OMG, Borak-borak Orang Gua

Sunday, September 5, 2010 by aiyqosim
*Bersempena hari ke 27 Ramadhan, ingin saya kongsi satu kisah. Kisah di bawah adalah kisah benar, berlaku sekitar bulan Mei, serta diolah sedikit sebanyak susunannya bagi bacaan anda semua. Berlaku di rumah saya, "Beit Syabab al-Mansyuud"(nama yang tak boleh blah~) di Sayyedah Zainab, Kaherah.


Waktu siang di musim 'study leave' untuk final exam. Saya keluar dari bilik untuk mengambil udara di ruang tamu dan duduk berehat di sofa. Tiba-tiba saya ditegur oleh room-mate saya Juwe,

"قال قآْئل مّنهم كم لبثتم"


Saya pun terpaku barang sesaat dua. Juwe ni cakap dengan siapa? Tiba-tiba cakap Arab. Takda orang lain lagi di situ. Fikir-punya fikir, hmmm... Kreatif juga sahabat seorang ni, "..ada saja nak mem'bahan' aku musim-musim exam ni..."


Sebab dia nak main dulu, maka saya pun jawab balik,

"قالواْ لبثنا يوما أو بعض يوم"


Juwe pun terus jawab balik,

"قالواْ ربّكم أعلم بما لبثتم...(sampai habis ayat)"


Saya lupa pulak nak jawab apa lepas tu. Senyap kejap barang sesaat dua lagi, mmm, lepas tu saya jawab,

"ولبثواْ فى كهفهم ثلث ماْئة سنين وازدادواْ تسعا"


Rupa-rupanya Juwe telah memerli dengan halus. Biasalah, menjelang final exam, waktu study, semua orang senyap, ambil 'kawasan' masing-masing, Juwe suka study luar bilik & saya study dalam bilik. Pada pintu bilik ada tertampal,


- SEDANG BERTAPA, TQ -



"Beit Syabab al-Mansyuud". Nama rumah ni perlu ditukar sebab maksudnya saangat 'tak bleh blah'. Dari kanan, Hazwan, Fais, Moji, Juwe, Ibrahim


Dialog di atas tadi adalah dialog kisah dalam al-Quran daripada Surah al-Kahfi, ayat 19 dan ayat 22, mengisahkan tentang pemuda-pemuda beriman yang bersembunyi dalam gua daripada pemerintah yang sangat zalim... Allahu A'lam...(BTW, jom kita amalkan Surah al-Kahfi di pagi Jumaat, sangat banyak berkatnya dijanjikan Nabi S.A.W)


Saya teringat bilamana syuyukh di Mesir atau di mana-mana tempat, terutamanya orang bangsa Arab, percakapan & perbualan mereka majoritinya adalah ayat-ayat al-Quran, Hadith nabi S.A.W, Ithaar Sahabat R.A, pepatah Tasauf, Kata-kata Ulama', dan Pepatah Arab. Maka, mereka dengan tak langsungnya, memastikan setiap perkataan mereka itu tidak lagho dan sentiasa benar lagi manis didengar. Saya rasa, itulah rahsia alim ulama', bagaimana mereka menjaga lidah mereka. Mudah saja, hanya perlu 'bercakap dengan Bahasa Al-Quran'.


Alhamdulillah saya sempat hadir ke kuliah As-Syeikh Al-Imam Ad-Duktuur Ali Jum'ah, Mufti mesir sekarang, sebanyak 2 kali, itu pun secara kebetulan, satu di Masjid Sultan Hasan, satu di Masjid Ar-Rahman Ar-Raheem(dekat dengan ARMA). Beliau berceramah macam biasa, macam orang lain. Tetapi 90% ayat yang beliau guna adalah diambil daripada ayat al-Quran atau Hadith atau pepatah Tasauf atau kata-kata Ulama. Teringat kisah di zaman Sayyiduna Umar R.A, ada seorang perempuan yang dah 40 tahun tidak bercakap melainkan dengan ayat al-Quran.



Syeikh Ali Jum'ah, tiap kali bagi kuliah, beliau hanya bawa senaskhah al-Quran sahaja


Kita sebagai orang yang jauh dari Ulama', sekurang-kurangnya, perlu kita jadikan perkataan-perkataan yang baik sebagai zikir harian kita. Perkataan yang ada dalam al-Quran, dalam Hadith, atau yang ada menyebut nama Allah, dan sebagainya. Jadikan lidah kita basah dengan kalimah-kalimah seperti itu...



Bila orang melakukan sesuatu yang baik kepada kita, kita kata, "Terima kasih, JazakaLlah Khair" , semoga Allah membalas dengan sebaik-baik balasan, samalah macam kita kata, "I appreciate that..Thanks."

Bila orang berbudi kepada kita, kita kata, "BarakaLlahu feek" , Allah memberkati kamu, samalah macam kita kata, "God bless you."

Bila orang sakit, kita kata, "SyafaakaLlah" , Allah sembuhkan kamu, samalah macam kita kata, "get well soon."

Bila berjumpa, kita kata, "Assalamu'alaykum" , salam sejahtera ke atas kamu, samalah macam kita kata "hai, hello~"

Bila berpisah, kita kata, "Ma'a s-salaamah" , semoga selamat, atau "Robbuna ma'aak" , Allah bersama kamu, samalah macam Obe Wan Kenobi kata kepada Sky-Walker dalam Star Wars, "May the force be with you."


"May The Force Be With You", Darth Vader & Obi Wan


Bila rasa takjub, kita kata, "Maa syaa Allah" , samalah macam kita kata, "Oh My God(OMG)!" atau Mat Saleh kata, "Jesus Christ!"

Bila lupa, kita Selawat, "Allahumma solli 'ala Muhammad S.A.W" , daripada kita mengeji "dammit!"

Bila marah, istighfar, "AstaghfiruLlah al-'Adzeem" , daripada kita mencarut atau "Oh shoot!"



Hadir ke satu kuliah Dr. Yusuf al-Qaradhawi di Masjid Rab'ah. Beliau rendah sahaja, berjalan sangaat lah lambat bertongkat macam orang 70 tahun, tapi bila bercakap, macam orang 30 tahun. memang lantang.

Musim sejuk 2008, di Ma'rad Kutub(Pameran Buku). Syeikh Wahbah az-Zuhaili. Pertama kali dengar nama beliau adalah dalam buku teks Syariah Islamiyyah Form 4, bab Haji kalau tak silap... Rasa segan sebab berjumpa beliau dalam keadaan selekeh. Biasalah, budak tahun 1 lagi waktu tu :)

Syeikh Dr. Yusri, rakan talaqqi Dr. Ali Jum'ah. Seorang Pakar Bedah/General Surgeon, dalam masa yang sama pakar bidang Hadith di Masjid al-Azhar. Kelas Sahih al-Bukhari setiap Sabtu, 11 pagi..


Sedar tak sedar, adab inilah yang Islam ajar, tapi orang Kafir enggan memahami dan mengelak daripada melihat adab Islam yang indah ini. Malah, ada sebahagian orang Melayu Islam sendiri rasa malu untuk mengamalkan perkara ini. Padahal mereka sangat mengagungkan Barat dan nilai-nilai Barat.


Ber'hello-hello' boleh, tapi bagi salam rasa janggal.

Ber'goodbye babai' boleh, tapi 'ma'assalamah' jadi pelik.

Ber 'O-M-G' boleh, tapi kalau sebut 'maa syaa Allah' rasa asing.


Dan sebagainya... Lagi teruk lagi, kalau orang yang langsung takda nilai-nilai Public Relation(PR). Dengan kata lain, takda adab. Dapat duit baki di kedai, tak cakap terima kasih. Orang bagi salam, tak jawab. Jumpa orang muka masam dan statik, macam takda perasaan. Orang minta tolong atau tanya jalan, sesat, kita buat tak tahu.. dan sebagainya...


Kemudian, bila ada orang berpesan, bahawa kita kena menuntut ilmu daripada ulama, semua orang terbayang hukum hudud, sebat, potong tangan, kena pakai serban, dan sebagainya... Ramai yang menyempitkan 'Ilmu dalam Islam'. Ramai juga yang menyempitkan 'ajaran Islam' itu sendiri. Padahal menuntut ilmu dari alim ulama' tu bermaksud, belajar ajaran Islam sebenarnya, belajar adab, belajar bergaul dengan sesama manusia dengan cara baik dalam masa yang sama menjaga perhubungan dengan Allah... Patutlah masyarakat Malaysia sekarang jauh dari kemajuan, jauh dari kestabilan sosio-ekonomi, sangat jauh dari adab & 'common sense', dan macam-macam aspek lagi. Tambahan pula, bila nak bandingkan tahap kemajuan negara, ada 'seorang manusia' tu suka bandingkan Malaysia dengan Bangladesh, memanglah Malaysia Maju!... =)


Memetik kata-kata ulama' berkaitan adab berbanding ilmu,


"1 Dirham ilmu, memerlukan 1 gedung adab"


"الأدب مقدّم للعلم"

"Adab lebih utama daripada ilmu"



"لا ينال العلم إلا بالأدب"

"Takkan dapat ilmu melainkan dengan beradab"


Marilah kita isikan diri kita dengan semudah-mudah perkara, ADAB. Tak perlu saya katakan dengan khusus ADAB ISLAM, kerana ISLAM dalam konteks kehidupan harian adalah ADAB. Banyakkan zikir & selawat, ditambah dengan adab kepada manusia, insyaAllah selamatlah kita.


Akhirnya, Salam Momentum Penuh Akhir Ramadhan!!


Allahu A'lam, Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan :D


Wassalam
Posted in Labels: , , , | Comments
Related Posts with Thumbnails

Apture