ذَوق العام

Friday, May 6, 2011 by aiyqosim

Bismillahirrahmaanirraheem,

Alhamdulillahi wassolaatu wassalaamu 'ala Rasulillah SAW.


Seminggu lebih tidak dikemas kini, Alhamdulillah hari ini berpeluang mengisi sedikit masa menulis.


Hari ini tergerak untuk solat Jumaat di Masjid Sayyedah Zainab, dan ini kali pertama solat Jumaat di Masjid Sayyedah Zainab selepas Revolusi Mesir 25 Mei tempoh hari.

Dan yang menariknya, topik hari ini ada menyentuh tentang Revolusi 25 Mei. Sekali dengar, rasa macam, "tak habis-habis isu revolusi, tak habis-habis revolusi. Dah takda benda lain ke nak bincang?"

Namun, rupa-rupanya khatib hari ini menyingkap revolusi yang berlaku dari satu sudut lain. Dari sudut yang dipanggil, ذَوق العام atau dalam bahasa kita, COMMON SENSE. (setelah merujuk beberapa sahabat Azhari yang tip top bahasa Arab, semuanya tak pernah dengar lagi perkataan tu. so, saya interpret sendiri lah ye... sila usha link ini..)

Dikatakan, salah satu kesan negatif atau musibah daripada revolusi yang berlaku tempoh hari adalah kebebasan yang disalah ertikan. Kebebasan yang disalah gunakan oleh golongan yang tidak memahami kenapa mereka berrevolusi.

Mereka rasakan dengan kebebasan ini, segala-galanya bebas. bebas bersuara, bebas bertindak, bebas malakukan jenayah, bebas melanggar peraturan, bebas segala-galanya. Perkara yang ditimbulkan khatib adalah, hilangnya perasaan hormat-menghormati dalam kalangan masyarakat atas nama 'kebebasan'.


Tak sangka, khatib hari ini menceritakan satu contoh yang berlaku di Masjid AN-Nur Abbasiyyah Jumaat minggu lepas, dan kebetulan Ustaz Azam dalam kelas tafaqquh anjuran BPI pagi tadi juga menyebut kisah yang sama. Kisah Syeikh Hasan As-Syafi'ie dihalang oleh sekumpulan manusia yang menggelar diri mereka 'salafi', membuat benteng manusia depan mimbar masjid ketika bangun Syeikh Hasan As-Syafi'ie hendak menyampaikan khutbah. Tak cukup dengan itu, mereka juga menolak Syeikh dengan kasar. Kemudian, naiklah 'geng' mereka memberikan khutbah. Manalah perginya akhlak Islamiyyah sebagai seorang Muslim? Kalau tak menghormati Syeikh Hasan sebagai seorang Syeikh sekalipun, apa salahnya menghormati beliau sebagai seorang warga tua yang hendak memberikan khutbah?


Aidilfitri 2007, Ust Azam, 2 dari kanan



Semoga kita semua mendapat hidayah Allah...


Common Sense Dalam Islam?

Baki khutbah menceritakan tentang common sense. Common sense dalam bercakap. Common sense dalam bermuamalah. Common sense dalam bergaul. Common sense dalam berbudi bahasa. Common sense dalam kehidupan seharian kita sebagai seorang Muslim.

Tapi, ada ke diajar tentang common sense dalam Islam? Nama pun dah 'western' dah, common sense! hmmm...

Common sense bermaksud ..sila usha link ini... Dengan kata lainnya, satu perkataan sudah cukup menggambarkan common sense, itulah AKHLAK. Kalau dalam umat Melayu, dipanggil ADAB.

Bukankah Nabi Muhammad SAW diutuskan untuk menyempurnakan akhlak manusia?


إنما بعثت لأتم صالح الاخلق

”Sesungguhnya aku diutus untuk menyempurnakan akhlak yang sholeh”. (HR: Bukhari dalam shahih Bukhari kitab adab, Baihaqi dalam kitab syu’bil Iman dan Hakim).


Nabi Muhammad SAW mengajar kita supaya bercaka dengan suara yang lembut, dan berbahasa dengan bahasa yang elok dan sedap didengar. Khatib hari ni memetik ayat Al-Quran daripada Surah Luqman, ayat ke 19


(وَاقْصِدْ فِي مَشْيِكَ وَاغْضُضْ مِن صَوْتِكَ ۚ إِنَّ أَنكَرَ الْأَصْوَاتِ لَصَوْتُ الْحَمِيرِ ﴿١٩

"Dan sederhanakanlah dalam berjalan, dan lunakkanlah suaramu. Sesungguhnya seburuk-seburuk suara adalah suara keldai."



Bukankah Nabi SAW juga ada bersabda,


بَسُّمُكَ فِي وَجْهِ أَخِيكَ لَكَ صَدَقَةٌ

"...senyum mu pada wajah saudara mu adalah sedekah...".

Hadith Riwayat At-Tirmizi


Tapi sejauh manakah kita mengamalkan kemesraan dalam pergaulan yang diajar Rasulullah SAW ini?


Nabi SAW juga ada berpesan dalam satu Hadith,


لا تدخلوا الجنة حتى تؤمنوا، ولا تؤمنوا حتى تحابوا. ألا أدلكم على شيء إذا فعلتموه تحاببتم؟ أفشوا السلام بينكم

رواه مسلم

Tidak masuk syurga barangsiapa yang tak beriman, dan tak beriman barangsiapa yang tak saling mengasihi. Mahukah kamu kalau aku beritahu satu perkara jika kamu buat, kamu akan saling menyayangi? Sebarkan salam antara kamu.

Hadith riwayat Muslim



Kita juga ditegah daripada bersangka buruk terhadap saudara kita yang lain, seperti firman Allah dalam Surah Al-Hujuraat ayat ke 12,


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِّنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ

"Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah banyak dari prasangka, sesungguknya sebahagian dari prasangka itu dosa..."


Kalau ikut Syeikh Yusri, buruk sangka atau su'uszzon adalah termasuk dalam kategori dosa besar(kaba'ir), na'udzubillah...


Kemudian, Allah berfirman dalam Surah Al-Mujadilah ayat ke 11,


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا قِيلَ لَكُمْ تَفَسَّحُوا فِي الْمَجَالِسِ فَافْسَحُوا يَفْسَحِ اللَّـهُ لَكُمْ ۖ

"Wahai orang-orang yang beriman, apabila dikatakan kepada kamu, "berilah kelapangan dalam majlis-majlis", maka lapangkanlah nescaya Allah akan memberikan kelapangan untukmu."


Ya, memberikan kelapangan itu bermaksud toleransi. Kita diajar dalam Islam agar sentiasa bertoleransi dan memikirkan kepentingan saudara kita yang lain. Memberikan kesenangan kepada manusia lain lebih dari diri kita sendiri.


Bukankah Nabi SAW ada berpesan lagi dalam Hadith baginda,

"sebaik-baik manusia adalah yang paling memberi manfaat kepada manusia lain".


Memetik juga kisah seorang Arab Badwi yang datang menziarahi Masjid Nabi SAW dan kencing di dalam masjid. Lihat saja apa yang dilakukan Rasulullah. Di kala sahabat hendak memarahi lelaki Badwi tersebut, nabi SAW dengan rahmahnya menegah dan membiarkan sahaja, selepas itu, dibasuhnya najis tersebut dan ditegurnya Arab Badwi itu. Nabi SAW bersabda,


"sesungguhnya dia tidak tahu..."


Begitu sekali sikap toleransi Nabi SAW dalam kehidupan seharian. Baginda juga ada berpesan,


يسروا ولا تعسروا

"Permudahkanlah, jangan persusahkan..."


Maka, tanamkanlah common sense sebegini dalam kehidupan seharian kita. Jadikanlah Akhlak Islamiyyah sebati dalam diri kita, kerana apa yang menakjubkan adalah, Akhlak Islamiyyah tidak akan bercanggah dengan mana-mana common sense atau mana-mana budaya yang baik. Akhlak Islamiyyah secara semulajadinya diterima umum sebagai sesuatu yang mulia. Maka, apa yang ruginya berakhlak dengan Akhlak Islamiyyah? Apa yang kurangnya? Apa lagi alasannya?

Orang berbudi, kita berbahasa.

Orang memberi, kita menerima dan membalas kembali pemberian.

Orang berbuat baik, kita berterima kasih.

Orang bercakap, kita mendengar.

Orang meminta pertolongan kita memberi pertolongan.
Orang datang berziarah, kita melayan.

Orang bagi salam, kita jawab salam.

Orang senyum, kita senyum kembali.

Semuanya common sense. Hatta orang berbuat salah sekalipun, kita berlapang dada dan memaafkan.

Orang buat salah, kita tegur dengan hikmah dan lembut.

Orang buat salah, kita jaga aibnya dan menegur secara senyap-senyap.


Sekian sahaja buat masa ini, semoga perkongsian yang sedikit ini memberi manfaat kepada kita semua teritamanya diri saya sendiri, insyaAllah.

Salam tanaafus saya ucapkan. Selamat berusaha hingga ke titisan darah terakhir. Semoga peperiksaan akhir tahun yang akan melanda student Mesir sebualn dua ini menjadi salah satu titik penyambung kepada kejayaan kita di hari kemudian kelak, insyaALlah.


p/s : Seminggu dua ni, rumah kami dilanda demam cheese cake. Entah kenapa, hari tu, Najib bawa cheese cake. Kemudian Mentol pula. Kemudian, Fais pula buat cheese cake. Janggal juga bebudak lelaki cerita pasal cheese cake. Tapi, takpa lah, dah orang nak bagi. Sesiapa lagi yang nak 'test-drive' skill buat chese cake, kami sedia jadi juri, bawaklah ke mari. InsyaALlah pengalaman tu ada...

Hari ni ada lagi rezeki orang bagi cheese cake topping blue berry. Terima kasih daun keladi, lain kali buatlah lagi ya... Setelah dibincang, saya bagi markah "cemerlang" untuk first trial. Tapi ada lagi beberapa perkara boleh ditambah baik untuk masa hadapan. InsyaAllah kheir... =)


Allahu A'lam


Wassalam


Posted in Labels: , | Comments
Related Posts with Thumbnails

Apture