Kisah Ibn Rusyd Sambil Dinner

Tuesday, January 11, 2011 by aiyqosim

Bismillahirrahmaanirraheem

Alhamdulillah, wassolatu wassalaamu 'ala Rasulillah SAW.


Sedang makan malam secara berjemaah tadi, tiba-tiba entah macam mana Juwe(Hazwan Rusli) boleh terbuka topik tentang mahasiswa Pengajian Islam & mahasiswa Perubatan.


gambar hiasan : orang2 bujang meraikan besday fahim kot.. chef khas dari abu risy, moji(dua dari kanan) yang baru sambut besday aritu


Isunya, mahasiswa Perubatan, juga belajar untuk Islam, walaupun bukan Pengajian Islam, dengan syarat ikhlas kerana Allah. Lepas tu tiba-tiba tersebut kalam yang mahsyur oleh Ibnu Ar-Rusyd,


"Barangsiapa belajar anatomi(perubatan), bertambah imannya"


Saya teringat kisah yang diceritakan oleh Ustaz Mahmud, tentang Ibn Rusyd rahimahullah. Cerita tentang kisah hidupnya. Ibn Rusyd lahir pada tahun 1126, merupakan seorang ulama dan cendekiawan Islam. Pakar dalam bidang falsafah Islam, faqih dalam mazhab Maliki, aqidah, matematik, perubatan, geografi, dan macam-macam lagi.

Mengikut satu riwayat, yang menariknya, beliau adalah salah seorang diantara ulama yang hidup dalam keadaan miskin dan mati juga dalam keadaan miskin. Di rumahnya, terdapat timbunan kertas, buku dan kitab karangannya. Setelah beliau meninggal dunia pada tahun 1198, isterinya ditinggalkannya dalam keadaan miskin.

Namun, 15 tahun (lebih kurang, dah lupa..) selepas itu, di kala isterinya masih hidup, datang pemerintah zaman itu, menziarahi rumahnya, dan membeli segala khazanah ilmu milik Ibn Rusyd. Maka kaya raya lah isteri Ibn Rusyd dengan hasil tulisannya.

Ya, hidupnya miskin dan tidak dikenali, tetapi berkat keikhlasannya menuntut ilmu dan menulis, sampai sekarang kita mendengar namanya disebut, dan hasil tulisannya dipetik.


..............................................


Seorang lagi ulama agung, Al-Imam An-Nawawi rahimahullah, lahir pada 631 H, dan meninggal pada 676 H. Umurnya mengikut setengah riwayat hanyalah 45 tahun sahaja. Ya, 45 tahun sahaja, tetapi selepas lebih 800 tahun beliau meninggal dunia, hasil pemikirannya masih relevan dan digunakan sebagai panduan utama dalam beberapa bidang ilmu seperti fiqh Mazhab As-Shafi'ie dan Hadith! MasyaAllah...


Suka saya berkongsi satu kalam.


الاءخلاص و السّرّ بقاء العمل


"Ikhlas dan rahsia itu mengekalkan(to conserve) amal"

(tak tahulah tepat ke tak pemilihan perkataan bahasa Melayu tu, Allahu A'lam)


Tiada siapa yang tahu tahap keikhlasan seseorang, hatta diri kita sendiri pun tak tahu kita ni ikhlas ke tak. Tapi, kesan dari keikhlasan sesuatu amal itu boleh dirasai bahkan boleh dilihat. Ia akan mendatangkan berkat dalam perbuatan. Kesan amal yang ikhlas akan berpanjangan dan berkekalan insyaAllah.

Sangat banyak kisah para alim ulama. Antara yang saya dengar secara live adalah daripada orang yang menyaksikan sendiri secara live, mayat seorang hafizah Al-Quran yang tidak reput walaupun dah beberapa tahun meninggal dunia. MasyaAllah... Dikisahkan oleh Ustaz Hairul Nizam, waktu 'makan-makan' lepas habis forum M2M (Munajat To Mumtaz) anjuran BKAWM (Rumah Anak KL) tempoh hari. Terasa inferior di situ.. =)

(terima kasih banyak kepada orang yang memberikan peluang untuk saya duduk bersama orang-orang hebat macam Ust. Adlan & Ust. Hairul. jasamu dikenang.... )



dari kiri : ibrahim, ust adlan, ust hairul, ust bazli(kot...hehe)


Sekian sahaja, perkongsian ringkas, sementara pening kepala baca buku ophthalmology, harap bermanfaat...


Allahu A'lam,


Wassalam


*Doakan kami, group 14 Ophthal Cairo U yang exam end round Khamis ni, dan juga sahabat-sahabat Tahun 5 Cairo U, dan juga semua sahabat-sahabat yang sedang exam period seminggu dua ni. Bittaufeeq wannajah semua!
Posted in Labels: , , , , | Comments
Related Posts with Thumbnails

Apture