Jengkal-jengkal Ilmu
10,000!
Badan Gajah, Hati Tikus!
ألا وإن في الجسد مضغة إذا صلحت صلح الجسد كله ، وإذا فسدت فسد الجسد كله ألا وهي القلبKetahuilah dalam tubuh anak Adam, ada seketul daging. Jika baik daging tiu, baiklah seluruh anggota badan. Jika jahat, jahatlah seluruh anggota badan. Ketahuilah, daging itu ialah hati.Riwayat Bukhari
The Eye
وَفِي أَنفُسِكُمۡ أَفََلا تُبۡصِرُونَ"As in your selves, will ye not then see?"
Penyembelih Profesional
“Sesungguhnya Allah mewajibkan supaya diperlakukan belas ihsan atas setiap sesuatu. Maka jika kamu ingin membunuh, bunuhlah dengan penuh keihsanan. Dan jika kamu ingin menyembelih, maka sembelihlah dengan penuh keihsanan. Hendaklah kamu menajamkan pisau yang kamu akan gunakan untuk menyembelih dan hendaklah kamu memberi rehat yang secukupnya bagi binatang yang ingin kamu sembelih itu.”(Hadis riwayat Muslim dan Tarmizi)
“Allah sangat menyukai mana-mana hambaNya yang bila melakukan sesuatu kerja dilakukannya dengan sungguh-sungguh."
قَالَتْ إِحْدَاهُمَا يَا أَبَتِ اسْتَأْجِرْهُ ۖ إِنَّ خَيْرَ مَنِ اسْتَأْجَرْتَ الْقَوِيُّ الْأَمِينُMaksudnya : salah seorang daripada kedua-duanya berkata, "Wahai ayah, ambillah dia sebagai pekerja, sesungguhnya sebaik-baik pekerja ialah yang kuat, lagi amanah."
لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِمَنْ كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الْآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرًا
Dialing Up Him The Almighty
How can Muslims say that the Bible is corrupted?Slavery wasn't prohibited in Islam?Should apostates be killed?Women inherit half of what men do"Kill them wherever you see them!"- Al QuranQuran commands terrorismDon't be friends to Jews and ChristiansNabi Muhammad SAW was a pedophil?Nabi Muhammad SAW ordered the killing of 700 Jews?Did the prohper Muhammad SAW write the Quran?Islam allows polygynyNabi Muhammad SAW had 9 wives when he wafat
Don't You See? The Queen Is A She!
حَتَّىٰ إِذَا أَتَوْا عَلَىٰ وَادِ النَّمْلِ قَالَتْ نَمْلَةٌ يَا أَيُّهَا النَّمْلُ ادْخُلُوا مَسَاكِنَكُمْ لَا يَحْطِمَنَّكُمْ سُلَيْمَانُ وَجُنُودُهُ وَهُمْ لَا يَشْعُرُونَAt length, when they came to a (lowly) valley of ants, one of the ants said: "O ye ants, get into your habitations, lest Solomon and his hosts crush you (under foot) without knowing it."
صُنْعَ اللَّهِ الَّذِي أَتْقَنَ كُلَّ شَيْءٍ(such is) the artistry of Allah, who disposes of all things in perfect order:-Surah An-Naml, verse : 88-
"...some people may only need one aayah(proof) to accept Islam, but some others, let it be thousands of aayaat(proof's') he/she will never listen. They are just like what Al Quran has told us,صُمٌّ بُكْمٌ عُمْيٌ فَهُمْ لَا يَرْجِعُونَDeaf, dumb, and blind, they will not return (to the path)..."
10 Study Tips - Glow With Flow
Bismillahirrahmanirraheem
AlhamduliLlah wassolatu wassalamu ‘ala RasuliLlah SAW
Dalam masa 2 minggu yang lalu, AlhamduliLlah telah berjalan program Glow With Flow untuk Universiti Kaherah anjuran PERUBATAN bawah seliaan Biro Akademik. Dan insyaAllah dalam masa 2 minggu ke hadapan ni pula akan berjalan di Ain Shams & Al Azhar pula. Saban tahun, adik-adik mahasiswa baru akan bertanya soalan-soalan ‘common’ iaitu bagaimana nak ‘study’? Macam mana nak menghafal istilah & konsep yang banyak? Macam mana nak ‘score’ dalam exam? Dan sebagainya.
Benar, cabaran terbesar dihadapi oleh mahasiswa tahun 1, sebab baru memulakan langkah sebagai mahasiswa bidang perubatan atau sains kesihatan yang lain (pergigian, farmasi, etc..). Tambahan pula, di Mesir tidak memerlukan A Level , Matrikulasi, IB, atau yang sewaktu dengannya, cukup sekadar menggunakan keputusan SPM. Maka kemasukan ke dunia ‘faculty of medicine’ adalah kemasukan ke dunia yang ‘totally different’ daripada alam persekolahan dahulu. Budaya, cara belajar, doctor pensyarah, system kuliah, kawan-kawan, suasana persekitaran, semuanya berbeza.
Peserta wanita Glow With Flow Tahun 4
Sekadar berkongsi tips-tips ‘study’ khusus untuk pra-klinikal, hasil dari pengalaman sahabat-sahabat dan tunjuk ajar doctor-doktor serta sedikit sebanyak pembacaan, saya tuliskan 10 tips mudah belajar khusus untuk mahasiswa pra-klinikal. Tips ini boleh juga dimanfaatkan oleh mahasiswa senior lain insyaALlah.
Amaran : artikel ini berbentuk ilmiah, semoga anda bersabar dan mendapat manfaat insyaAllah, terima kasih.
1. Be passionate!
Jadilah seorang pelajar yang passionate atau sentiasa ghairah. Ya, ghairah! Atau mempunyai minat dan kemahuan mendalam untuk belajar benda baru setiap hari. Kerana kita akan cemerlang dalam apa yang kita suka. Ingatlah, setiap fakta baru sepatutnya menjadi sesuatu yang menarik dan pasti ada kisah menarik disebaliknya, kerana kita belajar tentang manusia, sebaik-baik ciptaan Allah. Contohnya, dalam subjek Embryology, bagaimana origin & decendence of gonads ada diceritakan dalam Al Quran di dalam Surah At Thoriq, ayat ke-5 hingga 7.
Bagaimana pula jika satu-satu topik itu sangat membosankan? Ingatlah bahawa satu hari nanti anda akan menjadi seorang doktor yang professional. Setiap pengetahuan dalam kurikulum anda adalah penting untuk menyelamatkan pesakit anda kelak. Mahukah jika nyawa pesakit anda suatu hari nanti dikorbankan atas alasan semudah ‘saya bosan’ dengan subjek physiology? Tambahan pula, setiap amal perbuatan kita menuntut ilmu dikira amal mulia dan mendapat ganjaran di sisi Allah, dengan syarat kita ikhlas kerana-Nya.
Ahli panel Flow tahun 4
2. Focus!
Pernahkah anda lihat bagaimana seorang pakar bedah mata menjalankan pembedahan mata dengan menggunakan cahaya laser? Bagaimana pula cahaya lampu di meja study kita tidak mampu memotong buku kita walaupun ianya juga cahaya?
Perbezaan cahaya laser dan cahaya mentol biasa adalah, fokus! Dengan hanya fokus di dalam kelas, kita akan menjimatkan banyak tenaga kita di rumah. Untuk mengetahui tahap fokus anda dalam kelas, buatlah eksperimen terhadap diri anda sendiri, setiap kali keluar dari kelas, pastikan anda faham setiap apa yang diajar oleh doktor. Bagaimana nak uji kefahaman anda? Mudah saja, jika anda mampu mengajar rakan anda tentang subjek itu, maka anda telah faham. Ingat, faham tidak semestinya hafal!
Survey umum terhadap pelajar-pelajar cemerlang mendapati, majoriti daripada meraka menumpukan sepenuh perhatian dalam kelas sahaja, dan hanya memerlukan sedikit masa sahaja di rumah untuk menghafal dan membuat latihan. Untuk fokus pula, syarat pertama, hadirlah ke kuliah. Keduanya, amalkan gaya hidup sihat. Ketiga, banyakkanlah berdoa.
3. Plan Your Time
Firman Allah dalam Surah Al Hasyr, ayat ke-18, yang bermaksud,
“Wahai orang-orang beriman! Bertaqwalah kepada Allah dan hendaklah setiap orang memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat), dan bertaqwalah kepada Allah. Sungguh, Allah Maha Teliti terhadap apa yang kamu kerjakan.”
Bukankah dunia itu jalan ke akhirat? Dan Allah menyuruh kita merancang apa yang akan kita persiapkan untuk hari esok. Kata kuncinya, rancang. Maka rancanglah masa anda dengan baik. Sebagai orang Islam, kita mempunyai cara yang paling mudah untuk perancang masa. Jadikan waktu solat 5 waktu kita sebagai asas merancang masa. Dari situ, buatlah jadual peribadi anda. Pastikan anda tahu apa yang akan anda lakukan setiap saat. Kerana jika anda tidak mengawal masa anda, masa akan mengawal anda!
Apa yang menakjubkan, selepas anda membuat jadual peribadi anda, anda akan dapati begitu banyak masa untuk anda study di samping melakukan pelbagai aktiviti extra-kurikulum. Cubalah!
4. P.C.R. Technique
Pernah dengar PCR? Bukan pernafasan mulut ke mulut, tetapi Preview-Concentrate-Review. Caranya mudah sahaja, malam sebelum kelas, preview apa yang akan anda belajar pada esok hari, supaya anda mendapat gambaran kasar terhadap subjek tersebut dan kenalpasti apa yang anda tak faham. Di dalam kelas, tugas anda hanyalah concentrate terhadap apa yang diajar doktor, dan bertanya soalan jika ada yang tidak faham. Pulang ke rumah, anda hanya perlu review apa yang telah anda belajar, dan insyaALlah maklumat itu akan melekat dalam kepala anda.
Bayangkan, preview mengambil masa 30 minit, dan review mengambil masa satu jam. Anda hanya menggunakan 1 jan setengah sahaja di rumah untuk study secara efektif! Sesungguhnya tiada jalan pintas dalam menuntut ilmu. Tetapi anda boleh menjadikan jalan anda mudah dan lancar dengan mengamalkan teknik semudah PCR!
5. Your Own Filing System
Cuba lihat skrin desktop anda. Bagaimana anda menyusun file-file di desktop komputer anda? Serabut, atau kemas? File disusun dalam folder, atau dibiar bertaburan? Folder kecil dimasukkan dalam folder besar, dan akhirnya desktop anda nampak kemas. Cuba bayangkan jika anda ingin mencari satu file penting yang anda letakkan di ruangan desktop anda dalam keadaan semua file lain juga anda taburkan di desktop juga. Mesti sukar kan?
Begitu jugalah keadaannya dalam otak anda. Maklumat-maklumat yang anda pelajari boleh sama ada dimasukkan dalam otak anda dalam keadaan tersusun dalam ‘folder’ masing-masing, atau disumbatkan dan dibiar bertabur dalam otak anda. Tentulah anda memilih untuk tidak menjadi serabut. Susunlah fakta di dalam otak anda dengan menggunakan sistem perfailan anda sendiri. File(atau fakta) dimasukkan dalam folder, kemudian folder kecil dimasukkan dalam folder besar, dan seterusnya. Sebagai contoh, dalam subjek Muscles of forearm, folder besarnya adalah flexor dan extensor. Bila dibuka folder flexor, akan ada flexor digitorum profundus, flexor digitorum superficialis, etc.. Bila dibuka folder flexor digitorum profundus, anda akan jumpa origin, insertion, nerve supply, blood supply, relations, etc…
Buatlah sistem perfailan anda sendiri dalam otak anda. Anda akan mengurangkan beban otak anda dan menghilangkan stress anda ketika study insyaAllah.
6. Be smart, think creative!
Siapa kata belajar adalah kerja yang membosankan dan statik? Andalah yang berhak menentukan bagaimana anda belajar. Maka, fikirlah secara kreatif dan jadilah seorang yang bijak/smart. Diantara kaedah menghafal adalah menggunakan mnemonics. Kaedah ini sesuai untuk menghafal point-point yang banyak seperti factor-faktor.
Nama dan istilah yang pelik-pelik sering menjadi musuh pelajar. Caranya, jadilah bijak, bukannya menghafal secara membuta tuli. Contohnya, Flexor digitorum profundus berasal dari perkataan Latin.
Flexor = fungsi muscle itu, flexor
Digitorum = fingers, muscle ini melekat pada jari
Profundus = deep, kedudukannya dalam, kerana ada satu lagi muscle bernama flexor digitorum superficialis
Lagi, kajilah maksud suffix dan prefix dalam satu-satu istilah. Contoh paling mudah, ‘itis’ bermaksud inflammation, dan banyak lagi contoh lain.
Amalkan juga melukis gambar dan peta minda. Kajian menunjukkan belajar dari peta minda lebih efektif daripada membaca daripada teks tulisan.
7. Practice makes perfect
Sering kita dengar ayat ini, tetapi berapa kalikah kita membuat latihan sebelum masuk ke dewan peperiksaan? Masa tidak cukup? Tak mungkin! Anda mempunyai banyak masa sebenarnya, buktinya, berapa banyak masa anda dihabiskan dengan bermain PES, Facebook, blogging, Movies, dan melancong? Amalkan langkah ke-3, insyaAllah anda akan dapati banyak masa untuk latihan.
Latihan akan mengurangkan perasaan cemas di dewan peperiksaan. Begitu juga soalan-soalan past years. Bak kata pepatah, belajarlah daripada sejarah. Di dalam perubatan, common is common. Apa yang sering diaplikasikan dalam karier anda kelak, itulah yang akan banyak ditanya. Apa yang sering keluar dalam buku latihan, itulah yang akan keluar dalam peperiksaan.
8. Put first thing first
Patuhilah priority yang telah anda tetapkan untuk diri anda sendiri. Jangan sesekali anda biarkan perkara-perkara sampingan lain mengganggu priority utama anda. Pritoriti utama anda sebagai pelajar perubatan (atau sains kesihatan) adalah meningkatkan ilmu, kemahiran, dan maklumat perubatan agar anda layak menjadi seorang doctor professional.
Kesilapan utama yang sering berlaku adalah, anda menangguhkan bisnes utama anda untuk mengulang kaji pelajaran dan menunggu seminggu sebelum peperiksaan untuk membaca buku, dan membuat kerja-kerja sampingan lain. Lebih teruk lagi, jika perkara sampingan itu tidak membawa faedah langsung seperti bermain games.
Jangan terperangkap dengan melakukan aktiviti extra-kurikulum seperti mesyuarat, bersukan dan sebagainya di waktu ‘prime-time’ iaitu waktu paling berkesan untuk anda study, iaitu diantara jam 8-11 malam. Cubalah aturkan aktiviti extra-kurikulum anda di waktu lain seperti di hujung minggu atau waktu selepas Asar.9. Teach others
Tahukah anda, kajian menunjukkan, kita ingat :
10 % dari apa yang kita baca.
20 % dari apa yang kita dengar.
50 % dari apa yang kita dengar dan baca.
70 % dari apa yang kita bincang.
90 % dari apa yang kita buat.
100 % dari apa yang kita ajar.
Ajarlah sahabat yang lain kerana kita akan cuba memahami sesuatu tajuk itu sebelum mengajarnya. Di samping itu, kita juga membantu meningkatkan kefahaman rakan-rakan kita. Kan untung begitu?
10. Kenali musuh anda
Tips terakhir adalah, sebelum anda melangkah menuju kejayaan, kenali dahulu musuh-musuh anda yang akan sentiasa menghalang anda daripada menuju jalan menjadi seorang doktor cemerlang. Siapakah musuh anda? Mudah sahaja, L P D N!
L = Laziness
P = Procastination
D = Distraction
N = Negative thinking
Sekian sahaja sedikit tips yang mampu saya kongsikan. Semoga kita semua tergolong daripada golongan yang berjaya di dunia, dan lebih penting lagi di akhirat. Ingatlah, segala perbuatan dan usaha keras kita dalam belajar akan diberikan ganjaran pahala oleh Allah dengan syarat niatnya ikhlas kerana Allah dan Islam.
Seeru ‘ala barakaatiLlah, selamat mencuba dan selamat berjaya!