Alfaiz, Mahathir & Fadzilah Kamsah : Antara 3 Darjat

Thursday, January 6, 2011 by aiyqosim
Bismillahirrahmaanirraheem

Assalamu'alaykum wbt.


Malam ni berlangsung Majlis Solat hajat & Bacaan Yasin untuk budak lelaki Tahun 4 Cairo University. Agendanya macam biasa, Solat Maghrib berjemaah, bacaan Yasin dan doa selamat, ucapan Arif Aizat ketua batch kami, ucapan motivasi special dari Alfaiz, Solat hajat, dan makan-makan.

Benda biasa saja, tapi ada sesuatu yang luar biasa yang kami semua dapat malam ni. Dalam slot motivasi special dari saudara Asyraf Alfaiz, selaku budak yang konsisten Mumtaz 3 tahun berturut-turut, tapi tak pernah kisah nak dapat mumtaz ke tak. Suka saya nak kongsi beberapa isi daripada kata-kata beliau sebagai penanda bermulanya tirai exam mid-year Kasr El Ainy Medical School Cairo University.


Aidilfitri 2007 : gambar bebudak SMAP (Kajang + Labu). Alfaiz 2 dari kanan. Copuk tersesat dari SMAKL, Najib tersesat dari MCKK. hehe


Nota : di bawah ini adalah hanya beberapa points yang sempat saya ekstrak. teks penuh, banyak sangat Alfa cakap. Kena tanya dia sendiri lah kot...


1) Salah Konsep Tentang "Nak Hadapi Exam"

Ramai yang takut bila hadapi exam. Bila exam dah dekat, mula lah menggelabah. Tiba-tiba hormon kita berubah. Tak dan nak keluar bilik, nak jumpa orang. Semua buku dibeleknya.

Tapi, sebenarnya, macam mana nak hadapi exam, adalah dengan melihat exam itu dari satu sudut yang lain. Tapi, macam mana?

Senang saja. Exam bukanlah perkara terbesar dalam hidup kita as a medical student. Exam ni benda kecil saja. Ada yang lebih besar daripada exam. Iaitu visi kita as a future doctor. Kita kena tetapkan siap-siap,

"apa aku akan jadi pada tahun ini? Apa aku akan jadi tahun depan? Apa akan jadi bila aku final year? Apa akan jadi bila aku HO nanti? Apa akan jadi lagi 5 tahun? Apa akan jadi 10 tahun lagi?"


Maka, takda lah kita terlalu obses nak mendapatkan FULL MARK atau PERFECT RESULT atau HIGHEST RANKING dan yang sewaktu dengannya. Kalau kita letakkan visi kita di atas daripada exam kita, kita akan sedar bahawa exam ni simple saja. It's a part of our vision. Part of the journey, bukannya the journey itself.

So, jangan takutlah lepas ni nak hadapi exam ya. =)


2) Comfort Zone

Kita di Mesir ni, berada dalam comfort zone. Kita tiada bangsa lain untuk bersaing (budak Arab?). Di Malaysia, ada orang Cina, ada orang India. Bak kata Alfaiz,

"kita kat Mesir, dapat mumtaz dah kira macam gempak gila. Padahal...(sambung sendiri la ye..)"

Keadaan yang terlalu selesa akan memakan diri kita sendiri. Akan menipu diri kita sendiri. Dirasakan sudah ok, sudah bagus. Dirasakan tenang dan gembira sahaja. Tetapi realiti yang sebenar, kita tak sedar.

Maka, solusinya, mudah sahaja. Pengetahuan umum! Banyakkan membaca. Banyakkan baca surat khabar. Banyakkan baca buku-buku ilmiah. Baca sirah nabi Muhammad SAW. Banyakkan baca kisah-kisah orang berjaya. Banyakkan baca buku-buku self-help. Banyakkan baca AL-QURAN, sebab ayat pertama diturunkan Allah kepada Nabi SAW adalah "IQRA'!" atau "BACALAH!"




3) Tun Dr. Mahathir

Tun Dr. Mahathir menulis dalam bukunya, The Malay Dilemma, orang melayu, sebenarnya ada kekuatan dalam diri mereka. Cuma tak yakin saja. Mengharap orang lain memberi. Menerima sahaja.

Beliau menceritakan dalam blognya pula, bahawa sewaktu belajar Perubatan di King Edward's College di Singapura dulu, "I was qualified, but less qualified". Sebab beliau diterima masuk disebabkan kuota 6 orang Melayu yang diberikan British. kalau nak ikutkan kelayakan, takda orang Melayu dapat masuk waktu tu, semuanya orang Cina. Itu dulu, tapi masih berlaku lagi sekarang. So, takkan kita nak biarkan saja perkara ni berlaku masa kini?




4) Dato' Dr. Fadzilah Kamsah

Dato' Dr. Fadzilah Kamsah cakap, masalah kita adalah, bukannya tiada bakat. Bukannay tiada kebolehan. Bukannya tiada ilmu. Bukannya tiada 'power', tapi TAK YAKIN! Inferiority complex. Sikit-sikit tak boleh. Sikit-sikit tak sanggup. Sikit-sikit tak yakin. Sikit-sikit,

"bagi orang lain lah.."

Nak berjaya, hanya kena think positive! Yakin sebelum, semasa, dan selepas membuat sesuatu. Itu kan konsep tawakkal namanya?




Itulah sedikit sebanyak yang Alfaiz kongsikan. memang bermakna malam ni. ceewah~ Jazakallah kheir...


Kalau cerita pasal 'think positive' ni pula, teringat saya pada Prof. Dr. Muhaya Mohamad. kalau ada masa kosong, taip saja Prof Dr muhaya dalam YouTube, keluarlah videonya. Dengarlah beliau berceramah. Positif, positif, positif! Lepas dengar beliau bercerita, rasa macam jadi budak baik. Positiiiif saja! =)


Tak tahu nak letak mana gambar ni, so post kat sini la ya...


Akhirnya, suka nak promosi the first ever PERUBATAN WINTER CARNIVAL (PWtC) 2011 yang akan berlangsung pada 7-10 Februari ni insyaAllah. Ini adalah kesinambungan daripada Seminar PERUBATAN Kali Ke-3 : Profesionalisme Mac tahun lalu. Tapi, sukacitanya, esok akan mula dibuka pendaftarannya. maka, berlumba-lumbalah untuk mendapatkan tempat sebagai peserta ya! Sila ke LINK INI. =)


Sekian, wassalam


Posted in Labels: , , , | Comments
Related Posts with Thumbnails

Apture