Perang Yang Buruk

Friday, May 4, 2012 by aiyqosim

Bismillahirrahmaanirraheem,

Alhamdulillahi wassolaatu wassalaamu 'ala Rasulillah SAW...


Dalam mana-mana pertandingan, yang lebih hebat dan baik akan menang. Itulah adatnya. Begitu juga di dalam peperangan. Yang lebih kuat akan menang dan menewaskan yang lebih lemah.


Tetapi, tahukah anda, adakalanya, di dalam sesetengah pertandingan atau peperangan, boleh jadi yang menang lebih teruk dari yang kalah.



.....................



Tempoh hari saya ada mendengar rakaman ceramah Syeikh Hamzah Yusuf. Kata-kata beliau sangat bermakna, dan gaya persembahannya sangat memberi inspirasi, menaikkan semangat.


Dalam ceramah tersebut, berkaitan dengan akhlak, beliau memetik satu kata-kata hikmah diucapkan oleh seorang cendekiawan, yang berbunyi,


لا أدخل الحرب غالبه شرّ من مغلوبه

"Aku tidak akan masuk ke dalam peperangan, yang mana, pemenangnya lebih teruk/buruk dari yang kalah"



Peperangan apakah itu? Itulah peperangan mulut. Pertandingan "sumpah-menyumpah"!




 


 Dalam pertandingan ini, kita perlu menyumpah pihak lawan sehingga pihak lawan tidak mampu membalas sumpahan itu dengan sumpahan yang lebih dahsyat dan mengerikan.


Siapa lebih dahsyat, jijik dan teruk sumpahannya, dialah pemenangnya.


Peperangan seperti ini jika dilihat dengan teliti, amat menjijikkan, kerana anda perlu menurunkan maruah anda serendah-rendahnya untuk menang. Sumpahlah dengan kata-kata kotor dan nista yang dahsyat, dan anda akan menang.


Namun, malangnya, peperangan jenis inilah yang kita selalu masuk, secara sengaja mahupun tidak sengaja.


Muhasabah untuk kita, Ummat Islam. Rasulullah SAW membawa rahmat kepada kita melalui Islam untuk meninggikan martabat kita, jaga-jaga, janganlah kita sewenang-wenangnya jatuhkan maruah kita dengan menyumpah seranah sesama kita.


Jagalah perkataan kita dengan perkataan yang baik, zikir dan selawat, kerana apa yang keluar dari mulut itu mencerminkan keadaan hati.



Allahul Musta'an... Jom doakan keselamatan Ummat Islam seluruh dunia, di Mesir, Syria, Palestine, Malaysia, dan lain-lain.


Wassalam.  :)
Posted in Labels: , , | Comments
Related Posts with Thumbnails

Apture