Assalamu'alaykum wbt.
Alhamdulillah, wassolaatu wassalaamu 'ala Rasulillah SAW.
Sekali lagi, saya sempat mencuri sedikit masa barang 10 minit untuk mengisi blog ini. Sekadar ingin berkongsi satu kisah yang diceritakan oleh Ustaz Mahmud. Kisah benar katanya. Yang memakan masa 2-3 saat selepas tamat kisah ni barulah saya faham apa yang nak diceritakan. iya lah, baru nak bertatih memahami Bahasa Arab lah katakan... =)
.......................................................
Kisah benar yang berlaku pada seorang pelajar PhD dalam Bahasa Arab di satu universiti Mesir, beliau adalah orang Syria. Musyrif ataupun supervisor pelajar ini adalah seorang saterawan Arab Mesir yang terkenal, Toha Hussein.
Satu hari, di dalam kelas, ketika sedang membaca di hadapan Toha Mussein dipisahkan dengan satu meja, lelaki tadi tersalah baca satu perkataan. Maka Toha Hussein memarahi pelajar itu dengan berkata,
"ما الفرق بينك و بين الحمار؟"
"Apa yang memisahkan (membezakan) kau dengan keldai?!"
Pelajar tadi itu agak terasa dengan cara Toha Hussein menegurnya, maka beliau pun dengan selambanya menjawab,
"الطاولة"
"meja ni!"
Ya! Caciannya terkena kembali ke mukanya. Akhirnya, pelajar itu dibuang universiti kerana telah 'mengenakan' Toha Hussein. Dan pelajar itu kembali ke Syria, mendapat doktor PhD, menjadi seorang guru/profesor yang hebat di Syria. Tak pasal-pasal Toha Hussein tu pula yang kena "keldai"!
...............................................
Walau siapa pun kita, kita masih manusia. Kita tiada hak untuk menghina manusia lain disebabkan kesalahnnya dalam menuntut ilmu, atau disebabkan apa-apa kesalahan sekalipun.
Mereka yang suka menghina orang lain, tak lain tak bukan, dalam hatinya mesti ada perasaan "aku lagi bagus dari dia!". Kalau tak, masakan dia menghina orang lain sedangkan kalau dia ambil masa seminit sahaja untuk melihat apa yang dirinya sendiri buat, maka dia akan merasakan dirinya adalah paling hina dan paling layak dikutuk.
Sifat ini dinamakan TAKABBUR. Maksudnya, merasakan dirinya lebih baik dari orang lain dan merasakan orang lain lebih rendah dari dirinya, kemudian suka membesar-besarkan dirinya. Semuanya, "AKU"!
"Aku hebat..."
"Aku pandai..."
"Aku mantap..."
"Aku berakhlak mulia..."
"Aku bagus..."
Dan semua yang rendah dan hina, adalah orang lain atau "DIA".
"Dia busuk..."
"Dia sengal..."
"Dia bodoh..."
"Dia lembap..."
"Dia tak disukai..."
Allah berfirman, dalam surah An-Nahl, ayat ke-23.
"...sesungguhnya, Dia (Allah) tidak menyukai orang yang sombong."
Ya, siapa-siapa sahaja yang sombong! Tidak kira anda doktor kah, atau lawyer kah, atau engineer kah, atau ahli muzik sekali pun, anda tetap tak dapat lari dari hakikat bahawa anda adalah seorang manusia. Waktu 'baby' dulu orang lain yang basuhkan najis anda, dan bila dah tua nanti pun orang lain juga yang akan basuhkan najis anda. Itu pun kalau ada yang sanggup. =)
Jadilah kita manusia yang merendah diri, sebab percayalah, tak ada sesiapa pun yang suka bila melihat kita menyombong.
Sekadar berkongsi satu lagi kisah benar, perbualan diantara seorang Arab Saudi dengan Arab Mesir yang bekerja di Saudi. Harap anda tersenyum lepas baca =)
Saudi : Orang Mesir, pagi-pagi makan apa?Mesir : Fuul (kacang parang atau fava bean)Saudi : Tengahari pula?Mesir : FuulSaudi : Malam?Mesir : FuulSaudi : Keldai makan fuul, korang orang Mesir pon makan fuul sepanjang hari. Jadi, apa yang memisahkan (membezakan) orang Mesir dengan Keldai?Mesir : Laut Merah!
Semoga kisah di atas ni bermanfaat. Sekadar berkongsi. Saya juga tak mungkin terlepas daripada gejala-gejala negatif ini, maka minta dijauhkannya dari kita semua. InsyaAllah...
Dalam kesempatan ini, suka saya nak mengucapkan "safr sa'eed" kepada Abang Syazwan yang akan pulang ke Malaysia lewat malam ni. Didoakan semoga keputusannya najah, dan selamat berbakti untuk Ummat di Malaysia nanti insyaALlah....
Sebelum habis, nak jemput anda semua ambil cakna blog ni, LINK. Sebagai anak jati Melaka yang lahir dan membesar di Selangor, saya rasa terpanggil untuk membela Badan Kebajikam Melaka di mesir ni, BKKIMM...
Allahu A'lam
Wassalam
abg Syazwan @ rumah Perlis