Piala Dunia vs Piala Akhirat

Tuesday, July 13, 2010 by aiyqosim

Bismillah...

Assalamu'alaykum wbt..


Piala Dunia 2010 baru melabuhkan tirainya beberapa hari lepas. Spain buat pertama kalinya masuk perlawanan akhir & langsung menang merangkul gelaran Juara Piala Dunia. Belanda pula, 'hatrick' masuk final, tapi tak pernah menang. Tapi, Belanda menang satu kategori, "Anugerah Foul & Kad Paling Banyak" :) Personally, saya rasa Belanda kalah sebab kurang 'keberkatannya' sebab main kasar, plus, Arjen Robben 'memang pandai berlakon + buat baby-face kalau terjatuh'. Memang daripada peringkat kumpulan pun dah main agak ganas berbanding pasukan lain. No offense kepada peminat Belanda.



Anyway, soalan lazim menjelang World Cup (WC),
"kau sokong mana?". Dan setiap jawapan perlu ada sebab. Jadi bila saya ditanya soalan tu, saya terfikir beberapa faktor & tips untuk satu-satu manusia itu menyokong sesebuah pasukan.


Turun Temurun

WC pertama saya tengok adalah France 1998, & ayah saya memang fan Brazil. Maka secara tak langsungnya, saya menyokong sahaja Brazil secara membuta tuli. Ayah saya juga berjaya menjalankan tugas dengan baik mempengaruhi satu keluarga menyokong Brazil. Jadi walau macam mana pun buruknya Brazil, saya tetap akan sokong, unless saya dapat 'hidayah' dan berfikir secara matang, baru ada kemungkinan saya bertukar pilihan.


Populariti

Ramai yang tak tahu-menahu pasal pasukan-pasukan bola sepak, jadi, demi mengikut trend masa kini yang seseorang tu mesti ada pasukan pilihan masing-masing, dia akan cari pasukan yang famous namanya, seperti England biarpun mereka main macam.... paham-paham lah macam mana... Faktor individu terkenal dalam pasukan pun mempengaruhi. Macam Ivory Coast, orang takkan kenal Ivory Coast kalau tak kerana Didier Drogba.


Nak Rasa Selamat

Kalau nak rasa selamat & tenang, ramai akan sokong pasukan yang selalu menang, macam Brazil & Itali, supaya tanpa 'banyak kerja' pasukannya menang Piala Dunia, boleh lah nak bangga. Padahal Itali punya performance jatuh merudum 3 tahun ni... Nak rasa selamat & boleh berbangga dengan kemenangan, maka pasukan-pasukan yang selalu menang sering disokong.



Rupa Paras

Lebih kurang macam faktor populariti, tapi ini melibatkan penampilan fizikal. Hal ini sering berlaku dalam kalangan penyokong wanita. Biarpun tidak tahu-menahu apa itu off-side, hand-ball, short-off target, mahupun penalty shootout, mereka selalunya menyokong pasukan-pasukan seperti England, Spain, Itali, Greece, Korea Selatan(Super Junior?) & Ivory Coast(Drogba mungkin?). Mereka juga sering mengabaikan pasukan-pasukan seperti Nigeria, Ghana, & Algeria. Kasihan mereka... {adahal, nak bezakan Itali dengan Ghana, kalau lawan, Ghana mungkin boleh score 2 biji gol dalan separuh masa pertama saja.




Skill, kelabihan & Teknik Permainan

Mereka yang menyokong pasukan atas sebab ini, selalunya sering mengikuti perkembangan dunia bola sepak, sentiasa mengagumi permainan yang cantik dan bersih, & sentiasa update statistik dan berita. 50 % dari mereka ni juga pandai bermain bola, dan 50 % yang lain hanyalah 'kaki bangku' yang cintakan bola walaupun hanya tahu main PES atau FIFA Manager atau Football Fantasy. Mereka inilah yang akan membuat pilihan tepat terhadap pasukan yang mereka sokong. Ini merupakan sebab saya menyokong Spain & tidak menyokong Belanda.


Sifat-sifat penyokong kuat satu-satu pasukan, ialah,

1) Menzahirkan sokongannya kerana bangga
2) Sentiasa update maklumat & berita terkini tentang pasukannya, juga mengikuti perlawanan secara 'live' biarpun terpaksa ke kedai mamak pukul 3 pagi
3) Menzahirkan sokongan mereka secara fizikal menggunakan setiap medium yang ada, baju, kasut, cap, poster, blog, FB, di mana-mana sahaja setiap masa
4) Mengikut gaya & penampilan orang dalam pasukan itu
5) Mempengaruhi orang lain untuk menyokong pasukan yang sama
6) Taksub - pasukan dia saja hebat, yang lain tak hebat, pasukan dia saja betul, yang lain salah, dsb..


Anda yang membaca, tanya soalan ini,
"Mengapa anda menyokong pasukan pilihan anda?". Kemudian tanya kembali, "Faedah yang anda dapat dari kemenangan mereka?". Bukan nak menghalang menyokong mana-mana pasukan, Piala Dunia dah lepas dah pun, cuma persoalannya di bawah..


Kita mengejar PIALA DUNIA, tapi terlupa PIALA AKHIRAT. Cuba anda renungkan soalan-soalan yang diajukan dari mula entry ini beserta faktor-faktor anda menyokong. Adakah benar kita mempunyai jiwa Muslim Mukmin dalam diri kita, dan mengapa kita memeluk Islam dalam jiwa kita? Adakah kita bangga sebagai seorang Muslim, dan apakah sebab-sebabnya? Tanya dan jawab, serta carilah keindahan kekuatan 'pasukan' anda (Muslimeen). Dalam kes ini, anda bukan lagi penyokong, tapi ANDALAH PEMAINNYA!! Sila jawab sendiri persoalan-persoalan ini, kalau ada rezeki, saya akan kemukakan pandangan peribadi saya insyaAllah...




Sekian, wassalam
Posted in Labels: , | Comments
Related Posts with Thumbnails

Apture