BismiLlahirRahmaanirRaheem...
Assalamu'alaykum wbt.
AlhamduliLlah, Selawat & Salam ke atas Nabi Muhammad SAW.
Hari terakhir Ramadhan selalu diingati dan ditunggu-tunggu ramai orang. Sebab utamanya adalah sebab esok insyaAllah 1 Syawal... SHRAMZB!!
*Sila baca hingga habis kalau ada masa, supaya mendapat manfaat insyaALlah...
Semasa mengelap lampu & kipas yang berhabuk sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri 1 syawal, saya rasa sangat susah dan malas untuk mengelap habuk-habuk terlekat pada lekuk-lekuk lampu sebab kawasan tu sempit dan jari tak muat nak masuk. Maka saya bercadang untuk hanya membiarkan sahaja kawasan lekuk-lekuk tu sebab lekuk-lekuk tu sikit saja. "Tak affect kot..."
Waktu rumah baru siap dulu, ramai-ramai satu famili mengecat rumah sama-sama. Kalau dinding tu luas dan rata, ok. senang. Tapi bila sampai kawasan yang lekuk-lekuk dan melengkung, kena 'put on some extra effort' lah. Susah sikit. Maka, saya buat benda tu cincai-cincai saja.
Giliran saya memasak di Mesir, kadang-kadang kalau penat, masak pon lauk 'campak-campak' je. potong sayur besar-besar, semua bahan-bahan, rempah dan rencah pakai 'cuit & campak' saja.
Waktu exam kecil atau kuiz, malam nak exam baru nak selak buku dengan serius. Baca buku pon tak habis, pakai 'tebuk-tebuk' saja. "Alaah, 2 markah saja..."
Hasil semua amalan di atas tu, bila dah siap lap lampu, ada saja yang kena buat balik sebab tak cantik bila hidupkan lampu. Kena la cat semula bahagian yang 'malas nak cat betul-betul' sebelum ni. Makan masakan tu pon, semua tak selera. Bila kumpul-kumpul markah exam yang 'tebuk'tebuk' tu, keputusan tak sempurna dan tak memuaskan. "Besar pulak lubang yang ditebuk...."
Saya juga tulis tajuk blog ini, SHRAMZB, Which stands for, Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin! Mesti ada yang benci saya sebab nak wish Hari Raya dengan penuh pun malas, guna short form jugak. =) thanks bro effy~
Itulah pentingnya ketelitian dan kesungguhan dalam setiap kerja, daripada mengelap lampu hinggalah belajar menuntut ilmu dan bekerja.
Tapi, buat apa ya kita sungguh-sungguh buat benda sampai sempurna? Kan 'nobody is perfect'? "Alaa, kalau kemas rumah, habuk-habuk belakang TV tu bukan ada orang nampak pon...". "Alaa, kalau beza satu dua markah pon, sama je grednya. Lulus jugak...". Ada orang tak study kuat mana pun, tapi still lulus...
Cuba bayangkan...
Cuba bayangkan kalau Allah jadikan kita tanpa salah satu dari komponen dalam darah kita. Platlet ke... "Alaaa, satu komponen je pun... Kan ada berpuluh lagi komponen dalam darah kita?....". Tak pun, tanpa telinga ke, hidung ke, dan sebagainya. Boleh ke kita berfungsi seperti kita berfungsi sekarang ni?
Bukan kah kita selalu baca dalam Surah At-Teen ayat ke-4,
"Sungguh, Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya"
Juga dalam Surah An-Naml ayat ke-88,
"...(Itulah) ciptaan Allah yang mencipta dengan sempurna segala sesuatu..."
Dalam banyak-banyak sifat Allah, ramai dalam kalangan kita suka mengikut sifat-sifat Allah seperti al-Mutakabbir, al-Jabbar, dan sebagainya. Sifat yang hanya layak untuk Allah saja. Kita jadi takabbur, kita jadi manusia yang kasar dan ganas. Tapi selalu kita tinggalkan sifat yang boleh kita contohi seperti penyayang dan menyempurnakan.
Di IPT zaman sekarang...
Patutlah di IPT sekarang, mahasiswa wanita jauh berganda lebih ramai dari lelaki. Contohnya, kalau bagi satu gambar PM kita Dato Seri Najib berucap merasmikan satu majlis, lelaki akan tengok majlis apa yang dirasmikan, dan di mana majlis tu. Tapi wanita akan akan tengok, "eh, songkok dia senget sikit, warna baju kurang sesuai..." "Bunga atas meja tu, kena alih sikit,.." dan sebagainya...(eh, betul ke ek?)
Sebab wanita mengutamakan 'details' yang jarang diambil perhatian oleh ramai lelaki. Ini sebagai satu contoh ringkas dan cepat sahaja. Tak beniat nak menimbulkan isu lelaki & wanita di IPT.
Sempurnakan dirimu....
Berbalik kepada tajuk, saya nak mengajak kita semua untuk melakukan setiap perkara dengan sesempurna mungkin, baik perkara sekecil menyapu lantai atau menyikat rambut, sampailah kepada sebesar-besar perkara seperti belajar, bekerja dan berdakwah. Bukan kulit muka saja nak kena sempurna, sental dengan krim dan 'make-up' setiap hari!
Cuba bayangkan kalau Rasulullah SAW mengajak penduduk Thaif secara 'ala kadar' saja, setelah dibaling batu dan cedera berdarah, baginda tentu tak akan melayan Adas RA, seorang pekerja ladang anggur sehingga Adas mendapat hidayah memeluk Islam, kerana 'dah penat' kena baling batu sebab berdakwah kepada penduduk Thaif yang lain?
Cuba bayangkan kalau waktu Netter melukis biceps, dia malas nak guna warna putih silver yang menunjukkan details tendon, mesti gambar tu tak jadi 'almost perfect' macam yang ada dalam Netter's Anatomy sekarang?
Cuba juga bayangkan kalau Beckam main bola pakai but, tak pakai stocking, rasa-rasanya boleh ke dia berlari 90 minit dan rembat bola macam dia selalu buat?
Dan kita kena buat semua benda sesempurna mungkin, simply because we are MUSLIMS!
Nabi SAW. berpesan,
“Allah sangat menyukai mana-mana hambaNya yang bila melakukan sesuatu kerja dilakukannya dengan sungguh-sungguh."
Kata kuncinya adalah, IHSAN dan ITQAN.
Tak kisah, di depan manusia ke, di belakang manusia ke, segala pekerjaan wajib dibuat sehabis baik, seolah bilamana dibuat pekerjaan tu, kita sedang nampak Allah di depan kita. Itulah IHSAN. Membuat dengan sempurna itulah ITQAN.
Maka lepas ni, janganlah kita asyik 'menyebut-nyebut' kegemilangan Islam di zaman Rasulullah, sahabat, Abbasiyyah, Uthmaniyyah, so on & so forth, sedangkan mereka buat segala pekerjaan dalam hidup mereka dengan sungguh-sungguh, detail, IHSAN & ITQAN, dan kita buat semua benda(bukan pekerjaan sahaja) 'ala kadar' dan 'main-main'. Maka sesungguhnya kita sedang bermimpi indah...
Suka saya memetik satu pepatah Arab,
أترضى أن تكون رفيق قوم , وهم بزاد و أنت بغير زاد ؟Adakah kamu rela menjadi sebahagian daripada satu kumpulan rombongan/ kafilah/ kaum, dan orang lain mempunyai bekal tetapi kamu tiada bekal?
Orang lain di sekeliling berjaya dan menakluki ekonomi dunia dan media, tetapi kita hanya melihat walaupun kita menguasai geografi, bilangan penduduk, dan sumber-sumber bahan asli. Kerana kita kekurangan IHSAN & ITQAN... (Tak dilupakan Iman, dan sebagainya..)
Sekian dahulu, semoga tulisan ini bermanfaat.
Minta maaf minta ampun, Selamat Hari Raya Aidilfitri 1431 H.
Wassalam~