Robot In The Most 24-Hour City

Sunday, January 1, 2012 by aiyqosim



Bismillahirrahmaanirraheem,

Alhamdulillahi wassolaatu wassalaamu 'ala Rasulillah SAW...


Musim sejuk di Mesir selalunya menjadi tumpuan tetamu-tetamu orang Malaysia yang berkunjung ke bumi Mesir dan sekitar.

Disember lepas, beberapa kawan lama dan baru datang ziarah. Ada dari UK, ada dari Australia, ada dari New York.

Saya rasa agak terkilan dengan diri sendiri, sebab waktu mereka hampir pulang ke tempat asal, baru saya teringat pesan Rasulullah SAW;


عن أبي هريرة رضي الله عنه : أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال : ( من كان يؤمن بالله واليوم الآخر ، فليقل خيرا أو ليصمت ، ومن كان يؤمن بالله واليوم الآخر ، فليكرم جاره ، ومن كان يؤمن بالله واليوم الآخر ، فليكرم ضيفه ) رواه البخاري و مسلم .

Barangsiapa yang beriman kepada ALlah dan Hari Akhirat, berkatalah yang baik atau diam. Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka muliakanlah tetangganya. Barangsiapa yang beriman kepada ALlah dan Hari Akhirat, maka muliakanlah TETAMUnya.


Hadith riwayat Bukhori dan Muslim



Most 24-Hour City & Robot


Banyak benda yang saya belajar daripada mereka.


Saya pernah cerita kepada Zaim, "Cairo baru-baru ni, dapat top ranking The Most 24-Hour City in the world".


Reaksi Zaim (dengan gayanya tersendiri), "Isy, kalau kat New York, kau keluar pukul 12 malam, esok nanti keluar muka kau dalam paper. A guy, found dead. Kena tembak!"


Saya fikir, Mesir ni dah cukup menakutkan. Kita merasakan jenayah di sini tinggi. Orang di sini cuup merbahaya. Tapi kalau di New York contohnya, si Zaim cerita pernah sekali, di rumah student, tengah-tengah buat aktiviti harian, main game, rumah kena pecah masuk. kena rompak. Esoknya, rumah sebelah kena pecah masuk, kena rompak.


"Habis tu, polis buat ape?" aku tanya.


"Alaaa, polis dah biasa dah~" Zaim jawab selamba.


Kalau di jalanan, hatta di kampus sekalipun, gunshot macam dah biasa dengar. Semua orang terkejut mula-mula kalau dengar gunshot, tapi lepas tu, buat macam biasa saja.



Satu lagi, si Zaim cerita kalau di US, orang-orang sana kaya-raya. Ada yang berteduh sebab hujan dalam shopping mall, sambil nak beli payung. Tapi habiskan hampir 1000 USD beli baju, selamba. Lepas habis shopping secara 'tak sengaja', keluar dari mall tu, hujan pun berhenti.


Tapi, mewah mereka pun, hidup macam robot. Semuanya mesin. Jumpa orang dengan jumpa dinding, sama saja. Tak bertegur sapa, takda senyum-senyum. Pandang orang lain macam tak nampak saja.


Pendapatan rakyat di New York memang tahap average. Tapi sebenarnya ada jurang besar antara kelas atasan yang kaya dengan kelas bawahan yang miskin. Cuma masyarakat dunia tak nampak.


Kapitalis.


Mesir, katanya, walaupun orang-orangnya "biasa-biasa", nampak miskin saja. Tapi, sentiasa bertegur sapa, bagi salam, senyum dan mesra dengan foreigner.


"Barulah hidup! Walaupun ada yang kuat menipu... hehe"



Kena Tipu


Bila berborak dengan Anas dan Muzal dari UK pula, dapat juga beberapa pelajaran. Antara yang Muzal kongsi, keadaan lab di Kolejnya (nama kolej dirahsiakan).


"Kelengkapan lab kat SDAR dulu lagi canggih & lengkap dari kolej aku". kata Muzal.


Muzal kata lagi, "Sini, paling teruk pun, kena tipu". (Aku tumpang simpati kasut ko kena kebas kat Amsjid Amru. hehe)


Saya rasa pelik. Mungkin ramai juga akan rasa pelik. Tapi hakikatnya, kita sering ditipu oleh media. Sebab "mereka" yang pegang media.


Anas kata, mat saleh tidaklah semesra dan seprofesional yang kita sering lihat dalam TV. Yang sering kita bayangkan.


Of course lah kita tak boleh generalize. Tapi sedar tak sedar, kita sering generalize masyarakat atau bangsa kita sendiri, bahkan Ummat Islam sendiri dengan sifat-sifat yang negatif. Dalam masa yang sama, kita sering memandang tinggi tamadun Barat hanya dengan melihat dan mendengar dari media-media.


We are against generalization, but we tend to generalize our Ummah towards negative side.



Ummati


Ya, betul, memang banyak kelemahan dalam Ummat Islam. 1.4 billion Ummat Islam masih tidak mampu menguasai dunia. Tapi, janganlah menuding jari kepada Islam. Tudinglah jari kepada ORANG-ORANG Islam, bukannya ISLAM.


Hakikat yang berlaku masa kini, ramai menuding jari kepada Islam atas kecelaruan yang banyak berlaku dalam masyarakat, tetapi berbangga dan memandang tinggi Barat, hanya dengan melihat mereka dan mendengar perihal mereka dalam media-media yang DIKUASAI OLEH 'MEREKA'. Sungguh adil!


Maka akhirnya, pemuda-pemuda Islam yang 'berbondong-bondong' ini lebih berbangga hadir ke konsert artis-artis pujaan berbanding ke masjid solat berjemaah atau ke kuliah agama. Anak-anak muda lebih berbangga bercerita kisah-kisah artis pujaan dan movie-movie terbaru berbanding bercerita kisah perjuangan Nabi Muhammad SAW dan tokoh-tokoh Islam.


Pemuda-pemuda Islam lebih berbangga dengan fesyen, gaya atau style terkini dari mat saleh atau korea, berbanding bergaya dengan gaya Muslim. Menutup aurat, sopan dan kemas, berkata yang baik, bertegur sapa dan memberi salam, dan murah dengan senyuman.


Kerana tidak merasa bangga dengan Islam yang kita dapati secara automatik sejak lahir lagi.


Maka, penyelesaiannya, mudah sahaja. Rasailah kemuliaan ajaran Islam dan bersyukur dan berbanggalah menjadi seorang Muslim.


Bagaimana nak pupuk perasan itu? Mudah sahaja, belajarlah Islam dari mereka yang berautoriti. InsyaAllah Allah selamatkan Ummat ini.


Allahu A'lam.


Moga sesiapa sahaja yang datang ke Mesir, mendapat sesuatu yang berharga untuk dibawa pulang ke tempat masing-masing... Jangan serik datang Mesir lagi ya... (Thanks Anas bagi 'hagah helwa' dari UK)


Wassalam.


Farhan dari Aussie

Anas, Muzal, Aku

Di El-Emam Restaurant dengan bebudak UK yang ta'jub dengan lamb-ribs n kabbab Mesir. terbaek!


Posted in Labels: , , | Comments
Related Posts with Thumbnails

Apture