*AMARAN! : sila baca tulisan ini sampai habis sebelum membuat andaian terhadap penulis... ini adalah pandangan peribadi penulis...JazakumuLlah...
Saya nak kongsi satu kisah benar yang menyebabkan tercetusnya tajuk entry ini dalam kepala saya.
Satu petang, mak saya memandu kereta Toyota Vios, berhenti di satu traffic light depan Balai Polis Kajang. Tiba-tiba, ada bunyi yang 'best' dari belakang kereta. ada rasa macam gegaran. lah, tak pasal-pasal belakang kereta dah kena sondol dengan sebiji lori. habis kemek, bonet tak boleh tutup.
Di Tempat Kejadian
Maka mak saya keluar & panggil mamat driver lori tu, orang India Saravanan(bukan nama sebenar) namanya. "Akak, sorry, brek tak makan.." katanya dengan selamba. Memang jelas dia salah. So, sama-sama setuju nak ke balai(yang tak sampai 100 meter dari situ) buat report. Mula-mula enjin lori tu tak boleh start, so, mak saya ke balai dulu, toleh punya toleh, "eh, dah lesap lori tu!".. Nasib baik ada snap gambar nombor plat.
Di Balai Polis
Mak saya buat report. Sarjan bertugas bahagian 'accident' adalah Sarjan Ishaq(bukan nama sebenar). Sebab lori tu tak datang report, so, balai kena siasat & keluarkan surat saman(berdasarkan gambar nombor plat) dalam masa 24 jam. Kereta dah hantar bengkel. Dah siap baiki tapi tak boleh ambil sebab tak bayar lagi. Tak bayar lagi, sebab tunggu insurans dari lori yang bersalah tu. Tak dapat insurans dari lori tu sebab dia tak report. Bila tak report, siapa punya kerja nak keluarkan surat saman??? Tak lain tak bukan, POLIS. lepas 6 hari, masih tada surat saman, mak agak tak puas hati, habis Sarjan tu kena 'bahasa' dengan mak saya. Nak tahu apa respon dia?? "Eh, akak ada buat report ke?". Mesra Cepat & Betul, ooo yeah~ ;) (no offense, itu sikap peribadi dia, tak boleh salahkan PDRM as a whole).
Di Bengkel
Janji kereta siap 3 hari, seminggu tak siap lagi. Towkeh dia orang Cina, lupa nama dia. Dah siap kereta pon, tak boleh ambil lagi, sebab insurans tak setel. Ada pula dia suruh mak saya guna insurans dia. bukan dia yang salah. Kemudian, Cina tu suruh bayar guna duit mak saya sendiri kalau nak release kereta tu, sementara tunggu insurans. Haih~ RM 2800 bukan sikit...
Dengan Bos Driver Lori Yang Melanggar
Bila telefon bos kepada lori yang Saravanan bawa tu, dia orang Melayu, Zul namanya(bukan nama sebenar). Ada pula dia melenting & marah balik mak saya, "Saravanan tu yang langgar kereta akak, bukan saya. Apasal saya pulak kena bertanggungjawab?". Mak saya cakap dengan baik, tak makan. Akhirnya, mak saya kata, "Ini ke Melayu? Sama Melayu buat macam ni, busuk hati..". Iyalah, gaya cakap macam bos besar, padahal dia kerja bawah kontrak SYABAS. bukan bos besar. Umur 30-an baru. Mak saya sampai merayu, "Saya ni, tu lah kereta saya, kalau takda, macam mana nak pergi kerja?".. Si Zul ni siap gertak lagi, "akak nak report, report lah, nak saman, saman lah. lantak lah..". Aik? siapa mangsa & siapa salah ni? pening2...
Sampai sekarang, takda surat saman dikeluarkan(dalam proses kot insyaAllah.. husnuzzon), & mak saya membayar guna duit sendiri dulu & menunggu insurans syarikat lori tu untuk 'cover' bayaran bengkel tu, then barulah duit mak saya akan dikembalikan. Tapi, apa-apa hal pun, kena ada surat saman dulu insurans lori tu bayar...
Beberapa perkara timbul dalam kepala saya yang harap-harap boleh diambil pengajaran.
1) Agak-agaknya, macam mana dengan keberkatan si Zul tu(bukan nama sebenar). Keberkatan hidupnya dengan perangai kasar & tak bertanggungawab? Keberkatan perniagaannya dengan busuk hati & tak profesionalnya? Keberkatan keluarganya, iyalah dia baru 30-an, keluarga baru nak membesar, anak masih sekolah rendah lagi. Sikapnya membuatkan orang meluat & menyampah. Manusia akan sentiasa menyumpah dia dan keluarga dia, di mana berkatnya?
2) Berhati-hati & jangan mudah tertipu. Pengalaman adalah guru terbaik! Maka rugilah orang yang tak pernah keluar melihat & merasai cabaran dunia, hanya duduk dalam alam maya depan komputer atau games & movies sahaja.
3) Selalu keluar dari mulut kebanyakan kita,
"Macam ni ke orang Melayu? Bisnes, sama Melayu pun hasad dengki. Patutlah Melayu bisnes selalu lingkup!". Melayu berbisnes dikaitkan dengan tak pandai bisnes, busuk hati, & gulung tikar, dsb...
Atau, "Keling bawak lori, macam orang gila! Mabuk!". Orang India sering dikaitkan dengan ganas, tak beretika, gaduh, mengjengkelkan, dsb..
Atau, "Tu lah Cina, nak kapak orang Melayu la tu! Dia paksa kita pergi bengkel dia, pukul harga cekik punya..", "Cina kalau sama-sama Cina, punya baik. Kalau dengan Melayu, kapak habis..". Cina dikaitkan dengan tipu helah, kaut untung, mulut manis tak serupa bikin, dsb...
Atau, "Polis, tu lah, takda duit kopi, tak jalan...". Mesra Cepat & Betul~
Apa pendapat anda? Cukup racist tak saya? Even dengan Melayu pun x puas hati jugak. Personally, inilah dialog-dialog yang pernah & biasa saya dengar. TAPI, kita tak perasan yang kita ni sering buat gejala GENERALIZATION!!! Generalization adalah menyamakan semua ahli dalam sesebuah kumpulan itu berdasarkan sikap salah seorang individu dari kumpulan itu. Saya personally juga sering jumpa orang Melayu yang sangat profesional dalam berniaga & bisnesnya maju. Ada juga orang Cina yang sanggup tolong orang Melayu bisnes, & ada orang Cina yang jujur dalam bisnes. Ada saya jumpa orang India yang lembut & baik hati. & kebanyakan polis yang saya jumpa ikhlas & profesional dalam bekerja.
Point saya adalah, manusia minda kelas bawahan sering buat dua perkara ni, GENERALIZATION & RACISM. Setiap manusia perlu dinilai seadil-adilnya berdasarkan dirinya, bukan sebab dia berbangsa X atau Y. There's no point being a racist, seing your race better than others. Everybody is liable to do mistakes.
Tiada gunanya perjuangan berteraskan bangsa, kerana perjuangan sebenar berdasarkan Islam. Tetapi, sebagai orang Islam, bangsa sendiri wajib dibangunkan & dipertahankan. kalau Melayu Muslim, wajib membangun & mempertahankan hak bangsa. Kalau Cina Muslim, juga wajib membangunkan bangsanya serta mengajak lagi orang memeluk Islam, begitu juga kaum India. Sebab Rasulullah SAW juga menyebut-nyebut & mengakui bahawa beliau dari bangsa Arab Bani Hasyim. Baginda juga tak membenarkan tanah orang Parsi dijual kepada bangsa lain sebagai mempertahankan bangsa Parsi, tapi dalam masa yang sama tidak menafikan hak & kebebasan bangsa lain. Itulah diantara keindahan Islam.. MasyaAllah
Sila jenguk ke YouTube WACANA PERDANA : BOLEHKAH MELAYU BERSATU
Sekian sahaja, maafkan salah silap, & silalah beri pandangan bernas anda. Kisah di atas adalah kisah benar, & tulisan di atas adalah pendapat peribadi saya yang terdedah kepada dosa & kesilapan.
Wassalam
3 comments:
Tetapi, sebagai orang Islam, bangsa sendiri wajib dibangunkan & dipertahankan
Nice :)
hurm,true2...
can't help but wonder nape x rmi org komen d sini.
nice artikel
generalization...
mmg byk berlaku pn..
nice article.. :)
Post a Comment