الحر حر والبرد برد

Monday, July 26, 2010 by aiyqosim
Almost 3 years in Egypt, & observing my brother’s 6 and a half years life in Egypt brings me to a conclusion, or should I say, a hypothesis…

“The period spent in Egypt for a student is inversely proportional to his/her complaints & reactivity towards certain local issues.”



I remembered during the first year in Egypt, we lived in
Masakin el-Fustat, Masr el-Qadeemah, Cairo. At the main entrance, proudly stood a big sign-board “جنة الفسطاط” or “Fustat Paradise”. (Yeah that sounds ironic!)

The so called "Fustat Paradise"

First year was the year full of complaints & reactions. Finding any possible reasons to complain, quarrel, & to fight for. The rent, electric, water bills, 10 cents rise in
Tokmiyyah’s price, crowdness, zahmah, taxi, bus, Visa, household prices, weather, winter, summer, almost every corners & points in our daily life. Complaint has been a matter of daily basis for 1st year students in Egypt. At restaurants, at shops, at emigration office, at university, everywhere even in the ‘masjid’! There MUST be something wrong, somewhere & somehow. And most of the fights & complaints definitely have something to do with MONEY, SYSTEM, & BAD COMPLEX of EGYPTIANS.

Second year, the complaints reduced by 25 % in most of the cases. As a matter of fact, the ‘joy’ of complaining & quarreling diminishes progressively as the result of ‘tolerance’.

Third year, most of the students start to realize that complaining & quarreling give them nothing but a severe acute migraine headache which in most cases progressively turns into chronic migraine headache in 2-3 years time. Unbelievably, this symptom happens only after 2 years of enjoyment in complaining & quarreling with Egyptians. The theory of “why only after 2 years? Why not earlier, so people can avoid the migraine headache” is not known. Perhaps the enjoyment & tension released by quarreling overcome the pain of the headache.
(Well, thanks to seniors who did well in exaggerating the ‘dark side’ of Egypt during pre-departure orientation that was influencing enough to enhance the hatred to Egypt & Egyptians.)

Stop 'ache-ing' your head!

Years after the 3rd year, most of the students get bored & tired, & suddenly stop complaining & quarreling. They become cool & more relaxed. I think the reason is,perhaps they start to understand the meaning of ‘
Peribahasa Melayu’ “ bagai anjing menyalak bukit” or “bagai mencurah air ke daun keladi” or ‘yang sama waktu dengannya’.

I just want to share an Arabic phrase I remembered, taught by Syeikh Redha of Masakin Fustat(many of Cairo University students know him)…

الحر حر والبرد برد


“Hot is very hot, & cold is very cold”


Which means, the summer here in Egypt is VERY hot, & the winter is VERY cold(for Egyptians & most of Malaysians). Meaning, there will be always something to complain of, reason to start to feel ungrateful, to start quarreling.

And the only solution, is to be grateful.

Start to look at people below us to see how lucky we are, & start to look at people above us to be a humble person. Do not act to be seen superior in front of human, but do something to be seen noble in front of Allah.


Aidilfitri 2007, Masakin Fustat


Wassalam…

Aku Racist

Friday, July 16, 2010 by aiyqosim

*AMARAN! : sila baca tulisan ini sampai habis sebelum membuat andaian terhadap penulis... ini adalah pandangan peribadi penulis...JazakumuLlah...

Siapa tak pernah dengar perkataan racism? Semangat perkauman yang keterlaluan. Dengan kata lain, taksub kepada bangsa. Taksub ni maknanya, kita sahaja yang betul, orang selain dari kita salah. Kita saja yang hebat & ada hak, orang lain tak layak, dsb...



Saya nak kongsi satu kisah benar yang menyebabkan tercetusnya tajuk entry ini dalam kepala saya.

Satu petang,
mak saya memandu kereta Toyota Vios, berhenti di satu traffic light depan Balai Polis Kajang. Tiba-tiba, ada bunyi yang 'best' dari belakang kereta. ada rasa macam gegaran. lah, tak pasal-pasal belakang kereta dah kena sondol dengan sebiji lori. habis kemek, bonet tak boleh tutup.


Di Tempat Kejadian

Maka mak saya keluar & panggil mamat driver lori tu, orang India Saravanan(bukan nama sebenar) namanya.
"Akak, sorry, brek tak makan.." katanya dengan selamba. Memang jelas dia salah. So, sama-sama setuju nak ke balai(yang tak sampai 100 meter dari situ) buat report. Mula-mula enjin lori tu tak boleh start, so, mak saya ke balai dulu, toleh punya toleh, "eh, dah lesap lori tu!".. Nasib baik ada snap gambar nombor plat.


Di Balai Polis

Mak saya buat report. Sarjan bertugas bahagian 'accident' adalah Sarjan Ishaq(bukan nama sebenar). Sebab lori tu tak datang report, so, balai kena siasat & keluarkan surat saman(berdasarkan gambar nombor plat) dalam masa 24 jam. Kereta dah hantar bengkel. Dah siap baiki tapi tak boleh ambil sebab tak bayar lagi. Tak bayar lagi, sebab tunggu insurans dari lori yang bersalah tu. Tak dapat insurans dari lori tu sebab dia tak report. Bila tak report, siapa punya kerja nak keluarkan surat saman??? Tak lain tak bukan, POLIS. lepas 6 hari, masih tada surat saman, mak agak tak puas hati, habis Sarjan tu kena 'bahasa' dengan mak saya. Nak tahu apa respon dia??
"Eh, akak ada buat report ke?". Mesra Cepat & Betul, ooo yeah~ ;) (no offense, itu sikap peribadi dia, tak boleh salahkan PDRM as a whole).




Di Bengkel

Janji kereta siap 3 hari, seminggu tak siap lagi. Towkeh dia orang Cina, lupa nama dia. Dah siap kereta pon, tak boleh ambil lagi, sebab insurans tak setel. Ada pula dia suruh mak saya guna insurans dia. bukan dia yang salah. Kemudian, Cina tu suruh bayar guna duit mak saya sendiri kalau nak release kereta tu, sementara tunggu insurans. Haih~ RM 2800 bukan sikit...


Dengan Bos Driver Lori Yang Melanggar

Bila telefon bos kepada lori yang Saravanan bawa tu, dia orang Melayu, Zul namanya(bukan nama sebenar). Ada pula dia melenting & marah balik mak saya,
"Saravanan tu yang langgar kereta akak, bukan saya. Apasal saya pulak kena bertanggungjawab?". Mak saya cakap dengan baik, tak makan. Akhirnya, mak saya kata, "Ini ke Melayu? Sama Melayu buat macam ni, busuk hati..". Iyalah, gaya cakap macam bos besar, padahal dia kerja bawah kontrak SYABAS. bukan bos besar. Umur 30-an baru. Mak saya sampai merayu, "Saya ni, tu lah kereta saya, kalau takda, macam mana nak pergi kerja?".. Si Zul ni siap gertak lagi, "akak nak report, report lah, nak saman, saman lah. lantak lah..". Aik? siapa mangsa & siapa salah ni? pening2...

Sampai sekarang, takda surat saman dikeluarkan(dalam proses kot insyaAllah.. husnuzzon), & mak saya membayar guna duit sendiri dulu & menunggu insurans syarikat lori tu untuk 'cover' bayaran bengkel tu, then barulah duit mak saya akan dikembalikan. Tapi, apa-apa hal pun,
kena ada surat saman dulu insurans lori tu bayar...


Beberapa perkara timbul dalam kepala saya yang harap-harap boleh diambil pengajaran.

1) Agak-agaknya, macam mana dengan
keberkatan si Zul tu(bukan nama sebenar). Keberkatan hidupnya dengan perangai kasar & tak bertanggungawab? Keberkatan perniagaannya dengan busuk hati & tak profesionalnya? Keberkatan keluarganya, iyalah dia baru 30-an, keluarga baru nak membesar, anak masih sekolah rendah lagi. Sikapnya membuatkan orang meluat & menyampah. Manusia akan sentiasa menyumpah dia dan keluarga dia, di mana berkatnya?

2)
Berhati-hati & jangan mudah tertipu. Pengalaman adalah guru terbaik! Maka rugilah orang yang tak pernah keluar melihat & merasai cabaran dunia, hanya duduk dalam alam maya depan komputer atau games & movies sahaja.

3) Selalu keluar dari mulut kebanyakan kita,

"Macam ni ke orang Melayu? Bisnes, sama Melayu pun hasad dengki. Patutlah Melayu bisnes selalu lingkup!". Melayu berbisnes dikaitkan dengan tak pandai bisnes, busuk hati, & gulung tikar, dsb...

Atau,
"Keling bawak lori, macam orang gila! Mabuk!". Orang India sering dikaitkan dengan ganas, tak beretika, gaduh, mengjengkelkan, dsb..

Atau,
"Tu lah Cina, nak kapak orang Melayu la tu! Dia paksa kita pergi bengkel dia, pukul harga cekik punya..", "Cina kalau sama-sama Cina, punya baik. Kalau dengan Melayu, kapak habis..". Cina dikaitkan dengan tipu helah, kaut untung, mulut manis tak serupa bikin, dsb...

Atau,
"Polis, tu lah, takda duit kopi, tak jalan...". Mesra Cepat & Betul~



Apa pendapat anda? Cukup racist tak saya? Even dengan Melayu pun x puas hati jugak. Personally, inilah dialog-dialog yang pernah & biasa saya dengar. TAPI, kita tak perasan yang kita ni sering buat gejala
GENERALIZATION!!! Generalization adalah menyamakan semua ahli dalam sesebuah kumpulan itu berdasarkan sikap salah seorang individu dari kumpulan itu. Saya personally juga sering jumpa orang Melayu yang sangat profesional dalam berniaga & bisnesnya maju. Ada juga orang Cina yang sanggup tolong orang Melayu bisnes, & ada orang Cina yang jujur dalam bisnes. Ada saya jumpa orang India yang lembut & baik hati. & kebanyakan polis yang saya jumpa ikhlas & profesional dalam bekerja.


Point saya adalah, manusia minda kelas bawahan sering buat dua perkara ni,
GENERALIZATION & RACISM. Setiap manusia perlu dinilai seadil-adilnya berdasarkan dirinya, bukan sebab dia berbangsa X atau Y. There's no point being a racist, seing your race better than others. Everybody is liable to do mistakes.


Tiada gunanya perjuangan berteraskan bangsa, kerana perjuangan sebenar berdasarkan Islam. Tetapi, sebagai orang Islam, bangsa sendiri wajib dibangunkan & dipertahankan. kalau Melayu Muslim, wajib membangun & mempertahankan hak bangsa. Kalau Cina Muslim, juga wajib membangunkan bangsanya serta mengajak lagi orang memeluk Islam, begitu juga kaum India. Sebab Rasulullah SAW juga menyebut-nyebut & mengakui bahawa beliau dari bangsa Arab Bani Hasyim. Baginda juga tak membenarkan tanah orang Parsi dijual kepada bangsa lain sebagai mempertahankan bangsa Parsi, tapi dalam masa yang sama tidak menafikan hak & kebebasan bangsa lain. Itulah diantara keindahan Islam.. MasyaAllah




Sila jenguk ke YouTube WACANA PERDANA : BOLEHKAH MELAYU BERSATU

Sekian sahaja, maafkan salah silap, & silalah beri pandangan bernas anda. Kisah di atas adalah kisah benar, & tulisan di atas adalah pendapat peribadi saya yang terdedah kepada dosa & kesilapan.

Wassalam
Posted in Labels: , , , | 3 Comments »

Piala Dunia vs Piala Akhirat

Tuesday, July 13, 2010 by aiyqosim

Bismillah...

Assalamu'alaykum wbt..


Piala Dunia 2010 baru melabuhkan tirainya beberapa hari lepas. Spain buat pertama kalinya masuk perlawanan akhir & langsung menang merangkul gelaran Juara Piala Dunia. Belanda pula, 'hatrick' masuk final, tapi tak pernah menang. Tapi, Belanda menang satu kategori, "Anugerah Foul & Kad Paling Banyak" :) Personally, saya rasa Belanda kalah sebab kurang 'keberkatannya' sebab main kasar, plus, Arjen Robben 'memang pandai berlakon + buat baby-face kalau terjatuh'. Memang daripada peringkat kumpulan pun dah main agak ganas berbanding pasukan lain. No offense kepada peminat Belanda.



Anyway, soalan lazim menjelang World Cup (WC),
"kau sokong mana?". Dan setiap jawapan perlu ada sebab. Jadi bila saya ditanya soalan tu, saya terfikir beberapa faktor & tips untuk satu-satu manusia itu menyokong sesebuah pasukan.


Turun Temurun

WC pertama saya tengok adalah France 1998, & ayah saya memang fan Brazil. Maka secara tak langsungnya, saya menyokong sahaja Brazil secara membuta tuli. Ayah saya juga berjaya menjalankan tugas dengan baik mempengaruhi satu keluarga menyokong Brazil. Jadi walau macam mana pun buruknya Brazil, saya tetap akan sokong, unless saya dapat 'hidayah' dan berfikir secara matang, baru ada kemungkinan saya bertukar pilihan.


Populariti

Ramai yang tak tahu-menahu pasal pasukan-pasukan bola sepak, jadi, demi mengikut trend masa kini yang seseorang tu mesti ada pasukan pilihan masing-masing, dia akan cari pasukan yang famous namanya, seperti England biarpun mereka main macam.... paham-paham lah macam mana... Faktor individu terkenal dalam pasukan pun mempengaruhi. Macam Ivory Coast, orang takkan kenal Ivory Coast kalau tak kerana Didier Drogba.


Nak Rasa Selamat

Kalau nak rasa selamat & tenang, ramai akan sokong pasukan yang selalu menang, macam Brazil & Itali, supaya tanpa 'banyak kerja' pasukannya menang Piala Dunia, boleh lah nak bangga. Padahal Itali punya performance jatuh merudum 3 tahun ni... Nak rasa selamat & boleh berbangga dengan kemenangan, maka pasukan-pasukan yang selalu menang sering disokong.



Rupa Paras

Lebih kurang macam faktor populariti, tapi ini melibatkan penampilan fizikal. Hal ini sering berlaku dalam kalangan penyokong wanita. Biarpun tidak tahu-menahu apa itu off-side, hand-ball, short-off target, mahupun penalty shootout, mereka selalunya menyokong pasukan-pasukan seperti England, Spain, Itali, Greece, Korea Selatan(Super Junior?) & Ivory Coast(Drogba mungkin?). Mereka juga sering mengabaikan pasukan-pasukan seperti Nigeria, Ghana, & Algeria. Kasihan mereka... {adahal, nak bezakan Itali dengan Ghana, kalau lawan, Ghana mungkin boleh score 2 biji gol dalan separuh masa pertama saja.




Skill, kelabihan & Teknik Permainan

Mereka yang menyokong pasukan atas sebab ini, selalunya sering mengikuti perkembangan dunia bola sepak, sentiasa mengagumi permainan yang cantik dan bersih, & sentiasa update statistik dan berita. 50 % dari mereka ni juga pandai bermain bola, dan 50 % yang lain hanyalah 'kaki bangku' yang cintakan bola walaupun hanya tahu main PES atau FIFA Manager atau Football Fantasy. Mereka inilah yang akan membuat pilihan tepat terhadap pasukan yang mereka sokong. Ini merupakan sebab saya menyokong Spain & tidak menyokong Belanda.


Sifat-sifat penyokong kuat satu-satu pasukan, ialah,

1) Menzahirkan sokongannya kerana bangga
2) Sentiasa update maklumat & berita terkini tentang pasukannya, juga mengikuti perlawanan secara 'live' biarpun terpaksa ke kedai mamak pukul 3 pagi
3) Menzahirkan sokongan mereka secara fizikal menggunakan setiap medium yang ada, baju, kasut, cap, poster, blog, FB, di mana-mana sahaja setiap masa
4) Mengikut gaya & penampilan orang dalam pasukan itu
5) Mempengaruhi orang lain untuk menyokong pasukan yang sama
6) Taksub - pasukan dia saja hebat, yang lain tak hebat, pasukan dia saja betul, yang lain salah, dsb..


Anda yang membaca, tanya soalan ini,
"Mengapa anda menyokong pasukan pilihan anda?". Kemudian tanya kembali, "Faedah yang anda dapat dari kemenangan mereka?". Bukan nak menghalang menyokong mana-mana pasukan, Piala Dunia dah lepas dah pun, cuma persoalannya di bawah..


Kita mengejar PIALA DUNIA, tapi terlupa PIALA AKHIRAT. Cuba anda renungkan soalan-soalan yang diajukan dari mula entry ini beserta faktor-faktor anda menyokong. Adakah benar kita mempunyai jiwa Muslim Mukmin dalam diri kita, dan mengapa kita memeluk Islam dalam jiwa kita? Adakah kita bangga sebagai seorang Muslim, dan apakah sebab-sebabnya? Tanya dan jawab, serta carilah keindahan kekuatan 'pasukan' anda (Muslimeen). Dalam kes ini, anda bukan lagi penyokong, tapi ANDALAH PEMAINNYA!! Sila jawab sendiri persoalan-persoalan ini, kalau ada rezeki, saya akan kemukakan pandangan peribadi saya insyaAllah...




Sekian, wassalam
Posted in Labels: , | Comments

Post-Landing

by aiyqosim
BismilLaahirRahmaanirRaheem..

Alhamdulillahi wassolatu wassalamu 'ala Rasulillah..

Setinggi-tinggi kesyukuran dirafa'kan, Alamdulillah, setelah selamat sampai ke Malaysia tanah air tercinta.

Khamis lepas, sampai Malaysia disambut ribut petir, line telefon putus, modem streamyx terbakar. Maka seminggu lah tak online. Apa-apa hal pun, syukurlah masih hidup lagi lepas naik Qatar Airways yang sekali ganda lagi bes dari Egypt Air (no offense..).

Sempena baru balik Malaysia, mengalami 'Family Mode' seketika, maka nak kongsi 2 kejadian sekitar Jun Julai ni.

1) Hari Keputeraan anak pertama pasangan Yahaya-Sabariah, Dr. Ahmad Shuib Yahaya, pada tanggal 28 Jun 1984




2) Graduasi anak kedua pasangan Yahaya-Sabariah, Dr. Ahmad Yusuf Yahaya




Tahniah diucapkan!!

Nak promo sikit, silalah jangan malu jangan segan ke laman web rasmi PERUBATAN Summer Camp 2010, YAHOO! At Pangsun

http://www.perubatansummercamp.blogspot.com

Posted in Labels: , | 2 Comments »

Sayyedah Zainab RA

Sunday, July 4, 2010 by aiyqosim
Assalamu'alaykum wbt.

Assolatu wassalamu 3ala Rasulillah.



Jumaat yang lalu, 2 Julai 2010, Alhamdulillah, berkesempatan Solat Jumaat di Masjid Sayyidah Zainab. Rasanya dah sebulan lebih tak solat di situ, walaupun jarak dengan rumah hanya sekitar 400 meter. Sebab yang kuat menarik saya untuk ke Masjid Sayeda Zainab adalah hampirnya Ulang Tahun Kelahiran Sayyidatuna Zainab RadhiaLlahu 'anha, hari Selasa ni(rasanya lah), 23 rejab. Beliau adalah cucu baginda Rasulillah SAW, dan sangat istimewa kedudukan beliau sehingga pernah Nabi SAW menyebut nama beliau dalam sebuah Hadith(khatib ada baca hadith tu, tapi tak ingat..sorry). Agak pelik, sebab kalau ikutkan catatan sejarah, beliau dilahirkan pada 5 Jamadul Awwal, tapi sambutan yang dibuat 23 Rejab. Allahu A'lam...

Suasana hari Jumaat lepas memang sesak. even datang sebelum azan pun, dah berebut nak masuk masjid. Nak keluar pula satu hal lagi... Masyarakat Islam di Mesir memang terkenal dengan kecintaan & hormat kepada Nabi Muhammad SAW & keluarga baginda (Ahlul Bait).

Memang 'well known' kalau orang Mesir gaduh, nak redakan marah, sebut, "Sollu 'Alan Nabiy!". Kalau terlupa apa nak cakap, berselawat. Nak kira harga barang kat kedai pon selalu yang disebut dulu adalah, "Allahumma Solli 'Alan Nabiy...". Yang tak tahan, kalau nak berseronok bertepuk tangan pun, ada rentak yang 'famous'(student Mesir biasa dengar kot..), "Solli Solli~ ... 'Alan Nabi Solli~ ..." sambil tepuk tangan.

Maka tak hairanlah bila ulang tahun kelahiran cucu kesayangan Baginda SAW, Sayeda Zainab RA, mereka menyambut siap buat khemah kat luar masjid & ada polis jaga. Itu lah antara 'beberapa' perkara yang sangat patut dicontohi oleh masyarakat di Malaysia, yang secara generalnya belum lagi mencapai tahap lidahnya 'raatiban bi dzikr', lazim dengan dzikir & selawat, padahal ramai juga dalam masa yang sama sering berdoa dalam al-Ma'thurat yang 'famous' tu, "Allahumma Inna Nas`aluka lisaanan raatiban bi dzikr"..

Sekadar mengingatkan diri sendiri & anda semua. Tak lupa juga, hari ini pula, 4 Julai, adalah ulang tahun TAMATNYA PERANG HITTIN, menandakan kembalinya penguasaan Islam ke atas Jurusalem Palestin di bawah pimpinan Saladin.(klik)

Sekian dahulu, banyakkan berselawat, kerana dengannya dijanjikan hadiah 10 selawat dari Allah ke atas mereka yang berselawat, dan juga syafaat dari Rasulullah SAW insyaAllah...

Wassalam.



*Gambar di atas di'pukul' sewaktu baru sampai ke Mesir, September tahun 2007 di hadapan Masjid Sayyeda Zainab. So, muka agak 'kejambuan'. Sekian terima kasih.
Related Posts with Thumbnails

Apture