I Love Egypt!

Friday, October 29, 2010 by aiyqosim
BismiLlahirrahmaanirraheem

Alhamdulillah, selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad SAW


Lebih kurang 27 hari tak menulis, sejak sampai Mesir. Tahun ni kali pertama balik lewat ke Mesir atas sebab-sebab tertentu, siap bagi email tunjuk sebab ke Vice Dean Dr. Nadia al-Feky & pegawai JPA En. Hazam lagi! Komitmen tak komitmen... Bila dah lewat, mulalah kelam kabut nak study, buat report visit, dan selesaikan segala urusan yang tertangguh. Tu yang tak sempat nak layan blog tu.

Disebabkan kesian tengok blog ini ditinggalkan begitu sahaja, maka saya nak kongsi sedikit sebanyak seperkara dua. Terlalu banyak perkara yang berlaku dalam masa 27 hari ini, tapi hanya nak berkongsi pengalaman mengikuti Rural Area & Rural Health Care Visit di bawah round Community Medicine & Public Health.

Tempat visit adalah di Shabramant, pinggir Giza. Pandangan saya, tidak lah rural sangat, cuma sub-urban saja. Tapi perkara yang menarik perhatian adalah, realiti kehidupan rakyat Mesir. Ini adalah rakyat Mesir yang sebenar. Kelas biasa, pertengahan. Bagaimana sebuah negara yang di zaman 60-an nya, Presidennya berdiri sama tinggi dengan Presiden Amerika Syarikat dan Perdana Menteri Britain, sekarang, hanya tinggal sejarah. Kemajuan tamadunnya statik sejak hujung 70-an hingga sekarang, sehingga siapa saja yang melihat negara ini berkata, "..dah takda harapan daah...", hatta remaja Mesir sendiri.


Pakcik Soleh, dengan satu isteri dan 2 orang anak, tinggal dalam rumah yang ada satu bilik, satu ruang tamu. Gambar tak banyak, sebab terlalu segan nak ambil gambar keadaan rumah depan brader ni...


Mud-brick


Benda biasa... tahi himar...


Sistem saliran


Lorong di antara apartment


Jual sayur



Peristiwa kedua adalah semasa kami menyertai program larian amal, Race For The Cure yang berlangsung di Piramid Giza, pada 23 Oktober lepas. Ditakdirkan berdiri dalam bas bersama beberapa orang Mesir, 2 dari round Community Medicine Cairo University juga, dan seorang dari American Open University. Hangat jugak berborak dalam bas, topik pelbagai, tapi kebanyakannya berborak tentang kehidupan, budaya, politik, dan sosio-ekonomi di Mesir. Dan mereka dengan bangganya mengutuk secara berjemaah Persiden Hosni Mubarak dan ke'sistem'an yang wujud di Mesir.



pasukan Community Medicine Kasr el-Ainy Medical School Cairo University di celahan ribuan manusia membanjiri perkarangan Piramid. nice condition for droplets infection =)
Waktu menjekakkan kaki di perkarangan piramid, hati kecil mengeluh, "haih, pyramid... again~... bosan laa..."


Kalau anda student di Mesir, cuba ini, bila naik teksi, atau jumpa orang Mesir, borak-boraklah, dan cuba tanya pendapat mereka tentang pilihanraya(intikhobaat) Presiden tahun depan. Pengalaman saya, semua orang Arab Mesir yang saya tanya, dari pemandu teksi sampailah student Medik, semua orang benci Hosni Mubarak dan mahukan orang lain, asalkan bukan Hosni Mubarak! Sebabnya, senang saja, tengoklah negara Mesir dalam masa hampir 30 tahun dia memerintah, apa dah jadi?

Tak berhajat untuk mengulas panjang lagi, tapi suka saya kongsikan satu video yang sangat menarik dan SOO TRUE! Harap-harap Hosni Mubarak tak baca blog ni :D

...LINK...


Sekian sahaja, harap masih bersemangat untuk menuntut ilmu dan update blog, insyaALlah.


Wassalam


p/s : sekadar mempromosi, Aidil Adha bakal menjelang, jemputlah ke laman web Sambutan Aidil Adha 1431 H peringkat PERUBATAN. sila ke LINK


Posted in Labels: , , | Comments
Related Posts with Thumbnails

Apture