Kenapa Exist Nyanyi Lagu Oh Ibu?

Friday, August 20, 2010 by aiyqosim
Assalamu'alaykum wbt...


Hari ini, hari ke sebelas Ramadhan, bersamaan 21 Ogos 2010. Zikir & Selawatlah ke atas Nabi Muhammad s.a.w.


Kenapa Exist dengan solo mantapnya Mamat menyanyi lagu "Oh Ibu" yang famous tu? Kenapa tiada lagu "Oh Bapa"?



2 hari lepas, 19 Ogos 2010, AlhamduliLlah, genap sudah 51 tahun masihi mak saya dilahirkan.


Entry ini sebagai sedikit dedikasi sempena hari lahir mak saya, Pn. Sabariah Bt. Awang Chik.



Awal tahun 2010

Terima kasih diucapkan atas kesudian & kesabaran menjadi ibuku selama 20 tahun.

Dan mengajarku kehidupan sebagai seorang Muslim.

Dan memberikan pendidikan secukupnya sampai boleh mambaca menulis dan mengira.

Dan menguruskan hidup dan makan minumku sampai boleh mengurus hidup sendiri.

Dalam masa yang sama sangat sabar mengurus suami, rumah, adik beradik yang lain, anak-anak, dan tugas sebagai seorang guru.


Baru tahu erti sebenar ayat "Hanya Allah sajalah yang mampu membalas budi anda"... Sebab nak membalas perkara yang sama macam yang telah mak saya buat pada saya pun saya tak mampu, inikan pula memberi atau membalas dengan sesuatu yang lebih besar? Hanya Allah saja yang Maha Mampu membalas budi ibu. Anak takkan mampu membalasnya...


Juga baru tahu mengapa balasan syurga dijanjikan kepada ibu solehah. Juga mengapa Rasulullah s.a.w menyebut ibu 3 kali sebelum disebut bapa. Kerana anak-anak 10 orang tak tentu mampu menjaga ibu seorang selama setahun seperti mana si ibu menjaga mereka dari kecil hingga besar selama 30 tahun!


Juga baru tahu hikmah di sebalik Hadith Nabi s.a.w yang mengatakan salah satu pahala yang tak terputus-putus adalah doa anak soleh. Kerana ibu adalah pemain peranan utama melahirkan anak soleh yang kelak akan mendoakannya semula.


الأمّهات هي مدرسة الأولى, اذ اعددتها اعددت الأمّة كلها

Ibu-ibu adalah madrasah pertama/utama, jika kau mempersiapkannya(mendidik & melatih), kau telah mempersiapkan Ummat seluruhnya

-Kata-kata Ulama'-



Dalam Teksi arwah Atuk Awang Chik

Muda remaja


Pn. Sabariah Awang Chik

Suami : Yahaya Bin Ibrahim

Ibu Bapa : Awang Chik & Rakiah

Anak : 6 orang

Ahmad Shuib, HO Hospital Besar Kangar
(Menantu) Zawil Farhiha Razali, HO Hospital Besar Kangar
Ahmad Yusuf, Graduated, Odessa Medical University, Ukraine
Siti Hajar, Faculty of Medicine, Jordan University of Science & Technology
Ahmad Ibrahim, Faculty of Medicine, Cairo University
Siti Nursyuhada, SMK Jalan 3
Ahmad Idris, SMK Jalan 4

Lahir : 19 Ogos 1959

Graduate : BA Hons. Biology, Universiti Malaya

Kerja : Guru Sains SMK Jalan 3, B. B. Bangi

Asal : Masjid Tanah, Melaka

Anak sulung daripada 9




BarakaLlahu feek, semoga berbahagia di dunia dan akhirat, serta ditempatkan di syurga tertinggi insyaAllah...



p/s : can i say, the woman i'm looking for, the one that reminds me the most to my mother. eh, boleh ke cakap macam tu?? :D
Posted in Labels: , , , | 5 Comments »

5 comments:

Anonymous said...

the post scriptum below reminds me to another post somewhere else~

aiyqosim said...

LOL! i think i know who you are, 'Mr. Anonymous'... bet you are right!

Anonymous said...

uuu...noted pasl the woman i am looking for,the one that reminds me the most to my mother..huhuhu.of coz it`s fine.

but always remember,the muslimah u r looking for cannot be compare with ur mother.ur mother is far more super than the muslimah herself.well,she will be SUPER for both of ur children,insyaAllah.

juwei said...

saya pun cari orang macam mak saya :)

tapi ada orang kate x boleh. ni ble kte nak samakan btol2 isteri macam ibu. ntah. malas nak kaji byk2 :D


juweialhaj.blogspot.com

Anonymous said...

salam tuan punya bl0g. eh ibrahim, by any chance kan,ada s0rang cikgu kat maahad dulu, nama dia binti awang chik jugak, dia ajar ge0grafi. is she ur makcik? rasanya nama dia sabariah, tp nanti sama pulak dgn nama y0ur mum.shamsiah k0t, tak ingat. she was 0ne 0f my fav0urite teachers, tapi tiba2 lepas habis cuti hujung tahun lepas f0rm 1 nak naik f0rm 2, tiba2 dia dah tak ada. and lagi satu sbb mcm nmpk muka dia kat dlm album fb br0 yusuf punya engagement.

if s0, kirim salam kat dia.ckp je dari anak murid dia fr0m 8 years back,haha,but seri0usly f0r me,she was a great teacher-smpi terasa/merajuk sebab tiba2 cikgu feberet menghilang with0ut inf0rming.

aimi j,x hamidian.

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Apture