Of 'Isy Baladi & A Typical Egyptian

Monday, August 16, 2010 by aiyqosim

Suatu hari dalam bulan Mei, selepas solat Zohor di Masjid Tajuri, di celahan Syari' Qadri, Sayeda Zainab Kaherah saya perhatikan suasana tipikal jemaah masjid di Mesir. Jemaahnya ramai biarpun masjidnya kecil dan usang. Duduk termenung seminit dua melihat beberapa orang pakcik yang konsisten solat di masjid itu. Seorang, rambut beruban, jalan terhincut-hincut, dengan satu tiub di pangkal lehernya bekas tracheotomy. Tak boleh bercakap, hanya mengeluarkan bunyi berdesir setiap kali bernafas, sampai satu masjid boleh dengar bunyinya. Lagi seorang, bertongkat. Jalan punyalah lambat, nak angkat kaki pakai kasut pun termengah-mengah. Nak bergerak sedikit saja dah menggeletar. Seorang lagi, pakcik botak, berjambang putih panjang, bersut. Bila petang, dia ada bawa bersama beberapa keping roti 'isy baladi dalam plastik, untuk makan malam familinya kalau tak silap.

'isy baladi

Balik rumah, saya tanya Juwe (Hazwan), "agak-agak, apalah yang bagi semangat kat pakcik tu terus hidup ye? Dah la miskin, sakit, tapi terus solat di masjid dan berjumpa orang." Saya tanya lagi, "Kerut-kerut kat muka dia, dah tua dah pakcik tu. Apalah agak-agaknya yang dia tengah fikirkan dalam otak dia ye? Mesti dia ada terfikir masa muda dia kan? memori zaman dulu-dulu.." Saya tanya lagi sampai Juwe dah naik bosan, "Kalau kita dah tua nanti, agak-agaknya lah, masih semangat tak kita? ye lah, anak-anak ada life masing-masing, so kita kesunyian, harta bukan banyak sangat, badan bukan larat sangat nak buat benda-benda lasak, nak beribadah pun tak tentu lagi kuat ke tak.."


Warga Tua


Apa lah Yang Pakcik Tu Fikir?


Saya rasa, pakcik-pakcik tua tu mesti ada terfikir masa mudanya dulu kala. 10 tahun dulu, 20 tahun dulu, sehingga zaman kanak-kanak dia. Apa yang dia dah buat, apa yang orang lain buat pada dia, kejayaan dia. Dan seringkali, reaksi daripada perbuatan tu sama ada dua, pertama, menyesali apa yang dah berlaku atau apa yang dia telah lakukan. Kedua, seronok dan puas hati dengan apa yang berlaku atau apa yang dia telah lakukan. Memang itulah yang berlaku dalam kehidupan normal kita. Kita suka pandang ke belakang dan menganalisa kembali masa lepas kita.

Bila umur kita menjangkau belasan tahun, umur sekolah menengah, kita melihat kembali zaman kanak-kanak dan zaman sekolah rendah dulu.

"Kenapalah dulu aku ponteng tusyen, mak aku penat-penat bayar duit tusyen english. tengok, nak 'speaking' pon gagap."

"Kenapalah dulu aku paksa ayah aku beli gameboy & playstation? Dah la takda manfaat, habis duit ayah aku. Sekarang dah besar masih ketagih main game lagi.."

"Kenapalah dulu mak aku bagi makan aiskrim, coklat, keropok Super Ring, Tora, Sugus banyak-banyak? Tengok badan aku sekarang macam mana, gigi aku tak cantik..(sekadar contoh ya)"


Super Ring Hebat, Super Ring Riang~

Bila meningkat umur 20-an, kita sering melihat kembali zaman sekolah menengah.

"Kenapalah dulu aku tak study betul-betul? Tengok, tak dapat masuk universiti dengan mudah dengan tajaan macam kawan aku."

"Kenapalah dulu waktu di asrama aku tak enjoy 'fly' sana sini lepak 'cyber cafe' macam orang lain? Hidup bosan.."

"Kenapalah aku malas baca surat khabar & buku-buku ilmiah, asyik baca komik & layan Friendster je dulu?"

"Kenapalah dulu aku kat sekolah tak join apa-apa aktiviti kokurikulum atau sukan. Tengok, sekarang, budak-budak lain ada kelebihan & kemahiran macam-macam, aku ni duduk saje tak tahu nak buat apa.."


Bila umur kita meningkat ke 30-an, agak-agaknya lah, apa yang akan kita fikirkan? Saya tak sampai ke umur itu lagi, jadi saya hanya cuba membuat beberapa jangkaan. Anda juga boleh membuat jangkaan anda sendiri.

"Kenapalah waktu aku duduk Mesir dulu, pergi kuliah pun jarang-jarang. Kerja tidur je... Sekarangm kawan lain boleh kerja rileks, aku yang lintang pukang.."

"Kenapalah aku dulu ketagih sangat games & movies. Asyik men'download' je kerja... Umur habis macam tu saja.."

"Kenapalah aku dulu tak belajar macam mamat tu? Sekarang, aku biasa-biasa ja, ilmu tak banyak, kemahiran takda.. Facebook & main games aku retilah."

"Kenapalah dulu aku duduk rumah je waktu kat Mesir dulu? Budak-budak lain keluar berjalan tengok dunia, pergi mengaji dengan syeikh-syeikh dan ustaz-ustaz, aku duduk rumah.. Last sekali, sama juga, diorang jadi doktor, aku pun jadi doktor!"

"Kenapalah biasiswa aku dulu banyak, tapi entah ke mana habis aku belanja. Budak tu, graduate je, boleh bayar duit muka beli kereta, siap bagi duit poket kat mak dia.. Aku ni yang terkial-kial nak cari duit.."

"Kenapalah aku dulu selalu sakitkan hati kawan-kawan? Sekarang, aku duduk seorang, semua orang macam nak jauhkan diri dari aku.."

"Kenapalah dulu aku malas bersenam. Makan pun tak jaga. Tengok, badan pun susah nak jaga, macam-mcam penyakit.."






Kembali kepada pakcik tadi, agak-agaknya, apa yang dia fikirkan? dan apakah yang menyebabkan dia masih terus bersemangat bekerja dan solat di masjid biarpun keadaan sosio-ekonomi Mesir yang sangat menjatuhkan moral(semangat) untuk terus hidup. Mungkin kebanyakan orang Malaysia di Mesir sering mengutuk sikap masyarakat Arab Mesir.

Dalam sesetengah aspek, saya kagum dengan mereka dari segi semangat meneruskan kehidupan masing-masing. Pemerintah sekular kuku besi yang zalim, taraf hidup yang sangat rendah, kepadatan penduduk sangat tinggi, kadar penyakit tinggi, sekolah tidak mencukupi & kadar buta huruf tinggi, musim panas yang sangat panas dengan udara kotor berhabuk. Mereka mempunyai 1001 sebab untuk tidak bersyukur dan merungut. Apalah nasib bayi yang baru lahir di Mesir? Mereka tidak bersalah, namun ditakdirkan lahir dalam komuniti sedemikian rupa.

Tetapi, kebanyakan rakyat Mesir masih berpegang teguh dengan ajaran Islam. Zikir, Selawat, dan kalimah kesyukuran sering bermain di bibir mereka. Kehidupan diteruskan, meskipun hasil seharian bekerja hanyalah beberapa keping roti 'isy baladi untuk dikongsi seisi keluarga. Saya jamin, jika diletakkan rakyat Malaysia dalam keadaan sebagaimana masyarakat mesir hari ini, nescaya lebih ramai yang mati 'kekecewaan' dan kebuluran daripada orang Mesir. Manja dan masih susah untuk bersyukur!


Rumah tipikal penduduk Mesir

Kembali kepada topik, saya terfikir, apakah 'booster' penyuntik semangat mereka untuk terus hidup?



Booster Penyuntik Semangat

Daripada cerita-cerita pengalaman beberapa tokoh, serta nasihat dan tazkirah, saya mendapati elemen utama yang menjadi 'booster' kepada orang yang berjaya dalam hidupnya adalah VISI & HARAPAN.




Seseorang yang hebat, melihat waktu silamnya sebagai peluang menebus kesalahan, dan mula bervisi. Apakah makna visi?

visi = vision = what do you visualise yourself and your environment in 5, 10, 20(depends on how far is your vision) years time.

Seseorang yang hebat, yang memberikan harapan kepada mereka adalah Allah dan Rasulullah s.a.w. Kerana harapan itu adalah harapan yang pasti dan harapan yang paling tinggi. Kerana Allah memberikan harapan kepada manusia yang bertaqwa, beramal soleh, berniat kerana Allah, dan berusaha sedaya upaya mencapai cita-cita, harapan pahala dan syurga.

"...dan janganlah kamu berputus asa dari Rahmat Allah..."

Surah Az Zumar, ayat 53

Sekadar berkongsi cerita tentang VISI daripada Prof. Dr. Muhaya Mohamad. "A Story Of 3 Workers At A Building Site".(disebabkan beliau menyampaikannya dalam bahasa Inggeris, lebih seronok kalau dibaca juga dalam bahasa Inggeris)



A Story Of 3 Workers At A Building Site


3 workers working at the same building site, building the same building. I asked the first worker, "What are you doing?" He replied, "What, are you blind? I'm working of course, getting my job done".

Then I asked the second worker the same question, "What are you doing?" He replied calmly, "I'm earning money for me my family".

Then I asked the third worker the very same question, "What are you doing?" He replied, "I am building a castle".

The first worker is a man with no vision, no aim at all. The second worker is a boring man. The third worker is a little man with a giant vision. They were doing the same work, at the same place, were asked the same question, but gave different answers.



Maka, sebagai seorang Muslim, ciptalah visi kita, dan pastikan ia memberikan khidmat terbaik buat Ummat Islam dan semua manusia seluruhnya. Ciptalah visi sebagaimana Rasulullah s.a.w memberitahu para sahabat ketika mereka sedang penat menggali parit dalam Perang Khandak, bahawa satu hari nanti Umat Islam akan menawan Konstantinopel. Para sahabat terpinga-pinga di dalam kepenatan menggali parit dalam keadaan Umat Islam yang sedikit, Baginda Rasulullah s.a.w menceritaan kisah yang seakan-akan 'tak realistik' sedemikian. Namun akhirnya, Islam menguasai 2/3 dunia biarpun jauh selepas kewafatan Baginda s.a.w... Membina visi besar dan harapan adalah sunnah Nabi yang jarang kita sematkan dalam diri kita.

أحلام الأمس حقيقة اليوم , أحلام اليوم حقيقة الغد

Mimpi semalam adalah hakikat hari ini, mimpi hari ini adalah hakikat esok

-Pepatah Arab-

Sekian, mohon maaf atas salah silap. Tulisan ini hanyalah pandangan peribadi dan sentiasa terdedah kepada kesalahan.

Wassalam~

4 comments:

[amiza malik] said...

super ring sedap.tp mak tak bagi makan.
sgt setuju dgn ketabahan penduduk mesir.
diorang tadek duit, tapi happy jek
kdg2 kita g mpk lg senang lenang ni tp jiwa asek kacau.
serabut la.
babai

Humairah said...

dulu ada seorang ustaz cakap, tp tak ingat ustaz mana, kekuatan orang mesir adlh kerana mereka hidup dgn Al-Quran. Sering bersama Al-Quran. Diberi contoh, orang malaysia tak kuat menanggung ujian, sbb jauh dgn kitab Allah.

Eng Einy said...

weyh ibrahim..aku insaf la brahim..uhwaa..trima kasih2..insyaallah akan cuba membetulkn kesilapan sedikit demi sedikit..

aiyqosim said...

mimpi hari ini adalah hakikat hari esok, maka mulalah tidur untuk mula bermimpi :)

jangan mimpi saja, kerja tak jalan. tu berangan namanya...

Allahu A3lam

A.I.Y

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Apture