Akulah Mr. Right!

Sunday, April 10, 2011 by aiyqosim

Situasi 1

Ibrahim kata, "Eh, Nabil, tak cantik pun 'kasut' yang kau tunjuk kat aku tu. Hari tu macam iya-iya je cantiknya kau kata."

Nabil jawab, "Ape tak cantiknya. Tu yang paling hot kot!"

Ibrahim, "....... " sambil mencebikkan muka.


Situasi 2

Ibrahim kata, "Eh, Nabil, kahwin sesama doktor lebih membahagiakan lah! Patut group aku yang menang debate hari tu. Hakim hari tu biased lah!"

Nabil jawab, "Tak, kahwin dengan Ustazah lagi banyak masa, lagi bahagia. Kau tengok lah doktor-doktor yang dah kerja sekarang!"

Juwe mencelah, "Ape lah korang ni, benda basic tu pon tak setel! Kahwin dengan suri rumah lah. Beres belake!"


Situasi 3

Ibrahim kata, "Persatuan mahasiswa ni tak patut wujud. Buat apa semangat-semangat ni!"

Nabil jawab, "Isy, mana boleh cakap macam tu. Habis tu, kesian lah Juwe. Dia dah la exco. Persatuan ni penting."


Bila bercakap dengan manusia, kita sering berhadapan dengan pendapat-pendapat yang tak sealiran dengan pendapat peribadi kita. Ada saja benda yang tak kena dengan citarasa kita.


Lebih-lebih lagi, dengan wujudnya kebebasan bersuara dalam media elektronik sejak satu dekat belakangan ni, manusia lebih terbuka dan berani menyuarakan pendapat masing-masing, dan menyangkal pendapat orang lain.


Laman-laman web atau blog peribadi dan laman web sosial seperti facebook. Media ini menjadi medan perdebatan isu. Medan percanggahan pendapat. Dan tidak melampau jika dikatakan, medan pergaduhan dan penyebaran fitnah.


Akhirnya, kita sering berkelahi dek percanggahan pendapat. Asalnya, dikatakan nak menegakkan kebenaran kononnya. Tapi akhirnya menyebabkan keruh keadaan. Padahal isu yang dibincangkan bukanlah perkara pokok, hanya perkara FURU'. Kemudian datang pula pihak ketiga, keempat dan seterusnya, asalnya nak membetulkan keadaan. Tapi makin memarakkan api.



...menegakkan pendapat...


Kata-kata Imam Malik

Suka saya kongsi kata-kata Imam Malik RA.


ما منا إلا رد و رد عليه , إلا صاحب هدا المقام (وأشار إلى مقام انبى صلى الله عليه و سلم). الإمام مالك رحمه الله

Setiap dari kita(manusia) boleh menolak(pendapat orang lain) dan ditolak(pendapatnya), kecuali pemilik maqam ini, (sambil menunjuk ke arah maqam Nabi Muhammad SAW).


Kita semua maklum, Imam Malik tinggalnya di Madinah. Beliau berkata, semua manusia boleh bercakap dan menyatakan pendapat, tetapi pendapat itu boleh juga ditolak. Kerana manusia bukanlah Rasulullah SAW yang ma'sum. Manusia bukan malaikat.


Manusia Itu Manusia

Ya, manusia tidak sempurna. Tak sentiasa betul.


Maka, tidak salah kita memberikan pendapat kita sendiri, asalkan ianya tidak bertentangan dengan Al-Quran dan As-Sunnah. Dan tidak salah pula kita tidak menerima pendapat orang lain, asalkan bukan kata-kata Rasulullah SAW. Kerana kata-kata Rasulullah SAW semuanya betul dan sahih. Tidak boleh ditolak sama sekali!


Cuma yang perlu kepada perhatian dan penambahbaikan kita adalah, ADAB dalam menyampaikan dan menolak pendapat orang lain. Cakap biarlah beradab. Tulis biarlah beradab. Berkomunikasi biarlah beradab.


Biar mati anak, jangan mati adat adab =)


Jangan sampai kerana nak menegakkan benang yang basah kononnya, ukhuwwah Islamiyyah kita tergadai. Bukan kah dalam AL-Quran Allah berfirman,


"Sesungguhnya orang-orang Mukmin itu bersaudara, maka damaikanlah antara dua saudara kamu(yang berselisih). Dan bertaqwalah kepada ALlah agar kamu mendapat rahmat"

Surah Al-Hujuraat, ayat 10


Kata Kuncinya, BERLAPANG DADA!

Kalau anda kata "Aku lah yang betul! Kau lah yang salah.", maka sesungguhnya anda tidak adil! Sebab dalam masa yang sama, orang lain juga ada yang berkata "Aku lah yang betul! Kau lah yang salah." juga.

Maka, siapa sebenarnya yang betul, dan siapa sebenarnya yang salah? Sebenarnya, there's no such thing. Anda mungkin betul, dan anda mungkin salah. Maka berlapang dadalah, dan faham-memahamilah.



...hatta Pak Menteri juga, mungkin betul, mungkin salah... (gambar hiasan)


Maka, jawapan untuk 3 situasi di atas adalah.... SUBJEKTIF!

Tiada siapa betul, tiada siapa salah. Nak kahwin doktor pon tak salah, nak kahwin ustazah pon tak salah, nak kahwin suri rumah pon tak salah. (Ok ke camtu Nabil? hehe)

Nak kata persatuan tak perlu pon tak salah, nak kata persatuan perlu pon tak salah. (Eh betul ke?)

Nak kata 'kasut' X tu cantik pon tak salah, nak kata 'kasut' Y lagi cantik pon tak salah.


Sekian sahaja untuk kali ini, semoga kita tergolong dari kalangan orang yang BETUL di Padang Mahsyar kelak insyaALlah. Itulah cita-cita kita semua harapnya...


Jazakumullah kheir kerana sudi membaca.


Sedikit promosi laman web, Medicophilic Monh PERUBATAN! Sila klik SINI atau Facebook pagenya di SINI


Wassalam~

Posted in Labels: , , | Comments
Related Posts with Thumbnails

Apture