Ingat Kau Seorang Saja Medical Student!!

Friday, September 24, 2010 by aiyqosim
Arrogant self-centered jerk!


Sambil-sambil cuti raya, pagi-pagi selalu dengar IKIM.fm, slot tazkirah pagi. Tertarik dengan satu cerita yang disampaikan seorang ustaz tu, tak pasti namanya, Ustaz Ghazali kot...


Kisah cendekiawan dengan pendayung perahu

Di satu zaman, ada seorang cendekiawan. Di zaman itu, cendekiawan adalah seorang yang mulia dalam masyarakat dan dipandang tinggi. Satu hari, si cendekiawan hendak mengajar di satu tempat yang memerlukan dia naik perahu untuk sampai. Beliau pun menaiki mengupah seorang pendayung perahu untuk membawanya ke situ.

Sambil-sambil mendayung dalam perjalanan, si cendekiawan bertanya kepada si pendayung tadi, "Saudara, kau tahu membaca?". Si pendayung tu pun tersipu-sipu lalu menjawab, "Aku tak tahu...". Si cendekiawan berkata, "Sesungguhnya kau dah kehilangan separuh kehidupan kau.."

Masa berlalu, si cendekiawan bertanya lagi, "Saudara, kau tahu menulis?". Si pendayung menjawab, "Tak tahu..." Jawab si cendekiawan, "Sesungguhnya, kau dah kehilangan separuh lagi kehidupan kau!". Si pendayung senyap sahaja.

Masa berlalu lagi, tiba-tiba, perahu yang dinaiki mereka bocor di tengah perjalanan. Si cendekiawan tadi mula menggelabah. Maka tanya si pendayung, "Tuan, kau tahu berenang?". Jawab si cendekiawan, "Isy, saya tak pernah berenang pun seumur hidup saya!". Maka jawab si pendayung, "Sesungguhnya, kau dah kehilangan SELURUH HIDUP kau!"


Si cendekiawan tadi memang bijak pandai dan disanjung tinggi, tetapi mempunyai sifat berlagak sombong. Bahkan sebenarnya dia telah menunjukkan ke'bodoh'annya dengan menghukum si pendayung tadi sebagai 'orang yang tiada ilmu'. Mungkin si cendekiawan tadi rasa dia sudah cukup pandai, tetapi dia tidak tahu pun erti ilmu dan kehidupan sebenar! Bukankah berenang(sebagai contoh) itu pun ilmu dan kemahiran?

Mudah sahaja, memetik kata-kata Sayyidatuna Aisyah RA,

"Barangsiapa merasakan dirinya berilmu, maka bermulalah kejahilannya".


Ya benar, lagi banyak anda sebut tentang kelebihan DIRI ANDA SENDIRI kepada orang, lagi jauh diri anda daripada sifat kelebihan tersebut. Kerana orang yang pandai tidak perlu memberitahu orang lain bahawa "Saya pandai!". Orang yang dihormati takkan perlu memberitahu,"Hoi, saya ni dihormati, maka anda kena hormat saya!". Begitu juga orang yang hebat, tak perlu memberitahu orang lain, "Saya hebat!" kerana sifat dan akhlaknya yang menentukan dia hebat atau tidak.


Perkongsian Dr. Amaluddin

Saya teringat satu cerita benar hasil perkongsian pengalaman seorang doktor pakar kanak-kanak, Prof. Dr. Amaluddin Ahmad, ada seorang anak patient, berlagak macam pandai depan doktor pakar yang merawatnya. Macam-macam ditanya. Macam-macam juga dipersoalnya, "Ni apsal macam ni..." "Ni apasal tak macam ni...." dan sebagainya. Sekali doktor tu tanya satu soalan je, apa beza NS(nephrotic Syndrome) dengan AGN(Acute Glomerulo Nephritis)? Ha, tergamam budak tu, rupa-rupanya sebiji macam peribahasa Melayu, cakap berdegar-degar, tahi tersangkut di gelegar!


Dr. Amaluddin, HUSM, CUCMS, PPIM


Memang selalu kita jumpa the so called 'medical student yang kononnya bijak pandai' ni, gayanya mengalahkan doktor-doktor. Ya lah, mestilah kena 'up' sikit. In fact, pernah saya jumpa ada yang bercakap gaya macam power dah, faham-faham lah, gaya dah macam post-grad dari oversea. Rupa-rupanya baru nak fly untuk masuk tahun 1 Medicine di Egypt! Belum masuk kuliah pun lagi... Takpa, bagi can laah~ =)


Cashier pasaraya Giant & saya

Jujurnya, the triggering factor saya menulis tajuk ini adalah, bila satu hari saya membeli barang dapur di Giant, saya tengok cashier buat kerja, "Isy, kalau takda cashier ni, macam mana laa, orang-orang Bangi nak beli barang kat pasaraya..." Ya betul! Macam mana lah profesor-profesor nak beli barang? Macam manalah doktor-doktor nak beli barang? Macam manalah engineer nak beli barang? macam manalah orang-orang kaya nak beli barang? Macam manalah wakil rakyat nak beli barang?


Maka moralnya, tiada gunanya kita berlagak sombong biar apa pun profession kita, biar apa pun bidang kita. Percayalah, tiada orang di dunia ni yang suka mendengar kata-kata orang yang berlagak sombong dan suka meng'express'kan kehebatan diri sendiri, kerana saya jamin, anda yang membaca entry ini tentu meluat berhadapan dengan orang macam ni. Kalau anda tak suka, maka orang lain pun tak suka kalau anda buat begitu.

Dan ingat, saya pun tak terlepas dari gejala ini, so ampun maaflah kalau ada yang terasa.

Memetik kata-kata saya dalam entry الحر حر والبرد برد ,


Do not act to be seen superior in front of human, but do something to be seen noble in front of Allah.



Allahu A'lam


Wassalam~

nice poster~

2 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum. Bkn niat sy nk mengutuk, tp nak menegur. Sy hanyalah student nurse yg x standing dgn medical student ni. Nak dijadikan cerita, sy time tu posting kat ED Hosp Sg Buloh. Time tu sy nk insert IV cannula.. First attempt x brjaya sbb vein kecik. Pastu try skli lg, masa tu student medical dtg dan dgn muka brlagak nyer tnya sy, "first time ke buat dik". Sy hanya jwb ya. Lps tu dia try buat plak, 3 kali attempt, dan 3 kali tu jugak x berjaya. Berlagaknye Tuhan je yg tahu. Sy tahu anda luas pgtahuan, tp x perlu nk brlagak smpai cmtu. Kalo nk cerita byk je pglmn buruk dgn student medical kt sini. Tp wat x tahu je..

Anonymous said...

mohon share

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Apture