Sayyedah Zainab RA

Sunday, July 4, 2010 by aiyqosim
Assalamu'alaykum wbt.

Assolatu wassalamu 3ala Rasulillah.



Jumaat yang lalu, 2 Julai 2010, Alhamdulillah, berkesempatan Solat Jumaat di Masjid Sayyidah Zainab. Rasanya dah sebulan lebih tak solat di situ, walaupun jarak dengan rumah hanya sekitar 400 meter. Sebab yang kuat menarik saya untuk ke Masjid Sayeda Zainab adalah hampirnya Ulang Tahun Kelahiran Sayyidatuna Zainab RadhiaLlahu 'anha, hari Selasa ni(rasanya lah), 23 rejab. Beliau adalah cucu baginda Rasulillah SAW, dan sangat istimewa kedudukan beliau sehingga pernah Nabi SAW menyebut nama beliau dalam sebuah Hadith(khatib ada baca hadith tu, tapi tak ingat..sorry). Agak pelik, sebab kalau ikutkan catatan sejarah, beliau dilahirkan pada 5 Jamadul Awwal, tapi sambutan yang dibuat 23 Rejab. Allahu A'lam...

Suasana hari Jumaat lepas memang sesak. even datang sebelum azan pun, dah berebut nak masuk masjid. Nak keluar pula satu hal lagi... Masyarakat Islam di Mesir memang terkenal dengan kecintaan & hormat kepada Nabi Muhammad SAW & keluarga baginda (Ahlul Bait).

Memang 'well known' kalau orang Mesir gaduh, nak redakan marah, sebut, "Sollu 'Alan Nabiy!". Kalau terlupa apa nak cakap, berselawat. Nak kira harga barang kat kedai pon selalu yang disebut dulu adalah, "Allahumma Solli 'Alan Nabiy...". Yang tak tahan, kalau nak berseronok bertepuk tangan pun, ada rentak yang 'famous'(student Mesir biasa dengar kot..), "Solli Solli~ ... 'Alan Nabi Solli~ ..." sambil tepuk tangan.

Maka tak hairanlah bila ulang tahun kelahiran cucu kesayangan Baginda SAW, Sayeda Zainab RA, mereka menyambut siap buat khemah kat luar masjid & ada polis jaga. Itu lah antara 'beberapa' perkara yang sangat patut dicontohi oleh masyarakat di Malaysia, yang secara generalnya belum lagi mencapai tahap lidahnya 'raatiban bi dzikr', lazim dengan dzikir & selawat, padahal ramai juga dalam masa yang sama sering berdoa dalam al-Ma'thurat yang 'famous' tu, "Allahumma Inna Nas`aluka lisaanan raatiban bi dzikr"..

Sekadar mengingatkan diri sendiri & anda semua. Tak lupa juga, hari ini pula, 4 Julai, adalah ulang tahun TAMATNYA PERANG HITTIN, menandakan kembalinya penguasaan Islam ke atas Jurusalem Palestin di bawah pimpinan Saladin.(klik)

Sekian dahulu, banyakkan berselawat, kerana dengannya dijanjikan hadiah 10 selawat dari Allah ke atas mereka yang berselawat, dan juga syafaat dari Rasulullah SAW insyaAllah...

Wassalam.



*Gambar di atas di'pukul' sewaktu baru sampai ke Mesir, September tahun 2007 di hadapan Masjid Sayyeda Zainab. So, muka agak 'kejambuan'. Sekian terima kasih.

2 comments:

mohd hazwan bin mohd salleh said...

ni gambar masa duit JPA xcukup lagi..hemo2

Anonymous said...

ini mungkin jawapn kpd :
"Agak pelik, sebab kalau ikutkan catatan sejarah, beliau dilahirkan pada 5 Jamadul Awwal, tapi sambutan yang dibuat 23 Rejab"

~kalau tak salah, saidatina zainab yg dimakamkan di masjid sayyeda zainab ni bukannya cucu Nabi, tapi yg pasti, keturunan Nabi Muhammad SAW (mungkin cicit etc...) sebab tulah xsama tarikh lahirnya..nama saidatina zainab ni sama dgn nama cucu Nabi kita, iaitu Saidatina Zainab juga.Allahua3lam~

p/s: boleh rujuk sejarah @ mana2 ustaz, tapi apa yg ana cakapkan kat atas ni kata2 seorg egyptian..

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Apture