"...God does not burden a person beyond his capacity..."- al-Baqarah, verse : 286 -
"Do people think that they will be released (just) on saying: 'We have believed' and they will not be tried"- al-Ankabut, verse : 2 -
"You are the asset of the Ummah!"
"...God does not burden a person beyond his capacity..."- al-Baqarah, verse : 286 -
"Do people think that they will be released (just) on saying: 'We have believed' and they will not be tried"- al-Ankabut, verse : 2 -
"Already have We urged unto hell many of the jinn and humankind, having hearts wherewith they understand not, and having eyes wherewith they see not, and having ears wherewith they hear not. These are as the cattle - nay, but they are worse! These are the neglectful."
Kenapa Exist dengan solo mantapnya Mamat menyanyi lagu "Oh Ibu" yang famous tu? Kenapa tiada lagu "Oh Bapa"?
Terima kasih diucapkan atas kesudian & kesabaran menjadi ibuku selama 20 tahun.Dan mengajarku kehidupan sebagai seorang Muslim.Dan memberikan pendidikan secukupnya sampai boleh mambaca menulis dan mengira.Dan menguruskan hidup dan makan minumku sampai boleh mengurus hidup sendiri.Dalam masa yang sama sangat sabar mengurus suami, rumah, adik beradik yang lain, anak-anak, dan tugas sebagai seorang guru.
الأمّهات هي مدرسة الأولى, اذ اعددتها اعددت الأمّة كلهاIbu-ibu adalah madrasah pertama/utama, jika kau mempersiapkannya(mendidik & melatih), kau telah mempersiapkan Ummat seluruhnya-Kata-kata Ulama'-
visi = vision = what do you visualise yourself and your environment in 5, 10, 20(depends on how far is your vision) years time.
"...dan janganlah kamu berputus asa dari Rahmat Allah..."Surah Az Zumar, ayat 53
3 workers working at the same building site, building the same building. I asked the first worker, "What are you doing?" He replied, "What, are you blind? I'm working of course, getting my job done".Then I asked the second worker the same question, "What are you doing?" He replied calmly, "I'm earning money for me my family".Then I asked the third worker the very same question, "What are you doing?" He replied, "I am building a castle".The first worker is a man with no vision, no aim at all. The second worker is a boring man. The third worker is a little man with a giant vision. They were doing the same work, at the same place, were asked the same question, but gave different answers.
أحلام الأمس حقيقة اليوم , أحلام اليوم حقيقة الغدMimpi semalam adalah hakikat hari ini, mimpi hari ini adalah hakikat esok-Pepatah Arab-
“Pudin, tahniah! Dah 3 tahun berturut-turut najah..” sapa Kasim. “Alhamdulillah, dah rezeki aku, tu pun berkat doa kau juga..” jawab Pudin merendah diri. “Ha, kau macam mana pula Kasim?”, “mm, sedih sikit lah. Aku fail satu subjek. Entah lah, bukan rezeki aku. Setiap tahun aku exam, setiap tahun juga lah aku kena durr thani. Aku tak sebijak kau...” jawab Kasim kecewa.
Menjelang musim peperiksaan akhir, selepas diumumkan keputusan, sering kita dengar dialog dua wajah seperti di atas. Dialog seorang yang lulus cemerlang, dan dialog seorang yang tidak lulus dalam peperiksaannya. Seringkali yang berjaya akan tersenyum dan mengucap syukur, dan sering kali yang gagal akan bermasam muka dan menyatakan ‘bukan rezeki aku’ dan ‘mengapa aku?’
Mengapa Aku Yang Gagal?
Gagal? Persoalan pertama, siapa kata anda telah gagal? Katakanlah kepada diri sendiri, anda tidak gagal, tetapi belum lulus lagi. Keduanya, anda belum gagal kerana anda masih mempunyai peluang kedua untuk menebus ‘kegagalan’ itu di dalam peperiksaan Durr Thani. Persoalan ketiga, mengapa anda? Hayatilah firman Allah dalam Surah al-Baqarah, ayat ke 286, “Allah tidak akan membebani seseorang melainkan dengan sesuatu yang sesuai dengan kemampuannya”.
‘Kegagalan’ itu adalah satu ujian yang Allah telah jamin, bahawa ia pasti boleh ditanggung oleh anda. Sahabat anda yang lulus dengan mudah sepatutnya berasa iri hati dengan anda kerana Allah tidak membebani mereka dengan ujian ‘kegagalan’ dalam peperiksaan, kerana Allah Mengetahui bahawa mereka tidak mampu menanggung ujian itu sepertimana anda menanggungnya.
Jom kita lihat pula, bagaimana manusia hebat menghadapi ‘kegagalan’ mereka. Satu contoh yang sangat popular, dibawakan oleh Thomas Alva Edison (1847-1931) apabila berjaya mencipta sebiji mentol hanya selepas gagal dalam beribu kali cubaan, katanya, “Saya tidak gagal! Saya cuma menjumpai 10,000 cara membuat mentol yang tak menyala.” Ya benar, ‘kegagalan’ dalam peperiksaan Durr Awwal adalah peluang untuk anda membaiki kesalahan anda agar tak diulangi dalam peperiksaan Durr Thani.
Apa Aku Nak Buat?
Memang benar, kegagalan yang tak diduga akan mengundang sedikit renjatan kepada semangat kita sebagai manusia biasa. Ya, kita bukan Malaikat mahupun Nabi. Sedangkan Nabi Muhammad s.a.w juga pernah diduga dan baginda bersedih. Namun, kesedihan itu diredakan oleh Allah dengan firmanNya, “..dan janganlah kamu bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita..”. Jadi, apakah langkah anda seterusnya?
1. Jangan sesekali berputus asa, bak kata pepatah Inggeris “A quitter never wins, and a winner never quit”. Putus asa adalah sikap manusia yang tidak beriman dan tidak berpegangan. Tapi, menangis bukanlah tanda berputus asa, maka berilah masa kepada diri anda sendiri untuk menangis seketika sekadar melepaskan ketegangan. Tapi, ingat, menangis sekejap sahaja, bukan setiap hari! Sekali sahaja.
2. Stop worrying and get to work! Punca jatuhnya semangat seseorang selepas ‘kegagalannya’ adalah kerana terus menerus risau. Ingatlah, sikap risau tak tentu hala tidak akan menyelesaikan masalah. Duduk tenanglah seketika dan mula bermuhasabah. Apa yang perlu aku perbaiki, dan apa lagi yang perlu aku study…
3. Fokus. Buat masa sebulan ini, lupakanlah seketika gangguan-gangguan yang menghalang kita untuk fokus. Hanya untuk sebulan sahaja! Facebook, movies, games, dan sebagainya. Korbankan masa sebulan anda untuk fokus untuk kesenangan anda sepanjang tahun hadapan, dengan tidak mengulang mana-mana subjek. Fokus juga tidak berguna jika strategi belajar anda tidak betul. Gunakan waktu ‘prime-time’ anda untuk menghafal dan membaca fakta. Kajian menunjukkan waktu pagi adalah waktu terbaik untuk otak anda menyerap sebanyak maklumat yang mungkin. Kedua, waktu malam, selepas maghrib. Jangan gunakan 2 waktu ini selain untuk study.
4. Prioriti. Utamakan yang lebih utama. Ingatlah, bukan semua yang terdapat di dalam buku akan ditanya di dalam peperiksaan. Dalam perubatan, hanya soalan yang penting dan ‘medically relevant’ sahaja yang akan ditanya. Terutamanya subjek pra-klinikal. Janganlah anda menghafal bersungguh-sungguh fakta yang tidak pernah ditanya dalam mana-mana peperiksaan, ia hanya akan membebankan otak anda. Bagi mengetahui soalan mana yang paling kerap ditanya, caranya mudah sahaja. Buatlah soalan-soalan ‘past years’. Mahirkan soalan-soalan tersebut, dan insyaAllah, anda akan mampu menjawab sekurang-kurangnya 80 % daripada soalan peperiksaan. 80% sudah cukup bagus kan?
5. Komunikasi. Cara yang terbaik untuk melepaskan ketegangan dan kesedihan adalah dengan meluahkannya. Masalah kebanyakan pelajar-pelajar yang ‘kurang cemerlang’ adalah tidak berkomunikasi dan memendam rasa. Carilah rakan anda yang masih berada di Mesir, dan berbincanglah dengan mereka. Luahkan masalah anda. Jangan malu dan ego untuk memohon bantuan dari mereka. Dan yang paling penting adalah, hubungi ibu bapa anda. Mintalah doa daripada mereka dan perbaikilah hubungan dengan mereka. Doa ibu bapa adalah yang paling mustajab buat anak-anak, insyaALlah.
6. Kenal pasti 3 perkara. Pertama, kenal pasti rakan anda yang turut sama gagal dalam subjek tertentu, dan bersama-sama mereka membuat kumpulan belajar. Bincangkan bagaimana untuk ‘score’. Kedua, kenal pasti kesilapan-kesilapan yang anda lakukan dalam peperiksaan lalu. Mungkin anda gagal kerana bangun lewat dan datang lewat ke dewan peperiksaan. Mungkin anda terlupa menelaah soalan ‘past years’ dan membuat latihan MCQ. Atau mungkin juga anda belum meminta maaf daripada rakan anda setelah menyakiti hatinya? Ketiga, kenal pasti gangguan yang menghalang anda untuk berjaya, dan tinggalkan gangguan itu. Contohnya, FB, movies, etc..
7. Tingkatkan kualiti Solat dan Doa anda. Pasti ada sebabnya Allah berfirman dalam Surah al-Mukminun, ayat 1 dan 2, “Sungguh berjaya orang-orang beriman, iaitu orang yang khusyuk dalam solatnya..”. solatlah di awal waktu dengan khusyuk, insyaAllah, Sang Pemberi Kejayaan akan memberikan kejayaan besar buat anda!
Bolehkah Aku?
Seringkali, ‘inferiority complex’ menjadi penghalang seseorang untuk berjaya. Bukankah Allah berpesan, dalam Surah az-Zumar, ayat 53, “…dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah…”. Sejak dari mula kita(sperma) dirembeskan ke dalam rahim ibu, kita sudah ‘menjuarai’ perlumbaan menuju ovum. Semenjak dari itu, kitalah juara segala-galanya, sehingga kita dilahirkan sebesar tapak tangan, membesar sehingga sebesar 50 tapak tangan! Adakah anda rela, ‘kegagalan’ anda di dalam peperiksaan Durr Awwal menjatuhkan semangat juara yang telah anda bina sejak dari dalam perut ibu anda?
Ingatlah, kita dijadikan oleh Allah dengan adil dan saksama. Semua manusia sama. Hatta pensyarah anda juga bukanlah lebih hebat dari anda, dia cuma dilahirkan awal sedikit berbanding anda untuk ‘berjaya lebih awal’ dari anda. Hanya yang membezakan kita adalah iman, dan semangat untuk terus berjaya.
Firman Allah, dalam Surah al-Ankabut, ayat pertama dan kedua, “Alif Laam Miim… Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan berkata “kami telah beriman” tetapi mereka tidak diuji?”. Ya, ujian yang menimpa anda adalah peluang anda untuk meningkatkan tahap iman anda. Jadilah manusia hebat dan berbeza dari manusia biasa, dengan menghadapi ujian ‘kegagalan’ ini dengan sabar. Anda boleh!
Bolehkah aku? Tanya sekali lagi soalan ini, dan ikutilah beberapa langkah di bawah,
1. Bayangkan diri anda 10 tahun akan datang. Adakah anda akan menjadi seorang doktor pakar berjaya bersemangat tinggi atau sekadar menjadi seorang yang telah patah semangat 10 tahun dahulu.
2. Lihat orang sekeliling anda. Ramai yang boleh melakukannya, dan berjaya dalam peperiksaan dan dalam kehidupan mereka. Mengapa anda yang mempunyai anggota badan dan otak yang sama dengan mereka, tidak boleh berjaya juga? Perhatikan usaha keras mereka selama ini. Sekadar berkongsi pengalaman 2 orang doktor pakar, pertama, Dr. Hatta Shaharom Dekan CUCMS. Kedua, Dr. Wan Halimaton Ketua Jabatan O&G Hospital Serdang. Kedua-dua mereka pernah mengulang tahun di waktu under-graduate mereka. Tetapi, dengan mengulang subjek-subjek tertentu, menjadikan kefahaman dan minat mereka 2 kali ganda lebih dari mereka yang tidak mengulang. Jadi, tidak ada alasan lagi untuk anda berputus asa!
3. Bayangkan, anda akan menjadi seorang ibu atau bapa suatu hari nanti. Tentu anda tidak mahu anak anda dengan mudahnya berputus asa dan hanya membiarkan ‘kegagalan’ dalam peperiksaan Durr Awwal tanpa menggandakan usaha menghadapi Durr Thani. Mintalah doa dari ibu bapa anda, kerana mereka sangat mengharapkan kejayaan anda di bumi Mesir ini.
4. Betulkan persepsi minda anda. Mulalah berfikiran positif bahawa anda adalah rajin dan bijak, bahawa peperiksaan Durr Thani ini anda akan ‘kuasainya’. Percayalah segalanya bermula dari fikiran anda. Janganlah dengan mudah berputus asa dari rahmat Allah, kerana itu menunjukkan anda bersangka buruk dengan Allah. Ingat lagi kan firman Allah Surah az-Zumar ayat 53?
Memetik kata-kata Dr. Norman Vincent Peale, perintis teori ‘Positive Thinking’, katanya,
“Believe you are defeated, believe it long enough, and it is likely to become a fact.”
Suka juga saya memetik The Law of Porgression oleh Andrew Matthews,
“Any progress consists of ups and downs. Watch a tree grow. It grows some leaves and a storm comes along and blows some away. It grows more leaves and another storm comes along and blows some away. Watch the stock markets or the tides at the beach. There are ups and downs. Quitters don’t understand this. They figure that progress should all be one way up. As soon as they slide a little, they think the game is over and they give up. Understand the progress principle and etch it in your mind. It might change your life.”