Mak & Beebah

Monday, May 14, 2012 by aiyqosim
Bismillahirrahmaanirraheem,

Alhamdulillahi wassolaatu wassalaamu 'ala Rasulillah SAW...


6 Mei hari lahir Ahmad Idris Yahaya. Dah besar dah si Didi. Besar umur, besar badan. (haha)


8 Mei hari lahir Farhaty Habeebah Ahmad Shuib. Anak dan cucu pertama. Dah setahun dah budak kenit tu. Gigi dah tumbuh, tapi taknak tunjuk.  :)


13 Mei pula Hari Ibu. Macam-macam orang kata tentang Hari Ibu ni. Tapi tidak mengapa lah. Ambil sempena saja lah. Kalau nak ikutkan, hari-hari ibu, sebab setiap hari tak terlepas tanggungjawab si anak terhadap ibunya.


Moga Allah memberkati umur ibu saya, Sabariah Binti Awang Chik. Moga umurnya panjang dan berkat, diisi dengan kesihatan dan kemurahan rezeki, ketenangan dan kebahagiaan bersma keluarga tercinta, dan termasuk dalam kalangan orang-orang soleh, insyaAllah.


Pesan 'ulama' tentang kepentingan para ibu,

"Para ibu adalah madrasah Ummat, jika engkau mempersiapkannya, maka engkau telah mempersiapkan Ummat seluruhnya"


Jika baik ibu-ibu dalam sebuah masyarakat, maka baiklah seluruh ahli masyarakat itu. Alhamdulillah & insyaAllah.


Biar gambar saja yang bercakap. Sementara nak exam hujung minggu ini, perlukan motivasi lebih. Mohon doanya ya.

Wassalam...




Ahmad Idris Yahaya. Apa kejadahnye lah gaya camtu. haha















 gambar latest

"yeay! akhirnya dapat gadjet baru dari Oma!"


Posted in | Comments
Related Posts with Thumbnails

Apture