Post-Exam

Wednesday, June 30, 2010 by aiyqosim
Bismillahi wasSolatu wasSalamu 3ala Rasulillah...

Assalamu3alaykum wbt.


Doctor : A woman come to your clinic with a mass in her breast. What do you suspect?
Me : mmm..endometriosis...?
Doctor : (menjegilkan mata)
Me : Opss, fibrocyctic hyperplasia..mm..fibroadenoma, & breast carcinoma.(sambil tersengih)
Doctor : What about traumatic fat necrosis? What about mastitis?..
Me : urmm..o yes..
Doctor : What about breast abscess?
Me : oo yes yes yes....(sambil tersengih lagi)
Doctor : (dalam hati : ya khereb beit! budak ni study apa ntah kat rumah?? aku tanya aku pulak yang jawab)


Alhamdulillah, 30 Jun 2010, tarikh terakhir final exam tahun 3 Kasr el-Ainy School of Medicine Cairo University. Dialog di atas berlaku sewaktu exam oral pathology. Doktor yang agak ceria & baik hati. Syukur2...

Ada mitos menyatakan bahawa tahun 3 merupakan tahun pengajian paling mencabar bagi pelajar Medik di mesir. Setakat ni, personally, mitos ini saya anggap benar atas sebab :


1) belum rasa tahun klinikal lagi

Waktu tahun satu dulu, rasanya tahun satulah yang paling susah. Kali pertama nak membiasakan dengan istilah Medik, & kali pertama menghafal sejumlah silibus yang agak banyak untuk di'muntah'kan atas kertas exam. Tahun 2 pula, rasa macam paling susah, sebab satu subjek Fisio saja ada 7 topics. Tahun 3 pula, belajar totally different subjects dengan jumlah yang banyak. Tahun depan entah apa pula alasan nak mengatakan tahun 4 tu paling susah ya?


2) jumlah silibus paling banyak setakat ni

Tahun 1 & tahun 2 meliputi Anatomy, Physiology, Histology, & Biochemistry for the whole systems & normal functions the whole body. Tahun 3, dalam satu tahun, silibus meliputi semua yang abnormal untuk satu badan. Ikut lojiknya, it should be the toughest year.


3) Jadual kelas yang agak menyeksakan

Sekali lecture untuk satu subjek, 3 jam. Lepas tu sambung praktikal 2 jam straight. Ramai yang ber reaksi, "WTH? This is rubbish.."


4) masuk ke dewan exam dalam keadaan paling kurang bersedia nak dibandingkan tahun-tahun sebelum ni

No comment. Cuma nak kata, tahap 'bersedia' untuk tahun ni tak macam tahun 2 dulu.


5) paling banyak jawapan yang di'bantai' nak dibandingkan tahun-tahun sebelum ni

No comment juga. Disebabkan ada soalan esei, maka adalah peluang nak 'goreng'. Itu yang dimaksudkan dengan 'bantai'.


6) jadual exam yang ditukar di saat akhir

Jadual exam ditukar tiba-tiba atas alasan H1N1 kononnya. Kami terima dengan hati yang redha. Tapi still tak puas hati. Ramai pelajar tahun 3 Cairo U yang mempertikaikan masa yang diberikan untuk membuat persediaan exam tidak cukup. Jarak masa antara exam Patho dan Microbiology (yang ada 3 buku) hanyalah 3 hari? "its rediculous!!", bak kata Ijut.


Apa-apa pun alasan yang diberi, masa tetap berlalu, exam dah pun berakhir. InsyaAllah, kita semua mengharapkan keputusan yang terbaik untuk semua. Kalau nak bagi alasan, memang takkan sudah & takkan habis idea. Bak kata, anak beranak Covey dalam buku "7 Habits..", be proactive, not reactive. Bukan cari alasan saja, tapi kena proaktif cari penyelesaian. Anyway, Alhamdulillah, habis dah tahun 3. Tunggu result sambil bercuti & bertawakkal.

Sekian, Wassalam...

Posted in Labels: , | 3 Comments »

3 comments:

rem said...

aku nk komen satu je..

shud ai beliv yu ?

aiyqosim said...

man, you should!

musegalo said...

baem saiko lebih..
padaha result mumtaz semace..

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Apture