwan Yahya atas shot yg mantopp! JZKK

Wassalam,

AIY @ Bangi
Posted in Labels: | Comments

Khutbah Raya 1431 H, 2010 M

Sunday, September 12, 2010 by aiyqosim
Assalamu'alaykum wbt. saya ucapkan


Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, wa liLlah l-hamd...


Saya secara rasminya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat anda dan keluarga

Juga dengan rendah dirinya, ingin memohon maaf atas segala salah, silap, khilaf, kholal, gholat, ralat, dan segala benda yang mungkin menyakitkan hati anda. Maaf zahir & batin

Andai kata ada ketidakpuasan hati atau apa-apa yang bersifat peribadi sepanjang tahun ini, sila beritahu saya juga secara peribadi

Saya juga memaafkan anda semua keluarga, saudara mara, serta sahabat-sahabat sekalian, supaya kita bersama-sama mendapat ampunan dari Allah subhanaHu waTa'ala

Mohon dihalalkan segala makan minum serta hutang piutang jika mampu. InsyaAllah jika ada orang yang berhutang dengan saya tapi tak perasan atau lupa, saya halalkan (unless yang personally saya dah catit & maklumkan kepada si penghutang...)

Semoga ukhuwwah yang kita bina selama ini kekal bertaut , dan semoga kita terus bersatu padu merentasi batasan bangsa, pemikiran, dan peribadi demi Ummah Islamiyyah dan masyarakat Malaysia insyaAllah


Sedikit coretan sempena 1 Syawal 1431 Hijrah, 2010 Masihi...


Alhamdulillah, setelah lebih kurang 8 tahun tidak dapat beraya dengan kapasiti tentera yang penuh, tahun ini menyaksikan kekuatan ahli keluarga maksimum buat pertama kalinya dalam 8 tahun, bahkan terlebih seorang dari jumlah asal 8 orang. =)

Buat pertama kali juga, kami menikmati 1 Syawal di rumah sendiri, bukan di kampung halaman di Masjid Tanah, Melaka. Selepas Solat Sunat Aidilfitri, barulah kami berkonvoi ke Masjid Tanah.


...biarlah gambar yang berkata-kata...


berdiri dari kiri : Zawil Farhiha(kakak ipar), Ahmad Shuib(no 1), Ahmad Yusuf(no 2), Ahmad Ibrahim(no 4), Siti Hajar(no 3)

duduk dari kiri : Yahaya Ibrahim, Sabariah Awang Chik, Siti Nursyuhada(no 5), Ahmad Idris(no 6)

Mata pandang lain-lain sebab ada dua kamera di depan, got confused...


tema pada tahun ini adalah, Padang Pasir


Girls of Padang Pasir


Jejaka-jejaka Padang Pasir khusyu' berdoa

dari kiri : Haramain - Taliban Afghan - Palestin - al-Azhar Mesir


Poster Raya AJKT PERUBATAN Mesir


Akhir kalam, semoga Aidilfitri ini menjadi titik permulaan kita kembali kepada fitrah sebagai hamba Allah setelah melalui Madrasah Ramadhan yang dilalui juga kaum-kaum sebelum kita.

Semoga bertemu lagi di Ramadhan akan datang.

Jemput jemputlah datang beraya di rumah kami di Bangi ya...

Minal aa'ideen wal faaizeen!!

Wassalam~

Posted in Labels: , , | Comments

SHRAMZB!!!

Thursday, September 9, 2010 by aiyqosim
BismiLlahirRahmaanirRaheem...

Assalamu'alaykum wbt.

AlhamduliLlah, Selawat & Salam ke atas Nabi Muhammad SAW.

Hari terakhir Ramadhan selalu diingati dan ditunggu-tunggu ramai orang. Sebab utamanya adalah sebab esok insyaAllah 1 Syawal... SHRAMZB!!

*Sila baca hingga habis kalau ada masa, supaya mendapat manfaat insyaALlah...

Semasa mengelap lampu & kipas yang berhabuk sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri 1 syawal, saya rasa sangat susah dan malas untuk mengelap habuk-habuk terlekat pada lekuk-lekuk lampu sebab kawasan tu sempit dan jari tak muat nak masuk. Maka saya bercadang untuk hanya membiarkan sahaja kawasan lekuk-lekuk tu sebab lekuk-lekuk tu sikit saja. "Tak affect kot..."

Waktu rumah baru siap dulu, ramai-ramai satu famili mengecat rumah sama-sama. Kalau dinding tu luas dan rata, ok. senang. Tapi bila sampai kawasan yang lekuk-lekuk dan melengkung, kena 'put on some extra effort' lah. Susah sikit. Maka, saya buat benda tu cincai-cincai saja.

Giliran saya memasak di Mesir, kadang-kadang kalau penat, masak pon lauk 'campak-campak' je. potong sayur besar-besar, semua bahan-bahan, rempah dan rencah pakai 'cuit & campak' saja.

Waktu exam kecil atau kuiz, malam nak exam baru nak selak buku dengan serius. Baca buku pon tak habis, pakai 'tebuk-tebuk' saja. "Alaah, 2 markah saja..."


Hasil semua amalan di atas tu, bila dah siap lap lampu, ada saja yang kena buat balik sebab tak cantik bila hidupkan lampu. Kena la cat semula bahagian yang 'malas nak cat betul-betul' sebelum ni. Makan masakan tu pon, semua tak selera. Bila kumpul-kumpul markah exam yang 'tebuk'tebuk' tu, keputusan tak sempurna dan tak memuaskan. "Besar pulak lubang yang ditebuk...."

Saya juga tulis tajuk blog ini, SHRAMZB, Which stands for, Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin! Mesti ada yang benci saya sebab nak wish Hari Raya dengan penuh pun malas, guna short form jugak. =) thanks bro effy~


Itulah pentingnya ketelitian dan kesungguhan dalam setiap kerja, daripada mengelap lampu hinggalah belajar menuntut ilmu dan bekerja.


Tapi, buat apa ya kita sungguh-sungguh buat benda sampai sempurna? Kan 'nobody is perfect'? "Alaa, kalau kemas rumah, habuk-habuk belakang TV tu bukan ada orang nampak pon...". "Alaa, kalau beza satu dua markah pon, sama je grednya. Lulus jugak...". Ada orang tak study kuat mana pun, tapi still lulus...


Cuba bayangkan...

Cuba bayangkan kalau Allah jadikan kita tanpa salah satu dari komponen dalam darah kita. Platlet ke... "Alaaa, satu komponen je pun... Kan ada berpuluh lagi komponen dalam darah kita?....". Tak pun, tanpa telinga ke, hidung ke, dan sebagainya. Boleh ke kita berfungsi seperti kita berfungsi sekarang ni?



Bukan kah kita selalu baca dalam Surah At-Teen ayat ke-4,

"Sungguh, Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya"


Juga dalam Surah An-Naml ayat ke-88,

"...(Itulah) ciptaan Allah yang mencipta dengan sempurna segala sesuatu..."



Dalam banyak-banyak sifat Allah, ramai dalam kalangan kita suka mengikut sifat-sifat Allah seperti al-Mutakabbir, al-Jabbar, dan sebagainya. Sifat yang hanya layak untuk Allah saja. Kita jadi takabbur, kita jadi manusia yang kasar dan ganas. Tapi selalu kita tinggalkan sifat yang boleh kita contohi seperti penyayang dan menyempurnakan.


Di IPT zaman sekarang...

Patutlah di IPT sekarang, mahasiswa wanita jauh berganda lebih ramai dari lelaki. Contohnya, kalau bagi satu gambar PM kita Dato Seri Najib berucap merasmikan satu majlis, lelaki akan tengok majlis apa yang dirasmikan, dan di mana majlis tu. Tapi wanita akan akan tengok, "eh, songkok dia senget sikit, warna baju kurang sesuai..." "Bunga atas meja tu, kena alih sikit,.." dan sebagainya...(eh, betul ke ek?)


Sebab wanita mengutamakan 'details' yang jarang diambil perhatian oleh ramai lelaki. Ini sebagai satu contoh ringkas dan cepat sahaja. Tak beniat nak menimbulkan isu lelaki & wanita di IPT.


Sempurnakan dirimu....

Berbalik kepada tajuk, saya nak mengajak kita semua untuk melakukan setiap perkara dengan sesempurna mungkin, baik perkara sekecil menyapu lantai atau menyikat rambut, sampailah kepada sebesar-besar perkara seperti belajar, bekerja dan berdakwah. Bukan kulit muka saja nak kena sempurna, sental dengan krim dan 'make-up' setiap hari!


Cuba bayangkan kalau Rasulullah SAW mengajak penduduk Thaif secara 'ala kadar' saja, setelah dibaling batu dan cedera berdarah, baginda tentu tak akan melayan Adas RA, seorang pekerja ladang anggur sehingga Adas mendapat hidayah memeluk Islam, kerana 'dah penat' kena baling batu sebab berdakwah kepada penduduk Thaif yang lain?


Cuba bayangkan kalau waktu Netter melukis biceps, dia malas nak guna warna putih silver yang menunjukkan details tendon, mesti gambar tu tak jadi 'almost perfect' macam yang ada dalam Netter's Anatomy sekarang?


Cuba juga bayangkan kalau Beckam main bola pakai but, tak pakai stocking, rasa-rasanya boleh ke dia berlari 90 minit dan rembat bola macam dia selalu buat?


sekarang, anda boleh bezakan antara muscle, tendon, nerves, dan bones, tak gitu??..


Dan kita kena buat semua benda sesempurna mungkin, simply because we are MUSLIMS!


Nabi SAW. berpesan,

“Allah sangat menyukai mana-mana hambaNya yang bila melakukan sesuatu kerja dilakukannya dengan sungguh-sungguh."


Kata kuncinya adalah, IHSAN dan ITQAN.

Tak kisah, di depan manusia ke, di belakang manusia ke, segala pekerjaan wajib dibuat sehabis baik, seolah bilamana dibuat pekerjaan tu, kita sedang nampak Allah di depan kita. Itulah IHSAN. Membuat dengan sempurna itulah ITQAN.


Maka lepas ni, janganlah kita asyik 'menyebut-nyebut' kegemilangan Islam di zaman Rasulullah, sahabat, Abbasiyyah, Uthmaniyyah, so on & so forth, sedangkan mereka buat segala pekerjaan dalam hidup mereka dengan sungguh-sungguh, detail, IHSAN & ITQAN, dan kita buat semua benda(bukan pekerjaan sahaja) 'ala kadar' dan 'main-main'. Maka sesungguhnya kita sedang bermimpi indah...


Suka saya memetik satu pepatah Arab,


أترضى أن تكون رفيق قوم , وهم بزاد و أنت بغير زاد ؟

Adakah kamu rela menjadi sebahagian daripada satu kumpulan rombongan/ kafilah/ kaum, dan orang lain mempunyai bekal tetapi kamu tiada bekal?


Orang lain di sekeliling berjaya dan menakluki ekonomi dunia dan media, tetapi kita hanya melihat walaupun kita menguasai geografi, bilangan penduduk, dan sumber-sumber bahan asli. Kerana kita kekurangan IHSAN & ITQAN... (Tak dilupakan Iman, dan sebagainya..)


Sekian dahulu, semoga tulisan ini bermanfaat.


Minta maaf minta ampun, Selamat Hari Raya Aidilfitri 1431 H.


Wassalam~

poster raya : credit to effy saiful
Posted in Labels: , , , | Comments

OMG, Borak-borak Orang Gua

Sunday, September 5, 2010 by aiyqosim
*Bersempena hari ke 27 Ramadhan, ingin saya kongsi satu kisah. Kisah di bawah adalah kisah benar, berlaku sekitar bulan Mei, serta diolah sedikit sebanyak susunannya bagi bacaan anda semua. Berlaku di rumah saya, "Beit Syabab al-Mansyuud"(nama yang tak boleh blah~) di Sayyedah Zainab, Kaherah.


Waktu siang di musim 'study leave' untuk final exam. Saya keluar dari bilik untuk mengambil udara di ruang tamu dan duduk berehat di sofa. Tiba-tiba saya ditegur oleh room-mate saya Juwe,

"قال قآْئل مّنهم كم لبثتم"


Saya pun terpaku barang sesaat dua. Juwe ni cakap dengan siapa? Tiba-tiba cakap Arab. Takda orang lain lagi di situ. Fikir-punya fikir, hmmm... Kreatif juga sahabat seorang ni, "..ada saja nak mem'bahan' aku musim-musim exam ni..."


Sebab dia nak main dulu, maka saya pun jawab balik,

"قالواْ لبثنا يوما أو بعض يوم"


Juwe pun terus jawab balik,

"قالواْ ربّكم أعلم بما لبثتم...(sampai habis ayat)"


Saya lupa pulak nak jawab apa lepas tu. Senyap kejap barang sesaat dua lagi, mmm, lepas tu saya jawab,

"ولبثواْ فى كهفهم ثلث ماْئة سنين وازدادواْ تسعا"


Rupa-rupanya Juwe telah memerli dengan halus. Biasalah, menjelang final exam, waktu study, semua orang senyap, ambil 'kawasan' masing-masing, Juwe suka study luar bilik & saya study dalam bilik. Pada pintu bilik ada tertampal,


- SEDANG BERTAPA, TQ -



"Beit Syabab al-Mansyuud". Nama rumah ni perlu ditukar sebab maksudnya saangat 'tak bleh blah'. Dari kanan, Hazwan, Fais, Moji, Juwe, Ibrahim


Dialog di atas tadi adalah dialog kisah dalam al-Quran daripada Surah al-Kahfi, ayat 19 dan ayat 22, mengisahkan tentang pemuda-pemuda beriman yang bersembunyi dalam gua daripada pemerintah yang sangat zalim... Allahu A'lam...(BTW, jom kita amalkan Surah al-Kahfi di pagi Jumaat, sangat banyak berkatnya dijanjikan Nabi S.A.W)


Saya teringat bilamana syuyukh di Mesir atau di mana-mana tempat, terutamanya orang bangsa Arab, percakapan & perbualan mereka majoritinya adalah ayat-ayat al-Quran, Hadith nabi S.A.W, Ithaar Sahabat R.A, pepatah Tasauf, Kata-kata Ulama', dan Pepatah Arab. Maka, mereka dengan tak langsungnya, memastikan setiap perkataan mereka itu tidak lagho dan sentiasa benar lagi manis didengar. Saya rasa, itulah rahsia alim ulama', bagaimana mereka menjaga lidah mereka. Mudah saja, hanya perlu 'bercakap dengan Bahasa Al-Quran'.


Alhamdulillah saya sempat hadir ke kuliah As-Syeikh Al-Imam Ad-Duktuur Ali Jum'ah, Mufti mesir sekarang, sebanyak 2 kali, itu pun secara kebetulan, satu di Masjid Sultan Hasan, satu di Masjid Ar-Rahman Ar-Raheem(dekat dengan ARMA). Beliau berceramah macam biasa, macam orang lain. Tetapi 90% ayat yang beliau guna adalah diambil daripada ayat al-Quran atau Hadith atau pepatah Tasauf atau kata-kata Ulama. Teringat kisah di zaman Sayyiduna Umar R.A, ada seorang perempuan yang dah 40 tahun tidak bercakap melainkan dengan ayat al-Quran.



Syeikh Ali Jum'ah, tiap kali bagi kuliah, beliau hanya bawa senaskhah al-Quran sahaja


Kita sebagai orang yang jauh dari Ulama', sekurang-kurangnya, perlu kita jadikan perkataan-perkataan yang baik sebagai zikir harian kita. Perkataan yang ada dalam al-Quran, dalam Hadith, atau yang ada menyebut nama Allah, dan sebagainya. Jadikan lidah kita basah dengan kalimah-kalimah seperti itu...



Bila orang melakukan sesuatu yang baik kepada kita, kita kata, "Terima kasih, JazakaLlah Khair" , semoga Allah membalas dengan sebaik-baik balasan, samalah macam kita kata, "I appreciate that..Thanks."

Bila orang berbudi kepada kita, kita kata, "BarakaLlahu feek" , Allah memberkati kamu, samalah macam kita kata, "God bless you."

Bila orang sakit, kita kata, "SyafaakaLlah" , Allah sembuhkan kamu, samalah macam kita kata, "get well soon."

Bila berjumpa, kita kata, "Assalamu'alaykum" , salam sejahtera ke atas kamu, samalah macam kita kata "hai, hello~"

Bila berpisah, kita kata, "Ma'a s-salaamah" , semoga selamat, atau "Robbuna ma'aak" , Allah bersama kamu, samalah macam Obe Wan Kenobi kata kepada Sky-Walker dalam Star Wars, "May the force be with you."


"May The Force Be With You", Darth Vader & Obi Wan


Bila rasa takjub, kita kata, "Maa syaa Allah" , samalah macam kita kata, "Oh My God(OMG)!" atau Mat Saleh kata, "Jesus Christ!"

Bila lupa, kita Selawat, "Allahumma solli 'ala Muhammad S.A.W" , daripada kita mengeji "dammit!"

Bila marah, istighfar, "AstaghfiruLlah al-'Adzeem" , daripada kita mencarut atau "Oh shoot!"



Hadir ke satu kuliah Dr. Yusuf al-Qaradhawi di Masjid Rab'ah. Beliau rendah sahaja, berjalan sangaat lah lambat bertongkat macam orang 70 tahun, tapi bila bercakap, macam orang 30 tahun. memang lantang.

Musim sejuk 2008, di Ma'rad Kutub(Pameran Buku). Syeikh Wahbah az-Zuhaili. Pertama kali dengar nama beliau adalah dalam buku teks Syariah Islamiyyah Form 4, bab Haji kalau tak silap... Rasa segan sebab berjumpa beliau dalam keadaan selekeh. Biasalah, budak tahun 1 lagi waktu tu :)

Syeikh Dr. Yusri, rakan talaqqi Dr. Ali Jum'ah. Seorang Pakar Bedah/General Surgeon, dalam masa yang sama pakar bidang Hadith di Masjid al-Azhar. Kelas Sahih al-Bukhari setiap Sabtu, 11 pagi..


Sedar tak sedar, adab inilah yang Islam ajar, tapi orang Kafir enggan memahami dan mengelak daripada melihat adab Islam yang indah ini. Malah, ada sebahagian orang Melayu Islam sendiri rasa malu untuk mengamalkan perkara ini. Padahal mereka sangat mengagungkan Barat dan nilai-nilai Barat.


Ber'hello-hello' boleh, tapi bagi salam rasa janggal.

Ber'goodbye babai' boleh, tapi 'ma'assalamah' jadi pelik.

Ber 'O-M-G' boleh, tapi kalau sebut 'maa syaa Allah' rasa asing.


Dan sebagainya... Lagi teruk lagi, kalau orang yang langsung takda nilai-nilai Public Relation(PR). Dengan kata lain, takda adab. Dapat duit baki di kedai, tak cakap terima kasih. Orang bagi salam, tak jawab. Jumpa orang muka masam dan statik, macam takda perasaan. Orang minta tolong atau tanya jalan, sesat, kita buat tak tahu.. dan sebagainya...


Kemudian, bila ada orang berpesan, bahawa kita kena menuntut ilmu daripada ulama, semua orang terbayang hukum hudud, sebat, potong tangan, kena pakai serban, dan sebagainya... Ramai yang menyempitkan 'Ilmu dalam Islam'. Ramai juga yang menyempitkan 'ajaran Islam' itu sendiri. Padahal menuntut ilmu dari alim ulama' tu bermaksud, belajar ajaran Islam sebenarnya, belajar adab, belajar bergaul dengan sesama manusia dengan cara baik dalam masa yang sama menjaga perhubungan dengan Allah... Patutlah masyarakat Malaysia sekarang jauh dari kemajuan, jauh dari kestabilan sosio-ekonomi, sangat jauh dari adab & 'common sense', dan macam-macam aspek lagi. Tambahan pula, bila nak bandingkan tahap kemajuan negara, ada 'seorang manusia' tu suka bandingkan Malaysia dengan Bangladesh, memanglah Malaysia Maju!... =)


Memetik kata-kata ulama' berkaitan adab berbanding ilmu,


"1 Dirham ilmu, memerlukan 1 gedung adab"


"الأدب مقدّم للعلم"

"Adab lebih utama daripada ilmu"



"لا ينال العلم إلا بالأدب"

"Takkan dapat ilmu melainkan dengan beradab"


Marilah kita isikan diri kita dengan semudah-mudah perkara, ADAB. Tak perlu saya katakan dengan khusus ADAB ISLAM, kerana ISLAM dalam konteks kehidupan harian adalah ADAB. Banyakkan zikir & selawat, ditambah dengan adab kepada manusia, insyaAllah selamatlah kita.


Akhirnya, Salam Momentum Penuh Akhir Ramadhan!!


Allahu A'lam, Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan :D


Wassalam
Posted in Labels: , , , | Comments

Masyarakat Perubatan Di Mesir : Satu Muhasabah

Thursday, September 2, 2010 by aiyqosim
Assalamu'alaykum wbt.

AlhamduliLlah, Assolatu wasSalamu 'ala Rasulillah SAW...

Di hari ke 22 Ramadhan 1431 Hijrah, teringat saya sudah hampir waktu bermulanya sesi akademik tahun 2010/2011 bagi sekolah-sekolah perubatan di Republik Mesir. Biro Akademik PERUBATAN Mesir juga dalam proses menyiapkan statistik Keputusan Peperiksaan Akhir bagi pelajar-pelajar perubatan di Mesir bagi sesi 2009/2010. Masih belum terlambat, malah, sekaranglah waktu yang tepat untuk kita semua bermuhasabah diri masing-masing sepanjang tahun ini, bagi menghadapi tahun sesi akademik akan datang.

Suka saya memetik satu situasi yang pernah dan selalu berlaku dalam kalangan pelajar-pelajar perubatan di Mesir.

Ahmad selalu mengeluh,
"Isy, sistem di Mesir ni, dah la konvensional, ketinggalan zaman pulak tu. Kat Malaysia punyalah belajar Integrated, belajar guna study case. Dah la ada assignment macam-macam, tu yang student Malaysia advanced tuh. Takda masa kosong, so takda lah benda-benda lagho. Pulak tu, tahun 3 dah masuk hospital. Kita ni, dok terhegeh-hegeh belajar teori je. Practical, kosong! Dah la final exam affect 80 % markah. So, tu yang budak-budak Mesir study last minit tu...".
Lepas dok bising-bising membebel, esoknya, Ahmad bangun pagi time lunch, tak pergi kelas. Dah bangun, makan, lepas tu tengok movie. Malam layan internet, lepas tu tidur.
Komplen, komplen, komplen...

Pernah tak situasi ini berlaku di sekeliling anda? Atau lebih teruk lagi, pernahkan ia berlaku pada diri anda? Saya merasakan situasi di atas adalah sesuatu yang sangat sinis & ironi.


Sinis 1

Ada yang selalu berkata atau (lebih tepat) mengeluh, sistem di universiti di Mesir yang tidak mewajibkan kehadiran. Kalau ada pun, waktu praktikal sahaja, itu pun ikut suka hati doktor yang mengajar. Namun sinisnya, 'kejelikan sistem' yang sering menjadi bahan kutukan itulah yang sering diambil peluang oleh pelajar untuk ponteng kelas. Sama ada sebab malas, sebab bangun lambat, sebab tak berdisiplin, sebab memang tak minat belajar, sebab melancong, sebab meeting, sebab ada aktiviti persatuan atau jemaah, dan 1001 macam sebab lagi. Ingat, jika anda salah seorang dari golongan ini, anda sesungguhnya menggelakkan diri anda sendiri dengan sinisnya setiap kali anda mengutuk sistem di Mesir. Anda tak mampu bangun pagi untuk hadir ke kelas yang hanya beberapa jam sehari, jangan mimpilah anda mampu mengikut keketatan sistem pembelajaran di Malaysia. Mimpi!


Sinis 2

Ada yang selalu membandingkan dengan sistem di Malaysia yang menggunakan 'Integrated System', belajar menggunakan study case, dengan assignment, exam mengikut round/block, dan sebagainya. Mereka mengeluh bahawa sistem di Mesir ketinggalan zaman, tak praktikal, dan sebagainya. Namun ironinya, dengan sistem yang konvensional dan 'tak bersistem' inipun, ramai yang tak mampu hadir ke peperiksaan kecil/kuiz, dan ramai yang tak mampu menyiapkan assignment walaupun hanya perlu copy paste saja. Ramai juga yang tak mampu buka buku walau seminggu sekali menelaah subjek-subjek perubatan. Hatta kelas praktikal pun malas nak pergi. Kalaulah di Mesir ni guna 'Integrated System', bolehkah golongan ini cope with the system? Sedangkan sistem konvensional dan takda assignment ni pun dah mengeluh sebab 'susah' lah, banyak nak kena hafal lah, tak faham lah, .. jangan harap lah kalau belajar 'Integrated System' nanti senang.


Sinis 3

Ada yang selalu mempertikaikan sistem di Mesir ni, jadual belajar tak sesuai lah. Doktor tak ikut jadual lah, dan sebagainya. Tapi dalam masa yang sama, mereka ini jugalah yang datang kelas lambat, sampai kedang-kadang tak datang kelas lagi. Orang-orang macam ni, kalau bagi sistem yang ketat, macam kat Malaysia, rasanya, boleh hidup ke diorang ni?


Sinis 4

Ada yang selalu kutuk doktor Mesir. Tak reti English lah, mengajar tak best lah, tak up-to-date lah, selalu datang lambatlah, dan sebagainya. Tapi, bila doktor tu tanya dia satu soalan simple pon, dia terhegeh-hegeh nak jawab sebab tak pernah study. Bila exam oral pula, terbelit-belit lidah nak cakap English. Kalau ada orang cakap Arab, lagi lah tak faham dan senyap je. Jadi, apa agaknya perangai orang macam ni? Tin kosong! Harap-harap kita bukan dari kalangan mereka ni.


Sinis 5

Ada yang selalu komen, "Isy, apalah J*A nih, biasiswa dah la sikit, masuk lambat pula tu!". Kemudian bila duit dah masuk, dia belanja, tidur, dan ponteng kelas. Bila biasiswa dah naik, dia melancong, tidur, dan layan movies saja.


Sinis oh sinis~ mungkin saya juga pernah melakukan perkara yang sinis ini. Mungkin juga anda. Ramai daripada kita yang suka bercakap. Suka cakap lebat dan hebat, tapi akhirnya memperbodohkan diri sendiri bila semua yang kita cakap tu hanyalah umpama tin kosong. Sikap kita selalu 'tak bersyukur'.



رضا النّاس غاية لا تقضى أبدا

Keredhaan manusia adalah matlamat yang takkan tercapai

-al-Imam As-Syafi'ie-

Maksudnya, bila sesuatu perkara dibuat, ada saja manusia yang tak puas hati. Samalah macam sistem universiti, kalau diperbaiki macam manapun, tidak akan memuaskan hati semua orang. Bila dari konvensional tukar ke integrated, nanti timbullah orang komen, "Isy, jadual sibuk lah, belajar susah pulak tu... "

Belajarlah rasa bersyukur dengan apa yang ada, dan jauhkan sikap suka mengeluh dan meng'komen'. Silalah berbalik semula kepada semangat kita sebagai seorang mahasiswa untuk menuntut ilmu.

Setiap dari kita semua, baik mahasiswa perubatan mahupun bidang lain, perlulah merasai bahawa tanggungjawab menuntut ilmu dan fokus serta bersungguh-sungguh adalah tanggungjawab setiap individu. Kalau mahasiswa yang tugas utamanya menuntut ilmu pun dah malas menuntu ilmu, jangan lah nak mengharapkan orang yang 'tak sekolah' nak menuntut ilmu.

Heboh sekarang ni orang menimbulkan persoalan, Wawasan 2020 boleh dicapai ke tak? Jawapannya, tengok saja statistik membaca dalam kalangan masyarakat Malaysia. Di kala seorang rakyat Australia membaca purata 180 buah buku setahun dan rakyat Jepun membaca 80 buah setahun, rakyat Malaysia hanya membaca purata 4 buah buku sahaja setahun! Ganyang Malaysia!

Bagi pelajar bidang perubatan pula, lebih untung lagi apabila seorang Ulama' dan Doktor di zaman Andalus, Ibn Rusyd berkata,"Barangsiapa yang belajar Anatomy(perubatan), akan bertambah imannya", dengan syarat kita belajar dan mengkaji kerana Allah dan kemajuan Ummat.


Ibn ar-Rusyd

Maka, kesimpulannya, bagi masyarakat perubatan di Mesir, silalah naikkan semangat anda untuk terus menuntut ilmu dan menguasai bidang perubatan, dan ketuklah kepala anda dengan kata-kata al-Imam as-Syafi'ie,

"Aku tidak tahu sesuatu yang lebih mulia selepas ilmu halal & haram melainkan ilmu perubatan, namun Ahli Kitab telah mengalahkan kita dengan menguasainya"

-Muqaddimah Tahqiq, al-Risalah al-Imam as-Syafi'ie
-

Sekian sahaja, Masyarakat Perubatan di Mesir: Satu Muhasabah. Bermuhasabahlah kerana itu adalah tradisi orang beriman.



حاسبوا أنفسكم قبل أن تحاسبوا

Hisablah diri kamu, sebelum kamu dihisab(di Hari Qiamat)

Mohon maaf jika apa yang ditulis mengguris sesetengah pihak, saya juga terdedah kepada dosa & kesalahan...

Allahu A'lam

Wassalam~


Posted in Labels: , , , , | Comments
Related Posts with Thumbnails

Apture