Bismillahirrahmaanirraheem,
Alhamdulillahi wassolaatu wassalaamu 'ala Rasulillah...
Firman Allah dalam Al-Quran Al-Kareem ;
وَلَا يَحْسَبَنَّ الَّذِينَ يَبْخَلُونَ بِمَا آتَاهُمُ اللَّـهُ مِن فَضْلِهِ هُوَ خَيْرًا لَّهُم ۖ بَلْ هُوَ شَرٌّ لَّهُمْ ۖسَيُطَوَّقُونَ مَا بَخِلُوا بِهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ ۗ وَلِلَّـهِ مِيرَاثُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ ۗ وَاللَّـهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرٌ
"Dan jangan sekali-kali orang-orang yang yang kikir dengan apa yang diberikan Allah kepada mereka dari kurnia-Nya, mengira bahawa (kikir) itu baik bagi mereka, padahal ia adalah buruk bagi mereka. Mereka akan dikalungkan dengan apa yang mereka kikirkan itu pada hari Qiyamat. Milik Allah-lah warisan (apa yang ada) di langit dan di bumi. Allah Maha Teliti terhadap apa yang kamu kerjakan."
Bagi yang mendengar radio IKIM.fm sepanjang Ramadhan yang lalu, anda pasti dah hafal ayat Al-Quran yang dipetik dari ayat 180 Surah Ali Imraan ini.
Sesungguhnya Allah ciptakan harta benda dan mengagihkannya kepada sekalian manusia untuk menguji keimanan dan kebijaksanaan manusia menguruskan bumi Allah. Di sana terdapat sekumpulan manusia yang bijak mengurus dan melaburkan hartanya, dan ada pula yang gagal.
Mereka yang bijak, sudah pasti meletakkan sasaran paling menguntungkan dan paling berbaloi. Harta yang Allah berikan kepada mereka akan dilaburkan untuk mendapatkan hasil berlipat kali ganda dari yang asal. Sedang mereka yang rugi, akan boros dan membelanjakan harta mereka ke jalan yang sia-sia.
Pelaburan yang paling berbaloi sudah tentulah pelaburan yang memberikan pulangan berlipat kali ganda untuk jangka masa selama-lamanya. Dan perniagaan yang kekal selama-lamanya menguntungkan tentulah perniagaan dengan Yang Maha Kekal.
Salah satu daripadanya adalah sistem wakaf.
SMAP Labu & Suraunya, Suatu Hakikat
Sekolah Menengah Agama Persekutuan telah ditubuhkan pada tahun 1982 bertempat di Kelang, sebelum berpindah ke Petaling Jaya pada tahun 1984 dan akhirnya berpindah secara tetap di Kilometer 11 Jalan Labu, Negeri Sembilan pada tahun 1896. Sejak itu, ia diberi nama Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu (SMAPL).
"Iklim Deeni Teras Kecemerlangan", itulah tagline agung yang sering kedengaran di SMAPL di zaman saya dahulu.
Semenjak tahun 1986, SMAPL memiliki sebuah surau yang menjadi paksi "Iklim Deeni" yang sering disebut-sebut itu. Di sinilah tempat lahirnya ratusan malah ribuan modal insan yang kini bertebaran di seluruh negara dan luar negara. Kini, sudah lebih 25 tahun surau SMAPL berdiri tegak dengan tapak dan bangunan asal, dan ia sudah dimamah usia.
Oleh itu, satu projek untuk membina surau baru telah dilancarkan beberapa tahun dahulu. Bahkan saya masih ingat lagi ketika saya masih di tingkatan 2 sekitar tahun 2003, pelan baru surau SMAPL sudah mula dilukis. Namun, setelah sekian lama, projek tersebut masih di dalam fasa pengumpulan dana.
Alhamdulillah, baru-baru ini saya difahamkan, telah berlaku satu perbincangan diantara 3 pihak bagi menjayakan projek pembinaan surau baru SMAPL ini. Projek pembinaan surau baru ini merupakan kerjasama 3 pihak, iaitu pihak SMAPL, pihak PIBG SMAPL, dan Persatuan Bekas Pelajar SMAPL (IKMAL). Satu jawatankuasa baru telah dilantik, dan gerak kerja baru telah diatur.
Satu projek telah diluluskan, iaitu Kupon Dana Wakaf Pembinaan Surau Baru SMAPL.
Apakah Projek Kupon Dana Wakaf Pembinaan Surau Baru SMAPL?
Secara mudahnya, pihak SMAPL dengan kerjasama PIBG SMAPL dan Persatuan Bekas Pelajar SMAPL (IKMAL) membuka tawaran kepada para dermawan di luar sana untuk mewakafkan sejumlah wang yang akan digunakan untuk membina surau baru SMAPL.
Bagaimana Untuk Menyumbang?
Untuk menyumbang ke dalam dana wakaf suran baru SMAPL, caranya sangatlah mudah. Tidak kira siapakah anda, bekas pelajar SMAPL atau pun tidak, muda mahupun tua, kaya ataupun miskin, terkenal ataupun tidak, anda berhak melabur untuk saham Akhirat, dengan syarat, sumbangan itu ikhlas kerana Allah Ta'ala. Ada dua cara untuk anda membuat sumbangan wakaf, iaitu;
1. Anda boleh membuat bayaran kepada sukarelawan yang memegang kupon dana wakaf. Siapakah mereka? Dan bagaimanakah untuk mencari mereka? Saya adalah salah seorang darinya. Dan semua exco/AJK IKMAL ada memegang kupon tersebut. Senarai exco/AJK IKMAL akan ditunjukkan di bawah nanti. Anda hanya perlu berhubung dengan mereka untuk tindakan lanjut.
2. Anda boleh juga membuat bayaran secara bank-in ke akaun IKMAL dengan jumlah wang yang anda mahu wakafkan. Kemudian, jangan lupa untuk hubungi mana-mana exco/AJK IKMAL untuk maklumkan nama dan jumlah wang yang telah anda bank-in. Walaupun kami tahu anda menyumbang dengan ikhlas kerana Allah, namun pemberitahuan ini amat penting, untuk para sukarelawan mengoyakkan kupon milik anda bagi tujuan rekod dan bukti. Berikut adalah info akaun IKMAL;
Akaun Maybank Persatuan Bekas Pelajar SMAPL (IKMAL)
Nombor akaun : 564191012479
Kupon yang disediakan sah digunakan untuk potongan cukai pendapatan (income tax).
Kupon yang ditawarkan ada dua jenis, iaitu;
a. Kupon bernilai RM 10, dan
b. Kupon bernilai RM 50
Namun, jika anda mahu menyumbangkan wakaf dengan jumlah yang tidak genap sama ada dengan RM 10 atau RM 50 pun tidak mengapa. Pihak Jawatankuasa Projek tetap menerimanya sebagai sumbangan ikhlas dari anda. Bak kata pepatah Melayu, besar tapak tangan, nyiru kami tadahkan.
Pihak kami amat mengalu-alukan sumbangan anda selain dari sumbangan berbentuk wang ringgit. Anda boleh juga menyumbang dengan cara;
1. Membantu promosi projek ini.
2. Menjadi sukarelawan untuk mengutip dana wakaf
Untuk membantu mempromosikan projek ini pula, anda boleh promosikan blogpost ini. Atau gunakan apa-apa cara sekalipun mengikut kreativiti anda.
Untuk menawarkan diri menjadi salah seorang sukarelawan mengutip dana dan memegang kupon dana pula, anda boleh menghubungi mana-mana AJK Pembinaan Surau Baru SMAPL sama ada dalam kalangan guru mahupun alumni. Info AJK IKMAL(alumni) adalah seperti berikut;
Presiden: Ahmad Zaki Ahmad Rafa'i (0192170789)
Timb Presiden: Wan Azhar Wan Ahmad (0192644496)
Naib Presiden : Hanif Hassan (0126832161)
Setiausaha Agung: Chairil Anwar (0173000394)
Bendahari: Fadhal Asri (0192628759)
Timb Bendahari: Shima Hussain
AJK:
1. Nur Syamiza Zainal
2. Faqih Sadiq (0147930197)
3. Yamin H Azman
4. Haji Mohd Najib Khairudin
5. Hazwan Hashim (0179381160)
6. Aiman Ahmad (0196435118)
7. Nor Adni Ismail
8. Nazree Yunos (0192125301)
9. Fadli Yusof
Jika ada sebarang pertanyaan, komen mahupun idea bernas untuk membantu projek wakaf ini, pihak Jawatankuasa Pembinaan Surau Baru SMAPL khususnya pihak IKMAL (alumni) sangat berbesar hati untuk mendengar. Sila hubungi kami melalui nombor telefon exco/AJK IKMAL seperti yang sudah tersenarai di atas.
Semoga Allah memberkati keikhlasan anda membantu projek ini, sama ada dengan wang ringgit mahupun tenaga. Moga dengan berkat keikhlasan anda menyumbang, surau baru SMAPL akan dapat dibina dengan dana yang mencukupi, seterusnya meneruskan tradisi kelimuan Islam yang sudah lama bertapak di bumi SMAPL.
Segala jasa baik anda kami dahulukan dengan jazakumullah khairal jaza'.
Rasulullah SAW bersabda, "Sebaik-baik kamu adalah yang paling banyak memberi manfaat kepada manusia".
Moga Allah menerima amal anda dan kita semua, ameen.
"Iklim Deeni Teras Kecemerlangan"
Ahmad Ibrahim Yahaya
Pelajar tahun akhir, Fakulti Perubatan Universiti Kaherah, Mesir
SMAP Labu 2002-2006
h/p : +6017 3821348 (Malaysia), +20111 8709885 (Mesir)
p/s : Saya bukan seorang exco/AJK IKMAl, dan tidak pernah memegang apa-apa jawatan dalam IKMAL. Saya bukanlah AJK Projek Dana Wakaf yang dilantik secara rasmi. Saya hanyalah relawan membantu sedikit sebanyak projek ini, setelah diminta tolong oleh salah seorng sahabat IKMAL yang merupakan sahabat satu batch dengan saya. Moga Allah menerima amalan ini, ameen.

Apakah Bentuk Sumbangan Lain Selain Wang Ringgit?

Besar Tapak Tangan, Nyiru Kami Tadahkan