Jelajah Bergambar

Friday, February 17, 2012 by aiyqosim
Bismillahirrahmaanirraheem,

Alhamdulillahi wassolaatu wassalaamu 'ala Rasulillah SAW...


Sebetulnya, post ini saya buat sebelum winter break tempoh hari. Namun, akibat kekangan masa dan kekeringan idea, maka baru hari ini saya update.


Cuti memang seronok. Amat seronok! Dengan syarat, anda berduit. :)


Tapi duit saja tak cukup. Anda perlu ada kelapangan. Tapi cukup ke duit dan kelapangan? Tak cukup!


Anda perlukan kesihatan. Cukup ketiga-tiga elemen utama ini, insyaAllah anda lulus.


Tapi, agak rugi, bila kadang-kadang saya tanya kepada beberapa kenalan. Kenapa mereka melancong?


Saya dah sekian lama tak cukup salah satu atau salah dua syarat di atas, tu sebab saya lama tak melancong. Tapi, bila mereka yang lulus ketiga-tiga syarat ni, tak tahu pula kenapa mereka melancong. Rugi!



Jadi, kenapa kita melancong? Sebelum jawab, kita adjust dulu istilah. Kita guna perkataan JELAJAH.


Kenapa Kita Menjelajah?


Pertamanya, kerana Allah suruh kita menjelajah, melihat dunia.


Para Nabi 'alaihimissalam menjelajah, merantau. Para sahabat RA merantau. Para 'ulama merantau. Para pemimpin, cerdik pandai, semuanya merantau melihat dunia. Berkelana di bumi Allah yang luas ni.


Sebab dari bumi Allah kita belajar.

Dari alam semula jadi kita belajar.

Dari binaan ciptaan mausia kita belajar.

Dari tinggalan sejarah kita belajar.

Dari keadaan semasa kita belajar.

Dari pengalaman orang lain kita belajar.

Dari gaya hidup perbuatan orang lain kita belajar.

Dari percakapan dan pemikiran kita belajar.


Point nya, BELAJAR!


Keduanya, selepas belajar, kena MENGAJAR. Tak kira, sama ada kita mengajar masyarakat asal kita bila pulang dari penjelajahan, ataupun mengajar masyarakat tempat baru yang kita jelajahi itu. Pengalaman kita diceritakan, diajarkan.


Itulah tugas Nabi AS dan pengikut Nabi.


Ketiganya, kenapa kita kena menjelajah?


Saya bagi satu contoh. Dulu-dulu, sebelum datang Mesir, saya dengar orang cakap macam-macam pasal Mesir. Benda-benda hebat dan baik. Saya terinspirasi.


Bila sampai Mesir, seminggu pertama, macam-macam pula benda negatif yang senior cakap pasal Mesir.


Maka apa tindakan saya? Kita pusing sendiri satu Mesir nak tengok dengan mata kepala sendiri apa sebenarnya Mesir ini. Dan saya dapati, kedua pandangan tadi, dua-dua salah, dan dua-dua betul, mengikut perspektif saya sendiri.


Dan saya takkan kena tipu!


Siapa pernah pergi Paris? Percaya tak kalau saya katakan, celah-celah bangunan Paris tu, sama je macam Tahrir? Kotornya sama saja. Bahkan lorong-lorong metro di Paris ada yang bau hancing, sama macam di Cairo.


Tapi, apa yang kita lihat dalam TV dan filem-filem? :) Maka jangan tertipu lagi ya~



Ok, sekarang berbalik kepada kita. Kita, maksud saya golongan mahasiswa/pemuda, melancong sebab apa?


Sila lah jawab, bagi yang telah, sedang atau bakal melancong. Pastikan duit ribuan dollar yang kita belanjakan, masa belasan hari yang kita luangkan, dan kudrat tenaga yang kita habiskan itu berbaloi.


InsyaAllah, saya pasti, ianya berbaloi. Tanyalah diri sendiri.


Di sini, sudi saya kongsi sedikit pengalaman berkelana di beberapa tempat memalui gambar. Takda lah gempak sangat. Tak banyak tempat pun saya jelajahi. Yelah, tak cukup syarat kan? :)





Hujung Januari 2008. Gereja St Carthedral, Semenanjung Sinai. Di kaki Jabal Musa, berdekatan perkampungan Nabi Syuaib. Gereja ini dikatakan yang tertua di dunia. Allahu A'lam. Saya pilih gambar ini sebab yang paling clear. Ye lah, zaman ni, masih guna kamera Kodak lagi. Nampak sangat macma budak-budak. Siap ada bendera Malaysia tersangkut kat beg lagi!





Julai 2008. Stesen "2 kilometer", Matrouh. Dinamakan "2 kilometer" sebab stesen ni terletak 2 kilometer dari pusat bandar. Ini kali pertama sampai Matrouh, di tahun 1. Pergi berdua, dengan schoolmate, Fakhrul Syazwan, Alex Univ. Dua-dua kami kali pertama sampai Matrouh, naik tremco dari Alex, berpandukan "borak-borak" dengan Ustaz Sukimin Alex. Perjalanan dari Alex ke Matrouh, lebih kurang 3 jam. Kalau straight dari kaherah ke Matrouh, ambil masa 6 jam. Perasaan bercampur-baur, antara seronok dengan cabaran dan menyesal. haha. BTW, rambut tu memang klassik budak first year yang baru nak kenal dunia pasca-sekolah menengah.




Februari 2009. Mujamma' di Irbid, Jordan. Travel dengan abang-abang senior, memang tak dapat dilupakan. Naik bas 8 jam ke Nuwaiba', naik feri beberapa jam lagi ke Aqabah, tunggu urusan imegresen dan berebut dengan Arab. Sambung 4 jam ke Amman, bermalam di bangunan MSD. Dari Amman ke Irbid. Merasa kena tahan tentera sebab tersilap ambil gambar. Merasa kereta habis minyak tengah padang pasir. Merasa kena tipu tiket bas. Merasa kereta salah isi full tank diesel, rugi puluhan Jordan Dinar dan habis satu malam di stesen minyak. Dan macam-macam lagi.

Gambar dari kiri : Abg Zul, Najib Hasan, Atiq Jordan, Abg Isra', Aku, Copok, Messi, Ehmad, Fais, Husaini, Abg Hilmi.




Di stesen bas Syarikat East Delta, Abbasiyyah. Sebelum bertolak ke Nuwaiba'.

Gambar dari kiri : Along aku Ahmad Shuib, Abg Zul, Abg Hilmi, Abg Mede, Messi, Saini, Najib, AKu, Copok, Ehmad.




Di Hospital King Abdullah, Irbid, Jordan. Kakakku yang sudi bawa pusing hospital tempat dia belajar.




Februari 2009. Makam Habibun-Najjar, Halab(Aleppo), Syria. Habibun-Najjar adalah orang beriman yang diceritakan kisahnya dalam Surah Yasin. Ke Syria dari irbid Jordan, naik bas. Imegresen di sempadan Syria agak dahsyat. Dalam passport ada tertulis nombor siri Special Branch(SB) yang ditugaskan untuk kita. Setiap seorang ada SB tersendiri. Dulu ada borak dengan Ustaz Mahmud, asal Syria. Di Syria, nisbah SB dengan rakyat biasa adalah 3 nisbah 1!




Februari 2009. Kapadokia, Turki. Pusat ski paling tinggi di Turki, 2000 meter dari paras laut. Kembara ke Turki menaiki bas, ikut jalan Jordan-Syria-Istanbul. Dari Selatan ke Utara, kemudian patah balik Selatan. Total 2 hari dalam bas! Kembara bersama kakak terchenta. hehe
Kalau Cairo dikenali sebagai bandar 1000 menara sebab banyaknya masjid, saya tertanya-tanya, kenapa seluruh Turki tak dinamakan negara 1000 menara? Sepanjang perjalanan bas dari Selatan naik ke Istanbul di Utara, di mana ada penempatan, mesti ada menara-menara masjid. 90 % orang Turki adalah Muslim.

Turki dirahmati dengan 3 perkara utama. Kesimpulan saya tentang Turki adalah, keindahan muka bumi semula jadi, sejarah yang cemerlang gemilang terbilang, dan shopping!





Julai 2009. Kolam Cleopatra, Siwa Oasis. Sekali lagi ke Matrouh, kali ini musyrif rombongan PERUBATAN. Bukan saja ke Matrouh, extend ke Siwa sekali. Kolam ni dikatakan sumber air seluruh bandar Siwa. Dalamnya 5 meter. Mujur buleh terapung, walaupun ketiga-tiga kami mulanya teragak-agak sebab kedalamannya macam lombong tinggal. Tapi tak tahan punya pasal, hilang siqqoh terjun depan akhowat. Alhamdulillah semua balik hidup. :)

Dari kiri : Aku, Abg Effy, Abg Hanifah.




Di belakang kami, Masjid Syali, kota lama Siwa. Masjid ini dirasmikan sendiri oleh Khalifah waktu itu, Sayduna Umar Ibn Al-Khattab RA. Masjid tertua di Siwa, dan antara yang tertua di Mesir. Syali maksudnya "Kota Lama". Ia merupakan penempatan asal penduduk di oasis itu. Sekarang, ianya dijadikan tempat pameran dan pelancongan.




Setelah setahun lebih tidak keluar berkelana, pada Ogos 2011, Alhamdulillah Allah beri kesempatan untuk menziarahi Baginda SAW di kota Madinah, dan melaksanakan Umrah di Baitullah. Lagi manis, ianya berlaku di akhir Ramadhan, dan raya Aidilfitri tahun itu di Mekah bumi barakah. Tak merasalah ketupat rendang. :)




Oh, ini Jabal Rahmah. Tempat yang sesuai untuk posing dan hantar gambar untuk UBM. :)




3 budak botak di hadapan Maktabah, di luar Masjidil Haram. Diriwayatkan, di kawasan inilah Nabi SAW dilahirkan. Kerajaan Arab Saudi tidak menjaga tempat-tempat peninggalan bersejarah berkaitan Nabi SAW dan para sahabat, sebaliknya di atas tapak-tapak bersejarah inilah dibina bangunan-bangunan yang tidak berkaitan. Alasannya untuk mengelakkan dari perkara khurofat. Allahu A'lam. Cuma agak sedih, kawasan yang dipercayai tapak rumah Saydatuna Khadijah RA dibina atasnya tandas awam. Sedih dan sayang, tempat penuh barokah itu dibina atasnya tandas, dengan alasan mengelak khurofat.

Dari kiri : Hilmi, Aku, Lah Fahmi.



Tempat-tempat sekitar Kaherah dan seluruh Mesir tak sempat saya kongsikan. lain kali lah pula ye... insyaAllah...


Walhamdulillahi Robbil 'alameen, banyak yang dipelajari sepanjang perjalanan. Tak kurang juga, ukhuwwah yang terbina diantara teman-teman seperjalanan. Moga Allah bagi lagi kesempatan masa, duit dan tenaga untuk berkelana di bumi Allah ini...


Wassalam~
Posted in Labels: , | Comments

The Gorgeous Bumblebee

Monday, February 13, 2012 by aiyqosim


Bismillahirrahmaanirraheem,

Alhamdulillahi wassolaatu wassalaamu 'ala Rasulillah SAW...


It has been 2 months, since my last post in English. It's quite funny, as the headings of the blog is in English, and I have only 11 posts in English.


.......................



Have you seen a bumblebee? I've read something gorgeous about bumblebee.






Do you know, according to a theory of aerodynamics, as demonstrated through the wind tunnel tests, the bumblebee should be unable to fly. Because of the size, weight, and shape of its body in relation to the total wing span, flying is scientifically impossible.


However the bumblebee, being ignorant of scientific theory, goes ahead and flies anyway and makes honey everyday.


Actally this phenomenon happens in our daily life. In great people. Or even in lay people with great attitudes.


Individuals whose attitudes cause them to approach life from an entirely positive perspective are not always understood. They are what some would call a "no-limit people".


In other words, they don't accept the normal limitations of life as most people do.


It is almost illogic that dyslexic children like Albert Einstein, Picasso and Walt Disney can make great things to the world. Well, they've proven it. Or at least, bumblebee has!


So how about us? :)



...............




Then I started to think, what if the bumblebee knows that theoretically he can't fly?


What do you think? Mr. Bumblebee might probably be affected by the theory. His ability to fly might be compromised. He might be mentally influenced. Or he might not?


Allahu A'lam. :)


The I started to think, that's where the mass media play their role. They can affect others mentality, especially the ones that has no firm stand, or the ignorants.


I'm now reading the book "Aku & Ikhwanul Muslimoon" by Syeikh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi. Dr. Al-Qaradhawi nicely wrote his remarkable experience in Ikhwanul Muslimeen during the dictatorship peroid of Jamal Abd Nasir. And I found that any dictators uses the same blue print towards its people, taking control over the mass media!


However, with immense advance in mass media technology nowadays, fabrication of facts and manipulation of mass media is rather a big challenge for the dictators.


Nearest example is Egypt. How google and facebook contributed in the 25th Revolution. And now, we should be focusing on Syria.


Please dear Muslims, there are few things that we can do for Syria.

1. Pray for Muslims there and make Solat Hajat

2. Spread the awareness

3. Keep updated about the issue

4. Study hard and keep on working!



You can start with THIS :)






Allahu A'lam, walhamdulillahi Rabbil 'alameen...
Posted in Labels: , , , | Comments

Hoi Lelaki, Sanggup Kahwin?

Thursday, February 2, 2012 by aiyqosim


Bismillahirrahmaanirraheem,

Alhamdulillahi wassolaatu wassalaamu 'ala Rasulillah SAW...


Semalam sempat mengikuti pengajian Silsilah Hadith Terpilih oleh Al-Fadhil Ustaz Hairul. Membaca lebih kurang 5 ke 6 hadith Rasulullah SAW semalam amat bermakna.


Saya tertarik dengan hadith terakhir di dalam silsilah siri 1, yang bermaksud;


Daripada Sayyidina Ibn Abbas RA, beliau berkata, Nabi SAW bersabda;

"Saya diperlihatkan akan neraka. Tiba-tiba saya mendapati bahawa kebanyakan ahli neraka adalah wanita kerana mereka mengkufuri".

Dikatakan, "Adakah mereka mengkufuri Allah?"

Baginda menjawab, "Mereka mengkufuri suami-suami mereka dan mereka mengkufuri kebaikan. kalau kamu membuat kebaikan kepada salah seorang daripada wanita-wanita tersebut sepanjang masa, kemudian dia melihat sesuatu [kekurangan] daripada kamu, wanita itu akan berkata, "Saya tidak pernah melihat sesuatu kebaikan pun daripada kamu sebelum ini".



Mungkin ramai wanita yang terkejut dengan hadith ini. Atau mungkin ada yang terasa. Tapi, saya nak tanya satu soalan. Kenapa nak terasa pula? Adakah anda tergolong dalam kalangan yang mengherdik atau mencerca suami? kalau tak, kenapa nak terasa? :)

Kalau melihat populasi sekarang ini, lojik juga wanita merupakan majoriti ahli neraka, sebab jumlah mereka lebih ramai daripada lelaki. Maka, peratusan ahli neraka wanita lebih tinggi. Allahu A'lam. :)


Tapi itu bukan fokusnya.


Ustaz Hairul menerangkan hadith ini dengan beberapa peringkat.



Nusyuzkah Wanita Itu?


Persoalan pertama, adakah perbuatan di dalam hadith tersebut dikira sebagai nusyuz atau derhaka? Mengikut Syeikh Said Saad Jawish al-Hasani, dan kebanyakan ulama', ada dua syarat untuk mengkategorikan seseorang wanita itu nusyuz. Hanya dua sahaja. Pertama, menolak permintaan suami untuk 'bersama'nya. Kedua, keluar dari rumah tanpa izin suami.


Maka, perbuatan mengherdik, mencerca, mempertikaikan jasa sumbangan suami, itu belum lagi kategori nusyuz atau derhaka. Tetapi ia tetap dosa, cuma bukan dosa nusyuz.


Namun begitu, Islam amat menjaga wanita. Biar macam mana pun perangai si isteri, si suami pula HARAM menyakiti isteri. Haram hukumnya menampar isteri, memukul atau menzalimi dengan apa cara sekalipun.


Biarpun si suami diperlakukan, ini bukan alasan untuk suami menzalimi isteri. Kalau nusyuz pun, ada langkah-langkah atau peringkat-peringkatnya untuk menghukum isteri. Pertama, tak bercakap atau melayan. Kedua, asing tempat tidur. ketiga, barulah pukul. Itupun memukul dengan kadar umpama 'mencuit' dengan kayu sugi. Alaaah manjanya...


Hatta, kalau si isteri wakil kebangsaan tomoi pun, dan dia tomoi kaki suami sampai patah, si suami tiada hak untuk balas, atau belasa isteri. Marah pun tak boleh. :)



Suami Adalah Bos


Di satu sudut lain pula, si suami di dalam rumah tangga, adalah bos. Sebab apa? Sebab dia bertanggungjawab terhadap segala-galanya.


Siapa yang wajib sediakan nafkah? Suami.


Siapa yang wajib sediakan makanan? Suami.


Siapa yang wajib basuh baju? Suami.


Siapa yang wajib kemas rumah, beli barang-barang rumah? Suami.


Siapa yang wajib didik anak-anak? Suami.


Siapa yang wajib jaga isteri? Suami.



Habis tu, apa tugas isteri? Satu saja, taat kepada si suami!


Makanya, segala kerja-kerja yang si isteri buat tu, adalah semata-mata belas ihsan dan belas kasihan si isteri terhadap suami yang takkan mampu buat semuanya dalam rumah. Si isteri tidak dipertanggungjawabkan pun, tapi dia seolah-olah buat kerja 'extra'.


Maka, lojik lah kita tanyakan kepada si suami, masih tak bersyukur lagi kah mendapat isteri yang buat kerja 'extra' yang tak wajib pun ke atasnya?


Begitu juga, lojik kita tanyakan kepada si isteri, masih tak bersyukur lagi kah si suami dipertanggungjawabkan segala-galanya sedangkan kamu tidak ada tanggungjawab lain selain taat kepada suami? Itu pun kamu 'complain' banyak?



Kahwin, Sempurna Iman


Pernah dengar tak ungkapan ini? Mengikut Syeikh As-Sya'rawi, maksud sempurna iman adalah, apabila seseorang berkahwin, akan sempurna ibadahnya. Sebab apa? Sebab ada ibadah yang tidak dapat dilakukan oleh orang bujang. Tak dapat tidak, kena kahwin dahulu.


Apakah ibadah itu? :) Ehem! Antaranya menjaga anak. Memberi nafkah kepada isteri. Bersabar atas karenah perempuan (yang faham-fahamlah kan...), dan pelbagai ibadat lain lagi. maka, bila dah berkahwin, semua kategoir ibadat boleh dilakukannya.



Jadi, Bila Nak Kahwin?


Saya ke? Emmm, entah lah. Sebab ada beberapa persoalan yang saya kena jawab sebelum jawab soalan ini. Antaranya...


Sanggupkah saya bersabar bila kena buat segalanya dalam rumah?


Sanggupkah saya kena leter dengan perempuan, dalam masa yang sama, kena bersabar?


Sanggupkah saya tahan cercaan dan herdikan perempuan, tanpa boleh saya hayun tangan atau kaki saya ke dia?


Sanggupkah saya basuh baju, memasak, sapu lantai, kalau isteri saya malas nak buat semua tu, dalam masa yang sama kena kerja untuk cari nafkah?


Sanggupkah saya diam saja kalau kena pukul dengan isteri saya sampai patah hidung atau tangan, atau lebam-lebam, atau pengsan?



Hmmmm, jadi.... sanggup ke tak ye nak kahwin???



Allahu A'lam... :)

Jom Bela Anak-anak Kecil

Sunday, January 15, 2012 by aiyqosim


Bismillahirrahmanirraheem,

Alhamdulillahi wassolaatu wassalaamu 'ala Rasulillah SAW...


Berbaki 3 hari lagi sebelum peperiksaan end-round Paediatrics bagi sesi kuliah 5th Year Cairo University. Suka saya kongsi sedikit cerita untuk bacaan para sahabat insyaAllah...


Syeikh Yusri menceritakan kisah Rasulullah SAW suatu ketika dahulu sewaktu musim kemarau.


Sebelum menunaikan solat sunat istisqaa' (solat sunat minta hujan) berjemaah, Rasulullah berpuasa selama 3 hari berturut-turut. Dengan badan yang lemah dan tidak bermaya, Rasulullah SAW mengenakan pakaian yang buruk dan sederhana.


Sewaktu berkumpul untuk solat, Rasulullah SAW memerintahkan semua orang turut serta, termasuk kanak-kanak dan orang-orang tua. Semua golongan yang lemah, sakit dan kurang bermaya dikumpulkan sekali, dan duduk di hadapan.


Tidak cukup dengan itu, dikumpulkan juga binatang-binatang yang ada di kawasan itu di keliling perkumpulan jemaah ummat Islam pada waktu itu.


Kemudian barulah Baginda memulakan solat sunat istisqaa' tersebut.


Inilah yang diajar Rasulullah SAW. Demi meningkatkan mustajabnya doa dan permohonan ummat Islam daripada Allah Subhanahu wata'ala, Rasulullah mengajar kita untuk meletakkan diri kita dalam keadaan yang lemah, setaraf dengan posisi kita sebagai hamba. Rasulullah SAW mengajar kita untuk merendahkan diri kita serendah-rendahnya di hadapan Allah. Lagi-lagi pabila kita sangat-sangat memerlukan sesuatu. Sangat-sangat berharap agar Allah kabulkan doa permintaan kita.


Seringkali, kita merendahkan golongan yang lemah. Seringkali kita memijak golongan di bawah kita. Seringkali kita merasa 'besar' dan angkuh dengan kelebihan-kelebihan yang kita ada.


Ironinya, bila kita ditimpa apa-apa musibah, atau cabaran, atau kegetiran, barulah kita menyedari kekerdilan kita di hadapan Allah. Hakikatnya, kita sememangnya kerdil, dan saling memerlukan yang lain untuk membantu kita menaikkan darjat kita di hadapan Allah.


Ya, golongan yang kita sangka lemah, mereka inilah penyebab doa kita mustajab. Mereka inilah yang doanya mustajab dan tiada hijab. Merekalah...


Siapakah mereka? Anak-anak kecil, orang-orang tua, orang-orang sakit, orang yang dizalimi, hatta binatang sekalipun. Merekalah di antara sumber mustajabnya doa kita.


Maka saya terfikir betapa untungnya para doktor, yang senantiasa bersama dengan orang sakit. Lebih untung lagi, bagi doktor-doktor kanak-kanak. Sudah lah sakit, dari kalangan kanak-kanak pula tu. Berlipat kali ganda keberkatannya!


Bersempena round paediatrics ini, haruslah kita menyayangi kanak-kanak. Salah satu caranya, adalah dengan score dalam exam paediatrics ini dengan cemerlang... :)


Satu cara lagi, bela lah anak-anak kecil dalam rumah kita. Kalau tak dapat anak-anak kecil pun, anak kucing pun boleh laah~ ;p


Sekian dahulu. Mohon doanya ya...


Allahu A'lam.


Wassalam.
Posted in Labels: | Comments

Falafil & Ahli Syurga

Sunday, January 8, 2012 by aiyqosim


Bismillahirrahmaanirraheem,

Alhamdulillahi wassolaatu wassalaamu 'ala Rasulillah SAW...


Pagi tadi saya berniat keluar awal sedikit ke hospital. Saja nak bersarapan di luar. Dah lama rasanya tak makan fuul.


Dalam perjalanan, ada seorang lelaki Mesir berjalan mengikut jalan yang sama. Tinggi sedikit dari saya, berpakaian kemas bagi seorang pelajar universiti, tapi tidak untuk pekerja pejabat. Orangnya muda, kemungkinan besar seorang pelajar universiti.


Di tangannya ada 3 bungkus falafil sejenis santapan pagi di Mesir. Tak pasti, apa isinya. To'miyyah ke, fuul ke, atau apa. Setiap bungkus ada plastiknya sendiri, bersama sebungkus tursyi (jeruk sayur).


"Takkan mamat ni larat nak makan sorang 3 bungkus?" fikir saya.


Perjalanan diteruskan...


Sampai di satu simpang berhampiran stesen bas Abu Risy, memang kebiasaannya akan ada makcik tua jual tisu. Itulah cara makcik tu menyara hidupnya, dengan menjual tisu dan mengharap sedekah dari orang yang lalu lalang di situ.


Sampai sahaja di situ, lelaki Mesir tadi terus hulur sebungkus falafil tadi, dan beri kepada makcik jual tisu tersebut. Sekadar senyum, dan teruskan berjalan.


Saya agak terkejut, tambah terharu.


Perjalanan diteruskan. Sampai di tangga terowong merentas metro(komuter) Sayeda Zainab, ada seorang lagi makcik yang tak menjual tisu, sekadar meminta sedekah. Duduk keseorangan di pagi Januari Kaherah yang sejuk. Lelaki muda tadi menghulurkan satu bungkusan yang berada di tangannya tadi kepada makcik tersebut.


Saya diam, dan terus berjalan. Waktu tu, saya sudah pun memintas lelaki tersebut. Selepas melepasi makcik tadi, lelaki tadi melalui jalan lain, dan kami berpisah.


Saya terfikir, lelaki tadi orang muda. Mungkin belum bekerja dan masih belajar. Tapi tindakannya sangat mulia. Amat dewasa. Kecil sahaja harganya, hanya memberi sarapan kepada 2 orang(mungkin 3 orang) peminta sedekah yang tak mampu membeli sarapan sendiri. Namun, mungkin tiap hari istiqomah diamalkannya.


Moga Allah memberi keberkatan atas perbuatan lelaki tadi, dan memberi hidayah kepada kita yang melihat tauladan itu.



Pelacur Yahudi


Dalam satu kelas pengajian Syeikh Yusri di masjid Al-Azhar bulan lepas, kami sampai kepada satu Hadith Rasulullah SAW yang mahsyur.


Hadith berkenaan seorang pelacur Yahudi dengan seekor anjing yang kehausan. Anjing yang kehausan di tepi telaga. Anjing tu teringin minum, tetapi tak mampu untuk mengambil air dari telaga tersebut.


Maka, pelacur Yahudi tersebut, mencedok air menggunakan kasutnya, dan memberi minum anjing tersebut. Akibat perbuatan kecil tersebut, perempuan itu dimasukkan Allah ke dalam syurga.


Subhanallah!


Syeikh Yusri menyatakan rasa beruntungnya beliau, dan betapa beruntungnya orang-orang Mesir kerana peluang untuk 'mencuci' dosa berada di mana-mana sahaja di bumi Mesir ini.


Keluar saja ke jalan, ratusan orang miskin kita akan jumpa. Dan sedekah serta akhlak yang baik dengan mereka ini adalah pensuci dosa.


Saya terpukul dengan nasihat Syeikh itu. Ya lah, dah tahun kelima berada di Mesir, masih tak bosan-bosan lagi mengutuk bangsa Arab Mesir. Tak jemu-jemu marah dan berhasad dengan perangai Arab Mesir. Tapi apa yang kita dapat?


Patutnya, dengan perangai dan budaya serta keadaan sosioekonomi Arab Mesir inilah kita dapat menjana pahala dan ketahanan jiwa dan fizikal. Tapi, yang terjadi adalah sebaliknya. Kita kuat merungut dan mencaci, akhirnya fizikal lembik, jiwa lemah, dosa pun dapat. Astaghfirullahh...



Betapa Untungnya...


2 minggu lepas pula, Syeikh Yusri bertanyakan satu soalan yang bernas.


"Orang macam manakah yang paling beruntung jika kita berdamping dengannya?"


Syeikh menjawab sendiri, "Merekalah ahli jannah. Ahli syurga".


"Tahu tak di mana nak cari ahli syurga?"


Hadirin semua senyap. Lalu Syeikh jawab sendiri,


"Pergi keluar ke syaware'(jalanan), kau akan jumpa ahli syurga semuanya!"


Sekali lagi Syeikh menekankan betapa beruntungnya jika kita hidup dalam negara Islam. Hidup bersama orang-orang Islam.


Bukankah orang Islam itu ahli syurga semuanya?


Maka bila kita keluar ke jalanan, di Mesir, hampir semuanya insyaAllah orang Islam. Maka setiap masa kita bertemu ahli syurga.


Tak cukup dengan itu, orang-orang di jalanan di Mesir, sentiasa berzikir. Sentiasa berselawat. Di kedai-kedai, kita akan dapat orang membaca Al-Quran. Hatta polis trafik pun membaca Al-Quran sambil berdiri di tepi jalan. Kita berjumpa dengan orang yang makan dengan mambaca bismillah. Kita berjumpa dengan orang yang naik bas, masuk bilik, berjumpa dan berpisah dengan memberi salam.


Keliling kita semuanya ahli syurga!


Kemudian Syeikh bergurau,


"Habis tu, semua ahli syurga, siapa pula ahli neraka? Mudah je, kau tengok di cermin, dan tanya orang dalam cermin tu, kau ahli syurga ke ahli neraka?"


Ya, tanya diri sendiri, kita ni bersifat dengan ahli syurga ke, ahli neraka(Na'udzubillah...)?


Begitulah, Ulama' mengajar kita supaya memandang manusia lain dengan pandangan ahli syurga. Husnuzzonn. Positif. Mendoakan. Sentiasa pandang dengan pandangan rahmah. Seperti yang Rasulullah SAW tunjukkan.



Maka, beruntunglah siapa yang berada di Mesir. Inilah peluang untuk kita meningkatkan iman. Inilah medan latihan. Jiwa dan fizikal. Inilah medan mengaut ilmu. Inilah tempatnya. Maka, beruntunglah...


Juga beruntunglah siapa yang hidup di keliling orang Islam. Di dalam komuniti Islam.


Tapi, bagaimana pula yang hidup di dalam komuniti bukan Islam? Lagi besarlah cabarannya untuk menjaga Islam dalam diri, dan membawa imej Islam kepada komuniti keliling kita. Besar cabarannya, besar lagi balasannya di syurga insyaAllah...


Moga kita tergolong dalam kalangan ahli syurga, ameen...


Wassalamu'alaykum warahmatullah...


p/s : minggu depan exam. mohon doanya ya... :)
Posted in Labels: , | Comments

Nabi SAW Bangga Dengan Umat Yang Ramai, Tapi Aku...

Thursday, January 5, 2012 by aiyqosim

Bismillahirrahmaanirraheem

Alhamdulillahi wassolaatu wassalaamu 'ala Rasulillah SAW...


Saya terbaca di dalam sebuah buku yang diterbitkan dalam 10 tahun lepas, bahawa Ummat Islam sudah mencapai 1.25 billion.

Juga pernah terdengar statistik mengatakan bahawa Ummat Islam ada 1.4 billion ramainya.

Ada pula laman web yang saya tak dapat pastikan kesahihannya, mengatakan menjelang tahun 2012, Ummat Islam seramai 2.1 billion!


Apa-apa pun, yang penting adalah, jumlahnya adalah ramai.


Saya tertarik dengan beberapa lagi fakta tentang Ummat kita ini. Fakta hasil kajian Dr. Wan Hazmy Che Haron.

OIC diwakili oleh 57 Negara Islam. Maka, OIC boleh dianggap sebagai Ummat Islam.

Tahukah kalian, Negara-negara Islam atau Ummat ini, memiliki 70% daripada sumber semula jadi dunia. Juga ia membekalkan 40% daripada eksport bahan asli global.

Tetapi Negara-negara OIC secara kolektifnya mewakili hanya 5% Gross Domestic Product(GDP), atau Keluaran Dalam negara Kasar(KDNK) dunia.

Satu contoh sahaja, GDP untuk Ummat Islam (Negara-negara OIC) adalah lebih kurang $1400 billion manakala GDP Jepun sahaja adalah sebanyak $4500!

GDP tertinggi dari Negara Islam adalah $185 billion manakala sebuah negara Eropah yang tidak mempunyai sumber asli adalah sekurang-kurangnya $200 billion!


Fakta yang menyedihkan. Menyakitkan hati.



Bedah Masalah


Saya cuba berfikir, apakah masalah disebalik kekurangan produktiviti Ummat Islam. Di dalam kajian Dr. Wan Hazmy ada menyenaraikan faktor-faktornya, tetapi saya terfikir satu faktor yang penting di peringkat pemuda.


Kerapkali saya berkongsi pandangan saya ini dengan sahabat-sahabat terdekat, juga dalam ucapan-ucapan.


Punca penting mengapa Ummat kita kurang produktif, adalah disebabkan setiap individu dalam Ummat Islam tidak merasakan bahawa diri mereka adalah aset kepada Ummat.


Ringkas dan mudah.


Nabi SAW pernah mengatakan, bahawa Baginda SAW berbangga dengan Ummat Islam yang ramai bilangannya. Ini adalah galakn untuk Ummat Islam berkahwin dan meramaikan zuriat Ummat Islam.


Ya, tidak dinafikan, kekuatan sesuatu pasukan dipengaruhi oleh bilangan ahli pasukan.


Namun, ramai yang terlupa satu lagi pesan Rasulullah SAW kepada kita, bahawa satu hari nanti, Ummat Islam akan dikerumuni dan dipermainkan. Akan diratah seperti pemakan meratah makanan mereka.


Para sahabat RA bertanya, "Adakah bilangan kami sedikit pada waktu itu?"


Nabi SAW menjawab tidak. bahkan bilangan Ummat Islam waktu itu banyak. tetapi seperti buih-buih di lautan!


Banyaknya tidak memberi impak. Tidak membanggakan.




Aset Ummat Islam


Kembali kepada punca yang disebutkan tadi, bahawa setiap individu tidak merasakan bahawa mereka adalah aset Ummat Islam.



Cuba tanya diri sendiri, "siapakah Ummat Islam?"


Adakah hanya ustaz-ustazah sahaja Ummat Islam? Adakah para doktor atau saintis? Adakah para peniaga? Bagaimana pula guru-guru, jurutera, dan arkitek? Bagaimana pula pemimpin-pemimpin politik? Bagaimana dengan bomba, polis, tentera?

Bagaimana dengan ahli sukan, artis, pelukis, penulis? Bagaimana pula staf sokongan, penyapu sampai, buruh kontrak? Bagaimana dengan para pekerja dalam segenap bidang yang tidak disebutkan di sini?


Adakah hanya golongan dewasa sahaja Ummat Islam? Bagaimana dengan pemuda? Bagaimana dnegan pelajar atau pekerja? Bagaimana pula kanak-kanak dan anak kecil? Bagaimana pula orang tua?


Cuba tanya pula setiap golongan yang disebutkan di atas, "adakah anda merasakan bahawa anda adalah aset Ummat Islam?"


Atau dengan kata lainnya, cuba anda keluar di jalanan, dan bertanya sesiapa sahaja yang yang anda jumpa di jalanan. jika di Mesir, insyaAllah sepanjang jalan, semuanya orang Islam. Jika di Malaysia, ianya bergantung kepada kawasan mana.


Cuba tanya, "Adakah anda rasa bahawa anda adalah aset Ummat Islam?"


Apakah reaksi yang mungkin kita dapat? Ingat, kita bukan bertanya, "Adakah anda Muslim?", tidak! Kita bertanya,

"Adakah anda MERASAKAN bahawa anda ASET Ummat Islam?"




Tapi, Apa Bezanya?


Bila seseorang merasakan bahawa dia adalah aset Ummat Islam, dia akan menyedari bahawa;


1. Apa yang dia lakukan akan mempengaruhi Ummat Islam secara keseluruhannya

2. Jika dia tidak bergerak, Ummat islam tidak akan bergerak

3. Jika dia berjaya, kejayaannya adalah untuk Ummat Islam, dan harus disandarkan kepada Ummat Islam

4. Jika dia tiada, Ummat Islam tidak lengkap dan pincang


Segalanya akan membawa kepada rasa tanggungjawab terhadap Ummat Islam. Rasa kebersamaan dan pentingnya untuk bergerak bersama Ummat Islam.



Mengikut hasil kajian Dr. Wan Hazmy juga, salah satu kepincangan yang berlaku dalam Ummat islam, bukanlah kurangnya orang Islam yang hebat dan berjaya di peringkat antarabangsa. Tetapi kepincangannya adalah kebanyakan dari golongan ini tidak mewakili Islam yang dianutinya. Tidak menyandarkan kehebatan mereka, sebagai kehebatan Ummat Islam. Tidak menjadi DUTA kepada Ummat Islam.


Dengan kata lainnya, dengan kejayaannya, dia tidak mengatakan bahawa, "Alhamdulillah, aku Muslim. Dan kejayaan ini adalah kejayaan Ummat Islam, kerana aku adalah duta Ummat Islam!"


Tetapi saya tidak mahu memfokuskan tulisan ini untuk golongan yang hebat dan berjaya. Tetapi fokusnya adalah untuk setiap orang Islam, merasakan bahawa dia adalah aset di dalam Ummat Islam, tidak kira siapa pun kita, apa pun pekerjaan ita, apa pun status kita, kaya atau tidak, kampung atau bandar, muda atau tua, lelaki atau perempuan.




Functional Unit Of The Lung


Saya terfikir sesekali melintasi kuliah Fisiologi. Bila belajar sistem Pernafasan, akan ditemui tajuk Functional Unit Of Lung.


Functional unit of the lung(peparu) adalah alveolus.


Functional unit of the kidney adalah nephron.


Functional unit of the heart adalah myocardium.


Apakah yang dimaksudkan dengan functional unit?


Maksudnya, setiap functional unit itu menjalankan tugas yang sama, bersama-sama JUTAAN functional unit yang yang lain untuk menjalankan fungsi organ tersebut.


Bayangkan, nephron yang kecil itulah yang menjalankan fungsi sebuah buah pinggang, yang saiznya jutaan kali ganda lebih besar dari nephron.


Cuba bayangkan, kalau setiap satu dari nephron itu berhenti bekerja. Kerjanya mudah sahaja, menapis darah. MUDAH SAJA! Tapi semua nephron itu mogok, dan berhenti kerja. Nescaya buah pinggang tidak akan berfungsi.






Itulah functional unit.


Maka persoalannya di sini, apakah FUNCTIONAL UNIT OF THE UMMAH?


Bagaimana pula "AKU" boleh bertindak sebagai salah satu aset kepada Ummat Islam?


Saya tinggalkan 2 persoalan ini untuk anda jawab sendiri.


Allahu A'lam.


Kesimpulan tulisan ini, saya serah kepada anda. Harapnya, anda dapat membina kesimpulan sendiri, insyaAllah.


Sekian, wassalam.


You are the asset of the Ummah!


Posted in Labels: , , , | Comments

Robot In The Most 24-Hour City

Sunday, January 1, 2012 by aiyqosim



Bismillahirrahmaanirraheem,

Alhamdulillahi wassolaatu wassalaamu 'ala Rasulillah SAW...


Musim sejuk di Mesir selalunya menjadi tumpuan tetamu-tetamu orang Malaysia yang berkunjung ke bumi Mesir dan sekitar.

Disember lepas, beberapa kawan lama dan baru datang ziarah. Ada dari UK, ada dari Australia, ada dari New York.

Saya rasa agak terkilan dengan diri sendiri, sebab waktu mereka hampir pulang ke tempat asal, baru saya teringat pesan Rasulullah SAW;


عن أبي هريرة رضي الله عنه : أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال : ( من كان يؤمن بالله واليوم الآخر ، فليقل خيرا أو ليصمت ، ومن كان يؤمن بالله واليوم الآخر ، فليكرم جاره ، ومن كان يؤمن بالله واليوم الآخر ، فليكرم ضيفه ) رواه البخاري و مسلم .

Barangsiapa yang beriman kepada ALlah dan Hari Akhirat, berkatalah yang baik atau diam. Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka muliakanlah tetangganya. Barangsiapa yang beriman kepada ALlah dan Hari Akhirat, maka muliakanlah TETAMUnya.


Hadith riwayat Bukhori dan Muslim



Most 24-Hour City & Robot


Banyak benda yang saya belajar daripada mereka.


Saya pernah cerita kepada Zaim, "Cairo baru-baru ni, dapat top ranking The Most 24-Hour City in the world".


Reaksi Zaim (dengan gayanya tersendiri), "Isy, kalau kat New York, kau keluar pukul 12 malam, esok nanti keluar muka kau dalam paper. A guy, found dead. Kena tembak!"


Saya fikir, Mesir ni dah cukup menakutkan. Kita merasakan jenayah di sini tinggi. Orang di sini cuup merbahaya. Tapi kalau di New York contohnya, si Zaim cerita pernah sekali, di rumah student, tengah-tengah buat aktiviti harian, main game, rumah kena pecah masuk. kena rompak. Esoknya, rumah sebelah kena pecah masuk, kena rompak.


"Habis tu, polis buat ape?" aku tanya.


"Alaaa, polis dah biasa dah~" Zaim jawab selamba.


Kalau di jalanan, hatta di kampus sekalipun, gunshot macam dah biasa dengar. Semua orang terkejut mula-mula kalau dengar gunshot, tapi lepas tu, buat macam biasa saja.



Satu lagi, si Zaim cerita kalau di US, orang-orang sana kaya-raya. Ada yang berteduh sebab hujan dalam shopping mall, sambil nak beli payung. Tapi habiskan hampir 1000 USD beli baju, selamba. Lepas habis shopping secara 'tak sengaja', keluar dari mall tu, hujan pun berhenti.


Tapi, mewah mereka pun, hidup macam robot. Semuanya mesin. Jumpa orang dengan jumpa dinding, sama saja. Tak bertegur sapa, takda senyum-senyum. Pandang orang lain macam tak nampak saja.


Pendapatan rakyat di New York memang tahap average. Tapi sebenarnya ada jurang besar antara kelas atasan yang kaya dengan kelas bawahan yang miskin. Cuma masyarakat dunia tak nampak.


Kapitalis.


Mesir, katanya, walaupun orang-orangnya "biasa-biasa", nampak miskin saja. Tapi, sentiasa bertegur sapa, bagi salam, senyum dan mesra dengan foreigner.


"Barulah hidup! Walaupun ada yang kuat menipu... hehe"



Kena Tipu


Bila berborak dengan Anas dan Muzal dari UK pula, dapat juga beberapa pelajaran. Antara yang Muzal kongsi, keadaan lab di Kolejnya (nama kolej dirahsiakan).


"Kelengkapan lab kat SDAR dulu lagi canggih & lengkap dari kolej aku". kata Muzal.


Muzal kata lagi, "Sini, paling teruk pun, kena tipu". (Aku tumpang simpati kasut ko kena kebas kat Amsjid Amru. hehe)


Saya rasa pelik. Mungkin ramai juga akan rasa pelik. Tapi hakikatnya, kita sering ditipu oleh media. Sebab "mereka" yang pegang media.


Anas kata, mat saleh tidaklah semesra dan seprofesional yang kita sering lihat dalam TV. Yang sering kita bayangkan.


Of course lah kita tak boleh generalize. Tapi sedar tak sedar, kita sering generalize masyarakat atau bangsa kita sendiri, bahkan Ummat Islam sendiri dengan sifat-sifat yang negatif. Dalam masa yang sama, kita sering memandang tinggi tamadun Barat hanya dengan melihat dan mendengar dari media-media.


We are against generalization, but we tend to generalize our Ummah towards negative side.



Ummati


Ya, betul, memang banyak kelemahan dalam Ummat Islam. 1.4 billion Ummat Islam masih tidak mampu menguasai dunia. Tapi, janganlah menuding jari kepada Islam. Tudinglah jari kepada ORANG-ORANG Islam, bukannya ISLAM.


Hakikat yang berlaku masa kini, ramai menuding jari kepada Islam atas kecelaruan yang banyak berlaku dalam masyarakat, tetapi berbangga dan memandang tinggi Barat, hanya dengan melihat mereka dan mendengar perihal mereka dalam media-media yang DIKUASAI OLEH 'MEREKA'. Sungguh adil!


Maka akhirnya, pemuda-pemuda Islam yang 'berbondong-bondong' ini lebih berbangga hadir ke konsert artis-artis pujaan berbanding ke masjid solat berjemaah atau ke kuliah agama. Anak-anak muda lebih berbangga bercerita kisah-kisah artis pujaan dan movie-movie terbaru berbanding bercerita kisah perjuangan Nabi Muhammad SAW dan tokoh-tokoh Islam.


Pemuda-pemuda Islam lebih berbangga dengan fesyen, gaya atau style terkini dari mat saleh atau korea, berbanding bergaya dengan gaya Muslim. Menutup aurat, sopan dan kemas, berkata yang baik, bertegur sapa dan memberi salam, dan murah dengan senyuman.


Kerana tidak merasa bangga dengan Islam yang kita dapati secara automatik sejak lahir lagi.


Maka, penyelesaiannya, mudah sahaja. Rasailah kemuliaan ajaran Islam dan bersyukur dan berbanggalah menjadi seorang Muslim.


Bagaimana nak pupuk perasan itu? Mudah sahaja, belajarlah Islam dari mereka yang berautoriti. InsyaAllah Allah selamatkan Ummat ini.


Allahu A'lam.


Moga sesiapa sahaja yang datang ke Mesir, mendapat sesuatu yang berharga untuk dibawa pulang ke tempat masing-masing... Jangan serik datang Mesir lagi ya... (Thanks Anas bagi 'hagah helwa' dari UK)


Wassalam.


Farhan dari Aussie

Anas, Muzal, Aku

Di El-Emam Restaurant dengan bebudak UK yang ta'jub dengan lamb-ribs n kabbab Mesir. terbaek!


Posted in Labels: , , | Comments
Related Posts with Thumbnails

Apture