Cliche

Monday, June 28, 2010 by aiyqosim
BismillaahirRahmaanirRaheem...

Assalamu'alaykum wbt.

Selawat & Salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.


28 Jun 2010, blog ini secara rasminya dibuka. Ahlan wa Sahlan diucapkan kepada Ahmad Ibrahim Yahaya kerana anda seorang yang membaca blog ini setakat ini, dan juga kepada semua yang sudi singgah ke blog ini.

Macam tajuk di atas, entry pertama adalah 'cliche' untuk semua blog sebab tidak ada blog yang tidak mempunyai entry pertama. Maka, saya jamin, anda semua dah boleh agak apa yang tertulis dalam entry ini.


Kenapa Buat Blog?

Pertama, sebab satu hari lepas SC(Smart Circle), Pudin (bukan nama sebenar), salah seorang ahli SC telah berkata, "Baem, aku cabar ko buat blog..". Maka dibuatlah blog ini.

Kedua, ramai orang dah ada blog & boleh tulis apa-apa yang nak ditulis. Kalau bermanfaat, betul niatnya, dapat pahala kot insyaAllah.

Ketiga, saya ada tulis beberapa artikel, tapi diterbitkan dalam media yang bukan saya punya, macam AHS*N NAS(no offense). Tiada kebebasan penuh, maka kalau medium sendiri, lebih bebas. Plus, boleh jadi medium perkongsian, networking, dsb..

Keempat, saya mendapat idea dari al-Imam Ibn al-Jauzi rahimahuLlah, melalui kitabnya, Soidul Khaatir. Beliau menulis segala pengalaman & buah fikiran serta ilham beliau dalam buku untuk panduan manusia generasi akan datang. Yalah, beliau ulama' hebat, tapi, at least kita sebagai manusia hina ni bolehlah cuba mencontohi usaha untuk menyebar idea seperti para ulama' buat..


Kenapa Ibnu Ir. Yahaya?


Jujurnya, saya tak tahu nak letak tajuk blog ni apa. Teringat blog Ustaz Mujahid Perak, & kebetulan ayah saya juga Ir. Yahaya, so ciplak lah nama tu.. :)

Sekian dulu kot. Entry 'cliche' tak boleh panjang-panjang, nanti bosan dibuatnya. Semoga blog ini bermanfaat & usaha ini berterusan..


Wassalam~

Posted in Labels: | Comments
Related Posts with Thumbnails

Apture